Di kawasan berhampiran hutan hidup sebuah keluarga yang aman dan damai. Keluarga ini
adalah keluarga Afiq seorang anak yang kaya dan hidup mewah. Afiq mempunyai ibu, bapa dan
adik perempuan yang hidup bersama mereka. Afiq seorang budak yang bijak dan pandai dalam
pembelajaran tetapi mempunyai sikap kurang baik.
Afiq selalu dimarahi ibunya kerana bermain permainan video sehingga lewat malam. “Afiq
kenapa kamu masih bermain permainan video lagi pada waktu ini, sudah berapa kali ibu pesan
kepada kamu untuk berhenti bermain dan pergi tidur sekarang Afiq.”. Kata ibu Afiq. “Ya ibu,
nanti Afiq berhentilah main permainan video ini, Afiq perlu habiskan misi permainan ini dulu
ibu”. Balas Afiq kepada ibunya.
Pada keesokan harinya, Afiq disuruh ibunya untuk membuang sampah yang selalu dilakukan
adiknya tetapi kerana adiknya demam ibu menyuruh Afiq untuk pergi membuang sampah. “Afiq
nanti tolong ibu untuk buangkan sampah itu di tong sampah besar itu” suruh ibu Afiq. Lalu Afiq
menjawab “Kenapa tidak adik saja membuang sampah itu, selalunya adik yang rajin buat kerja
ni”. Ibu Afiq membalasnya “Adik kamu itu demam takkan nak suruh adik yang buat kerja ini,
lagipun sampah itu banyak, kekuatan adik tidak mampu untuk mengangkatnya”. Dengan rasa
bersalah Afiq lalu pergi untuk membuang sampah itu.
Setelah Afiq pergi untuk membuang sampah itu dia mempunyai niat yang tidak baik untuk
membuangnya ke dalam sungai kerana ianya memudahkan kerja Afiq. Tanpa berfikir panjang
Afiq membuangnya ke dalam sungai dan dia pergi tanpa ada orang melihatnya. “Buang sampah
ke dalam sungai ini kan lebih mudah kalau di tong sampah susah nak ikut jenis sampah pula.
Lagi pula bukan boleh mencemarkan sungai pun”. Kata Afiq tanpa rasa bersalah dengan
tindakannya dia lalu pergi ke kedai untuk membeli aiskrim yang dia inginkan.
Berbeza dengan adik perempuan Afiq yang suka terhadap alam sekitar. Adiknya selalu
melakukan aktiviti yang akan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Nama adik Afiq ialah
Siti Afiqah. “Hai nama saya Siti Afiqah, nama panggilan saya adalah Siti”. Siti amat suka
terhadap binatang dan tumbuhan, banyak haiwan yang dipelihara saya dan banyak tumbuhan
yang saya tanam di kawasan rumah.
Siti seorang budak yang suka menanam pokok dan membela haiwan. “Hai semua, ini adalah
pokok Golden Photos, ini Chinese Evergreen, dan ini Peace Lily. “Semua pokok ini menjadikan
suasana rumah menjadi cantik dan menarik serta udara yang segar yang masuk ke rumah saya”.
Apabila ayah Siti pulang dari kerja dia merasakan tenang dan ceria kerana suasana yang cantik
dan meriah yang dihiasi pokok-pokok yang ditanam oleh Siti.
Siti juga sangat sayang terhadap haiwan. Siti mempunyai dua ekor kucing namanya Mikey dan
Mimey seekor jantan dan betina. Mikey dan Mimey selalu bermain dengan Siti apabila Siti
bosan. Siti juga minat membela ikan di dalam kolam. Terdapat banyak haiwan yang dibela oleh
Siti di kawasan rumahnya. “Jom kita pergi melihat haiwan peliharaan Siti”.
Pada suatu hari, Afiq ingin pergi bermain-main di taman bersama kawannya. Lalu Siti
mengetahui bahawa Afiq ingin pergi ke taman untuk bermain. Siti memberitahu abangnya
bahawa dia juga ingin ikut abangnya bermain di taman. “Abang, Siti mahu ikut abang untuk
pergi bermain ke taman”. Namun hasrat Siti ditolak oleh abangnya kerana adiknya perempuan
manakala kawan abangnya lelaki yang bermain di taman itu. “Siti tidak boleh ikut abang pergi ke
taman sebab adik perempuan nanti tiada kawan untuk bermain”. Kata Afiq kepada adiknya.
