- LIM HUI CHUN 22Y - EDUP 3153 TUGASAN 2 | PENGHASILAN PRODUK
BIODATA DIRI Nama: Lim Hui Chun Kelas: 22Y Sejarah Program: PISMP Ambilan: Jun 2021 Tahun / Semester: Tahun 2 Sem 2 Major: Sejarah Kod Kursus: EDUP 3153
1 Pendahuluan ISI KANDUNGAN Picnic basket or canvas bag Cooler Picnic blanket (preferably waterproof on the bottom) Picnic chairs Portable picnic table (if that's the kind of picnic you're having!) Instrumen Lembaran Kerja Kaedah Aktiviti Tajuk PdP Standard Pembelajaran & Prestasi Keupayaan Instrumen Mentaksir Murid Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan 2 Instrumen Catatan Guru Kaedah Aktiviti Tajuk PdP Standard Pembelajaran & Prestasi Keupayaan Instrumen Mentaksir Murid Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan 3 Instrumen Senarai Semak Guru Kaedah Aktiviti Tajuk PdP Standard Pembelajaran & Prestasi Keupayaan Instrumen Mentaksir Murid Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan 4 5 Kesimpulan Rujukan Lampiran
PENGHARGAAN Selamat sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk membantu saya dalam menyiapkan e-portfolio ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan ingin diberikan kepada pensyarah saya, Tuan Mohd Rodi Bin Idris atas segala tunjuk ajar dan penerangan yang sempurna sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sanggup mengorbankan masa keemasan untuk membimbing saya sehingga saya berjaya menghasilkan eportfolio yang sempurna tanpa sebarang masalah. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang guru panitia sejarah di SJK (C) Chung Hwa Presbyterian, Puan Chua atas kemurahan hati dan kesudian untuk membekalkan instrumen-instrumen Pentaksiran Bilik Darjah bagi menolong saya dalam usaha melengkapkan e-portfolio ini dengan berjaya. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan sokongan moral kepada saya sepanjang menghasilkan kerja kursus ini. Saya turut ingin berterima kasih kepada rakan seperjuangan saya kerana sudi berkongsi informasi dan maklumat demi menghasilkan kerja kursus yang bermutu serta berkualiti. Akhir sekali, terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada pihak-pihak lain yang sudi membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Mendepani arus kemodenan ini, isu berkaitan dengan sistem pendidikan negara sentiasa dijadikan fokus perbincangan. Oleh itu, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang menitikberatkan pencapaian murid secara holistik telah diimplementasikan dalam dunia pendidikan. Dalam konteks ini, pelbagai instrumen PBD akan dimanfaatkan oleh guru mata pelajaran untuk membuat penilaian tentang kualiti pembelajaran murid daripada persepektif seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. (Siti Hauzimah Wan Omar, 2019). Misalnya, saya telah meminta bantuan untuk mendapatkan beberapa instrumen seperti instrumen lembaran kerja, catatan guru serta senarai semak daripada seorang guru panitia mata pelajaran Sejarah di SJK (C) Chung Hwa Presbyterian untuk tujuan evaluasi kesesuaian dan keupayaan penggunaannya demi menyiapkan tugasan e-portfolio ini. PENDAHULUAN
INSTRUMEN LEMBARAN KERJA
Lembaran Kerja Dalam Versi Bahasa Melayu
Kaedah Instrumen yang digunakan oleh guru untuk membuat penilaian terhadap tahap penguasaan murid dalam topik ini ialah instrumen lembaran kerja. Lembaran kerja atau dikenali sebagai worksheet merupakan sesuatu tugasan berbentuk penulisan yang diamanahkan kepada murid-murid untuk diselesaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (Nor Nabila Sujak et al., 2015). Memang tidak dapat dinafikan bahawa lembaran kerja merupakan salah satu instrumen yang amat bersesuaian untuk digunakan bersama dengan kaedah pentaksiran penulisan secara individu dalam proses penilaian prestasi dan pemahaman murid dalam sesuatu topik pembelajaran. (Hamimah Abu Naim & Norlly Mohd Isa, 2019). Hal ini dikatakan demikian kerana para pendidik berupaya untuk menyemak dan mengevaluasi lembaran kerja bertulis murid dengan memberi markah serta maklum balas berdasarkan beberapa aspek seperti pengetahuan dan pemahaman murid tentang maksud warna serta etika penggunaan bendera kebangsaan.
