1 SKEMA SEMESTER 2 SET 1 2021 1. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan nilai-nilai islam yang terdapat dalam teks tersebut dalam kontek pembangunan insan. [25] Skema A Pengenalan [3m] 1. Nilai islam ialah sifat ketinggian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. 2. Menyenaraikan isi-isi penting B. Isi [20m] F1 Merendah diri / Tawaduk H/C Antara nilai islamnya ialah merendah diri. Merendah diri merupakan sifat seseorang insan yang tidak berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya yang penting diterapkan dalam diri setiap insan. Sekiranya seseorang insan tidak merendah diri, sudah pasti insan tersebut akan menjadi insan yang angkuh. Contohnya Sultan Muhammad merupakan seorang yang merendah diri apabila sanggup menyerahkan tahta kerajaan Mu’tabari kepada anaknya yang tua dan menggelarkan dirinya sebagai Fakir Muhammad semata-mata untuk menunaikan amanat Rasul Allah dan cintanya akan Islam. Baginda telah naik kapal Sheikh Ismail dan meminta Sheikh Ismail membawanya ke negeri Semundra untuk menyebarkan ajaran Islam. [hlm 56] Jelaslah, dengan merendah diri dapat menjadikan Sultan Muhammad seorang yang insan yang tidak sombong dan sentiasa redha terhadap apa jua anugerah Allah SWT kepadanya. Oleh itu, kita haruslah bersifat merendah diri bagi menjadi seorang insan yang berakhlak mulia. F2 Taat kepada perintah Rasul H/C Seterusnya, taat kepada perintah Rasul. Taat kepada perintah Rasul merupakan sifat mengikut segala ajaran yang disampaikan oleh Rasul kepada umat Islam bagi melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Sekiranya seseorang insan itu tidak taat kepada perintah Rasul, sudah pasti insan tersebut akan menjadi insan yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang mungkar iaitu melakukan perbuatan maksiat, membunuh, mencuri, menipu dan sebagainya.Contohnya, Sharif Mekah dan Fakir Muhammad patuh pada perintah Nabi untuk mengislamkan isi negeri Semundra kerana dalam negeri itu akan muncul banyak wali Allah. Nabi juga meminta mereka membawa sekali seorang fakir di negeri Mutabari. [hlm 55] . Jelaslah, dengan merendah diri dapat menjadikan Sharif Mekah dan Fakir Muhammad seorang insan yang beriman kepada Allah s.w.t. Oleh itu, kita mestilah taat kepada perintah Rasul agar kita menjadi seorang insan yang dapat mengamalkan amar makruf nahi mungkar. F3 Bertakwa/ Beriman H/C Seterusnya, bertakwa kepada Allah. Takwa merupakan takut kepada Allah dan mengharapkan keredhaan dan rahmat daripada Allah. Sekiranya seseorang itu tidak bertakwa kepada Allah, sudah pasti dirinya akan terpesong daripada akidahnya. Contohnya Maulana Abu Ishak, seorang yang amat arif dalam ilmu tasauf, merupakan seorang ulama yang bertakwa kepada Allah dan mempunyai kekuatan iman. Beliau sentiasa tawaf di Kaabah dan sentiasa dengan air sembahyang. Beliau berwuduk dan bersih daripada hadas kerana sentiasa beribadat kepada Allah dalam keadaan suci. Beliau hanya berwuduk dua kali sahaja dalam sebulan. [hlm 156]. Dengan ketakwaan dapat menjadikan Maulana Abu Ishak seorang insan zuhud, yang sentiasa mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.
