MPU 333333 (ISU ISU KOTEMPORARY
MUSLIM DI MALAYSIA)
IDEOLOGI PLURALISME DAN
IMPLIKASINYA TERHADAP
KEFAHAMAN DAN AMALAN
ISLAM DI MALAYSIA
ﺎﺒﺣﺮ
ﻣ
1
IDEOLOGI PLURALISME DAN IMPLIKASINYA TERHADAP
KEFAHAMAN DAN AMALAN ISLAM DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH
Ustaz Abdul Rashid Bin Abdul
Halim @ Jaafar
MUHAMMAD ZUHAIR FITRI BIN
KHAIRUL HISHAM
54222222046
AHMAD SYUKRI BIN AZMI
54222222031
MIRA NOOR SHAHIDA BINTI
MOHAMMED
54222222018
NUR IZZAH ATRHIRAH BINTI 2
KHALID
54222222024
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Penghargaan……………………………………… 5
Pengenalan..……………………………………... 6
Definisi………………………………………………. 8
Sejarah/latar belakang……………………… 11
Ciri-ciri.……………………………………………...16
Kesan Negatif Kepada Kefahaman dan
Amalan Islam..…………………………………… 24
Kaedah Menangani Ideologi………………. 34
Kesimpulan……………………………………….. 36
Bibliografi…………………………………………… 37
33
BORANG PENILAIAN
44
Penghargaan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan
keluarga,para sahabat dan seterusnya kepada semua muslimin dan
muslimat.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
serta kurnia-Nya kerana dengan berkat dan dengan keizinannya maka
dapat kami menyiapkan tugasan dalam kod kursus MPU333333 Isu
Isu Kontemporari Muslim Di Malaysia .Insya-Allah melalui tugasan ini
sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada kami semua
dalam meningkatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang baik
dalam membuat kajian pada masa yang akan datang.
Sekalung penghargaan tidak terhingga ditujukan istimewa buat
pensyarah kursus iaitu Ustaz Abdul Rashid Bin Abdul Halim @ Jaafar
yang tidak jemu berdoa sepanjang masa,memberi semangat, nasihat
dan dorongan sewaktu melaksanakan tugasan ini dan mengharapkan
tugasan ini akan dapat memberikan manfaat dan mendapat
keberkatan daripada Allah S.W.T.
55
PENGENALAN
Pada pasca modenisasi ini, terdapat
pelbagai pemikiran baharu yang muncul
dengan pelbagai ideologi yang dibawa
seperti pluralisme agama. Pluralisme
agama merupakan sebuah ideologi yang
disebarkan di banyak negara termasuklah
Malaysia. Pluralisme agama sangat
berbahaya kerana ianya sebuah serangan
ideologi yang menyerang pemikiran umat
manusia dalam
mengubah pegangan seseorang bahkan
ianya membawa kepada kekeliruan
terhadap kefahaman beragama dan
memanipulasi sifat kepelbagaian
beragama. Maka, perkara tersebut
dianggap bakal menggugat pemikiran
dan akidah sebenar seseorang khususnya
buat penganut agama Islam. Terdapat
pelbagai isu di Malaysia yang dikatakan
bahawa ianya mempunyai kaitan dengan
penyebaran fahaman pluralisme agama
66
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk membahas
tentang ideologi pluralisme dan implikasinya
terhadap kefahaman dan amalan Islam di
Malaysia. Kertas kerja ini merumuskan tentang
definisi, latar belakang, ciri-ciri, kesan negatif
pluralisme kepada kefahaman dan amalan
Islam serta kaedah menangani ideologi
pluralisme.
Menurut Abdullah Muhammad Zin (2018),
pluralisme agama merupakan sebuah fahaman
yang ditegah penyebarannya di Malaysia
disebabkan oleh ajarannya yang bercanggah
dengan akidah Ahli al-Sunnah waal-Jama’ah.
Hasniza Hussain (2020) menyatakan bahawa
terdapat pelbagai isu yang timbul dan dikaitkan
dengan pembawakan dan penyebaran
pluralisme agama di Malaysia yang hangat
dibincangkan dan menjadi buah mulut dalam
setiap lapisan sama ada masyarakat biasa
mahupun para cendekiawan. Hujah-hujah
terhadap isu-isu yang dikupas akan
membuktikan wajah pluralisme agama sama
ada ianya membahayakan akidah umat Islam
ataupun tidak terutama yang berpegang
kepada akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
Terdapat pelbagai isu yang dikatakan dan
dikaitkan dengan pembawakan fahaman
pluralisme agama ini.
