PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN UNTUK NEGARA DAN MASYARAKAT
PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN UNTUK NEGARA DAN MASYARAKAT H A I L A M I R B I N Z A U D I N 2 8 4 0 0 7 G M G A 2 0 2 3 D A S A R A W A M T U G A S A N I N D I V I D U P J J S I B U S E M E S T E R J A N U A R I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 ( J J 2 3 1 )
ISI KANDUNGAN 01 02 03 Pengenalan Pendahuluan Dasar Keusahawanan National 2030 04 05 Isu 06 Impak Fokus Utama 07 Kesimpulan 08 Rujukan
PENGENALAN Penggubalan dan pelaksanaan dasardasar negara adalah ditentukan selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Disebabkan sifatnya yang dinamik dan tidak statik, dasar awam ini sentiasa mengalami perubahan mengikut nilai masyarakat dan pucuk kepimpinan dari semasa ke semasa. Namun pada asasnya dasar-dasar kerajaan ini digubal dan dilaksanakan adalah bagi memenuhi objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kebajikan. Oleh itu, kejayaan sesuatu dasar kerajaan atau sebaliknya adalah bergantung kepada pelaksanaan yang cekap dan berkesan. Persekitaran politik dan ekonomi baik di dalam mahupun di luar negeri yang merupakan faktor yang penting. Dasar negara akan dapat dilaksanakan sepenuhnya jika pegawai kerajaan di pelbagai peringkat yang merupakan pelaksana penting faham dan menghayati terhadap dasar-dasar ini. Aspek sebegini yang perlu diberi penekanan kerana pemahaman yang tepat sebagaimana yang dihasratkan oleh pengubal dasar akan menjadikan mereka lebih komitmen dalam melaksanakan dasar bagi mencapai objektif yang dikehendaki. (FRD, 2018) Dasar-dasar pembangunan kerajaan adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan membantu dalam mengurangkan jurang perbezaan antara bangsa, wilayah dan negeri supaya perpaduan negara dapat dicapai. Oleh itu, salah satu dasar kerajaan yang menarik minat saya adalah Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN) yang telah dibuat pada 2019.
PENDAHULUAN Keusahawanan merupakan nadi kepada perniagaan. Takrifan keusahawanan akan sentiasa berubah seiring dengan evolusi lanskap perniagaan, terutamanya dari aspek proses, individu dan entiti perniagaan. Manakala, Usahawan adalah seperti orang lain yang mempunyai tugas untuk dilaksanakan dan mereka memerlukan kemahiran untuk menyelesaikan tugas secara efektif. Kemahiran dalam konteks ini merangkumi konsep kompetensi, kecekapan, sikap dan keupayaan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan baik. (Tinggi, 2020) Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) yang telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Julai 2019 merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu pembangunan keusahawanan di Malaysia dengan menyediakan ekosistem yang holistik. Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan yang unggul pada tahun 2030, dasar ini merupakan strategi jangka panjang kerajaan untuk merealisasikan impian tersebut dan untuk menyelesaikan tugas secara efektif. Kemahiran dalam konteks ini merangkumi konsep kompetensi, kecekapan, sikap dan keupayaan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan baik. (Tinggi, 2020) Dasar ini akan menjadi pemangkin dalam pemacuan budaya keusahawanan dalam Negara ini dengan mencapai matlamat utama untuk mewujudkan ekosistem keusahawan yang kondusif dalam mendukung agenda sosioekonmi yang mampan dilaksanakan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). DKN menetapkan enam teras strategik yang melihat kepada pembangunan ekonomi global, cabaran dan isu semasa serta pencapaian terkini sektor keusahawanan. Dalam menjayakan dasar keusahawanan nasional ini seluruh komuniti usahawan perlu memberi idea serta menggembleng tenaga untuk membina ekosistem keusahawanan ideal yang sama dengan DKN 2030 agar setiap program yang dijalankan dapat membentuk dan mewujudkan usahawan yang Berjaya. Melalui DKN ini juga budaya keusahawan dapat dibentuk dan seterusnya memberi pengetahuan yang lebih mendalam bidang keusahawanan dan mentor akan menyelia serta melatih para usahawan, mentor-mentor merupakan pemain industri yang pernah melalui pelbagai pengalaman dalam bidang keusahawanan.