2 F4 Gigih dalam pekerjaan/Dedikasi H/C Gigih merupakan sifat rajin dalam berusaha dengan tidak mengenal erti penat lelah untuk mencapai kejayaan. Sekiranya seseorang insan itu tidak gigih berusaha, sudah pasti insan tersebut akan gagal iaitu tidak mengecapi kejayaan dalam kehidupan. Contohnya, Fakir Muhammad seorang yang gigih iaitu sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk menyebarkan ajaran Islam ke Alam Melayu. Beliau sanggup turun dari tahta kerajaan Mu’tabari lalu memakai pakaian fakir semata-mata untuk menyertai rombongan untuk ke Semundra bagi menyebarkan agama Islam. Dalam perjalanan mencari negeri yang bernama Semundra itu, rombongan itu telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Fakir Muhammad telah mengislamkan semua penduduk di tempat tersebut. [hlm 56] Dengan gigih dalam pekerjaan dapat menjadikan Fakir Muhammad seorang insan yang kental dan tabah apabila berhadapan dengan ujian Allah. F5 Redha H/C Redha merujuk kepada sifat seseorang insan yang menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Sifat redha dapat menjadikan insan tersebut penyabar. Sekiranya seseorang insan tidak redha dengan nasib dan kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t, sudah pasti insan tersebut tergolong dalam insan-insan yang tidak beriman kepada Allah. Contohnya, Tun Mutahir redha atas hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atasnya oleh Sultan Mahmud Syah walaupun sebenarnya semuanya adalah gara-gara fitnah Kitul dan Raja Mendaliar. Tun Mutahir difitnah ingin merampas kerajaan dan telah menempa ciu emas dan kaus emas [hlm 256]. Dengan redha, dapat menjadikan Tun Mutahir seorang insan yang tabah dalam mengharungi dugaan dalam kehidupannya. F6 Adil H/C Adil merujuk kepada sifat menyebelahi pihak yang benar seperti dalam menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang yang patut ada dalam diri setiap insan bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sekiranya seseorang insan tidak adil dalam menjatuhkan hukuman, sudah pasti insan tersebut akan menjadi insan yang tidak amanah atau jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya. Contohnya, Sultan Alaud-Din Riayat Syah menjalankan pemerintahan dengan adil. Baginda telah menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada pesalah yang melakukan kesalahan di Melaka. Baginda telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pencuri yang mencuri di Melaka iaitu mencuri peti Ki Tarambulum [hlm 174-175]. H/C Contohnya, Sultan Mansur Syah juga adil apabila menghantar Raja Muhammad ke Pahang dan dirajakan di sana kerana tindakannya membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Semasa Tun Besar bermain sepak raga, kebetulan Raja Muhammad lalu, maka raga yang disepak Tun Besar jatuh terkena destar Raja Muhammad. Ini menyebabkan Raja Muhammad murka lalu membunuh Tun Besar. [hlm 152-153] F7 Bertanggungjawab H/C Bertanggungjawab merujuk kepada sikap amanah terhadap sebarang tugasan yang harus ada dalam diri setiap insan bagi melahirkan insan yang memiliki moral yang baik. Sekiranya seseorang insan itu tidak memiliki sifat bertanggungjawab, sudah pasti insan tersebut akan lalai dan tidak amanah dalam menjalankan tugasan. Contohnya, Sultan Alauddin Riayat Syah bertanggungjawab mengatasi masalah kecurian yang semakin berleluasa di Melaka. Baginda telah menyamar menjadi pencuri pada waktu malam untuk menangkap pencuri. Semasa menyamar itu, baginda telah terserempak dengan lima orang pencuri yang mencuri peti milik seorang saudagar yang bernama Ki Tarambulum.[173-175] F8 Pemaaf H/C Sultan Mansur Syah mengampunkan Hang Tuah yang dikatakan telah berzina dengan dayang istana setelah diberitahu oleh Seri Nara Diraja bahawa Hang Tuah masih hidup. Sultan Mansur Syah sangat gembira mendengar khabar tersebut dan meminta Seri Nara Diraja menjemput Hang Tuah kembali lalu menitahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat yang telah menderhaka kepada sultan [140]
