PERMAINAN TRADISIONAL
MPU24011
BATU SEREMBAN
Kumpulan 3
1. FATIN NUR ALYSHA BINTI SHAHADAN (23DIB21F1068)
2. SITI ALIA KHALIJA BINTI MOHD AZLAN (23DIB21F1012)
3. YEE HAO WEI (23DBS21F1010)
4. LAU CHUN YIN (23DBS21F1041)
0
Kandungan
1.0 Pengenalan Batu Seremban
…………………………………………………………………………………………………… 2
2.0 Sistem Bermain
…………………………………………………………………………………………………... 2
3.0 Cara Bermain
………………………………………………………………………………………………… 3-5
4.0 Peraturan Permainan
…………………………………………………………………………………………………… 6
5.0 Langkah - Langkah Memanaskan Badan
………………………………………………………………………………………………… 7-13
6.0 Penutup
…………………………………………………………………………………………………14
1
Pengenalan Batu Seremban
Batu Seremban merupakan salah satu daripada
permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-
kanak pada masa dahulu. Batu Seremban juga dikenali
sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-
kanak perempuan gemar memainkannya secara
individu dan kebiasaannya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan ini
kebiasaannya dimainkan menggunakan batu dan ia dikenali sebagai 'Buah´.
Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada kanak-kanak yang
menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau
ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Biasanya jumlah buah digunakan
oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji.
Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan menggunakan tujuh biji objek-objek.
Sistem Bermain Batu Seremban
Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam
rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan
yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara
begini memudahkan permainan tersebut
dimainkan. Permainan batu seremban
sering dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan, dan adakalanya kanak-kanak
lelaki juga tidak ketinggalan bermain
permainan ini.
2
Cara Bermain Batu Seremban
Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.
Permulaan permainan pemain akan menggunakan sebiji buah yang
dinamakan Buah Satu sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi yang
dinamakan Buah Tujuh.
Buah Satu:
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah
tidak menyentuh antara satu sama lain.
Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Buah Dua:
Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga:
Buah tiga ada sedikit perbezaan.
Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
3
Buah Empat:
Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah
yang berada di lantai dengan serentak.
Buah Lima:
Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-
empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang
sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di
atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
Buah Enam:
Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan
menjadi buah ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus
ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh:
Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
4
Timbang:
Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Buahtujuh, dia
haruslah timbang untuk mendapat mata.
Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
Tangkap batu seremban yang ada di tangan
Batu yang dapat ditangkap = 3 mata
Batu yang dijatuhkan = 0 mata
Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Buah
Satu.
5
Peraturan Bermain
1. Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh
menyentuh mana-mana buah yang
berhampiran.
2. Pemain hendaklah menyambut buah yang
dilambung sebelum buah itu jatuh ke lantai.
3. Tiap kalli satu-satu tahap semua dikumpulkan dan diserahkan ke
peringkat lain.
4. Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu
kesilapan atau kesalahan telah dilakukan.
5. Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung
permainannya di peringkat ia telah melakukan kesilapan.
6
MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH MEMANASKAN
BADAN
1)REGANGAN TENGKUK
Tangan di bawah dagu menolak ke atas.kedua-dua tangan diatas kepala
menekan ke bawah.
Seterusnya,tangan kiri di dagu menolak ke kanan.
Akhir sekali, tangan ke kanan dagu menolak ke kiri.
2)REGANGAN BAHU
Tangan dibengkokkan ke depan dada.
Tolak siku ke dalam dengan sebelah tangan lain bersilang.
Tangan capai tulang belakang.
Tarik siku dengan tangan bebas.
Tukar tangan .
7
3) REGANGAN PAHA
Tarik kaki ke punggung .
Tukar posisi untuk meregangkan peha lain.
4) REGANGAN HADAPAN
Duduk seperti dalam gambar rajah.
Memegang pergelangan kaki yang lurus .
Turunkan bahagian kaki ke lutut.
5) REGANGAN 'GROIN'
Duduk seperti dalam gambar .
Tolak salah satu lutut ke bawah,kemudian tolak lutut yang satu lagi.
8
6) REGANGAN BELAKANG (BAHAGIAN BAWAH)
Ambil posisi badan seperti di dalam gambar.
Letakkan kedua-dua belah tangan ke bahagian pergelangan kaki kanan.
Tukar dengan kaki kiri pula.
7) REGANGAN LENGAN
Memegang tangan di atas kepala dan meregang ke atas .
8) REGANGAN LENGAN DAN SISI BADAN
Tangan dibengkokkan di depan.
Tolak siku ke dalam dengan sebelah tangan lebih berselang.
angan capai tulang belakang.
Tarik siku dengan tangan bebas .
Tukar tangan .
9
9) REGANGAN BELAKANG(BAHAGIAN PINGGANG,LUTUT DAN
PAHA)
berdiri dengan tegak
angkat dan lipatkan kaki lalu kira dalam 8 kiraan dan ulang untuk kaki lain.
ulang langkah yang sama namun halakan kaki ke bahagian belakang lalu kira
selama 8 detik.
10) REGANGAN PINGGUL DAN KAKI
Halakan kaki ke bahagian depan dan kira dalam 8 kiraan.
Ulang untuk kaki lain.
Buat langkah yang pertama namun halakan kaki ke bahagian belakang dan
kira dalam 8 kiraan.
10
11) PUSING TUBUH BADAN DAN BAHU
Berdiri seperti dalam rajah.
Pusingkan badan ke kiri dan tahan selama 8 detik dan pusing ke kanan
sebanyak 4 kali.
12) REGANGAN SISI
Ambil posisi seperti di rajah.
Bengkokkan badan ke kanan dan tahan selama 8 detik .
13) TEKAN BAHU
Depakan tangan seperti rajah.
Tekan bahu ke belakang,dan tahan selama 8 detik dan lepaskan .
Ulang sebanyak 4 kali.
11
14)TRUNK TWISTER
Berdiri dengan tegak lalu angkat tangan dan pusing badan namun kaki jangan
dibiarkan bergerak.
Meregangkan otot-otot bahu dan belakang.
16) Lunge
Duduk di lantai dan depakan kaki lalu halakan tangan ke arah hujung kaki.
Tahan selama 8 detik.
Ulang langkah untuk kaki seterusnya.
12
Memanaskan otot-otot yang akan
digunakan terlebih dahulu seperti kaki
dengan berjoging selamat 5-10 minit
contonya untuk aktiviti berbasikal
Dengan melakukan regangan badan seperti tangan dan kaki. Dilakukan
dengan perlahan agar tidak mencederakan otot-otot badan.Lakukan
regangan tersebut selama 20- 40 saat.
Melakukan senaman khusus untuk memanaskan badan dengan
menggunakan tenaga badan contohnya aktiviti menendang bola dan
melontar barang atau benda seperti aktiviti melontar peluru.
13
Penutup
Adalah diharapkan permainan tradisional ini dapat membantu guru
mengenalpasti dengan lebih jelas permainana-permainan yang sesuai untuk
tahap perkembangan murid di prasekolah. Selain itu ianya juga berhasrat
untuk menghidupkan semula permainan tradisional dan merealisasikan
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menonjolkan dalam seni warisan dan
budaya bangsa. Apabila permainan tradisional digunakan, matlamat kukrikulum
prasekolah kebangsaan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi
intelek jasmani, emosi dan rohani akan tercapai. Aktiviti permainan bakal
melahirkan insan yang holistic dan menghargai warisan budaya.
Melalui permainan yang diberi, murid akan didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi menyediakan murid ke dalam
persekolahan formal.
14