7 7
DEFINISI PLURALISME
Plural ialah ‘jama’ atau gambaran yang menunjukkan
perkara lebih daripada satu dan “isme” menunjukkan
satu aliran atau fahaman. Maka pluralisme bermaksud
satu fahaman atau aliran yang mempercayai
kepelbagaian atau perkara yang lebih dari satu.
Pelbagai definisi telah diberikan oleh sarjana sama
ada dari luar negara mahupun dari dalam negara.
Untuk tujuan ini, definisi dari tokoh-tokoh di Malaysia
akan dipilih untuk menepati ruang lingkup kajian.
Chandra Muzaffar (2006) mendefinisikan pluralisme
agama sebagai kepelbagaian agama. Manakala Osman
Bakar (2006) menerima pluralisme sebagai dialog
antara agama. Beliau juga telah memperkenalkan
konsep pluralisme Islam (Islamic pluralism).
8
8
Pada tahun 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
menyampaikan ceramahnya di di London School of
Economics pada 18 Mac di bawah tajuk ‘Religion
Pluralism in a divided world’. Dalam ceramahnya
beliau mendefinisikan pluralisme agama dalam erti
menerima kebenaran agama lain seperti Hashim
Kamali (2011) dalam penulisannya di News Straits
Times iaitu ‘Islam’s religious pluralism in context’.
Muhammad Uthman El-Muhammady (2012),
Mohd Farid Mohd Sharif (2012), Mujahid Yusof Rawa
(2014), Mohd. Asri Zainul Abidin (2014), Mohd Farid
Mohd Shahran (2014) dan Siddiq Fadzil (2016)
menerima pluralisme agama dalam maksud
kepelbagaian agama dan menolak fahaman
menyamaratakan semua agama.
9
9
Wan Adli Wan Ramli (2012), Anis Malik Thoha (2014),
dan Khalif Muammar (2015) menolak definisi
pluralisme agama dalam maksud toleransi agama,
dialog antara agama dan kepelbagaian agama. Bagi
mereka pluralisme agama itu bermaksud satu
kefahaman yang memandang semua agama adalah
sama dan menuju kepada Tuhan yang sama.
Definisi-definisi ini merupakan antara definisi
yang diberikan oleh sarjana-sarjana di Malaysia
mengenai pluralisme agama. Hasilnya dapat dilihat
bahawa terdapat kelompok sarjana yang memahami
pluralisme agama dalam erti kebebasan agama,
menerima keabsahan agama lain, kepelbagaian agama
dan juga dialog antara agama. Definisi ini yang
mencorakkan pemikiran sarjana-sarjana mengenai
10
pandangan mereka terhadap konsep pluralisme
agama.
10
SEJARAH PLURALISME
Kemunculan fahaman pluralisme agama pada abad
ke-20 di dunia Barat adalah difaktorkan oleh senario
pertumpahan darah yang berlaku di dunia ini yang
berpunca daripada sikap eksklusif dalam mendakwa
kebenaran “truth claim”. Bertitik tolak daripada
andaian berkenaan, maka ramai pemikir dan ahli
teologi Barat mendokong fahaman pluralisme
agama adalah satu-satunya jalan keluar dalam
menangani sikap saling memusuhi dan tidak toleran
masyarakat beragama “religious intolerance”, baik
sesama penganut Kristian-Katholik, Protestan,
Mormon, dan lain-lain mahupun antara penganut
Kristian dengan penganut Yahudi ataupun
ketegangan antara dunia Barat dengan dunia Islam.
Oleh sebab itu, 11 pluralisme semakin mendapat
tempat dan rancak dibicarakan di dunia Islam
khususnya selepas peristiwa 11 September 2001
yang dilihat sebagai respon balas dalam menangani
sikap ekstrimisme dan terorisme yang dilakukan
oleh segelintir kecil umat Islam.
