The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Scrap Book Kumpulan 5 (2)_compressed (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Aisyah, 2024-06-12 23:21:18

Ketidakupayaan Pelbagai kumpulan 5

Scrap Book Kumpulan 5 (2)_compressed (1)

K Pelbagai Ketidakupayaan tidakupayaan


Isi kandungan


Aisyah Nadhirah binti Mohd Apandi Syaza Qistina binti Ahmad Qabil Nurul Natasya Ayu binti Zawawi Siti Aisyah binti Samsudin D20211100869 D20202096630 D20221102837 D20221104551


Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan. Individual Disabilities Education Act: Ketidakupayaan pelbagai sebagai ketidakupayaan yang wujud pada seseorang individu seiring atau bersama. Disediakan oleh: Nurul Natasya Ayu


Ketidakupayaan pelbagai boleh merangkumi pelbagai aspek seperti fizikal, intelektual, perkembangan dan sensori. Individu mempunyai IQ yang rendah, memiliki kemahiran hidup yang terhad, mempunyai masalah koordinasi pergerakan psikomotor, menghadapi masalah deria dan masalah-masalah kesihatan yang kritikal. Contoh: Pekak-buta, spastik-kerencatan mental, terencat akal-cerebrum palsy, dsbg.


Fizikal Psikososial Kognitif Gangguan Kecacatan Sensori Komunikasi


Kesukaran dalam Pembelajaran Kesulitan dalam memahami konsep, mengingat informasi, dan mengikuti arahan. Tertinggal dalam subjek seperti membaca, menulis, dan matematik. Masalah Fizikal Memerlukan alat bantu seperti kerusi roda atau tongkat. Kesukaran dalam mengawal pergerakan motor kasar. Masalah Komunikasi Masalah dalam bercakap atau memahami percakapan. Menggunakan isyarat, gambar, atau alat bantu komunikasi lain untuk berinteraksi. Masalah Sensorik Mengalami masalah penglihatan atau pendengaran yang memerlukan alat bantu seperti cermin mata atau alat bantu pendengaran. Tindak balas yang berlebihan atau kurang terhadap rangsangan sensori seperti bunyi, cahaya, atau sentuhan. Kesulitan dalam Aktiviti Harian Memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti harian seperti makan, berpakaian, dan kebersihan diri. Memerlukan struktur dan rutin yang konsisten untuk membantu mereka menjalani hari mereka dengan lebih mudah. Masalah Sosial dan Emosi Kesukaran dalam berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Mengalami kegelisahan, kekecewaan, atau kemurungan yang boleh menjejaskan pembelajaran dan hubungan sosial. Penyesuaian dan Sokongan: Penyesuaian Kurikulum / Alat Bantu Memerlukan modifikasi kurikulum dan strategi pengajaran khusus. Penggunaan teknologi bantuan seperti perisian komputer yang disesuaikan, alat bantu komunikasi, dan peranti lain. Disediakan oleh: Aisyah Nadhirah


1. Mutasi Genetik: Mutasi dalam gen tertentu boleh menyebabkan pelbagai ketidakupayaan. Contohnya, sindrom Down dan sindrom Fragile X. Keturunan: Penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa boleh menyebabkan ketidakupayaan pelbagai. Jangkitan: Jangkitan seperti rubella, sitomegalovirus (CMV), dan toksoplasmosis semasa kehamilan boleh mempengaruhi perkembangan janin. Penggunaan Bahan Berbahaya: Pengambilan alkohol, dadah, atau merokok semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Malnutrisi: Kekurangan nutrisi penting semasa kehamilan boleh mengganggu perkembangan otak dan organ lain janin. Kelahiran Pramatang: Bayi yang dilahirkan pramatang berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan dan ketidakupayaan. Kecederaan Semasa Kelahiran: Kecederaan pada otak atau sistem saraf semasa kelahiran boleh menyebabkan ketidakupayaan pelbagai. Kekurangan Oksigen: Asfiksia (kekurangan oksigen) semasa kelahiran boleh menyebabkan kerosakan otak. Disediakan oleh: Aisyah Nadhirah