DASAR KEUSAHAWANAN NEGARA (DKN 2030) DKN 2030 memberi banyak manfaat yang besar kepada usahawan dan boleh membantu untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara keusahawanan yang unggul pada 2030 sekiranya pihak-pihak yang terlibat memberi kerjasama serta memainkan peranan dalam setiap perancangan startegi yang telah dirangka. DKN telah merancang strategi jangka panjang dengan menetaplan hala tuju pembangunan keusahawanan negara iaitu dengan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang terancang bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di Malaysia mendapat manfaat dan meneroka sepenuhnya potensi masing-masing untuk terlibat lebih serius dalam bidang keusahawanan. Ekosistem ini membantu dalam mencapai aspirasi ini. Pengubalan dasar ini telah menetapkan objektif yang perlu dicapai adalah MEWUJUDKAN SATU EKOSISTEM KEUSAHAWANAN YANG DINAMIK DAN HOLISTIK DALAM MEMBERI SOKONGAN KEPADA AGENDA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI NEGARA MALAYSIA YANG LEBIH MAMPAN 1 2 5 3 4 MEWUJUDKAN SERTA MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA BERPEMIKIRAN DAN BUDAYA KEUSAHAWANAN MENAMBAH BILANGAN USAHAWAN NEGARA YANG BERDAYA MAJU, BERKUALITI, BERDAYA TAHAN, BERFIKIRAN GLOBAL DAN KOMPETITIF USAHAWAN DALAM MEMPERTINGKATKAN KEUPAYAAN MIKRO KECIL DAN SEDERHANA MENJADIKAN USAHAWAN MERUPAKAN KERJAYA PILIHAN Setiap objektif yang telah dirancang memberi manfaat kepada semua masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
ISU BERKAITAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Dalam memperkasakan bidang keusahawanan dalam Negara semestinya memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak yang terlibat bagi mengatasi isu dan cabaran daripada pelbagai aspek yang telah dikenalpasti dalam ekosistem keusahawanan. Permasalahan pembentukan generasi yang membudayakan semangat keusahawanan ini adalah sesuatu yang agak sukar dan masih kurang menunjukkan hasil seperti yang diharapkan. Minat dalam kalangan masyarakat terhadap bidang ini tidak dilahirkan semula jadi tetapi memerlukan dorongan dan sokongan sebagai perangsang dan juga pembakar semangat untuk terus maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan ini (Solutions, 2013). Keadaan ini akan menganggu perkembangan Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030). Berikutan pandemik yang melanda negara hampir 2 tahun mengganggu pembangunan dalam aktiviti usahawan nasional. Keadaan ini memerlukan kerajaan untuk memikirkan cara untuk membantu usahawan yang terjejas ini kerana, usahawan merupakan teras pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara, sesebuah negara akan bergantung kemampuan usahawan yang berfikiran inovatif dan holistik. Peranan usahawan penting bagi sesebuah negara disebabkan mereka merupakan ejen penggerak dan peneroka bidang kreatif.
