The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

nisfu syaaban
Unit Kokurikulum
SATPP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummimuhd80, 2021-03-28 00:12:24

nisfu syaaban

nisfu syaaban
Unit Kokurikulum
SATPP

Merupakan bulan yang banyak keistimewaan dan kelebihan. Bulan Syaaban adalah
sebagai persediaan dan latihan kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang
merupakan medan ibadah untuk umat Islam.
Ianya mempunyai kelebihan sebagaimana sabda nabi SAW yang bermaksud:
Daripada Mu”az bin Jabal RA, bahawa nabi SAW bersabda:

 Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian
mengampunkan semua makluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang
bermusuhan’ ( sahih Ibn Hibban, no Hadith 5665)

 Telah berkata Imam Al-Syafie Rahimahullah di dalam Kitab Al – Umm Jilid 231/1 yang
maksudnya:

 “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu, malam Jumaat, malam Aidil Adha,
malam Aidil Fitri, Malam Awal bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”

Nisfu bermakna separuh. Maka Nisfu Syaaban
bererti separuh Syaaban, iaitu 15 Syaaban.

Malam 15 Syaaban seperti 15 haribulan yang lain.
Bumi terang berderang dengan cahaya bulan
kerana kedudukan bulan yang penuh atau
purnama.

 Malam Nisfu Syaaban 1442
bersamaan tahun 2021 jatuh

pada malam 28 Mac 2020, Ahad
( selepas waktu Maghrib )

 15 Syaaban 1442H adalah
malam 15 Syaaban iaitu
siangnya 14 Syaaban

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),

Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan
penentuan)

Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),

Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak
dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Amalan Pada Malam Nisfu Syaban

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus
yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi
SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada

malam Nisfu Syaban.
Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah
mengambil peluang dengan kelebihan yang ada
pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-

banyaknya.

1. Solat Sunat Nisfu Syaban

Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang
dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban.
Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-
solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan
memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat
dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah
SWT.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban

‫أُ َصلّ ِى ُسنَّ َة لَ ْيلَ ِة نِ ْص ِف َش ْعبَا َن َر ْكعَتَ ْي ِن لِ ِّ ِل تَعَالَى‬

Usolli Sunnata Lailati Nisfi Sya’bana Rak’ataini Lillahi Taala

Niat dalam Melayu:

Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala

2. Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun.
3.Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca Surah al-Ikhlas.
4.Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin

Ulama’ khilaf tentang solat ini
Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazzali (505H) adalah antara ulama’ yang membolehkannya, dalam kitab Ihya’ Ulumid Din, 1/209-210
Haruslah difahami bahawa mengerjakan solat sunat Mutlak atau solat Sunat Awwabin, boleh dilakukan pada mana-mana malam
sekalipun, termasuklah malam Nisfu Sya’ban.

2. Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali
Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.
Disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya
Fadha’il al-Ayyam wa asy-Syuhur, ms. 38, antara amalan para solehin pada malam
ini,selepas solat fardhu Maghrib dan Sunat Ba’diahnya, dibaca Surah Yaasin 3 kali.
Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas
Solat Isyak.

Bacalah Yasin dengan niat supaya:
 Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
 Menambah rezeki
 Ditetapkan dan meningkatkan iman dan mati dalam husnul khatimah





Keistimewaan Melakukan Amalan Pada Nisfu Syaban

Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam Nisfu
Sya’ban:

1.Telah berkata Imam al-Syafie RA:
Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha,

malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.

— Lihat: al-Um, 1:2642.Ibnu Rajab RA mengatakan:
Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada
penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir,
dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan

mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”.
— Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247

Oleh itu, hidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah
seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat,
dan berdoa dengan niat:

1.Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2.Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3.Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati
dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4.Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah
dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Penutup: Khilafiah Pendapat Ulama

Terdapat khilafiah pendapat ulama terhadap malam Nisfu Syaban.
Kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW

sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua
amalan ini adalah bersifat umum.

Terpulanglah kepada kita yang mana dirasakan lebih baik.
Memetik kata-kata Ustaz Muhadir bin Haji Jol:

“Nilailah sesuatu qadhiah (isu) dengan neraca ilmu yang tahqiq (benar),
melalui irsyadat (panduan) daripada para masyaikh yang bersanad.
Luaskanlah iththila’ (pembacaan) agar bertemu kebenaran.“

Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu
sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya,
tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3

kali.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku

Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada

ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi

laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

Amin

https://www.permohonan.my/tarikh-malam-nisfu-syaaban-dan-
kelebihan/

https://www.dropbox.com/s/zbz3dvy4l0j73tr/PANDUAN%20AMALAN%20
MALAM%20NISFU%20SYA'BAN%201441%20Covid-
19.pdf?dl=0&fbclid=IwAR0kBRRocNl4sPANLazG5fwXcnwk5l5lR0w2QXaQ_u
XBcMJHGO7zZrIYFB0

https://www.semakan.my/tarikh-malam-nisfu-syaaban-di-malaysia/

https://akuislam.com/blog/mauidzah/kelebihan-malam-nisfu-syaban/

GPK KOKURUKULUM
(ISFA DORA BINTI TUMINGIN)

SEKSYEN KERAIAN SEKSYEN KELAB BERUNIFORM SEKSTEN REKREASI
(U. MAHAMI BT ISMAIL) (U. MOHD IQBAL B SUKAMI) (U. JAMILAH BT MOHAMED)


Click to View FlipBook Version