The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan lengkap simpulan dan ikatan untuk Pengakap Muda

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jolifulizan, 2022-11-14 01:15:02

Simpulan dan Ikatan

Panduan lengkap simpulan dan ikatan untuk Pengakap Muda

1

Isi kandungan 2
2
SIMPULAN DAN IKATAN LENCANA KEAHLIAN 3
3
1. Buku Sila 4
2. Simpul Bunga Geti 4
3. Simpul Manuk
4. Simpul Tindih Kasih 5
5. Lilit Dua Simpul 5
6. Lilit Pemati Biasa 6
6
SIMPULAN DAN IKATAN LENCANA USAHA 7
7
1. Simpul Himpit 8
2. Simpul Pulih
3. Simpul Bunga Geti Berganda 9
4. Lilit Balak 9
5. Lilit “Taut-Line” 10
6. Ikatan Seraya 10
7. Ikat Serong 11
11
SIMPULAN DAN IKATAN LENCANA MAJU 12
12
1. Tindi Kasih Ganda
2. Belit Lucut 13
3. Lilit Pasdul 13
4. Simpul Kerusi 14
5. Lilit Pemati Selit 14
6. Simpul Kepala Lalat 15
7. Sambat Balik 15
8. Ikat Silang Gunting 16
16
SIMPULAN DAN IKATAN LENCANA JAYA 17

1. Simpul Abah-abah
2. Simpul Lilit Tindih Kejap
3. Simpul Nyah
4. Tindih Kasih Air
5. Ikatan Pengail
6. Lilit Tong
7. Sambat Mata/Sepit Ketam
8. Lilit Kacang/Ular
9. Ikat Silang Tungku

2
SIMPULAN DAN IKATAN LENCANA KEAHLIAN
1.Buku Sila
Buku sila adalah simpulan yang kerap digunakan bagi menyambung dua utas tali yang sama besar.
Simpulan ini tegap dan tidak boleh terlucut. Biasanya, simpulan ini digunakan untuk mengikat benda-
benda kecil dengan menggunakan tali yang kecil dan ringan seperti bungkusan, mematikan simpulan
dalam balutan bandage untuk mengikat khemah yang suda dilipat atau bagi mengikat layar.

2.Simpul Bunga Geti
Simpul bunga geti digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar dan tidak sama besar. Ia
juga digunakan untuk mengikat tali ke satu tanjul.

3
3.Simpul Manuk
Simpul manuk digunakan digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Simpul manuk juga
digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikat silang gunting dan lilit kacang/ular.

4. Simpul Tindih Kasih
Simpul ini digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut dan sangat berguna bagi kerja
kerja menyelamat.

4
5.Lilit Dua Simpul
Lilit dua simpul digunakan bagi mengikat hujung tali kepada tiang, pokok, akayu, gelung atau tali yang
lain supaya tidak terlucut.

6. Lilit Pemati Biasa
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali nampak kemas dan tidak terbuang.

5
SIMPULAN DAN IKATAN LENCANA USAHA
1.Simpul Himpit
Simpul himpit digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing, dan juga
menyambung dua tali yang licin.

2.Simpul Pulih
Simpul pulih digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta menguatkan tali pada
tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujung tali
diikat.

6
3.Simpul Bunga Geti Berganda
Simpul ini digunakan untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besarnya dan untuk
menyambung dua tali yang licin. Cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat.

4.Lilit Balak
Simpul ini digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik
balak atau kayu dan untuk memulakan ikatan serong.

7
5.Lilit “Taut-Line”
Simpul ini digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat
dikendurkan atau ditegangkan.

6.Ikat Seraya
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.

8

7.Ikat Serong
Ikat serong digunakan untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/ buluh yang bersilang.

9
SIMPULAN DAN IKATAN LENCANA MAJU
1.Tindih Kasih Ganda
Simpulan ini amat sesuai untuk digunakan dalam kerja-kerja menyelamat. Kedua dua tanjul boleh
diubah untuk disesuaikan bagi orang sakit.

2.Belit Lucut
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau pokok bagi tujuan memanjat tali, menuruni
pokok atau bukit. Ia dapat dibuka dengan senang.

10
3.Lilit Pasdul
Digunakan untuk membuat tangga dan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam
di dalam tanah.

4. Simpul Kerusi
Digunakan untuk menurunkan orang dari bangunan atau juram dengan memasukkan tanjul yang kecil
di sekeliling dada dan tanjul yang besar di sekeliling kaki atau pelipatan lutut.

11
5.Lilit Pemati Selit
Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.

6.Simpul Kepala Lalat
Simpulan ini digunakan bagi mengelakkan hujung tali daripada terburai.

12
7.Sambat Balik
Digunakan untuk mencegah hujung tali daripada bercetai. Dimulakan dengan kepala lalat dan
diteruskan dengan anyaman balik.

8.Ikat Silang Gunting
Digunakan untuk menyambung dua batang kayu/buluh bagi membuat kaki yang bersilang, untuk
menyambung kayu supaya jadi panjang, dan untuk menguatkan batang kayu yang lemah. Ikatan ini
dimulakan dan diakhiri dengan simpul manuk.

13
SIMPULAN DAN IKATAN LENCANA JAYA
1. Simpul Abah-abah
Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan
tujuan untuk menarik sesuatu barang. Ia boleh juga digunakan untuk membuat tali tangga.

2. Simpul Lilit Tindih Kejap
Simpul ini digunakan untuk menambat tali yang kecil kepada tali yang besar apabila tarikannya serong,
dan sebagai penarik tali yang besar digunakan semasa kapal atau bot hendak berlabuh di pangkalan.

14
3. Simpul Ngah
Digunakan untuk membuat tanjul (gelung) di tengah tali sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tanjul ini
boleh diubah mengikut kesesuaian orang itu.

4. Tindih Kasih Air
Digunakan untuk mengelakan simpul daripada mengetat atau mudah lucut.

15
5.Ikatan Pengail
Ikatan ini kuat dan kukuh. Ia sesuai digunakan untuk mendaki bukit atau untuk “abselling/rappelling”.

6. Lilit Tong
Simpulan ini digunakan bagi tujuan mengikat benda-benda berat seperti tong untuk ditarik seperti di
dalam kapal, supaya ia mudah diangkat.

16
7. Sambat Mata/ Sepit Ketam
Digunakan untuk membuat gelung atau tanjul yang kekal di hujung tali.

8. Lilit Kacang/Ular
Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gejek atau
projek. Dimulakan dan diakhiri dengan membuat simpul manuk.

17

9. Ikat Silang Tungku
Digunakan untuk membuat gejek dan menyambung kayu, khas untuk mengikat tiga batang kayu/buluh
yang sama besar dan panjang. Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan lilit balak atau simpul manuk
dan bagi mematikan ikatan ini, simpul manuk digunakan.


Click to View FlipBook Version