3 F9 Bersyukur H/C Sultan Mansur Syah bersyukur kerana Hang Tuah masih hidup kerana hanya Hang Tuah yang mampu membunuh Hang Jebat yang telah menderhaka kepada sultan.[140] Pilih 5 isi 1 isi = 4 markah [1 Markah Fakta, 2 Markah perbincangan, 1 Markah contoh] 5 isi x 4 markah = 20 Markah C. Penutup [2m] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan 2. “Nilai kemanusiaan merupakan suatu aspek penting untuk pembangunan insan.” Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak-watak wanita dalam Teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] Skema A. Pengenalan [3m] 1. Nilai kemanusiaan ialah nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik. Ianya juga merujuk kepada perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul. 2. Latar belakang watak wanita dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) seperti Tun Kudu, Tun Fatimah dan sebagainya. 3. Isi yang akan dibincangkan B. Isi [20m] F1 Setia/taat H Kesetiaan seseorang insan terhadap insan yang lain akan melahirkan kemesraan dan kasih sayang khususnya dalam hubungan suami isteri/pasangan. K Sifat ini juga akan melahirkan insan yang sanggup berkorban apa saja sebagai bukti kesetiaannya. Kesetiaan/ketaatan juga akan melahirkan insan yang berjiwa kental. C Hal ini boleh ditelusuri melalui watak Tun Fatimah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Walaupun pada peringkat awal, Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Shah, tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir hayatnya. Kesetiaan Tun Fatimah terbukti apabila beliau ikut berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka di kalahkan oleh Peringgi. F2 Tabah menghadapi cabaran H Sikap tabah yang hadir dalam diri seseorang akan menjadikan seseorang itu kuat dan tahan uji apabila berhadapan dengan musibah atau kesukaran. K Sifat tabah yang ada dalam diri seseorang juga akan menjadikan seseorang itu tenang dan tidak mudah rasa kecewa apabila diuji dengan kesusahan. C Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang sangat tabah. Ketabahan Tun Fatimah terserlah apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi pembunuhan keluarganya yang cukup tragis.
4 F3 Sanggup berkorban H Kesanggupan seseorang insan berkorban akan menjadikan insan tersebut seorang yang tabah/sabar apabila menghadapi ujian dalam hidup ini. K Sifat ini akan menjadikan seseorang itu sentiasa dikenang atas segala pengorbanan yang dicurahkan. Ianya juga akan menjadikan seseorang itu redha di atas ketentuanNya. C Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi menyelesaikan perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah menghadapinya. F4 Bijaksana H Seseorang yang memiliki sifat bijaksana akan disanjung tinggi dan dapat membangunkan diri. K Seseorang yang bijaksana akan dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. C Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah menyatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja. F5 Tegas/tetap pendirian H Ketegasan seseorang akan menyebabkan orang lain menghormatinya. K Sifat ini juga akan menjadikan seseorang itu tidak mudah dipermainkan oleh orang lain. Ketegasan yang dimiliki oleh seseorang wanita akan meletakkan dirinya dalam kalangan orang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. C Tun Fatimah digambarkan sebagai seorang wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja. F6 Tidak mementingkan harta dan kedudukan H Wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda bukanlah kayu pengukur mencapai sesebuah kebahagiaan. K Sifat ini akan menjadikan seseorang itu mempunyai ketenangan jiwa dan dapat meningkatkan kualiti diri. C Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami, adik dan ayah mertuanya yang dibunuh. Pilih 5 isi 1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh) 5 isi x 4 markah = 20 markah *Nota - calon mesti kemukakan 2 watak ke atas C. Penutup [2m] Rumusan/penilaian/pandangan/cadangan/kesimpulan.