Dilihat dari segi aktiviti yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kuiz telah diaplikasikan bagi menilai tahap penguasaan murid dalam topik bendera kebangsaan menerusi lembaran kerja. Instrumen lembaran kerja ini telah dibahagikan kepada empat bahagian. Guru telah memperuntukkan masa selama 20 minit kepada murid untuk melengkapkan lembaran kerja ini secara individu selepas memberi penerangan. Sebagai contoh, murid-murid dikehendaki untuk mewarna dan menjelaskan maksud setiap warna pada Jalur Gemilang di Bahagian A dan B dan seterusnya menyatakan serta menandakan pernyataan yang betul tentang etika penggunaan bendera kebangsaan di Bahagian C dan D lembaran kerja. Aktiviti
Tajuk PdP iaitu Unit 9 Bendera Kebangsaan Malaysia bawah tajuk 9 Identiti Negara Kita dalam mata pelajaran Tahun 5 telah diuji menggunakan instrumen lembaran kerja. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Menerusi tajuk PdP ini, murid dapat mempelajari setiap warna dan lambang yang terdapat pada bendera kebangsaan. Dengan itu, murid akan menyedari betapa pentingnya makna pada setiap warna serta lambang bendera dalam mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan tanah air kita. Sebagai tamsilan, warna biru tua pada bendera kebangsaan telah berperanan sebagai simbol perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum telah dipelajari oleh murid-murid dalam PdP. Di samping itu, murid-murid juga telah diberi pendedahan tentang etika penggunaan bendera kebangsaan dengan betul supaya dapat menyemarakkan sikap cinta akan tanah air dalam sanubari setiap murid. Tajuk PdP
Bertolak kepada Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi pula, instrumen ini berupaya untuk memenuhi kritieria dalam mengevaluasi murid berpandukan kedua-dua standard yang telah ditetapkan dalam DSKP KSSR Tahun 5 Mata Pelajaran Sejarah. Misalnya, lembaran kerja yang diagihkan kepada murid mengandungi Standard Pembelajaran 9.2.3 untuk menilai keupayan murid dalam menerangkan makna warna dan lambang pada bendera kebangsaan beserta dengan Standard Pembelajaran 9.2.4 yang bertujuan untuk menguji kemampuan murid untuk menjelaskan etika penggunaan bendera kebangsaan dengan betul. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Selepas murid menyiapkan lembaran kerja tersebut, guru telah menyemak dan menilai tahap penguasaan setiap murid dalam topik ini dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang telah ditetapkan. Standard Pembelajaran & Standard Prestasi
Memang tidak dapat disangkal bahawa instrumen lembaran kerja merupakan satu bentuk pentaksiran bertulis yang amat bersesuaian untuk dimanfaatkan oleh guru bagi membuat pemantauan dan penilaian terhadap tahap penguasaan murid dalam sesuatu topik pembelajaran yang telah diajar secara berterusan. (Karmila Mansur, 2018). Hal ini disebabkan oleh lembaran kerja dapat menguji murid dari segi pemahaman konsep serta fakta dan seterusnya dapat merangsang kemahiran berfikir murid untuk membuat analisis tentang soalan yang dikemukakan. Misalnya, murid yang dapat memahami konsep warna bendera kebangsaan mampu untuk mewarnai setiap bahagian bendera dengan warna yang betul. Selain itu, penggunaan ayat yang ringkas dan mudah difahami dalam lembaran kerja juga dapat memberi arahan yang jelas kepada murid bagi memastikan kesahan lembaran kerja yang digunakan. Tambahan pula, guru akan membuat pentaksiran terhadap jawapan murid berdasarkan kejelasan fakta dan huraian bagi mengidentifikasikan kelemahan murid untuk tujuan bimbingan seterusnya. Keupayaan Instrumen Mentaksir Murid Kelemahan & Cadangan Penambahbaikan Walau bagaimanapun, instrumen lembaran kerja yang hanya fokus kepada pengukuran soalan aras rendah dari segi konsep dan fakta tersebut tidak mengandungi soalan KBAT yang dapat menilai keterampilan abad ke-21 murid dari aspek pemikiran kritis. Oleh itu, guru disarankan untuk menyediakan soalan lembaran kerja yang terdiri daripada pelbagai aras kesukaran bagi merangsang kemahiran berfikir murid di luar kotak. (Dhanaletchumy Subramaniam, 2018).
