The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joyling1122, 2021-05-21 02:10:18

OMG BM Tg 4 - Antologi

OMG BM Tg 4 - Antologi

13 14

05 Antologi Aiman bertanyakan Cikgu Dahari tentang cara pemilihan Aiman bertanyakan Cikgu Dahari tentang keselamatan di
peserta. Cikgu Dahari menyatakan bahawa peserta kem latihan yang dikatakan tidak terjamin. Cikgu Dahari
dipilih secara rawak. Namun begitu, tindakan ini telah menyatakan bahawa pihak berkuasa telah memberikan
menimbulkan masalah kerana mereka yang terpilih tetapi jaminan keselamatan kepada semua peserta PLKN
tidak menghadirkan diri akan dipenjarakan. Masa depan walaupun ada beberapa pihak mengatakan kemungkinan
menjadi gelap kerana mempunyai rekod penjara. timbul masalah keselamatan di sana.

15 16

Nora yang berasa hairan bertanyakan Cikgu Dahari cara Aiman mengatakan bahawa sastera dan budaya sudah
beliau boleh mengetahui semua maklumat tentang PLKN. tidak relevan pada masa ini. Cikgu Dahari menafikannya
Cikgu Dahari menceritakan bahawa beliau terlibat dalam dengan alasan bahawa setiap bangsa yang maju perlu
PLKN untuk modul Program Penghayatan Sastera dan mengukuhkan jati diri dan mengekalkan warisan budaya.
Budaya (PPSB) yang memperkenalkan pelatih tentang Nora pula menyatakan kegembiraannya kerana berpeluang
sastera dan budaya. menjadi artis melalui persembahan pentas.

17 18

Murid-murid di dalam kelas itu begitu teruja tatkala Aiman yang baru pulang mendapati ayahnya, Khir Ghazali
mendengar penerangan tentang PLKN daripada Cikgu berada di rumah. Dia pun menceritakan masalahnya dengan
Dahari kecuali Aiman. Dia masih berasa tidak berpuas hati harapan ayahnya dapat membantu dirinya. Namun begitu,
kerana namanya terpilih untuk menyertai program itu. ayah Aiman tidak menyokong tindakannya. Ayahnya mahu
Aiman berharap dengan kedudukan dan pengaruh bapanya, Aiman mengikuti program PLKN. Keputusan ayahnya itu
dia dapat mengecualikan diri daripada program tersebut. menyebabkan Aiman merajuk.

140

19 20

Aiman mendapatkan ibunya, Masnah dan mengadukan Aiman masuk ke bilik lalu menghadap komputer ribanya. 05 Antologi
perihal keputusan ayahnya itu. Tindakan ibu Aiman Dia terkejut apabila terlihat beberapa orang kawannya telah
menyebelahi Aiman mencetuskan perasaan tidak senang berubah dan berjaya selepas menyertai PLKN. Kejayaan
di hati ayah Aiman. Dia yang pada mulanya ingin berehat mereka mengubah keputusan Aiman. Akhirnya, Aiman
di rumah, tidak kesampaian niatnya. Akhirnya, ayah Aiman nekad untuk menyertai PLKN bagi membuktikan bahawa
membuat keputusan untuk berehat di kelab golf. dia juga mampu berdikari seperti remaja lain.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan Aiman yang berasal daripada keluarga yang berada. Aiman yang terbiasa dengan
kehidupan yang selesa tidak berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) walaupun
semua rakan sekelasnya teruja untuk menyertai program itu. Aiman yang berharap ayahnya akan membantunya
untuk mendapatkan pengecualian menjadi hampa apabila ayahnya pula menyuruh Aiman menyertai program
itu demi kebaikannya. Aiman yang berasa kecewa masuk ke dalam bilik lalu menghadap komputer ribanya.
Dia terkejut apabila mendapati beberapa orang kawannya telah berubah dan berjaya selepas menyertai PLKN.
Kejayaan mereka telah mengubah fikiran Aiman dan dia nekad untuk menyertai program itu bagi membuktikan
dirinya juga mampu berdikari seperti orang lain.

