NAMA MURID :______________________________________
KELAS :______________________________________
VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MERAH
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MERAH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA
MOTO SEKOLAH
KECEMERLANGAN MILIK KITA BERSAMA
PERATURAN AM SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MERAH, KUALA KETIL, KEDAH
Perkara 1 : MASA PERSEKOLAHAN
1. Hari Persekolahan
Ahad – Khamis
1. Loceng akan dibunyikan tepat jam 7.30 pagi dan semua murid dimestikan berada di tapak
perhimpunan. Tepat jam 7.45 pagi semua murid akan berada di kelas masing-masing untuk
memulakan pengajaran yang pertama.
1. Waktu Rehat
1. Waktu rehat adalah seperti berikut:
Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)
9.45 pagi – 10.15 pagi.
Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)
10.45 pagi – 11.15 pagi.
1.1.1 Apabila loceng rehat dibunyikan semua pelajar mestilah beratur keluar dan
pelajar tidak dibenarkan berada di kelas kecuali ditemani oleh guru.
1.1.2
1.1.3 Murid –murid dikehendaki makan di kawasan kantin atau sekitar kantin sahaja.
1.1.4
Murid-murid tidak dibenarkan berlari.
1.4
1.4.1 Apabila waktu rehat tamat, loceng akan dibunyikan dan semua pelajar mestilah
beratur menuju ke kelas masing-masing. Makan di luar waktu rehat adalah
dilarang sama sekali kecuali mendapat kebenaran guru.
Waktu Pulang
Waktu pulang adalah seperti berikut:
Hari Ahad - Semua pelajar akan pulang jan 1.45 petang
Hari Isnin hingga Khamis – Tahap 1 pulang jam 12.45 dan Tahap 2 jam 1.45
Perkara Dua: Petang.
WAKTU BELAJAR DAN KEDATANGAN
2.1 Semua murid diwajibkan hadir ke sekolah lebih awal sebelum loceng pertama
dibunyikan.
a) Pada semua hari persekolahan
b) Kelas-kelas bmbingan atau pemulihan
c) Kelas-kelas / sekolah ganti
d) Aktiviti Ko-kurikulum
2.2 Murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab tertentu hendaklah
memberitahu pihak sekolah dengan cara:
a) Membawa surat perakuan doktor
b) Surat keterangan ibu bapa / penjaga
c) Makluman awal daripada ibu bapa / penjaga.
Tanpa maklumat diatas murid akan dianggap ponteng
2.3 Sekiranya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan-tindakan
berikut akan diambil:
HARI TIDAK HADIR (PONTENG) HARI TIDAK HADIR (PONTENG)
SURAT BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT
Amaran Pertama Pada hari ketiga Pada hari kesepuluh
Amaran Kedua 7 hari selepas amaran pertama 10 hari lagi selepas amaran
Amaran terakhir 14 hari selepas amaran kedua pertama
Buang sekolah
Jumlah Hari Tidak Hadir 20 hari lagi selepas amaran
kedua
14 hari selepas amaran terakhir 70 hari lagi selepas amaran
31 hari berturut-turut terakhir
60 hari bukan berturut-turut
Perkara 4: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
4.1 Murid-murid mesti memakai pakaian seragam yang lengkap, kemas, bersih dan
berlencana pada setiap hari persekolahan, semasa menghadiri upacara-upacara
rasmi sekolah dan semasa membuat lawatan rasmi.
4.2 Pakaian Seragam Murid Lelaki
4.2.1 Kemeja putih berlengan pendek.
4.2.2 Seluar pendek/panjang warna biru tua (navy blue).
4.2.3 Stokin putih
4.2.4 Kasut kanvas putih.
4.2.5 Tali pinggang dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias, berwarna
hitam atau coklat dan tidak melebihi 3.5 cm lebarnya.
4.2.6 Berlencana sekolah di dada poket kiri baju.
4.4 Pakaian Pendidikan Jasmani/Sukan
4.4.1 “T’Shirt” rumah sukan atau “T’Shirt” yang sopan sahaja dibenarkan.