11
Akar pluralisme agama adalah berada dalam
sejarah pengalaman masyarakat Barat. Dibuktikan
bahawa pada peringkat awal, kaum Nasrani
mengamalkan sikap eksklusif terhadap penganut
agama yang lain. Sikap ini terakam dalam
ungkapan “extra ecclessiam nulla salus’ yang wujud
sejak abad ke-3 masihi lagi. Ungkapan tersebut
bermaksud ‘di luar gereja tiada keselamatan’. Sikap
yang sama juga berlaku dalam kalangan
masyarakat Yahudi. Fahaman eksklusivisme ini
telah melahirkan ketegangan dan peperangan yang
dahsyat di Eropah. Akibatnya, inklusivisme muncul
dalam pemikiran keagamaan di Barat sebagai
reaksi terhadap kegagalan eksklusivisme. Karl
Rahner, ahli teol1o2 gi terkemuka yang mendukung
inklusivisme, mengatakan bahawa orang-orang dari
agama lain akan mendapat keselamatan dengan
rahmat Tuhan, walaupun kekal dalam agama
mereka, kerana mereka ialah “Orang Kristian yang
tidak dikenali Christians” (anonymous Christians).
12
Pandangan tersebut turut disokong oleh C. S. Lewis
dari agama Nasrani. Bukti di atas menunjukkan
bahawa berlakunya peralihan dari satu pendekatan
dan sikap yang eksklusif kepada sikap inklusif.
Namun inklusivisme juga dilihat tidak cukup kerana
masih menilai agama-agama lain dari perspektif
agama sendiri yang dianggap lebih unggul. Maka
diperkenalkan pula pluralisme agama untuk melihat
semua agama dari perspektif yang kononnya lebih
terbuka. Pluralisme dibangunkan oleh beberapa ahli
teologi Kristian yang liberal dan ekumenis seperti
Wilfred Cantwell Smith (1916-2000) dan John Hick
(1922).
Di Indonesia, fahaman liberal Islam telah
diumumkan dengan rasmi melalui penubuhan
Jaringan Islam Liberal (JIL) pada 8 Mac 2001. JIL ini
dipelopori oleh satu angkatan intelektual muda
seperti Ulil Absh13ar Abdalla, Luthfi As Syaukani,
Hamid Basyaib, Mukhti Ali, Nong Darul Mahmada,
Ahmad Sahal dan rakan-rakan yang lain dengan
mendapat cetusan idea dari tokoh neo modenisme
Indonesia yang lebih awal seperti Nurcholish
Madjid.
13
Pluralisme agama di Malaysia berkembang daripada
pengaruh liberalisme di Indonesia. Seiring dengan perkara
demikian, maka muncullah isu-isu berkenaan dengan
pengaruh ini seperti isu Perancangan penubuhan
Suruhanjaya Antara Agama (Inter Faith Commission-IFC),
artikel 11, kebebasan beragama (Religious freedom), isu
kontroversi kalimah Allah dan lain-lain seumpamanya.
Bertambah hangat dalam kemunculan pluralisme agama
di Malaysia ialah berkenaan dengan penerimaan dan
penolakan para sarjana dalam konsep pluralisme agama.
Pada Mac 2010, ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
bertajuk ‘Religion Pluralism in a divided world’menjadi
tumpuan apabila beliau dikaitkan dengan mendokong
fahaman pluralisme agama dalam ucapannya itu.
Berdasarkan ini, wacana yang membincangkan isu
pluralisme telah diadakan antaranya ialah beberapa siri
wacana yang dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat
Sejahtera Masyara1k4 at Malaysia (Muafakat) dengan
kerjasama beberapa agensi, antaranya ialah ‘Wacana
fahaman Pluralisme Agama dan implikasinya terhadap
masyarakat Islam’ pada 1 Mei 2010, ‘Wacana Pemikiran
dan Pembinaan Ummah 2 Peringkat Kebangsaan dengan
tema Gerakan Pluralisme agama dan pemurtadan
Ummah’ pada 14 Disember 2010.
14
.
