The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Khadijah, 2024-03-08 02:30:07

HADIAH UNTUK IBU

BUKU CERITA

HADIAH UNTUK IBU KARYA PERTAMA KHADIJAH ZAHARI


Penghargaan Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Ahmad Nizamuddin Shah Bin Mohamad , selaku pensyarah kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami, Encik Ahmad Nizamuddin Shah Bin Mohamad atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakanrakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. “KAMI BANGGA MENJADI GURU”


Adam WATAK Hawa Ah Meng Kumar Ibu Ayah


1 Adam dan Hawa pun segera berlari ke arah Ayah. “Ayah, mari saya tolong bawakan tembikai itu ke dapur, ” kata Adam dengan teruja. “Adam, Hawa!” , panggil Ayah. Kelihatan Ayah sedang membawa sebiji tembikai yang besar. Adam dan Hawa sangat gemar bertani. Pada setiap pagi, mereka akan pergi ke kebun untuk melihat tanaman.


2 Ibu meletakkan tembikai yang sudah dipotong di atas pinggan. Hawa mengambil sepotong tembikai dan memberikannya kepada Adam. “Terima kasih Hawa, ” ucap Adam. Mereka pun menikmati buah tembikai itu bersama-sama. Ibu sedang membasuh pinggan di dapur. Adam meletakkan buah tembikai di atas meja. Ibu mengambil tembikai tersebut lalu memotongnya.


3 Pada waktu petang, mereka ke taman. Mereka berjumpa dengan Kumar dan Ah Meng. “Manisnya tembikai ini!, ” kata Kumar. “Tembikai ini dari kebun rumah kami. Selain tembikai, ada buah-buahan lain juga. Ada pisang, nanas dan mangga” , terang Adam. Hawa mengeluarkan sebuah bekas yang berisi tembikai. Hawa berkongsi tembikai bersama sahabatnya.


"Saya lukis gambar ibu dan tulis serangkap pantun untuknya, " jawab Kumar dengan bangga. "Wah, ibu awak mesti gembira!" puji Hawa. “Saya pula membeli seutas rantai untuknya” , kata Ah Meng. Mereka tertawa riang tentang betapa bahagianya ibu mereka nanti. Setelah selesai makan, mereka berbual-bual tentang Hari Ibu yang akan tiba. "Aku sudah siapkan hadiah untuk ibuku, " kata Kumar sambil tersenyum. "Bagusnya! Apa yang awak buat?" tanya Adam dengan penuh minat. 4


5 Pada waktu malam, Hawa mencari sesuatu di bawah katil. Dia membuka sebuah peti yang berwarna merah lalu mengambil sebuah tabung. Tabung itu merupakan pemberian daripada Ibu sempena Hari Lahir Adam dan Hawa. Adam segera memecahkan tabung tersebut lalu mengira wang yang disimpannya. "Lima ringgit sahaja?, kata Adam dan Hawa dengan penuh kecewa. Tiba-tiba mereka mendapat idea.


Hawa dan Adam segera berlari ke ruang tamu. Kelihatan Ayah sedang duduk di sofa sambil menikmati kopi. Mereka menyatakan hasrat untuk membeli hadiah untuk Ibu. Hawa meminta izin Ayah untuk menjual buah-buahan di sekolah. Ayah setuju dengan cadangan Hawa. "Terima kasih Ayah!" jerit Adam dan Hawa kegembiraan. 6


7 Pada keesokkan harinya, Adam dan Hawa ke kebun untuk memetik buah-buahan yang telah masak ranum. Adam mengambil sesikat pisang. . Hawa memisahkan sesikat pisang tersebut. Mereka membawa beberapa biji pisang ke sekolah.


Pada waktu rehat, Adam dan Hawa meletakkan beberapa biji pisang di atas mejanya. Ramai orang berkumpul di mejanya. Mereka gembira kerana jualan mendapat sambutan. Keesokan harinya, mereka menjual buah nanas pula. Adam dan Hawa menjual buah-buahan selama seminggu. 8


“Tiga puluh, empat puluh, lima puluh. Wah, banyaknya!” , kata Adam dengan teruja. “Ayuh, ajak Ayah ke pusat bandar esok” , kata Hawa kepada Adam. Pada setiap malam, Adam dan Hawa pun mengira wang yang telah dikumpul. Mereka berjaya mengumpul wang yang banyak. 9


Pada keesokkan harinya, mereka pergi ke pusat bandar bersama Ayah. Semasa berjalan, Adam dan Hawa ternampak papan iklan di hadapan sebuah kedai. PROMOSI RM 50 Mereka terus masuk ke dalam kedai tersebut. Kedai tersebut merupakan kedai bunga dan kedai kek. 10


Adam dan Hawa menuju ke kaunter. “Kami ingin membeli sejambak bunga mawar dan sebiji kek” , kata Adam sambil menunjukkan papan iklan di hadapan kedai. PROMOSI RM 30 11 Pekerja tersebut tersenyum dan mengangguk tanda faham. Hawa mengambil sekeping kad ucapan yang berada di kaunter. Adam dan Hawa pulang ke rumah dengan hati yang gembira.


Adam dan Hawa tiba di rumah. Mereka meletakkan hadiah yang dibeli di ruang tamu. Adam segera pergi ke bilik Ibu. Adam menutup mata Ibu dengan sehelai kain. Dia membawa Ibu ke ruang tamu dengan berhati-hati. Hawa membuka penutup mata Ibu. 12


“Selamat Hari Ibu!” , ucap Adam dan Hawa serentak sambil memberikan hadiah kepada ibu. 13


14 Ibu sangat terkejut lalu tersenyum. Ibu memeluk Adam dan Hawa dengan erat.


15 Adam dan Hawa gembira kerana rancangan mereka berjaya. Ibu memotong kek yang dibeli oleh mereka. Mereka sekeluarga menikmati kek tersebut.


NILAI MURNI Kasih sayang Adam dan Hawa membeli hadiah kepada Ibu. Baik hati Hawa berkongsi tembikai bersama sahabatnya. Perpaduan Adam , Hawa, Kumar dan Ah Meng bersahabat baik walaupun berbeza kaum.


Click to View FlipBook Version