4.4.2 Seluar trek panjang berwarna hitam atau biru tua.
4.4.3 Pakaian Pasukan Ko-Kurikulum (contoh : Pengakap,Tunas Puteri/
Silat dll).
4.4.4 Selepas mata pelajaran Pendidikan Jasmani, murid dibenarkan
memakai pakaian Pendidikan Jasmani hingga tamat waktu
persekolahan.
4.4.5 Pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata tidak dibenarkan.
P
UNIFORM SEKOLAH
PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
Perkara 5: RAMBUT
5.1 Murid Lelaki
Murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek.
5.1.1 di belakang : tidak melebihi garisan di bawah telinga.
5.1.2 di hadapan : tidak melebihi garisan tengah dahi.
5.1.3 di sisi : tidak menutupi kedua-dua cuping telinga.
5.1.4 di atas : tidak melebihi 6 inci panjang.
5.1.5 Rambut berfesyen melampau tidak dibenarkan.
5.2 Murid Perempuan
5.2.1 di hadapan : separas kening, tidak boleh menutupi mata
5.2.2 di belakang : rambut tidak boleh mencecah bahu.
5.2.3 Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang atau “pony-tail”.
5.3 Kuku
5.3.1 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang atau
mewarnakannya.
5.4 Alat-alat solek
5.4.1 Murid-murid dilarang memakai atau membawa alat-alat solek ke
sekolah
5.5 Barang-barang kemas
5.5.1 Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang-barang
kemas seperti gelang, anting-anting, rantai atau cincin emas.
5.5.2 Hanya subang telinga “stub kecil” dibenarkan.
Perkara 11 : KESELAMATAN
11.1 Keselamatan diri pelajar dalam kawasan sekolah semasa sesi sekolah/aktiviti sekolah adalah
tanggungjawab murid, guru dan pengurusan sekolah.
11.2 Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kelas pada masa-masa berikut:
11.2.1 Pendidikan Jasmani dan pembelajaran yang dijalankan di bilik-bilik lain
11.2.2 Waktu rehat
11.2.3 Selepas waktu persekolahan
11.3 Tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah.
11.4 Basikal hendaklah diletakkan di garaj basikal yang disediakan dan dikunci.
11.5 Murid-murid dilarang berlari atau bermain di dalam bilik darjah, kantin, koridor-koridor dan
kawasan sekolah.
11.6 Murid-murid yang menunggu bas/kereta/van mesti menunggu di dalam kawasan sekolah.
Murid-murid dilarang bermain di tepi jalan semasa menunggu bas/kereta/van selepas waktu
persekolahan.
11.7 Alat-alat yang merbahaya seperti pisau dan benda tajam tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.
11.8 Kehadiran orang luar yang disyaki perlu dilaporkan segera.
Perkara 15 : PERPUSTAKAAN/BILIK SUMBER/SURAU
15.1 Murid-murid dikehendaki mematuhi peraturan di Perpustakaan/Bilik
Sumber/Surau.
15.2 Murid-murid/Pengguna Pusat Sumber adalah dilarang :
a) Membuat bising/berbual
b) Mengganggu murid lain
c) Membawa beg
d) Makan dan minum
e) Tidur
f) Merosak/mengoyakkan/menconteng buku atau alatan
g) Mengotor dan membuang sampah di merata-rata tempat.
h) Mengambil/mencuri/meminjam alatan/buku tanpa kebenaran.
i) Masuk ke Pusat Sumber tanpa guru
j) Melewat-lewatkan pemulangan buku yang dipinjam
k) Meminjam buku/bahan kepada orang lain
l) Memakai pakaian selain seragam sekolah kecuali dibenarkan oleh guru
Perkara 16 : KEHILANGAN HARTA BENDA MURID
16.1 Murid-murid tidak boleh mendakwa sekolah apabila barangnya
hilang dalam kawasan sekolah.
16.2 Murid-murid tidak digalakkan membawa wang yang berlebihan
ke sekolah.