Prinsip
Pluralisme
1. Mempunyai satu 3. Ideologi dan fahaman
gerakan yang pluralisme agama
terancang yang merupakan suatu
berlindung di bawah serangan mental dan
gerakan-gerakan penjajahan pemikiran
seperti ‘global ethics’, yang berbahaya
terhadap Islam. Ia
‘human rights’ dan dilakukan secara halus
‘interfaith dialogue’. untuk mengelirukan
pemikiran umat Islam
atas nama rasional.
toleransi dan
Pluralisme perpaduan.
Agama 2. Menanamkan bibit 4. Cenderung
Fahaman yang menyeru kekeliruan dan meletakkan akal
kepada persamaan antara
agama menjadikan tidak ada ketidakpastian dengan melebihi agama kerana
sesiapa berhak untuk menggunakan moto akan dianggap sebagai
mendakwa agamanya sahaja
yang paling benar sedangkan kelihatan baik seperti berautonomi dan
agama lain salah “One GOD Different mampu memikirkan
Ways” dan “Unity in segala-galanya.
Diversity”.
Tokoh-Tokoh Yang
Mengembangkan
Fahaman Pluralisme
John Hick Raimon Wilfred
Panikkar Cantwell
15 15
Antara ciri-ciri utama ideologi
plurarisme agama ialah
kesetaraan atau persamaan.
Ajaran pluralisme agama
mengajarkan semua agama
adalah sama dan setara, tidak
ada yang paling baik dan tidak
ada yang paling buruk. Plurarisme
juga mempunyai satu gerakan
yang terancang yang berlindung
di bawah gerakan-gerakan seperti
global ethics, human rights dan
interfaith dialogue of faith dan
civilizational dialogue
16 16
Selain itu, ideologi dan fahaman
pluralisme agama merupakan
suatu serangan mental dan
penjajahan pemikiran yang
berbahaya terhadap Islam serta
penganutnya. Ia dilakukan secara
halus untuk mengelirukan
pemikiran umat Islam dengan
menggunakan nama seperti
rasional, toleransi dan perpaduan.
Ia juga mempunyai jaringan luas
hampir di seluruh dunia
termasuklah Malaysia.
17 17
Pluralisme agama juga lebih
cenderung meletakkan akal
melebihi agama kerana akal
dianggap sebagai berautonomi
dan mampu memikirkan segala-
galanya. Di samping itu, ia
menanamkan bibit kekeliruan dan
ketidakpastian dengan
menggunakan moto yang
kelihatan baik dan mulus seperti
“One God Different Ways”, “Unity
in Diversity” dan sebagainya. Ia
juga mempunyai elemen-elemen
fahaman Islam liberal,
sekularisme, rasionalisme,
penolakan autoriti keagamaan,
longgar dalam perbahasan
mengenai hakikat kebenaran
sesuatu agama dan sentiasa cuba
menyamaratakan ajaran-ajaran
agama yang berbagai
18
Ciri-ciri pluralisme ini juga
memisahkan nilai dalam agama
dengan menyatakan nilai sejagat
atau universal mengatasi kebaikan
nilai agama dan ini menidakkan
peranan agama dalam kehidupan
seseorang. Seterusnya, ia
memperjuangkan kebebasan
mengeluarkan pendapat dalam
beragama kononnya setiap orang
berhak untuk memberikan
pandangan walaupun pandangan
itu sebenarnya bertentangan
dengan agama atau pandangan
itu boleh menyakiti penganut-
penganut agama lain
19
Ajaran pluralism juga merupakan agama
yang mengajarkan hak kebebasan
beragama, dalam erti keluar-masuk
agama. Hari ini seseorang boleh menjadi
Muslim, esok menjadi Kristen, esok lusa
menjadi Hindu, dan seterusnya.
Metodologi yang digunakan mereka
iaitu relativisme iaitu dengan menyatakan
bahawa kebenaran adalah relatif dan
tidak boleh didakwa mana-mana pihak,
yang bertujuan kononnya memberi
kebebasan yang mutlak dalam
mengeluarkan pendapat dalam agama
masing-masing. Jika kebenaran adalah
relatif, maka agama juga bermakna
bukanlah sesuatu yang benar dan tidak
mutlak
20
Disamping itu, reduksionisme juga
merupakan ciri-ciri plurarisme. Untuk
sampai kepada kesetaraan atau
persamaan, ajaran pluralisme agama
telah mengajarkan jati-diri atau identiti
agama-agama menjadi entiti yang lebih
sempit dan kecil, yakni sebagai urusan
peribadi. Dengan kata lain pluralisme
agama itu berwatak sekular.