Jangkitan dan Penyakit: Jangkitan serius seperti meningitis atau ensefalitis boleh merosakkan otak dan menyebabkan ketidakupayaan. Trauma Fizikal: Kecederaan kepala yang serius akibat kemalangan atau penderaan boleh menyebabkan ketidakupayaan. Pendedahan kepada Toksin: Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya seperti plumbum boleh merosakkan perkembangan otak. Kualiti Penjagaan: Kurangnya penjagaan dan rangsangan yang mencukupi pada peringkat awal kanak-kanak boleh mempengaruhi perkembangan. Pendidikan dan Sokongan: Kurangnya akses kepada pendidikan khusus dan intervensi awal boleh memperburuk keadaan ketidakupayaan. Disediakan oleh: Aisyah Nadhirah


Penyakit Kronik: Penyakit kronik seperti epilepsi, diabetes, atau penyakit jantung yang tidak terkawal boleh menyebabkan komplikasi tambahan dan ketidakupayaan pelbagai. Kekurangan Nutrisi: Kekurangan nutrisi kronik boleh mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif. Kemiskinan: Kemiskinan boleh menghalang akses kepada penjagaan kesihatan yang baik, nutrisi, dan pendidikan, yang semuanya penting untuk perkembangan yang sihat. Kurangnya Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan: Kekurangan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang tidak dirawat dan mengakibatkan ketidakupayaan. Disediakan oleh: Aisyah Nadhirah


Lokasi perkhidmatan termasuk: Juga dikenali sebagai Occupational Therapy. Merupakan rawatan pemulihan yang membantu pesakit meningkatkan tahap kefungsian mereka di rumah, sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Strategi promotif, preventif dan rehabilitatif digunakan dalam teknik pemulihan ini. Contoh perkhidmatan yang ditawarkan: Latihan kognitif dan persepsi Terapi kreativiti Latihan sensori motor Hospital kerajaan Klinik kesihatan Sekolah Pendidikan Khas Disediakan oleh: Syaza Qistina


Intervensi fisioterapi: Sering dikenali sebagai fisioterapi. Terapi ini melibatkan prinsip intervensi kinseiologi (pergerakan badan), preskripsi senaman serta rawatan fizikal atau elektrikal. Rawatan ini bertujuan untuk mengatasi masalah had pergerakan yang disebabkan oleh fungsi tubuh badan yang terhad. Contoh perkhidmatan fisioterapi yang ditawarkan: Rehabilitasi neurologi Hidroterapi Rehabilitasi amputasi Pergerakan aktif dan pasif Positioning Mengajar penjaga cara mengangkat pesakit dengan betul Alat bantuan mobiliti Disediakan oleh: Syaza Qistina


Kanak-kanak yang mengalami masalah komunikasi ini juga menghidapi masalah: Down ’ s Syndrome Masalah pendengaran Sumbing bibir/lelangit Pemulihan Pertuturan-Bahasa ini memfokuskan kepada terapi untuk mengatasi masalah seperti: Masalah Pertuturan Disartria Apraksia Gagap Masalah Bahasa Lambat bercakap Sukar mengikuti arahan mudah/kompleks Masalah Komunikasi Tidak berupaya berkomunikasi secara verbal Masalah Penelanan Kerap tersedak Kesukaran menelan makanan dan minuman Autisme Cerebral Palsy Disediakan oleh: Syaza Qistina


Menggunakan peralatan seperti komputer pintar kerana murid sangat berminat dengan visual yang berwarna-warni. Murid lebih tertarik dengan lagu, puisi berirama serta kartun yang mempunyai unsur pengajaran. Sekolah Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Program Inklusif Program Pemulihan Khas 1. Program KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MURID 2. Kaedah Pembelajaran Kaedah belajar sambil bermain Murid berasa seronok Selaras dengan Dasar Pendidikan Khas, iaitu murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Daya tarikan untuk murid belajar Contoh: guru meminta murid bersama-sama rakan mereka melakonkan tajuk yang dipelajari. Kaedah simulasi Kaedah menggunakan teknologi maklumat Disediakan oleh: Siti Aisyah


Guru menunjukkan cara membuat sesuatu dan murid mengikuti secara individu. Aktiviti yang sesuai untuk pelajaran Kemahiran Amalan Berdikari seperti membuat air teh. KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MURID 2. Kaedah Pembelajaran Kaedah pengajaran individu Murid lebih faham dan boleh menjawab soalan dengan lebih baik. Kaedah melibatkan semua murid dalam sesi pembelajaran Murid belajar dengan melakukan akiviti secara bersama. Kaedah pengajaran berkumpulan Kaedah tunjuk cara 3. Pengujian Ujian Individu Ujian Saringan PASR PASM Disediakan oleh: Siti Aisyah


