The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

26 KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jundullahmizi, 2021-05-03 00:52:28

26 KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

26 KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Keywords: KHULAFA’ AR-RASYIDIN,PERJUANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

BAB 26

Khulafa’ ar Rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada
empat orang sahabat Rasulullah saw yang memegang jawatan

pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan Baginda.
Mereka ialah :

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a

Khalifah Umar Bin Al-Khattab r.a

Khalifah Uthman Bin Affan r.a

Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a

 Mereka merupakan golongan terpilih untuk
menyambung gagasan dan kepimpinan Rasulullah saw

 Corak pemerintahan berlandaskan alquran dan sunnah
serta menitikberatkan konsep syura

 Pemerintahan mereka berpusat di Madinah
mengambil masa selama lebih kurang 29 tahun



RIWAYAT HIDUP KHULAFA’
AR-RASYIDIN

SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ r.a

NAMA Abdullah bin Usman bin Amir bin Amru bin
Ka’ab bin Sa’ad bin Taimi bin Murrah bin Ka’ab

TEMPAT/TARIKH Mekah, 572M – dua tahun selepas kelahiran
LAHIR Rasulullah saw

KETURUNAN Bani Taimi, Quraisy
NAMA IBU Salmah binti Sakhr (Ummul Khair)

GELARAN ‘Atiq’ (bebas daripada api neraka) ‘As-Siddiq’
orang yang paling benar dalam kata-katanya

TARIKH WAFAT Tahun 13H, ketika berusia 63 tahun

SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB r.a

NAMA Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
TEMPAT/TARIKH Mekah, 584M – 13 tahun selepas kelahiran

LAHIR Rasulullah saw
KETURUNAN Bani ‘Adi, Quraisy

NAMA IBU Hantamah binti Hashim

GELARAN ‘Al-Farouq’ (Pemisah antara hak dengan batil)
Tahun 23H ketika berusia 63 tahun akibat

TARIKH WAFAT ditikam oleh Abu Lu’luah Fairus al-Farisi (hamba
kepada al-Mughirah bin Syu’bah)

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN r.a

NAMA Uthman bin Affan bin Abi al-’As bin Abd Syams

bin Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah

TEMPAT/TARIKH bin Ka’ab

LAHIR Mekah, 576M

KETURUNAN Bani Umaiyah, Quraisy

NAMA IBU Arwa binti Kuraiz

GELARAN Zu’Nurain (yang memiliki 2 cahaya – kerana
berkahwin dengan 2 orang puteri Rasulullah saw)

TARIKH WAFAT Tahun 35H – ketika berusia 80 tahun

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB r.a

NAMA Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin
Hashim bin Abd Manaf

TEMPAT/TARIKH

LAHIR Mekah, Tahun 599M

KETURUNAN Bani Hashim, Quraisy

NAMA IBU Fatimah binti As’ad

GELARAN ‘Abu Turab’ dan ‘Abu al-Hassan’
Syahid kerana ditikam oleh Abdul Rahman bin

TARIKH WAFAT Muljam pada malam 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah

SIFAT-SIFAT PERIBADI
KHULAFA’ AR-RASYIDIN

• Setiap khalifah mempunyai ciri dan sifat yang
penuh kemuliaan.

• Keperibadian mereka hampir sama antara satu
dengan yang lain namun, tidak terbanding oleh
manusia biasa

• Keempat-empat khalifah telah dijanjikan syurga
oleh Allah SWT

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a

• Seorang sahabat yang sangat pemurah
• Berani – selalu membela Rasulullah saw yang ditentang

kaumnya
• Hartawan yang dermawan
• Mencintai kebenaran
• Mempunyai semangat setiakawan yang tinggi
• Lembut hati dan mudah menangis terutama ketika

membaca al-Quran

Khalifah Umar Bin Al-Khattab r.a

• Seorang yang berperwatakan keras, suka beradu
kekuatan dan sangat cekap menunggang kuda

• Berani – berhijrah pada waktu siang dan terang-terangan
• Memiliki kecerdasan yang luar biasa –banyak pendapat

beliau bertepatan dengan firman Allah SWT
• Seorang yang berpengetahuan tinggi dan cukup

agamanya

Khalifah Uthman Bin Affan r.a

 Seorang yang sangat pemalu dan lemah lembut.
Rasulullah saw pernah bersabda kepada para sahabat :
‘Tidakkah engkau malu kepada lelaki yang Malaikat
sendiri malu kepadanya?’