Pemikiran dan Persoalan

Pemikiran Contoh

Keengganan remaja untuk keluar Aiman menyuruh posmen itu membuang surat daripada Jabatan Latihan
daripada kehidupan yang selesa Khidmat Negara kerana dia tidak berminat untuk menyertai program
yang menyusahkan dirinya. (muka surat 91, ilustrasi 1)

Persoalan Contoh
Kepentingan PLKN kepada remaja
Pelbagai kemahiran dan pengalaman akan diperoleh oleh remaja yang
menyertai PLKN. (muka surat 91, ilustrasi 1)

Kepentingan sikap Posmen itu memberitahu Aiman bahawa dia diberikan amanah untuk
bertanggungjawab dalam menghantar surat yang banyak itu kepada penerima. (muka surat 92)

menjalankan tugas

Pengabaian tanggungjawab Aiman merungut kerana semua penghuni di rumah itu sibuk dengan urusan
terhadap keluarga masing-masing sehingga mengabaikan dirinya. (muka surat 93)

Semangat cinta akan negara Nora berasa bimbang negara ini akan musnah jika banyak orang tidak ada
semangat cinta akan negara. (muka surat 94)

Kepentingan ilmu dan Dengan adanya ilmu dan pengalaman, seseorang itu dapat berdikari tanpa

pengalaman dalam kehidupan perlu meminta bantuan orang lain. (muka surat 102)

141

Watak dan Perwatakan
Watak Utama

Pemalas Aiman menjadi malas kerana semua kerja rumah dilakukan
oleh orang gajinya. (muka surat 90)
Sombong
Aiman yang sombong mengatakan bahawa ayahnya kaya dan
05 Antologi Tidak hormat mampu membeli apa-apa sahaja yang diingininya.
akan orang tua
Aiman yang tidak menghormati orang tua bercakap dengan kasar
Aiman Manja terhadap orang gajinya, Nek Sinah. (muka surat 93, ilustrasi 2)

Watak Sampingan Aiman amat manja dengan emaknya walaupun sudah besar.
(muka surat 103)
Berfikiran
positif Posmen yang berfikiran positif menyatakan bahawa Aiman
akan mendapat banyak kemahiran dan pengalaman daripada
Jujur program PLKN. (muka surat 91, ilustrasi 1)
Posmen jujur memberitahu bahawa dia tidak pernah menyertai
Dedikasi program PLKN. (muka surat 91)
Posmen berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya apabila
Posmen menganggap semua surat itu sebagai amanah orang kepadanya.
(muka surat 92)

Cikgu Dahari Berpandangan Cikgu Dahari yang berpandangan jauh memuji tindakan murid-
jauh muridnya yang berminat untuk menyertai PLKN.
(muka surat 97, ilustrasi 9)
Arif tentang
PLKN Cikgu Dahari yang arif tentang PLKN menjawab semua soalan
murid-murid itu dengan jelas. (muka surat 97)
Berfikiran
positif Cikgu Dahari berfikiran positif dan yakin bahawa masalah tahap
keselamatan di kem latihan PLKN tidak akan berlaku walaupun
ada pihak yang mempertikaikan. (muka surat 100, ilustrasi 14)

Teknik Plot Contoh
Imbas Kembali
Posmen memberitahu Aiman bahawa anak jirannya dahulu pemalas telah berubah setelah
Monolog menyertai PLKN.
Dalaman
Monolog Aiman tertanya-tanya di dalam hatinya sama ada hendak menyimpan surat itu atau
membuangnya.
Dialog
Aiman merungut-rungut tentang kebosanannya terhadap sikap Nek Sinah.
Imbas Muka
Kejutan AH TIAU : Awak pula Aiman, kem mana?
SUNDARANI : Dia dapat masuk Kem Majidi.
AH TIAU : Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?

Aiman nekad untuk menyertai PLKN.

Aiman terkejut apabila mendapati beberapa orang kawannya telah berubah dan berjaya
selepas menyertai PLKN.

142

Binaan Plot

1. Permulaan/ Eksposisi 2. Perkembangan

Aiman yang menerima surat daripada Jabatan Aiman memarahi Nek Sinah kerana gemar mengatur
Latihan Khidmat Negara enggan menerimanya. kehidupannya. Disebabkan bosan dengan sikap Nek
Oleh sebab tidak berminat untuk menyertainya, Sinah, Aiman tidur lalu bermimpi berada di kem
surat itu tidak dibuka malah dicampak oleh latihan PLKN. Apabila terjaga hari sudah pagi dan
Aiman di dalam biliknya. dia bersiap untuk ke sekolah.