Akhir sekali, ciri-ciri yang dapat kita
lihat dalam plurarisme ini adalah
eksklusivisme. Ramai orang yang gagal
mengidentifikasi dan memahami watak
atau ciri yang satu ini. Hal ini disebabkan
selama ini ajaran pluralisme agama ini
diwar-warkan sebagai anti-eksklusivisme
21
Ia sering meperlihatkan dirinya sebagai
ajaran yang “tampak” ramah dan sangat
menghormati ke-berbedaan dan
menjunjung tinggi kebebasan. Tapi pada
hakikatnya, ia telah merampas
kebebasan pihak lain dan menginjak-
injak serta melatah ke-berbedaan.
Apabila dia mendeklarasikan diri sebagai
pemberi tafsir/teori/ajaran tentang
kemajmukan/keberagaman/keberbagaia
n agama-agama yang sebenarnya, iaitu
“bahawa semua agama sama.” Jadi
sesungguhnya ia telah merampas hak
agama-agama lain dari menuntut
kebenaran masing-masing untuk
kemudian dimiliki dan dimonopoli oleh
dirinya sendiri secara eksklusif
22
Sebagai orang Islam, kita perlu berhati-hati,
berwaspada dan berawas dengan gerakan
fahaman pluralisme agama kerana matlamat
akhir gerakan ini ialah menghapuskan semua
agama. Apabila nilai akal diletakkan diletakkan
lebih tinggi daripada agama, maka agama tidak
lagi mempunyai sebarang signifikan dan
peranan. Apa yang penting ialah kita perlu
berpegang teguh dengan agama Allah agar kita
tidak terpesong. Allah s.w.t telah berfirman
dalam surah al-An’am, ayat 153 yang
berbunyi: “Dan bahawa sesungguhnya inilah
jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutinya, dan janganlah
kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam),
kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu
dari jalan Allah. Dengan demikian itulah Allah
perintahkan kamu supaya bertaqwa.”
23
Terdapat kesan negatif kepada fahaman dan
amalan muslim pluralisme diantaranya ialah
fahaman ekstrem di mana fahaman ini terlalu
memperincikan perkara berkaitan agama dan
fahaman melampau (al-Mutanatti’un).
Seterusnya ialah fahaman singkat yang
bermaksud berkefahaman mudah terhadap
perkara agama tanpa melalui peringkat-
peringkat yang sepatutnya serta
mengamalkan Islam tanpa asas ilmu yang
mantap. Tamsilnya, menghukum secara
melulu, tidak tepat dan ingin berdakwah
namun meninggalkan tanggungjawab yang
sepatutnya. Di samping itu, ideologi ini juga
menjurus kepada Islamophobia iaitu
perasaan takut dan prejudis terhadap Islam
dan menganggap Islam dan penganutnya
sebagai radikal (menggalakkan keganasan).
24 24
Fahaman pluralisme ini menjadi salah satu
punca panduan kehidupan manusia yang
meliputi pelbagai aspek dalam agama Islam
pudar seterusnya dihapuskan serta merta.
Kesannya, ia menyebabkan agama Islam
yang suci ini berubah menjadi sebuah agama
kepercayaan sahaja. Fahaman ini menjurus
ke arah mensia-siakan perjuangan agama
dan perutusan kitab-kitab suci yang telah
secara susah payah disebarkan oleh para
rasul-rasul A.S pada zaman terdahulu
dengan menentang golongan kuffur.
Seterusnya mengakibatkan hak asasi
manusia untuk menganut dan mempercayai
agama masing-masing juga dihapuskan.
Ideologi penyebaran fahaman pluralisme
adalah untuk membolehkan pertukaran
agama berlaku tidak kira apa pun agama
yang dianuti seseorang itu. (Musa, N. A., &
Shah, H. A. R.,2020).