Namun Siti tetap ingin pergi ke taman untuk bermain lalu dia memberitahu ibunya untuk
mengikuti abang untuk pergi ke taman. “Ibu, Siti mahu ikut abang pergi bermain ke taman hari
ini boleh tak? nanti ibu beritahu abang ya”. Ibu menjawab “Ok Siti”. Lalu ibu menyuruh Afiq
untuk membawa Siti untuk pergi bermain ke taman. “Afiq nanti bawa Siti juga untuk pergi
bermain ke taman dan jaga adik kamu baik-baik”. Kata ibu.
Ketika perjalanan ke taman Afiq beritahu kepada adiknya “Siti, sampai di taman nanti Siti tak
boleh bermain bola kerana ini permainan lelaki”. “Ok, tapi Siti dah ada kawan yang bermain di
taman juga nanti”. Sebelum pergi ke taman Siti telah memberitahu kawannya melalui
‘WhatsApp’ iaitu Nadhrah untuk bermain di taman pada waktu petang nanti. Afiq dan Siti
bersama kawan-kawannya berasa seronok bermain di taman pada waktu itu.
Setelah penat bermain, mereka berehat sebentar di taman lalu pulang ke rumah masing-masing.
Afiq dan Siti ketika perjalanan pulang terlihat beberapa budak yang nakal yang sedang
mengacau sarang tebuan di pokok. Lalu Siti bertanya kepada Afiq “Abang apa yang dia buat
tu?”. Setelah hampir di kawasan budak nakal itu lalu terjatuh sarang tebuan itu. Tebuan yang
tinggal dalam sarang itu lalu keluar dengan rasa marah dan mengejar Afiq dan Siti. Afiq yang
khuatir keselamatan Siti lalu membawa adiknya melarikan diri dan terjun ke dalam sungai. “Siti
bahaya!! Cepat larikan diri dan terjun ke dalam sungai”. Setelah lama menyelam di dalam sungai
Afiq dan adiknya bangun dari sungai dan memuntahkan air dari sungai itu. Namun sebelum
mereka terjun ke dalam sungai Afiq sempat menutup mulut dan hidung adiknya dengan tuala
kecil yang dimilikinya bagi mengelakkan sesuatu di dalam sungai masuk ke dalam rongga mulut
dan hidung.
Pada waktu malam, Afiq merasakan perutnya mempunyai masalah dan dia merasakan sakit
kepala. Pada awalnya dia tidak peduli rasa sakitnya itu tetapi lama kelamaan dia merasakan
tubuhnya menjadi tidak enak dan berpeluh. Siti yang melihat Afiq sedang sakit lalu memberitahu
kepada ibu. Ibu dengan cepat membawa Afiq ke hospital lalu Afiq di bawa masuk ke wad
kecemasan. Setelah beberapa hari Afiq di hospital tanpa sedarkan diri lalu dia terbangun dari
tidurnya. “Apa yang dah jadi ini kenapa Afiq di hospital?”. Tanya Afiq kepada ibunya. “Kamu di
hospital kerana kamu telah pengsan dua hari dan perlu menerima rawatan untuk membuang
kotoran dalam perut kamu itu”. “Jadi betul lah ada sesuatu di dalam perut Afiq ni ibu?”. “Ya,
Doktor mengatakan itu adalah sisa kotoran sampah yang masuk ke perut”. Setelah itu, Afiq
teringat kembali kisah di mana dia membuang sampah di sungai itu dan menyesalinya lalu
memberitahu segala perbuatannya kepada ibunya.
PENGAJARAN
• Janganlah kita mengambil sikap mudah bagi kepentingan diri sendiri
dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan keburukan
pada orang lain atau pada diri kita sendiri.
• Kita juga dituntut untuk menjaga kebersihan dan menjaga alam sekitar
yang dikurniakan Allah SWT dalam kehidupan.