4. Puncak/ Klimaks 3. Perumitan/ Konflik 05 Antologi

Aiman berharap ayahnya dapat membantu dirinya Aiman berasa hairan dengan perubahan sikap
untuk mendapatkan pengecualian daripada PLKN Nora pada hari itu. Aiman juga tidak senang
tetapi tidak berjaya. Aiman mengadu tindakan hati dengan Sundarani yang kerap memerli
ayahnya itu kepada ibunya. Ibu dan ayah Aiman dirinya. Kawan-kawan Aiman gembira untuk
berselisih pendapat tentang perkara tersebut. menyertai PLKN kecuali dirinya.

5. Penurunan 6. Peleraian/ Resolusi

Aiman merajuk lalu masuk ke dalam biliknya. Selepas melihat kejayaan rakan-rakannya
Ketika sedang melayari laman sesawang, Aiman itu, Aiman nekad untuk menyertai PLKN bagi
terjumpa gambar dan kisah kawan-kawan yang membuktikan dirinya juga mampu berdikari
sama sekolah dengannya telah berubah dan berjaya dan berjaya seperti mereka.
selepas menyertai PLKN.

Latar Contoh

Latar Tempat Posmen menghantar surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara kepada Aiman.
Halaman rumah (muka surat 91, ilustrasi 1)

Aiman Aiman yang berada di dalam bilik tidurnya merungut-rungut kerana bosan dengan
sikap Nek Sinah yang selalu mengingatkannya untuk melakukan segala perkara.
Bilik tidur Aiman (muka surat 93, ilustrasi 2)

Kantin sekolah Aiman dan Sundarani berbual dalam suasana yang tegang ketika mereka berada di
kantin sekolah. (muka surat 95, ilustrasi 6)

Latar Masa Contoh
Tengah hari
Nek Sinah memanggil Aiman untuk makan tengah hari tetapi Aiman enggan makan
Pagi kerana belum lapar. (muka surat 90, ilustrasi 2)
Lewat petang
Aiman yang terlewat bangun bersiap-siap dengan cepat untuk pergi ke sekolah pada
pagi itu. (muka surat 94, ilustrasi 4)

Kebiasaannya, Aiman pulang ke rumah lewat petang selepas tamat waktu persekolahan.
(muka surat 102)

Latar Masyarakat Contoh

Masyarakat menjalankan tugas Posmen itu menjalankan tugasnya dengan dedikasi untuk menghantar

dengan dedikasi surat-surat orang. (muka surat 92, ilustrasi 1)

Masyarakat yang mementingkan Aiman tidak mengambil berat tentang program PLKN kerana tidak

keselesaan diri sendiri berminat dengan program itu. (muka surat 95)

143

Masyarakat yang berwawasan dan Cikgu Dahari menasihati para pelajarnya ajar mengambil pengalaman
berpandangan jauh dan iktibar daripada PLKN untuk menjalani kehidupan pada masa
hadapan. (muka surat 101 – 102, ilustrasi 16)

Masyarakat yang cinta akan Cikgu Dahari menasihati murid-muridnya agar mewarisi seni dan
sastera dan budaya budaya bangsa dengan megah. (muka surat 101, ilustrasi 16)

Masyarakat yang terlalu Masnah amat memanjakan Aiman walaupun anaknya itu sudah dewasa.
memanjakan anak-anak (muka surat 103, ilustrasi 19)

05 Antologi Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Inversi Lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit, telah
menjadikan dia manja serta malas.

Hiperbola Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua boleh dapat.

Sinkope tak, saja, tapi

Bahasa yang Kasar Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah.

Repetisi Saya belum lapar. Belum nak makan lagi.

Simile Macamlah esok dah nak kiamat.
Peribahasa • lurus bendul, bodoh sombong
• hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Sindiran Sundarani menyindir Aiman dengan menyuruh Aiman mengaku jika tidak tahu dan tidak
bersikap bodoh sombong.