INSTRUMEN CATATAN GURU
INSTRUMEN CATATAN GURU
INSTRUMEN CATATAN GURU
Kaedah Kaedah pentaksiran yang digunakan untuk menguji tahap pemahaman murid dalam tajuk ini ialah kaedah pentaksiran secara lisan. Hasil sesi soal jawab antara guru dengan murid di dalam bilik darjah telah dicatat dalam instrumen catatan guru. (Faezah Saliman & Zamri Mahamod, 2023). Situasi ini dapat digambarkan melalui interaksi aktif secara dua hala antara guru dengan murid dari segi pemberian respon murid terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru serta komen yang telah diberikan oleh guru berdasarkan jawapan murid. Aktiviti Dikaji dari perspektif lain, aktiviti soal jawab antara guru dengan murid merupakan aktiviti yang telah dilakukan bagi mengesan tahap kognitif dan kemahiran berfikir murid tentang topik Tun Perak. Aktiviti soal jawab ini melibatkan strategi berpusatkan murid kerana murid telah diberi peluang untuk mengutarakan pendapat mereka berdasarkan pemikiran kritis dan kreatif. Sebagai contoh, guru telah memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menjawab soalan seperti peranan Tun Perak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan cara murid untuk menghargai sumbangan tokoh pada sesi akhir pengajaran. Selepas murid memberi respon secara lisan, guru telah menilai pemahaman murid dengan memberi komen serta penjelasan yang bersesuaian.
Tajuk PdP yang dinilai dalam instrumen catatan guru ini adalah Unit 10 Tun Perak Bendahara Terbilang bawah Tajuk 5 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka dalam mata pelajaran Sejarah tahun 4. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat mengetahui dan memahami peranan Tajuk PdP Tun Perak sepanjang berkhidmat sebagai Bendahara Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Misalnya, murid telah diberi pendedahan bahawa Tun Perak telah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pembesar, Penasihat Sultan dan Panglima Tentera pada zaman tersebut. Selain itu, murid-murid telah dibimbing cara untuk menunjukkan penghargaan terhadap pengorbanan tokoh seperti Tun Perak dalam kehidupan seharian supaya dapat membentuk modal insan yang berjiwa patriotik.
Standard Pembelajaran & Standard Prestasi Instrumen catatan guru ini berjaya untuk memenuhi kriteria dalam membuat penilaian terhadap pencapaian murid berdasarkan Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang telah digariskan dalam DSKP KSSR Tahun 4 Mata Pelajaran Sejarah. Sebagai tamsilan, instrumen ini mengandungi catatan guru berkenaan dengan soalan-soalan yang berkait rapat dengan Standard Pembelajaran 5.3.2 bagi menganalisis peranan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka dengan K5.3.4 menyatakan cara untuk menyatakan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Tun Perak. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Murid seperti Nur Nzawa Binti Izzat yang berupaya untuk memerihalkan peranan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka telah dinilai sebagai berjaya menguasai standard prestasi yang telah ditetapkan dalam DSKP.
Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah instrumen catatan guru boleh diklasifikasikan sebagai satu bentuk pentaksiran lisan yang dapat mentranskripsikan interaksi secara dua hala antara guru dengan murid yang amat berfungsi untuk mengenal pasti dan menilai pemahaman murid secara langsung melalui aktiviti soal jawab di dalam bilik darjah. (Mohammad Zeeree Kanreng & Suzana Abd Mutalib, 2017). Hal ini dikatakan demikian instrumen ini berupaya untuk menguji tahap kognitif murid dalam merumus dan mengorganisasikan pemikiran berdasarkan jawapan yang diutarakan. Misalnya, murid yang dapat menjawab soalan akan dinilai sebagai menguasai manakala murid yang gagal untuk menyatakan jawapan yang betul akan dinilai sebagai kurang memahami tentang kandungan disampaikan. Melalui penilaian formatif secara langsung dalam instrumen catatan guru, guru dapat memberi komen dan penjelasan jawapan yang tepat bagi membetulkan kesalahfahaman murid dengan segera. Seterusnya, instrumen ini juga berkemampuan untuk membuat penilaian murid secara terfokus kepada murid tertentu dengan tepat kerana guru dapat menyesuaikan tahap kesukaran soalan berpandukan kepelbagaian tahap kemampuan murid. (Abdul Muhsien Sulaiman et al., 2021). Keupayaan Instrumen Mentaksir Murid
supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam sesi soal jawab pada setiap sesi. Seterusnya, instrumen ini juga tidak mampu untuk menggambarkan penilaian murid secara tepat kerana murid yang introvert seperti Heng Jia Wen yang kurang berkeyakinan hanya mengemukakan idea yang pendek. Dengan itu, guru disyorkan untuk memberi galakan serta masa yang mencukupi kepada murid tersebut bagi menyusun dan merumus idea dalam pemikiran. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan dalam instrumen catatan ini. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan untuk aktiviti sesi soalan jawab adalah terhad sehingga mengakibatkan sebilangan murid tidak memiliki kesempatan untuk diuji pemahamannya. Oleh itu, guru dicadangkan untuk mengimplementasikan sistem putaran Kelemahan & Cadangan Penambahbaikan
INSTRUMEN SENARAI SEMAK GURU
INSTRUMEN SENARAI SEMAK GURU
INSTRUMEN SENARAI SEMAK GURU
Kaedah Senarai semak guru merupakan instrumen yang mengaplikasikan kaedah pentaksiran secara pemerhatian oleh guru untuk membuat penilaian terhadap pencapaian murid tentang sesuatu topik pembelajaran di dalam bilik darjah. (Hutagalung et al., 2019). Situasi ini dapat digambarkan melalui pentaksiran guru terhadap persembahan murid berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Aktiviti yang dilaksanakan serta dinilai menggunakan senarai semak guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti persembahan lakonan. Melalui aktiviti tersebut, murid-murid telah diberi tugas untuk mempersembahkan peristiwa sejarah pembentukan Malaysia secara berkumpulan. Aktiviti lakonan ini merupakan pendekatan didik hibur yang dapat mendatangkan kemaslahatan kepada murid supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna dan seterusnya memperkukuh pemahaman murid tentang fakta-fakta sejarah. (Azhar Sabil et al., 2018). Aktiviti
Tajuk PdP Instrumen senarai semak guru ini telah menguji pemahaman dan penguasaan murid tentang Unit 1 Pembentukan Malaysia bawah tajuk 10 Negara Malaysia dalam subjek Sejarah tahun 6. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021). Dalam tajuk tersebut, murid-murid dapat mempelajari dan memahami langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia hasil tokoh pejuang yang sanggup berkorban demi membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Dengan itu, murid-murid akan mencontohi semangat kepahlawanan tokoh seperti Tunku Abdul Rahman supaya dapat menyumbang jasa dalam pembangunan negara pada dewasa kelak. Dilihat dari segi Standard Pembelajaran dan Prestasi, instrumen senarai semak guru telah dibentuk berpandukan kedua-dua standard yang telah ditetapkan dalam DSKP KSSR Tahun 6 Mata Pelajaran Sejarah bagi memastikan objektif pembelajaran dicapai. Sebagai tamsilan, Standard Pembelajaran 10.1.2 iaitu murid-murid boleh menerangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia yang ditekankan dalam DSKP telah dijadikan antara kriteria dalam aspek penilaian instrumen senarai semak ini. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022). Murid-murid daripada kumpulan A yang berupaya untuk mempersembahkan peristiwa sejarah pembentukan Malaysia dengan memenuhi syarat telah dievaluasai dan diberi gred tahap penguasaan 5 berteraskan Standard Prestasi yang telah digariskan. Standard Pembelajaran & Standard Prestasi