4. Bahan Bantu Mengajar (BBM) 5. Peralatan KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MURID Pelekat Glob taktil Gambar Objek maujud Penggenggam pensel Mesin Braille Calculator Manual Bersuara Bikar Braille bertanda Disediakan oleh: Siti Aisyah


1. Peranan Ibu Bapa Ahli kelurga beinteraksi dan menghabiskan masa bersama. 2. Peranan Guru Rutin dan aktiviti bilik darjah yang menarik dan mampu meningkatkan perkembangan domain murid. 3. Terapi Cara Kerja Meningkatkan tahap kefungsian seharian individu. Pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup dan tertumpu kepada aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan keupayaan berdikari. 4. Intervensi DDST (Denver Development Screening Test) Kemahiran motor halus pula meliputi koordinasi mata dan tangan, manipulasi objek serta menyelesaikan masalah. KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MURID Disediakan oleh: Siti Aisyah


Add a little bit of body text 2. Terapi fisio Membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar dan halus badan serta membantu mereka kembali ke tahap fizikal yang mampu dicapai. Antara kaeah yang boleh digunakan ialah mengurut, penyejukkan dan pemanasan. 1. Intervensi DDST (Denver Development Screening Test) Kemahiran motor kasar meliputi aksi duduk, berjalan, melompat dan kesuluruhan gerakan otot. KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MURID 3. Peralatan bantuan Disediakan oleh: Siti Aisyah Wheelchair Walking frame Standing frame Goalball Bola sepak berloceng


- Boleh memotivasikan kanak-kanak yang memiliki masalah mental dan emosi serta sambil lewa dalam belajar. - Membantu meningkatkan daya konsentrasi, menerap nilai kesabaran dan berdisiplin tinggi Main: Merupakan sebarang aktiviti kanak-kanak yang boleh memberi kegembiraan dan kepuasan kepada mereka tanpa mengambil kira hasil aktiviti. Muzik: Satu terapi ekspresif terdiri daripada proses interpersonal iaitu pengamal terapi muzik menggunakan peralatan muzik dan semua aspek fizikal, emosi, mental, sosial, estetik dan rohani untuk menambah baik dan mengekalkan kesihatan mereka. Kauseling Ibu bapa yang peka Terapi main dan terapi muzik dan nyanyian Persekitaran bilik darjah kondusif Ceria Kaedah pembelajaran secara berkumpulan Terapi alternatif Intervensi DDST memberi fokus kepada aspek kemahiran sosial meliputi interaksi dan menyayangi orang. KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MURID Selamat Disediakan oleh: Siti Aisyah


Disediakan oleh: Syaza Qistina Ketidakupayaan pelbagai Gabungan pelbagai jenis Cabaran ketidakupayaan seperti: Fizikal Kognitif Sensori Tanggungjawab kerajaan Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai Meningkatkan kesedaran dan memupuk sikap menerima kepelbagaian dalam kalangan masyarakat Mewujudkan kokurikulum pendidikan yang sesuai Tanggungjawab masyarakat Menghormati individu, tidak kira keadaan fizikal atau mental mereka Memberikan mereka peluang yang sama rata Tanggungjawab guru Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sesuai Menggunakan kreativiti untuk menarik minat pelajar untuk menyertai PdP


Bahagian Pendidikan Khas (2015), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Garis Panduan Peralatan dan Bahan Sokongan Pembelajaran Pendidikan Khas. Putrajaya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaan. (2017, January 4). Soalan-soalan Lazim Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). http://lp.moe.gov.my/index.php/faq/peperiksaan-pentaksiran-faq-menu/pasr Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Nadzimah Idris, Abdul Rahim Razalli, Mohd Syaubari Othman, Mazarul Hassan Mohd Hanapi, Mohd Muslim Md Zalli & Nik Muhammad Hanis Nik Rakemi. (2023). Kesejahteraan emosi murid berkeperluan pendidikan khas: pasca covid-19. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16(2), 16-26. . https://doi.org/10.37134/bitara.vol16.2.4.2023 Slideshare. (2014, May 16). Nota Kuliah - Kanak-Kanak Kecacatan Pelbagai. SlideShare. https://www.slideshare.net/slideshow/nota-kuliah-kanakkanak-kecacatan-pel/34783801 4 jenis program Pendidikan Khas di malaysia. SISTEM GURU. (2024, JanuarY 22). https://edu.sistemguruonline.my/jenis-program-pendidikan-khas/


Click to View FlipBook Version