Bahasa Arab Assalamualaikum, Waalaikumussalam

Bahasa Inggeris daddy, mummy

Nilai dan Pengajaran

Nilai Murni Pengajaran Contoh

Patriotisme Kita haruslah mencintai Sikap suka mengagung-agungkan negara luar menunjukkan
Hormat- negara sendiri dengan seseorang itu tidak mempunyai nilai patriotik. (muka surat 95)
sepenuh hati.
menghormati
Hemah tinggi Kita haruslah hormat akan Sikap dan tutur kata Aiman yang kasar telah mengecewakan

Berdikari orang yang lebih tua. Nek Sinah. (muka surat 93, ilustrasi 2)

Kasih sayang Kita hendaklah berhemah Cikgu Dahari menyatakan bahawa orang yang mempunyai jati

Rasional tinggi dan mempunyai jati diri sendiri menunjukkan individu itu seorang yang pintar.

diri yang tinggi. (muka surat 101)

Praktis SPM pada muka surat 148 Kita haruslah berdikari Khir Ghazali menasihati Aiman agar sentiasa menimba ilmu

untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman yang mematangkan seseorang sekali gus

dan pengalaman. menjadikannya seorang yang berdikari. (muka surat 102)

Kita hendaklah menyayangi Khir Ghazali yang menyayangi Aiman berharap anaknya akan
ahli keluarga dan berusaha menjadi lebih matang dan berdikari selepas menyertai PLKN.
mendorong mereka agar (muka surat 103)
dapat mencapai cita-cita.

Kita hendaklah bersikap Aiman nekad untuk menyertai PLKN selepas mendapati
rasional dan tidak boleh program itu mampu menjadikan seseorang itu berjaya dalam
bersangka buruk terhadap kehidupan. (muka surat 104, ilustrasi 20)
sesuatu perkara.

144

PRAKTIS SPM | CERPEN & DRAMA

Praktis SPM 1 05 Antologi

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat
anda sendiri.

“Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam.
“Sudah enam kali. Ayam-ayam kecil yang kita lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang
ketujuh.”
“Bagaimana hasilnya? Aku harap semuanya berjalan dengan baik.”
Hakim mengeluh sebelum memberi jawapan, “Aku tahu membela ayam ini satu risiko. Tetapi
kalau semua orang takut, bagaimana manusia hendak mendapatkan barang makanan? Cuma …
kadang-kadang aku rasa terlalu banyak masalah yang menimpa.”
Azam memandang ke wajah sahabatnya. “Apa masalahnya? Bukankah engkau boleh mendapat
bantuan? Kerajaan sudah berjanji akan menolong penternak sebagai insentif kerana menambah
bekalan makanan untuk rakyat.”
“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan kerana jauh dari kawasan perumahan. Tetapi ada masalah
yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini.(i)Jalan itu tidak berturap dan becak pada musim hujan.
Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat memohon jalan itu dinaikkan taraf. Aku
sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang berpengaruh, tetapi jawapannya tiada
peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini.(i)Aku dicaci-maki oleh orang kampung kerana
kemasukan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan jalan.”

(Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim. [2 markah]

Antara masalah yang dihadapi oleh Hakim ialah lori ayam tersangkut dalam selut di jalan yang tidak berturap

dan becak pada musim hujan. Dia juga dimarahi oleh penduduk kampung kerana menambahkan kerosakan

jalan disebabkan lori-lori yang sering keluar masuk ke situ.

(ii) Hakim menyatakan bahawa menternak ayam itu satu risiko.
Pada pendapat anda, apakah risiko-risikonya? KBAT Menganalisis [3 markah]

Pada pendapat saya, antara risiko menternak ayam ialah faktor cuaca yang boleh menyebabkan ayam-ayam

jatuh sakit. Seterusnya, terdapat juga risiko penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan ayam-ayamnya

mati. Selain itu, risiko harga bekalan makanan dan ubat-ubatan yang tidak stabil boleh mengundang kerugian

kepada dirinya.

(iii) Huraikan satu nilai murni dalam petikan dan satu nilai murni lain daripada keseluruhan cerpen itu. [4 markah]
Satu nilai murni dalam petikan cerpen ini ialah nilai kasih sayang, iaitu Azam sayang akan kawannya,

Hakim. Contohnya, Azam melawat Hakim sambil bertanya tentang perkembangan projek penternakan

ayamnya. Satu nilai murni lain daripada keseluruhan cerpen itu ialah nilai kerjasama. Contohnya,

kerajaan yang prihatin telah bekerjasama dengan golongan petani untuk menyediakan pelbagai bantuan
dan skim pembiayaan kepadagolongan muda yang berminat untuk bekerja dalam bidang pertanian. Jawapan

Kata Laluan:
cerpen123

145

Praktis SPM 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat
anda sendiri.