25 25
Mengikut penulisan di laman sesawang rasmi Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2019,
permohonanan pindaan Perkara 121 (1a) telah dibuat
oleh pihak tertentu berkaitan kedudukan dan bidang
kuasa Mahkamah Syariah yang dianggap mengancam
hak kebebasan beragama. Pihak ini bersungguh-
sungguh mendapatkan sokongan daripada orang
ramai agar pindaan Perkara 121 (1a) dilakukan. Hal
ini adalah untuk membuktikan tafsiran mereka tentang
isu kebebasan beragama dengan beranggapan
bahawa semua orang bebas dan layak menukar
agama tanpa mengira apa-apa agama termasuk
agama Islam. Pindaan di bawah Artikel 11 (1)
Perlembagaan Persekutuan yang dimaksudkan ialah
“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan
mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal
(4) mengembangkan ugamanya" (Khambali, K. M., &
Haled, M. H. M., 2008).
26 26
Ini bermaksud mereka mahu isu penentuan agama
tidak lagi diputuskan oleh Mahkamah Syariah malah
memohon supaya Mahkamah Sivil yang mengambil
alih isu tersebut. Kumpulan ini memperjuangkankan
tafsiran kebebasan agama berdasarkan Artikel 18
Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 (Universal
Declarations of Human Rights, 1948) yang
menyatakan bahawa 'Everyone has the right to
freedom of thought, conscience and religion; this right
includes freedom to change his religion or belief ”
(Jalil, F., & Halim, R., 2014).
27 27
Secara ringkasnya Artikel 18 ini menyatakan bahawa
semua orang mempunyai hak serta kebebasan dalam
berfikir, bersuara serta beragama dan hak kebebasan
menukar agama atau kepercayaan. (Ismail, A. M., &
Mujani, W. K., 2020).Seperti yang diketahui bahawa
hukum menukar agama yakni murtad itu berdosa besar
dan tidak diampuni oleh Allah S.W.T melainkan mereka
bertaubat (Ibn Smith, A. R., 2012). Umat Islam yang
murtad perlu dijatuhkan hukuman hudud. Seperti dalam
hadis Rasullullah S.A.W, yang membawa maksud,
“Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”
Murtad secara ringkasnya bererti kembali manakala
dari segi istilah bererti Kembali daripada agama Islam
ke agama lain dengan niat, perkataan atau perbuatan
(Nasri, M. S., & Shiddeq, M. S., 2016). Seorang Islam
jatuh murtad apabila dia menyekutukan Allah S.W.T
melalui iktikad, ucapan atau perbuatan. Mereka juga
jatuh murtad apabila mengingkari rukun-rukun dalam
agama Islam yang diketahui jelas dan sahih atau
seseorang yang mengiktikadkan tidak wajib berhukum
dengan hukum yang diperintahkan atau diturunkan oleh
Allah S.W.T. (Mutawali, M., 2020). Keadaan seperti ini
merupakan salah satu ciri dalam fahaman pluralisme.
28 28
Pluralisme Agama sangat berpotensi untuk menghakis
kemurnian aqidah para penganut Islam di seluruh dunia
secara sedar mahupun tidak. Pluralisme Agama juga
membuka pintu kepada kesyirikan dan kekufuran. Jika
sudut aqidah umat Islam sudah terkompromi maka
sebenarnya keseluruhan jati-diri keagamaan umat itu
sendiri sudah tergadai. Allah SWT sangat tegas dalam
hal aqidah berbanding aspek lain.
Bercakap tentang Islam di seluruh dunia, walaupun
kita sedar bahawa masih banyak kelemahan dan
kekurangan yang perlu ditampung tetapi menjaga
kemurnian aqidah serta bertegas terhadap
penyelewengan aqidah adalah antara aspek diberi lebih
perhatian. Sebagai contoh, kes yang berlaku di
Malaysia. Sejak daripada kes Natrah lagi hinggalah ke
kes Nuraishah Bokhari, Azlina Jailani, kes-kes murtad
yang sampai ke pengetahuan umum akan menarik
reaksi aggresif masyarakat Islam. Pihak yang
berwewenang, setakat ini, nampaknya masih bertahan
dengan tafsiran dan perlaksanaan undang-undang yang
lebih menutup pintu murtad
29 29
Di suatu sudut yang lain, fahaman-fahaman aqidah atas
nama Islam yang menyeleweng turut dikekang dan
tidak diberikan kebebasan untuk berkembang-biak.