5 3. Bincangkan pembangunan masyarakat dari aspek sosial yang terdapat dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. [25] Skema cadangan Pendahuluan. [3 markah ] 1. Konsep - Sosial membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal yang berkaitan dengan masyarakat. Antaranya termasuklah sistem sosial, struktur sosial, mobiliti sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan stratifikasi sosial. 2. Kemukakan isi-isi penting. Isi-isi [20 markah ] F1 Perpaduan Perpaduan merujuk kepada perihal berpadu/bergabung yang memiliki ciri-ciri teguh/ kukuh kerana sudah bersatu antara kaum yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama. Perpaduan antara pelbagai kaum dapat melahirkan kelompok masyarakat yang harmoni, hormat-menghormati dan saling percayamempercayai dan bekerjasama. Tanpa semangat perpaduan, pasti masyarakat hidup berpecah belah. Contohnya sikap bekerjasam dan saling mempercayai antara kaum iaitu En.Muhammad dan Datuk Tan dalam urusan perniagaan lada hitam boleh melahirkan suasana yang kondusif untuk meraih keuntungan dan seterusnya memajukan masyarakat dengan memberi peluang pekerjaan. F2 Pendidikan Pendidikan merujuk kepada proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan dapat membangun dan memajukan masyarakat yang berkemahiran tinggi ke arah kehidupan yang lebih berkualiti.Tanpa pendidikan pasti masyarakat terus mundur. Contohnya Rahim, Robert dan En Muhammad mendapat pendidikan di luar negeri. Kepakaran mereka dalam bidang pengurusan dan perlombongan dapat memberi peluang pekerjaan dalam SLLT dan seterusnya memajukan masyarakat. F3 Budaya Budaya adalah rangkuman segala aspek hidup manusia , baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan , atau perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun-temurun. Amalan budaya yang baik akan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, bekerjasama,tolong menolong dan saling hormat-menghormati.Tanpa budaya hidup yang positif pasti masyarakat hidup dalam keadaan tidak aman dan mudah bermusuhan. Contohnya, walaupun perkahwinan antara Gayah dan Sudin diadakan secara kecil-kecilan kerana mereka merupakan janda dan duda, namun budaya ini dapat mengeratkan hubungan dan melahirkan perasaan hormatmenghormati dalam kalangan masyarakat. F4 Susun lapis masyarakat. Masyarakat Melayu kini dibahagikan kepada 3 lapisan iaitu golongan diraja, pemerintah dan rakyat. Susun lapis ini membentuk masyarakat yang saling hormat-menghormati dan memahami peranan dan kedudukan masing-masing. Tanpa susun lapis ini pasti masyarakat hidup kacau-bilau kerana saling berlumba menunjukkan kuasa dan kedudukan. Contoh masyarakat di Wilayah Tualang terdiri daripada 3 lapisan.Lapisan pertama ialah raja iaitu Duli Yang Maha Mulia dan pembesar/pentadbir yang terdiri daripada Orang Kaya Indera Penghulu Mahmud wakil rakyat YB Mohd Yusuf.Lapisan kedua adalah golongan menengah yang terdiri daripada ahli perniagaan seperti En.Muhammad dan lapisan bawah terdiri daripada penduduk kampong.
6 F5 Mobiliti sosial. Satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada satu lapisan sosial yang lain secara mendatar atau menegak. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh berlaku disebabkan oleh pendidikan, kekayaan dan hubungan keluarga. Perubahan ini menjadi pendorong kepada masyarakat untuk bekerja keras dan memajukan diri ke arah yang lebih baik. Tanpa mobiliti sosial kehidupan masyarakat terus berada pada takuk lama. Status sosial Sudin daripada pemuda kampung biasa berubah/meningkat menjadi menantu keluarga kaya OKI Datuk Idris selepas berkahwin dengan Gayah. Mobiliti sosial ini mampu membawa pembangunan masyarakat. F6 Interaksi sosial Masyarakat majmuk di Malaysia saling berhubung dengan menggunakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara. Contoh, En Muhammad dan Datuk Tan berhubung dengan menggunakan bahasa Melayu. F7 Agama dan kepercayaan F8 Pekerjaan Pilih 5 isi 1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 2 markah perbincangan , 1 markah contoh ) 5 isi x 4 markah = 20 markah Penutup [2] cadangan/saranan/harapan/penilaian/rumusan 4. “Ketakwaan dan keimanan menjadi satu ukuran penting dalam mobiliti sosial.” Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] ___________________________________________________________________________ Cadangan Skema jawapan A Pengenalan [3] 1 Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. Perubahan kedudukan ini boleh berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi pangkat, kekayaan, pendidikan, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah, dan sebagainya. 2 Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya sahaja. 3 Menyenaraikan isi-isi penting. Pilih 2 gabungan isi lengkap 2 isi = 3 markah