FOKUS UTAMA DALAM MEMBANTU GREAT SERVICE SAVING MONEY TARGET MARKET Aenean metus eros, tincidunt sed urna in, fringilla metus eros sed Aenean metus eros, tincidunt sed urna in, fringilla metus eros sed PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DALAM MEREALISASI DKN 2030 Berdasarkan data daripada Malaysia Statistical Business Register setakat disember 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara 1,204,987 orang usahawan yang terdiri daripada pelbagai jenis kluster perniagaan iaitu meningkat 4.65% berbanding tahun 2020. (Department Of Statistics Malaysia Official Portal, 2022). Ini menunjukkan dasar keusahawanan yang telah digubal membantu dalam peningkatan kepada penyertaan masyarakat dalam bidang keusahawanan. 4.6% PENINGKATAN DARI TAHUN 2020 KE 2022 Dalam perkembangan keusahawanan di Malaysia ianya bermula daripada budaya dan pemikiran masyarakat. Kebanyakkan kejayaan ekonomi usahawan sangat bergantung kepada kemahiran dan daya usaha mereka sendiri walaupun pada masa ini terlalu banyak bantuan yang disalurkan kepada usahawan melalui jabatan yang telah dipertanggungjawabkan sebagai contoh, MARA, Tekun Nasional, PUNB, AIM dan banyak lagi. Oleh yang demikian, usaha dalam memberi bantuan kepada usahawan perlu dilaksanakan dengan strategik dan holistik dalam memastikan usahawan tidak terlalu bergantung kepada bantuan daripada kerajaan. Galakkan kepada masyarakat untuk lebih bersemangat jitu daripada awal perlu dipupuk supaya mereka terus mencari peluang bagi memperkembangkan perniagaan mereka pada tahap yang lebih tinggi, malah membantu belia untuk berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan tanpa memberi keutamaan kepada mencari perkerjaan. Pemikiran untuk menjadi usahawan perlu dipupuk kerana kewujudan usahawan membantu dalam penwujudkan peluang pekerjaan. Semangat tersebut dapat dicapai apabila usahawan bersedia untuk melakukan anjakan dan mengubah orientasi minda merek Kerajaan juga telah melaksanakan ekosistem keusahawanan melalui pendidikan tinggi. Universiti telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan ekosistem keusahawanan untuk menggalakkan graduan memperkasakan kemahiran inovasi dan teknologi melalui penglibatan syarikat pelajar dalam aktiviti perniagaan di Universiti (Sabirin, 2022). Ini kerana untuk mendepani situasi semasa memerlukan strategi dalam membantu graduan bersifat kreatif untuk mencipta perkerjaan mahupun perniagaan. Selain itu, pendedahan secara berterusan untuk terus menghadapi risiko pada masa hadapan.
IMPAK PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN KEPADA NEGARA DAN MASYARAKAT OUR BEST CLIENTS 01 02 PENINGKATAN PENDAPATAN DAN EKONOMI Penggerak sumber pendapatan dan ekonomi dalam Negara banyak dibantu oleh usahawan. Ini kerana mereka adalah penggerak kepada pembangunan ekonomi melalui perniagaan yang mereka jalankan. Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang sangat besar dan meluas, bukan hanya terhad dalam Negara malah boleh diperkembangkan kepada peringkat antarabangsa ataupun domestik. Sekiranya aktiviti perniagaan yang dijalankan stabil ianya akan menarik minat ramai pelabur asing daripada pelbagai negara untuk melabur dalam perniagaan yang dijalankan, melalui pelaburan ini akan membantu meningkatkan pengaliran pendapatan dalam Negara sekaligus membantu meningkatkan pendapatan usahawan. Selain itu, Cukai yang dihasilkan sangat membantu untuk pertumbuhan ekonomi negara berjalan. Antara cukai yang terhasil daripada perniagaan adalah cukai jualan, duti eksport, duti import, cukai pendapatan dan lain-lain lagi yang berkenaan. MENWUJUDKAN BANYAKPELUANG PEKERJAAN DAN MENGURANGKAN PENGANGGURAN Dengan wujudnya lebih banyak usahawan yang merintis idea dan projek baru, mereka mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat di luar sana, Ini kerana setiap perniagaan yang dijalankan memerlukan tenaga kerja. Sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Masyarakat akan lebih terlatih dan dapat menggunakan kemahiran yang ada melalui tawaran peluang pekerjaan yang sesuai. Peluang pekerjaan banyak membantu peningkatan ekonomi penduduk setempat. 