Orang awam di kalangan umat Islam sendiri sangat
sensitif dan takut dengan ajaran sesat. Bezanya,
Pluralisme Agama adalah suatu fahaman yang datang
dalam bentuk yang halus serta dengan imej faham Islam
yang lebih moden dan progresif. Oleh itu mungkin
sahaja seseorang itu sudah terjerumus ke dalamnya
tanpa menyedari atau tanpa merasakan bahawa ianya
suatu yang salah.
30 30
Jika kita sudah kompromi dalam bab aqidah maka umat
sudah menghakis keutuhan umat dan menempah
kebinasaan kalaupun mungkin kesan zahirnya tidak
terus kelihatan. Tetapi, lambat laun Pluralisme Agama
akan tetap menimbulkan krisis yang besar dan jelas di
tengah-tengah tubuh Umat. Setidak-tidaknya akan
mencetuskan pertelingkahan dan perselisihan sesama
Islam dalam bab aqidah yang dititik-beratkan oleh
orang-orang Islam. Ini adalah kerana adalah mustahil
untuk umat Islam di Malaysia untuk bersepakat atas
satu kesesatan seumpama Pluralisme Agama. Maka
umat akan terpecah kepada dua puak yang mungkin
sahaja ketajaman perselisihannya itu lebih tajam
berbanding dengan perselisihan politik kepartaian.
Malah sudah nyata bahawa pendokong parti politik yang
sama pun boleh jadi terjauh hati dan berpecah akibat
Pluralisme Agama. Perpecahan adalah antara punca
utama kelemahan dan kemunduran Umat yang tak
mampu kita tanggung dalam realiti Malaysia.
31 31
Susulan dan terkait dengan implikasi agama dan
kefahaman, Pluralisme Agama juga akan membawa
akibat buruk kepada situasi sosio-politik umat Islam.
Apabila kecemburuan umat Islam di Malaysia terhadap
agama dapat dicairkan melalui faham ini, maka agama
sebagai salah satu benteng paling kukuh bagi formula
sosio-politik di Malaysia juga akan dirobohkan. Pengkaji
sosio-politik yang insaf akan mengakui bahawa
sepanjang sejarah negara, agama menjadi antara faktor
utama di sebalik kekukuhan kedudukan umat Islam di
negara ini. Keteguhan umat Islam sebagai umat teras
dalam masyarakat berbilang kaum dan agama pula
menjadi sangga utama yang terbina di sekelilingnya
kestabilan dan keharmonian agama. Merongkai formula
yang sudah terbukti ini bererti merongkai ikatan yang
selama ini mengikat kesebatian masyarakat
32 32
Pendek kata, Pluralisme Agama adalah suatu tikaman
ke jantung negara dan bangsa kerana Islam dan
keislaman adalah jantung dan hati kepada Malaysia dan
bangsa Melayu sebagai bangsa terasnya. Oleh itu,
kalau pun Pluralisme Agama tidak dirasakan terlalu
beracun atau berbisa dalam konteks negara lain, di
Malaysia ia adalah racun yang membunuh.
33 33
Pada akhir zaman ini,langkah mahupun kaedah drastik namun
berkesesuain amat perlu dipertimbangkan untuk menangani penyebaran
ideologi serta aliran pemikiran yang bercanggahan dengan aliran Islam
seperti fahaman pluralisme .Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang
didapati amat sesuai untuk digunakan kerana ia adalah kaedah yang
amat sesuai untuk membentuk dan membuka mata masyarakat dan umat
masa kini.Tambahan lagi, Kaedah-kaedah ini telah sekian lama
dilaksanakan sejak dahulu seperti mengeluarkan hukum, mewartakan
fatwa dan perundangan. Hal ini kerana,sejak 5 Mei 1966 Jawatankuasa
Fatwa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(MKI) bermesyuarat menetapkan pandangan hukum supaya umat Islam
di Malaysia mengikut ajaran Islam berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah
selain daripada pegangan itu adalah dilarang.
Antara kaedah untuk menangani ideologi pluralisme ialah dengan
menjalankan pemantauan secara berkala dan mengambil tindakan
penguatkuasaan di bawah akta atau enakmen kesalahan jenayah syariah
oleh pihak berkuasa agama negeri sekiranya terbukti terdapat unsur-
unsur penerbitan, penyiaran atau penyebaran apa-apa buku risalah,
filem, video dan lain-lain berhubung fahaman pluralisme.