 Terkenal dengan sifat dermawan dan pemurah –
banyak menderma untuk perang Tabuk, membeli
perigi Raumah untuk kegunaan umat Islam, menderma
1000 ekor unta dengan muatan kepada umat Islam yang
susah

Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a

• Merupakan panglima perang yang berani dan gagah
perkasa. Contohnya dalam perang Khandaq, beliau telah
berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy yang
lebih berpengalaman, iaitu Amru bin Wid al-Amri dan
berjaya menewaskannya

• Pandai berpidato, handal bermain pedang, memanah dan
menunggang kuda

• Pandai menulis dan membaca sehingga beliau dilantik
menjadi salah seorang penulis wahyu

• Sangat pintar dan mahir dalam bidang faraid, al-Quran
dan hukum-hukum syarak, Bahasa dan sastera serta kuat
daya ingatan sehingga mampu menghafaz seluruh al-
Quran

SUMBANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a

POLITIK • Meneruskan cita-cita Rasulullah saw menghantar
AGAMA pasukan Usamah bin Zaid ke sempadan negeri Syam
untuk memerangi kerajaan Rom Timur (Byzantine)

• Memerangi golongan yang enggan membayar zakat,
golongan yang murtad dan Nabi palsu. Beliau telah
membentuk 11 pasukan angkatan perang untuk
memerangi golongan murtad yang memberontak di
seluruh tanah arab

• Mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai usaha
menghimpunkan al-Quran yang tertulis pada batu,
daun, kulit binatang dan hafazan para hafiz

Khalifah Umar Bin Al-Khattab r.a

POLITIK • Menubuhkan majlis syura

• Membahagikan jajahan Islam kepada beberapa
wilayah yang ditadbir oleh Gabenor

• Menubuhkan jabatan tentera, jabatan polis, jabatan
percukaian dan jabatan perbendaharaan negara

SOSIAL • Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat
berdasarkan keutamaan dan perjuangan mereka

• Mengasaskan takwim Islam

• Memperkenalkan undang-undang pentadbiran
tanah

EKONOMI • Menubuhkan Baitul Mal

• Memperkenalkan pelbagai jenis cukai seperti
jizyah dan kharaj

• Membina terusan dan tali air untuk mengairi
kawasan pertanian

KETENTERAAN • Mengemaskini angkatan tentera

• Memberi gaji kepada gabenor dan tentera
yang berjuang

Khalifah Uthman Bin Affan r.a

SOSIAL • Memperkenalkan sistem protokol dalam
pentadbiran

POLITIK& • Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat
EKONOMI dengan memberi peluang pekerjaan dan
melahirkan masyarakat yang kukuh ekonomi

• Mengukuhkan peranan baitul mal untuk
membiayai pembangunan negara

KETENTERAAN • Mengukuhkan pertahanan negara dengan
membina angkatan tentera laut bagi membasmi
pemberontakan dan penaklukan

• Melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa
buah negara seperti : Iskandariah, Khurasan,
Armenia, Libya dan Afrika

AGAMA • Membentuk jawatankuasa menyalin semula ayat al-
Quran yang dikenali sebagai ‘Mushaf Uthmani’

• Memperkenalkan azan kedua pada hari Jumaat dan
mengambil zakat berdasarkan nilai mata wang

• Membeli tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi

Khalifah Uthman Bin Affan r.a

SOSIAL • Berusaha mengekalkan kestabilan dan
keharmonian negara

KETENTERAAN • Membina markaz tentera di Parsi dan
sempadan Syria

EKONOMI • Meneruskan kutipan jizyah

PENGAJARAN

 Umat Islam hendaklah mencontohi semangat perjuangan dan sifat
mulia para sahabat agar hidup diredhai Allah SWT

 Umat Islam perlu bersikap berani menegakkan kebenaran dan
menghapuskan kebatilan ynag menyesatkan

 Umat Islam perlu sanggup berkorban tenaga, harta dan nyawa
untuk kepentingan agama

 Kita perlu mentaati dan menghargai sumbangan pemimpin Islam
yang banyak berjasa


Click to View FlipBook Version