Memang tidak dapat dinafikan bahawa senarai semak guru yang menggunakan kaedah pentaksiran murid secara pemerhatian merupakan instrumen yang memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam proses penilaian domain pembelajaran dan kemajuan murid dari semasa ke semasa. (Ifat Fatimah Zahro, 2015). Sebagai tamsilan, instrumen ini telah dimanfaatkan untuk mentaksir pemahaman murid dalam kandungan sejarah pembentukan Malaysia melalui aktiviti persembahan lakonan secara objektif dan menyeluruh. Hal ini berpunca daripada guru akan menilai murid berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dengan jelas sama ada dari segi penguasaan kandungan yang dihasratkan dalam Standard Pembelajaran mahupun dari segi kemahiran dalam aktiviti persembahan tanpa sikap pilih kasih. Selain itu, instumen ini juga menyediakan tapak untuk memberi maklum balas guru dan penilaian tahap penguasaan tentang keseluruhan persembahan murid. Misalnya, murid kumpulan A yang berjaya menepati kebanyakan aspek penilaian telah diberi gred 5 dalam tahap penguasaan manakala kumpulan B yang gagal mencapai aspek penilaian telah diberi gred 3 dalam tahap penguasaan akan diberi bimbingan terarah kemudian. Kesesuaian Instrumen Mentaksir Murid
Antara kekurangan yang dapat dikenal pasti dalam instrumen ini ialah dari segi ketidakseimbangan penilaian. Hal ini dikatakan demikian kerana pencapaian individu yang menyumbang tidak dapat dinilai secara perseorangan manakala sesetengah ahli kumpulan yang kurang berkesan akan terlepas daripada penilaian. Jelaslah bahawa, penilaian aktiviti persembahan berkumpulan menggunakan senarai semak tidak berupaya untuk mentaksir murid secara terfokus terutamanya dalam aspek sumbangan individu dalam kumpulan sehingga menyebabkan ketidakadilan dalam proses penilaian. Oleh itu, guru disyorkan untuk mengaplikasikan sistem penilaian berasingan dengan menggariskan tanggungjawab setiap individu dalam kumpulan demi mengelakkan ketidakadilan dalam penilaian. Tambahan pula, kerumitan kriteria dalam senarai semak juga mengakibatkan proses pemantauan dan penilaian murid memakan masa yang panjang. Dengan itu, guru dicadangkan untuk mempertimbangkan dan mengutamakan kriteria yang paling berkait rapat dengan tujuan pembelajaran spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat meningkatkan kebolehpercayaan penilaian pencapaian murid. Kelemahan & Cadangan Penambahbaikan
KESIMPULAN
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa ketiga-tiga instumen PBD iaitu lembaran kerja, catatan guru serta senarai semak guru yang telah diperoleh daripada Puan Chua amat bersesuaian untuk digunakan dalam proses penilaian tahap penguasaan murid. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan daripada instrumen-instrumen tersebut yang perlu diambil perhatian oleh guru bagi memastikan keberkesanan penggunaannya. Pendek kata, para pendidik harus sentiasa menambahbaikkan dan mengemas kini instrumen yang digunakan dengan sistem pendidikan terkini demi melahirkan generasi muda yang cemerlang kerana bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. (Sahrahil Mohd Nor & Zolkepeli Haron, 2023). KESIMPULAN
SENARAI RUJUKAN
RUJUKAN
RUJUKAN
LAMPIRAN DSKP TAHUN 4,5,6
DSKP TAHUN 4 INSTRUMEN CATATAN GURU | PENTAKSIRAN LISAN
DSKP TAHUN 5 INSTRUMEN LEMBARAN KERJA | PENTAKSIRAN BERTULIS
DSKP TAHUN 6 INSTRUMEN SENARAI SEMAK | PENTAKSIRAN PEMERHATIAN
LAMPIRAN KOLABORASI DENGAN GURU SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH
INTERAKSI DENGAN GURU DI SEKOLAH
SEKIAN TERIMA KASIH