Selain itu,Memberi pendedahan mengenai fahaman pluralisme agama
melalui media baharu dan penyiaran seperti siaran khutbah serta
rancangan-rancangan agama melalui forum Perdana ‘Hal Ehwal Islam’
dan ‘Anda musykil’ yang disiarkan melalui TV serta rancangan lain yang
turut diterbit dan disiar melalui radio stesyen-stesyen nasional kerajaan
serta boleh diakses melalui media.
34 34
Seterusnya,pihak kementerian harus turut melaksanakan Muzakarah
pakar sidang meja bulat bangkel bersama agensi peringkat
persekutuan dan negeri bagi berkongsi input serta mencari solusi
untuk menangani masalah penularan ideologi pluralisme.Hal ini
kerana,Kesepakatan dan penyatuan ummat juga merupakan kaedah
yang dapat membendung ideology pluralisme ini semakin meluas
Selain itu,penerbitan dan pengeluaran beberapa bahan bacaan dan
buku berkaitan isu liberalisme, pluralisme dengan kerjasama Institusi
Pengajian Tinggi Dan Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam, Majlis
Agama Negeri berhubung perkara ini seperti buku ‘Soal Syiah Di
Malaysia’ serta ‘Diskusi Isu Akidah dan Pemikiran Semasa di
Malaysia’ yang diterbitkan oleh JAKIM.Perkara ini bertujuan untuk
membuka serta menjelaskan perkara yang yang menjadi sesebuah
isu yang berkaitan dengan ideology yang dibawa oleh fahaman
pluralisme.
Kemudian ,penglibatan serta Peranan yang dimainkan oleh Para
ulama dan cendekiawan Muslim dalam pelbagai sektor perkhidmatan
hendaklah dimainkan dalam menangani isu pluralisme agama ini di
Malaysia. Mereka hendaklah bersungguh-sungguh dan
menggembleng sumber yang ada ke arah mempastikan isu pluralisme
dapat dibendung malah dibanteras sehingga ke akar umbi.
35 35
Islam mengakui perbezaan agama namun ia tidak mengakui
kebenaran agama lain lantaran Allah adalah satu-satunya agama
yang diredai Allah. Justeru para ulama dan cendekiawan muslim
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup berat dalam
mempastikan sistem-sistem Islam dapat dilaksanakan secara
menyeluruh di Malaysia. Keprihatinan yang amat tinggi dituntut
daripada mereka demi mempastikan aliran pluralisme agama dapat
dibendung dan dibanteras dan akidah umat Islam di negara ini dapat
diselamatkan.
36 36
1 https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/14/bend
ung-fahaman-bertentangan-islam-dr-zulkifli/
Mohamad, A., Ghazali, A., & Ali, W. Z. K. W. (2021). Isu-isu
2 Berkaitan Pluralisme Agama di Malaysia: Suatu Analisis
Awal. Jurnal Peradaban, 14(1), 1–24.
https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol14no1.1
Hilmi, E., Salleh, K., Farhana, N., & Rahman, A.
3 (n.d.). Perkembangan Awal Pluralisme Agama Di
Malaysia. http://www.ukm.my/isoit/wp-
content/uploads/2018/09/Earni-elmy.pdf
Nur Farhana Abd Rahman, Prof. Dr. Mohd Nasir Omar & Prof.
4 Dr. Idris Zakaria. (n.d.). Faham Pluralisme Agama Dan
Percanggahannya Dengan Akidah Dan Syari ‘Ah Islamiyah
(Jabatan Usuluddin dan FalsafahFakulti Pengajian
IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia, Ed.)
Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/5451731/Fahaman_Pluralisme
37 37
5 Earnie Elmie Hilmi, Kamarudin Salleh & Nur Farhana Abdul
Rahman1. (2019). Faktor-faktor Pengaruh Penyebaran
Pluralisme Agama di Malaysia.
http://aminiamir.blogspot.com/2011/03/ciri-ciri-
6 pluralisme-agama.html
7 https://www.studocu.com/my/document/universiti-
teknologi-mara/values-and-civilization/ciri-ciri-
pluralisme/19562282
37 38