SAINS TAHUN 5
NAMA: AUNI SUFIYA BT AHMAD
SHAHRIL
KELAS: 5 LILI
NAMA GURU: PN.ZURINA BT RAMLI
TTAAJJUUKK MMUUKKAA SSUURRAATT
PENGHARGAAN 1
OBJEKTIF BUKU SKRAP 2
APA ITU BURUJ? 3
JENIS-JENIS BURUJ 4
BURUJ BIDUK 5
BURUJ PARI 6
BURUJ BELANTIK 7
BURUJ SKORPIO 8
PETUNJUK MUSIM 9
KEGUNAAN DAN 10
KEPENTINGAN BURUJ 11
CIRI-CIRI 12
KESIMPULAN 13
Saya, Auni Sufiya binti Ahmad
shahril, ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada
guru sains saya iaitu Puan
Zurina kerana tidak jemu
mendidik saya dan rakan-rakan.
Selain itu, terima kasih juga
diucapkan kepada ibu bapa yang
banyak membantu saya ketika
ingin menyiapkan buku skrap ini.
Akhir sekali, saya berasa amat
gembira kerana dapat menyiapkan
buku skrap ini dengan
sempurnanya. Semoga tugasan ini
dapat meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan tentang subjek sains.
MMEELLAALLUUII BBUUKKUU SSKKRRAAPP IINNII SSAAYYAA DDAAPPAATT::
/ Mengetahui maksud buruj di langit malam,
dalam pelajaran sains.
/ Mengetahui jenis-jenis buruj dan ciri-
cirinya tersendiri.
/ Megnetahui kegunaan dan kepentingan
buruj bagi membantu kehidupan manusia.
/ Mengeratkan hubungan sosial dengan ahli
keluarga dan guru. Ini disebabkan ketika
ingin menghasilkan buku skrap ini, saya
akan berhubung antara satu sama lain
untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak
langsung, saya dapat mengukuhkan
hubungan dengan keluarga dan dapat
mewujudkan sifat hormat-menghormati.
Buruj ialah gugusan bintang
yang kelihatan membentuk
corak tertentu di langit pada
waktu malam. Bukan semua
buruj dapat dilihati dari
semua lokasi di bumi.
Sebahagian daripada buruj
dapat dilihat di hemisfera
utara, sebahagian lagi di
hemisfera selatan dan ada
yang dapat dilihat di
hemisfera utara dan
hemisfera selatan.
⁂ Buruj Biduk
⁂ Buruj Pari
⁂ Buruj Belantik
⁂ Buruj Skorpio
Buruj Biduk ialah buruj
yang berbentuk daripada
tujuh gugusan bintang.
Buruj ini membentuk corak
seperti gayung atau senduk.
Buruj Biduk muncul di
langit pada waktu malam di
sebelah hemisfera utara.
Buruj Pari merupakan buruj yang
paling kecil. Buruj ini terdiri
daripada empat gugusan bintang
yang membentuk corak seperti
layang-layang dan dapat dilihat
pada waktu malam di hemesfera
selatan.
Buruj Belantik ialah buruj yang
terbentuk daripada enam belas
gugusan bintang. Buruj ini membentuk
corak seperti pemburu yang memakai
tali pinggang dan memegang senjata.
Buruj Belantik muncul di langit pada
waktu malam di hemisfera utara dan
hemisfera selatan.
Buruj Skorpio merupakan buruj
yang terdiri daripada tujuh belas
gugusan bintang yang membentuk
seperti kala jengking. Buruj ini
dapat dilihat pada waktu malam di
hemisfera selatan.
Pada zaman dahulu, sebelum kalendar
dicipta, petani di kawasan empat musim di
hemisfera utara melihat buruj untuk
mengenal pasti musim-musim tertentu.
Buruj-buruj ini membantu mereka
merancang masa untuk menanam dan
menuai tanaman.
digunakan sebagai petunjuk
musim menanam.
digunakan sebagai petunjuk
musim sejuk.
digunakan sebagai petunjuk
musim menuai.
Ahli-ahli astronomi
menggunakan buruj bagi
mengkaji dan mengenal
pasti bintang.
Petunjuk arah
kiblat bagi
umat Islam.
Petani menggunakan
buruj bagi
menentukan musim
menanam dan menuai.
Bertindak
sebagai kompas
untuk menentukan
arah.
• Terdiri daripada tujuh gugusan bintang
• Menyerupai gayung/senduk
• Di sebelah hemisfera utara
• Menunjukkan arah utara
• Menunjukkan musim menanam
• Terdiri daripada enam belas gugusan
bintang
• Menyerupai pemburu yang memakai tali
pinggang dan memegang senjata
• Di sebelah hemisfera utara dan selatan
• Menunjukkan arah utara
• Menunjukkan musim sejuk
• Terdiri daripada empat gugusan bintang
• Menyerupai layang-layang
• Di sebelah hemisfera selatan
• Menunjukkan arah selatan
• Terdiri daripada tujuh belas gugusan bintang
• Menyerupai kala jengking
• Di sebelah hemisfera selatan
• Menunjukkan arah selatan
• Menunjukkan musim menuai
Setelah menghasilkan buku skrap ini,
saya dapat mempelajari lebih
mendalam tentang buruj iaitu maksud
buruj, jenis-jenis buruj, ciri-ciri buruj,
kegunaan dan kepentingan buruj.
Antara buruj yang saya pelajari ialah
buruj biduk, buruj pari, buruj belantik
dan buruj skorpio. Setiap buruj ini
mempunyai corak dan ciri-ciri yang
melambangkan maksud yang berbeza.
Namun begitu, kita tidak dapat
melihat semua buruj pada masa yang
sama atau pada tempat yang sama.
Sebaliknya, setiap buruj mempunyai
suatu masa yang tertentu untuk
muncul di langit malam dan tempat
yang berbeza.