Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana,
guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.
Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk
cara-cara memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan bangga akan negara
Hadirin sekalian,
Sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan
hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaum. Selain itu, sekolah wawasan yang
menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum.
Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasakan hubungan
kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi
negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut
membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa
jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem pendidikan
negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasakan hubungan sesama
kaum.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Hadirin yang di kasihi,
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga,
semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan.
Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung
sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai
lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan
pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh
pelosok negara juga dapat melibatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping
itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan.
Jelaslah bahawa usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia boleh
direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan
hubungan antara kaum di negara kita.
Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat
dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping
mewujudkan suasana politik yang stabil. Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan
pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara
yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan
yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah dan berdikari.
Hadirin yang dihormati,
Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia
merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap
pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan
bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil
Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi
dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini
akan dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan
yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami
bahawa negara yang mempunyai kestabilan dan keselamatan yang terjamin akan
memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati
limpahan daripada kerancakan ekonomi negara. Para hadirin yang saya hormati,
Sebagai rumusan, setelah 64 tahun Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan satu misi bagi memajukan
negara secara bersama.
Rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu,
setia dan cinta akan negara. Hdirin yang dihormati sekalian,“Perpaduan Asas
Kecemerlangan Negara”Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus
menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di
negara ini. Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah
tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi
kemegahan kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam
berharmoni. Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut.
Tasik Chini dipenuhi bunga,
Ada cerita terdapat naga;
Negara diancam huru-hara,
Perpaduan dengan Rukun
Sekian terima kasih.