05 Antologi Hampir beberapa purnama, saya tidak bertemu Munsyi di perkampungan pinggir kota ini.
Suatu hari, saya terhidu perkhabaran tentang rancangan sebuah syarikat perumahan dengan
kebenaran pengusaha kota untuk mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi serta
lebih dua puluh buah rumah yang semuanya diduduki keluarga Melayu. Khabarnya kawasan itu
akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang. Penduduk
diberikan tempoh beberapa hari untuk mengosongkan premis mereka sebelum dirobohkan. Oleh
sebab kesibukan tugas, saya tidak sempat menemui lelaki tua itu.
Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah kelam-
kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang. Puluhan
anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan demonstrasi penduduk
membantah pencerobohan itu.
Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bonda
kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula,(i)saya jadi terkedu melihat puluhan buku ini ranap dan
berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring tajam jentera berat yang
melanggar dan meredah apa-apa saja. Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang
khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di
kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal mengaut keuntungan di
bumi ini.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Berdasarkan petikan cerpen, apakah perasaan “saya” ketika sesi meroboh itu bermula? [2 markah]

Berdasarkan petikan cerpen, ketika sesi meroboh itu bermula “saya” berasa terkejut dan terkedu apabila

melihat puluhan buku lama ibunya ranap dan berkecai bersama-sama rumah Munsyi. Selain itu, “saya” berasa

sedih sehingga menitiskan air mata mengenangkan khazanah dan satu-satunya tanah rizab milik bangsa

Melayu di kota besar ini akan berpindah kepada saudagar-saudagar asing.

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut diambil oleh pengusaha kota untuk memastikan Munsyi
dan penduduk di perkampungan itu tidak menjadi mangsa pembangunan? KBAT Menganalisis [3 markah]
Pada pendapat saya, antara usaha yang patut diambil oleh pengusaha kota untuk memastikan Munsyi dan

penduduk di perkampungan itu tidak menjadi mangsa pembangunan adalah dengan menyediakan pampasan

yang setimpal. Seterusnya, pengusaha kota juga perlu menyediakan tempat tinggal di kawasan baharu kepada

mereka. Selain itu, pengusaha kota harus memberikan tempoh yang secukupnya kepada penduduk kampung

untuk membuat persiapan berpindah.

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada cerpen itu yang

tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan ini ialah kita tidak harus mencari keuntungan tanpa mengira

Jawapan nasib orang lain. Contohnya, demi mengaut keuntungan, pembangunan dilakukan di atas tanah rizab Melayu.
Satu pengajaran lain daripada cerpen itu yang tidak terdapat dalam petikan ialah kita perlu mempunyai

ilmu dan pengalaman yang cukup untuk hidup di tempat baharu. Contohnya, Mel menimba pelbagai ilmu dan

Kata Laluan: pengalaman sebelum berpindah ke ibu kota.
nasib123

146

Praktis SPM 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat
anda sendiri.

Biarlah aku menjadi diri sendiri dengan jaket kainku.

Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di tanah airku.
(i)
sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri dan kanan.(i)Terdapat
Banyak

tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi

poket. Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan sedikit duit di poket kiri. Terdapat

empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket. Rumah butangnya besar dan 05 Antologi

dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher.

Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.
(i)Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara miskin

Bangladesh, hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia Tenggara, hingga Turki

di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain itu.

Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit berwarna hitam dengan

pengikat leher yang berwarna merah. Pengikat leher itu boleh berfungsi sebagai topi jika ditarik ke

atas. Potongannya memang cantik. Bertali, berpinggang, labuh separas lutut, dan kelihatan sopan.

Memang nampak seperti jaket untuk wanita. Tidak seperti jaket yang sedang kupakai. Potongannya

tegak dan nampak kurang bergaya.

(Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Mengapakah “Aku” belum berniat untuk mencari pengganti jaket kainnya itu? [2 markah]

“Aku” belum berniat untuk mencari pengganti jaket kainnya itu kerana jaket itu sudah banyak berjasa kepadanya.

Dia sudah membawa jaket itu mengembara hampir ke seluruh dunia. Selain itu, jaket itu mempunyai ciri-ciri

keselamatan kerana mempunyai tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut.



