The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI TAMAN PINANG EMAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauwaz2008, 2021-09-19 22:20:27

KERJA LAPANGAN GEO(FAUWAZ AIMAN)

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI TAMAN PINANG EMAS

Keywords: KERJA LAPANGAN GEO

NAMA: FAUWAZ AIMAN BIN MOHAMMAD AZMAN
NO.IC: 080407020701
TINGKATAN: 1 IHSAN
NAMA GURU: ARHAMNI BINTI ROBIAN

SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT
1
BIL. PERKARA 2
1. Tajuk kajian 3
2. Senarai kandungan 4
3. Penghargaan 5
4. Pendahulan 6-7
5. Objektif kajian 8
6. Kawasan kajian
7. Kaedah kajian
8. Dapatan kajian

1.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik yang terdapat dikawasan 9-11
kajian yang dipilih
2.Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik 12
3.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa 13
domestik

9. Rumusan

10. Rujukan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Arhamni
atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam melaksanakan kerja
lapangan.Terima kasih juga kepada rakan saya iaitu Mujahid dan
Harith atas bantuan mereka sepanjang kajian.Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu
Encik Azman dan Puan Azirawati atas sokongan mereka.Terima kasih
kepada semua yang telah membantu memberi maklumat kepada
saya sepanjang tempoh kajian tersebut dijalankan.Jasa anda amat
dihargai.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi.Tajuk kerja lapangan
saya ialah Kajian tentang Sisa Domestik di kawasan tempat tinggal
atau sekolah.Saya telah memilih Kampung Jaya, Alor Setar, Kedah
sebagai tempat saya menjalankan kajian.Sebab saya memilih
kawasan tempat tinggal sebagai kawasan kajian saya kerana dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) atau ‘lockdown’ saya
merasakan bahawa lebih mudah melakukan kajian di kawasan
tempat tinggal saya

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menyatakan contoh dan jenis sisa domestik di Kampung Jaya, Alor
Setar, Kedah.
2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik di Kampung Jaya,
Alor Setar, Kedah.
3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan sisa domestik secara
bijaksana di Kampung Jaya, Alor Setar, Kedah.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Kampung Jaya.Ia terletak di daerah Alor
Setar negeri Kedah.Jarak kawasan ini dari pusat bandaraya Kuala
Lumpur ialah 418km.Masa perjalanan ke pusat bandaraya kira-kira 5
hingga 6 jam.Kawasan ini merupakan kawasan kampung.Pandang
darat fizikal yang ada disini termasuk: hutan,sungai dan
rumput.Pandang darat budaya yang ada disini
termasuk:petempatan,sawah padi,getah,jalan raya,sekolah,jambatan
dan masjid.

PETA LAKAR KAMPUNG JAYA

KAEDAH KAJIAN

 PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian adalah satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan.
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada hari Ahad jam 9:15
pagi.Saya melihat sekeliling kawasan perumahan.Tujuan saya melakukan pemerhatian
tersebut adalah untuk mengumpulkan maklumat tentang sisa domestik.
 TEMU BUAL
Melibatkan perbualan antara penyelidik dengan sumber kajian bertujuan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih releven
Saya menemu bual ibu saya untuk menanyakan tentang kawasan perumahan
saya.Saya juga menemu bual abang saya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat
tentang sumber sisa domestik.
 RUJUKAN
Saya merujuk buku teks Geografi Tingkatan 1 untuk mendapatkan maklumat tentang
jenis-jenis sisa domestik.Saya juga malayari internet untuk mendapatkan maklumat
tentang apa itu sisa domestik.

DAPATAN KAJIAN

1.Jenis-jenis sisa domestik di Taman Pinang Emas , Alor Setar , Kedah.

Menurut wikipedia,sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang
dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan,plastik,kertas dan
bahan logam terpakai.Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak
atau enjin,lebihan racun serangga dan hampas organik.Sisa domestik
terbahagi kepada dua iaitu sisa pepejal dan sisa cecair.Sisa domestik
dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bukan organik.

Menurut pemerhatian saya,sisa domestik yang terdapat di Kampung
Jaya, Alor Setar , Kedah terdiri daripada bahan organik seperti sisa
makanan,sisa kebun dan kertas.Sisa bukan organik seperti tin,plastik,kaca
dan besi buruk.Sisa domestik di kawasan ini juga terdiri daripada sisa
pepejal seperti sisa makanan,plastik,kertas dan logam.Sisa cecair pula
seperti minyak masak,lampin pakai buang dan perabot.

2.Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik di Taman Pinang Emas , Alor Setar , Kedah

 PENCEMARAN

Menurut buku teks Geografi Tingkatan 1,kesan pembuangan sisa domestik yang dialami oleh
penduduk disini berpunca daripada pencemaran.Jenis pencemaran yang dialami termasuklah
pencemaran air,udara dan bau.Sumber air tercemar berlaku apabila sampah sarap dibuang ke
kawasan sumber air seperti sungai.Pencemaran udara berlaku disebabkan pembakaran sisa domestik
di tapak pelupusan sampah.pencemaran bau pula akibat timbunan sisa domestik yang tidak terurus
dengan baik lalu menyebabkan bau.

 WABAK PENYAKIT

Sisa pembuangan sampah secara langsungdapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang
disebarkan oleh haiwan seperti tikus,lipas dan lalat.

 BANJIR KILAT

Sikap tidak mengendahkan para penduduk yang membuang sisa domestik ke dalam longkang,parit
dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat.Apabila hujan lebat,jumlah air akan meningkat
secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

3.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara bijaksan si Taman

Pinang Emas , Alor Setar , Kedah

 Amalan 3R

Iaitu kurangkan (Reduce),guna semula (Reuse) dan kitar semula (Recycle).Kita dapat
mengelakkan daripada pembaziran sumber dunia.

Contoh:Menggunakan semula bekas minuman,mendermakan buku-buku dan pakaian dan
menghasilkan barang dari barangan terpakai seperti baja kompos.

 Penguatkuasaan undang-undang

Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa
domestikdengan mengenakan denda yang lebih berat bertujuan untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat.

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan
lebih sistematik.

 Gotong-royong

Para penduduk boleh mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan
perumahan.Hal ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk untuk mengurangkan
penggunaan sisa domestik secara berlebihan.

RUMUSAN

Saya telah melakukan tugas kerja lapangan saya.Antara sisa domestik yang saya temui
di kawasan Taman Pinang Emas , Alor Setar , Kedah ialah bahan organik dan bukan
organik yang terdiri daripada pepejal dan cecair.Saya juga telah mengetahui kesan
pembuangan yang berlaku termasuklah pencemaran air,udara dan bau.Langkah-
langkah menguruskan sisa domestik secara bijaksana salah satunya ialah mengadakan
kempen untuk memberi kesedara kepada penduduk.Dengan itu,saya berharap kesan
pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan di Taman Pinang Emas , Alor Setar ,
Kedah.

RUJUKAN

BUKU TEKS
NAMA PENGARANG: Hisham Azman bin Ibrahim
TAHUN: 2017
TAJUK BUKU: GEOGRAFI TINGKATAN 1
TEMPAT TINGGAL: Cheras, Kuala Lumpur

INTERNET
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik

LAMPIRAN

CONTOH BAHAN SISA PEPEJAL DAN CECAIR


Click to View FlipBook Version