03 04 MENJADI SUMBER INSPIRASI DAN ROLE MODEL Setiap kerjayaan usahawan semestinya menjadi inspirasi ramai orang tanpa mengira peringkat umur. Kebanyakkan masyarakat kini lebih tertarik untuk terikut dan mencontohi individu yang berjaya. Sehinggakan ada sesetengahnya menjadikan usahawan sebagai idola ini termasuklah usahawan yang lain kerjayaan seseorang usahawan akan mencari sumber inspirasi dalam menceburi dan memajukan perniagaan masing-masing. Dari situ ia mampu memberikan motivasi serta keazaman yang tinggi buat masyarakat untuk capai kejayaan seperti para usahawan. Oleh sebab itulah usahawan sentiasa melakukan kerja-kerja sosial melibatkan masyarakat. Ingat, ada manfaatnya yang tersendiri dalam melakukan apa-apa kebaikan. MENYUMBANG SEBAHAGIAN PENDAPATAN KEPADA MASYARAKAT Kejayaan seseorang usahawan mampu menjalankan atau membuat tanggungjawab sosial sebagai contoh menjalankan aktiviti sosial, menghulurkan derma kebajikan dan membantu dalam membina prasarana, keadaan ini membantu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. Usahawan juga menyediakan peluang untuk mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup dengan kerja yang bersesuai. Mereka yang berusaha sehabis baik mampu membawa diri dan keluarga keluar dari kemiskinan sekaligus meningkatkan taraf hidup (SCENIC, 2021)
KESIMPULAN Negara Malaysia banyak memperkenalkan dasar-dasar dalam membantu perkembangan usahawan dalam negara ini. Bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat mudah untuk diceburi ini kerana, bidang ini boleh diceburi oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira latarbelakang, umur, agama dan bangsa. Namun bidang ini senang diceburi tetapi memerlukan usahawan keras daripada kerajaan untuk mengubah budaya dan pemikiran masyarakat pada masa kini yang masih mengharapkan perkerjaan berbanding menjalankan perniagaan. Negara Malaysia banyak memperkenalkan dasar-dasar dalam membantu perkembangan usahawan dalam negara ini. Bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat mudah untuk diceburi ini kerana, bidang ini boleh diceburi oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira latarbelakang, umur, agama dan bangsa. Namun bidang ini senang diceburi tetapi memerlukan usahawan keras daripada kerajaan untuk mengubah budaya dan pemikiran masyarakat pada masa kini yang masih mengharapkan perkerjaan berbanding menjalankan perniagaan.
RUJUKAN Department Of Statistics Malaysia Official Portal. (2022, 12 31). 2022 Performance: Active Establishments = 1,204,987 December 2022. Retrieved from Department Of Statistics Malaysia Official Portal: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php? r=column/cthree&menu_id=WXVrV3RYTmE3RmtwQ2RicVZTbVkvZz09 FRD, E. (2018, April 07). DASAR - DASAR KERAJAAN MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU. Retrieved from HISTORY NEVER DIEs: https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/ Sabirin, L. (2022, 9 20). Malaysiagazette.com. Retrieved from https://www.dosm.gov.my/: https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats %40media/1_General%20News/2022/09.%20SEPTEMBER/19%20Septembe r-General%201-Malaysia%20Gazette.pdf SCENIC, P. K. (2021, 08 02). KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN PADA MASA KINI DI MALAYSIA. Retrieved from Pusat Kreatif Ekonomi Dan Inovasi Sabah SCENIC: https://scenic.my/kepentingan-keusahawanan-pada-masakini-di- malaysia/#:~:text=Usahawan%20menawarkan%20peluang%20pekerjaa n%20kepada,langsung%20dapat%20mengrangkan%20kadar%20pengan gguran. Solutions, G. (2013, 07 31). https://core.ac.uk/. Retrieved from https://core.ac.uk/: https://core.ac.uk/download/42953998.pdf Tinggi, K. P. (2020). Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu. p. 46. Zulkefli, N. B. (2018). Senarai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) KPDNHEP Aktif. Bahagian Pembangunan Perniagaan.
TERIMA KASIH