16.3 Segala wang yuran/pembelian hendaklah diuruskan secepat
mungkin.
16.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, bahan
bacaan/bahan tatapan /alat permainan/bahan pendengaran
yang terkeluar dari istilah akademik ke sekolah. Sekiranya
didapati, bahan itu akan dirampas oleh pihak sekolah.
Perkara 17 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
17.1 Semua murid mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.
17.2 Semua buku pinjaman mesti dibalut.
17.3 Semua buku pinjaman mesti dipulang dalam keadaan baik.
17.4 Buku-buku yang rosak/hilang mesti diganti dengan buku baru.
Perkara 18 : PINDAH SEKOLAH
18.1Murid-murid yang berpindah hendaklah dapatkan daripada guru kelas :
a) Kad sulit 001
b) Buku Kad Kemajuan
c) Kad Kesihatan/Buku Kesihatan
d) Sijil Berhenti Sekolah
e) Borang SPBT
18.2 Pulangkan semua barangan yang dipinjam dari sekolah
18.3 Selesaikan semua yuran/hutang sebelum bertukar.
KATEGORI JENIS KESALAHAN JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN PENENTU DAN PELAKSANA HUKUMAN
KESALAHAN
Jenayah KESALAHAN DAN HUKUMAN 1. Mahkamah.
TINDAKAN/ HUKUMAN 2. Lembaga Disiplin Sekolah
Berat
1. Jenayah takrifan polis di luar kawasan sekolah. 1. Siasatan polis.
Sederhana 2. Jenayah tafsiran polis berlaku di luar kawasan 2. Gantung sekolah atau buang
Ringan sekolah dan dimaklumkan kepada pihak sekolah. sekolah.
Biasa 3. Jenayah dalam konteks sekolah dan dilakukan
dalam kawasan sekolah
1. Salah laku seperti yang dinyatakan dalam jadual Sebatan dengan rotan tidak kurang 3 Lembaga Disiplin Sekolah.
A. kali dan tidak melebihi 7 kali.
2. Salah laku sederhana kali ketiga.
1. Salah laku sepertu yang dinyatakan dalam jadual Sebatan dengan rotan tidak melebihi 2 Jawatankuasa Disiplin Sekolah
B. kali.
2. Salah laku biasa kali ketiga.
1. Salah laku seperti yang dinyatakan dalam jadual 1. Amaran. Jawatankuasa Disiplin Sekolah
C. 2. Denda
2. Salah laku biasa kali ketiga.
1. Salah laku semasa PDP sama ada di dalam atau Hukuman / Tindakan yang bersifat Guru-guru
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
di luar bilik darjah seperti yang dinyatakan dalam mendidik seperti nasihat dan “tiap-tiap guru hendaklah dapat
menyelesaikan kebanyakan dari
Jadual D. membersihkan kelas masalah tatatertib dan perkara-
perkara kecil janganlah diserahkan
kepada guru-guru besar)
AKUJANJI MURID
Saya ______________________________murid Tahun___________________________
Sekolah Kebangsaan__________________________ telah membaca sepenuhnya panduan disiplin yang terdapat dalam buku ini dan
telah memahami sepenuhnya segala isi kandungannya, dengan ini;
1. Saya berjanji akan mematuhi segala peraturan tersebut dengan sedaya upaya saya
untuk kebaikan saya sendiri dan pihak sekolah.
2. Saya bersedia menerima sebarang hukuman yang ditetapkan jika mengingkari
atau melanggar peraturan yang telah dibuat oleh pihak sekolah.
3. Saya akan menjadi murid yang berdisiplin dan berhemah serta menghormati ibu
bapa saya.
4. Saya akan menjaga nama baik ibu bapa dan sekolah walau di mana saya berada.
Semoga dengan janji yang saya lafazkan ini pada ______________ jam ______________
di hadapan guru saya _________________________ akan menjadikan saya seorang murid yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara.
Tandatangan murid Tandatangan guru kelas Tandatangan waris
_______________ ___________________ _______________ )
() ( )(
Cap sekolah :