(ii) Kebanyakan peniaga bijak mengambil hati pelanggan. KBAT Mengaplikasi

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menjadi pembeli yang bijak? [3 markah]

Pada pendapat saya, antara cara untuk menjadi pembeli bijak adalah dengan membeli barang yang diperlukan

sahaja bagi mengelakkan pembaziran. Seterusnya, harga barang yang hendak dibeli haruslah bersesuaian

dengan kualitinya. Selain itu, barang yang dibeli seperti jaket haruslah sesuai untuk digunakan pada bila-bila

masa dan di mana-mana sahaja.



(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen

itu yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen ini ialah masyarakat yang suka mengembara.

Contohnya, Mas sudah mengembara hampir ke serata dunia. Satu latar masyarakat lain daripada cerpen itu

ialah masyarakat yang prihatin terhadap hidupan liar. Contohnya, Mas berhasrat untuk mendermakan wang

hasil jualan jaket kulit kijangnya ke mana-mana zoo yang ada memelihara kijang sebagai tanda muhibah untuk

kijang-kijang yang telah dibunuh demi memenuhi gaya hidup moden.

Jawapan

Kata Laluan:
moden123

147

Praktis SPM 4 Berkhidmat untuk Negara

Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat
anda sendiri.

AIMAN : Lecehlah berbincang dengan daddy. Semua keputusan daddy akan tentukan dan Aiman
hanya kena ikut. Baik Aiman minta tolong daripada mummy pula. Mummy lebih faham
akan jiwa dan kemahuan Aiman.

(Sedang AIMAN mahu berlalu meninggalkan daddynya, muncul pula MASNAH, mummy AIMAN. AIMAN
terus mendapatkannya)

05 Antologi MASNAH : Apa yang dua beranak ini bincangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat saja?

KHIR GHAZALI : Anak awak ni,(i)dah besar panjang pun asyik nak bermanja saja. Cuba awak ajar supaya

dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini.

MASNAH : Apa masalahnya?
AIMAN : Aiman terpilih untuk penempatan pelatih PLKN nanti. Aiman minta daddy dapatkan

pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.

MASNAH : Hah, abang, bukankah itu masalah kecil sahaja? Abang boleh gunakan kedudukan dan

pengaruh abang untuk dapatkan pengecualian untuk Aiman ini. Abang tak sayangkan

Aiman? Sanggup abang biarkan dia masuk kem latihan?

KHIR GHAZALI : Sebab saya sayang akan Aimanlah saya nak dia terlibat dengan PLKN.

MASNAH : Bahayakan nyawa anak kita nanti.

KHIR GHAZALI : Apa yang awak merepek? Daripada dia terlibat dengan perkara yang tak berfaedah pada

masa cuti sekolah nanti, ada baiknya dia terlibat dengan PLKN. Bukan lama pun, tiga

bulan saja. Sudahlah, hari ini saya bercadang untuk berehat di rumah dengan aman

tenteram. Kalau macam ini baik saya berehat di kelab golf.

(Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Apakah sikap-sikap Aiman yang memalukan ayahnya? [2 markah]

Antara sikap Aiman yang memalukan ayahnya ialah dia masih suka bermanja-manja walaupun sudah besar

panjang. Selain itu, Aiman juga tidak tahu berdikari.

(ii) Selain melatih remaja kini berdikari, banyak faktor lain yang membawa pengenalan PLKN di negara kita.
Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor tersebut. KBAT Menganalisis [3 markah]

Pada pendapat saya, antara faktor yang membawa kepada pengenalan PLKN di negara kita ialah semangat

cinta akan negara yang semakin luntur dalam kalangan remaja akibat perubahan masa. Seterusnya, remaja

kini semakin leka kerana cara hidup dan kesenangan yang dinikmati pada hari ini. Selain itu, remaja kini tidak

tahu menghargai kesusahan dan keperitan generasi sebelum merdeka.

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latar masyarakat lain daripada

keseluruhan drama ini. [4 markah]

Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama ini ialah masyarakat yang terlalu memanjakan anak.

Contohnya, Masnah selalu memanjakan Aiman sehingga menyebabkan Aiman tidak pandai berdikari. Satu latar

masyarakat lain daripada keseluruhan drama ini ialah masyarakat yang menjalankan tugas dengan dedikasi

Jawapan dan amanah, contohnya Cikgu Dahari mendidik para pelajarnya dengan penuh semangat. Beliau juga
menceritakan kebaikan-kebaikan menyertai PLKN bagi menggalakkan para pelajarnya untuk menyertai

program tersebut.

Kata Laluan:
manja123

148


Click to View FlipBook Version