7 B Isi [20] F1 Cinta dunia kepada zuhud(mobiliti menegak ke bawah). H/C Merujuk kepada keimanan dan ketakwaan sebagai salah satu penilaian/ukuran/kriteria penting dalam mobiliti sosial dapat dilihat menerusi perubahan dari cinta dunia kepada zuhud. Cinta dunia ialah perasaan terlalu menyayangi hal-hal keduniaan. Manakala zuhud pula bermaksud kehidupan yang tidak dikuasai oleh kemewahan ataupun melepaskan hati dari pengaruh dunia. Hal ini dibuktikan oleh Raja negeri Mu’tabari iaitu Sultan Muhammad yang sanggup turun takhta dan menyerahkan kerajaannya kepada anaknya yang tua. Bahkan baginda telah menukarkan gelarannya dari Sultan Muhammad kepada Fakir Muhammad lantaran tidak lagi cinta dunia tetapi zuhud hidupnya kerana ingin menyebarkan Islam. Berlakunya mobiliti menegak ke bawah kepada Sultan Muhammad dari sultan kepada fakir selaku anggota masyarakat.(hlm.56) Ketakwaan dan keimanan yang dimiliki ini mampu melahirkan masyarakat yang sanggup berkorban serta berakhlak mulia dan sangat besar peranannya/kesannya dalam konteks pembangunan masyarakat. F2 Zalim kepada insaf(mobiliti mendatar) H/C Penilaian/Ukuran/Kriteria keimanan dan ketakwaan berkaitan mobiliti sosial turut dipaparkan melalui perubahan dari zalim kepada insaf. Zalim merupakan sikap atau perlakuan yang mesti dijauhi oleh sesiapa sahaja. Namun apabila terbit rasa kesal dengan kezaliman yang telah dilakukan maka pasti rasa insaf dalam diri akan mengubah pemikiran mahupun perlakuan dan berlakulah mobiliti. Oleh hal yang demikian dalam konteks pembangunan masyarakat akan wujudlah kasih sayang. Contohnya dapat dilihat kezaliman Sultan Mahmud Syah apabila baginda menitahkan dibunuh Tun Mutahir yang telah banyak berjasa kepada baginda dan kerajaan Melaka. Walau bagaimanapun Sultan Mahmud Syah akhirnya kesal dan insaf atas segala perbuatan yang dilakukan menyebabkan berlakunya perubahan baginda dari zalim kepada insaf.(hlm.258-259) Sebagai anggota masyarakat menunjukkan berlakunya mobiliti mendatar kepada baginda kerana perubahan sikap tanpa mengubah status kedudukannya. F3 Sombong kepada merendah diri(mobiliti menegak ke bawah) H/C Seterusnya sombong kepada merendah diri adalah juga salah satu keimanan dan ketakwaan sebagai penilaian/ukuran/kriteria penting dalam mobiliti sosial. Perubahan sikap sombong kepada merendah diri kalangan masyarakat tentulah akan menghasilkan masyarakat saling menghormati dan harmoni hidupnya. Justeru kesombongan amat dibenci dan pasti akan merugikan diri. Jika ingin disayangi serta disantuni maka merendah diri mestilah dijadikan amalan. Perubahan ini menyebabkan berlaku mobiliti menegak ke bawah kepada Kadi Yusof dari bersikap sombong kepada merendah diri. Pada awalnya Kadi Yusof enggan berguru dengan Maulana Abu Bakar. Namun setelah melihat keramahnya Maulana Abu Bakar yang sedang berdiri di muka pintu dengan dikelilingi oleh cahaya seperti sumbu dian dikelilingi apinya pada suatu hari Jumaat, maka akhirnya Kadi Yusof berguru juga dengan Maulana Abu Bakar. Kemudiannya Kadi Yusof meletakkan jawatan. Membuktikan bahawasanya dari berjawatan kadi akhirnya beliau tiada jawatan dengan hanya menggunakan gelaran Maulana(hlm. 157-158) F4 Angkuh kepada redha(mobilti mendatar) H/C Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dikatakan angkuh apabila enggan mendengar nasihat Raja Dibaruh supaya menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud Syah terlebih dahulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menyatakan bahawa apabila negeri Melaka tidak mempunyai raja perempuan/permaisuri maka mengikut adat raja-raja Melayu, anak Bendaharalah yang akan jadi raja permpuan. Nasihat Raja Dibaruh tidak diendahkan Tun Mutahir(hlm.251). Sikap Tun Mutahir ini akhirnya memakan diri, apabila beliau akhirnya dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah. Walau bagaimanapun Tun Mutahir redha di atas segala ketentuan Allah(hlm.257) F5 Gelap hati kepada terang hati(mobiliti mendatar) H/C Maulan Abu Bakar menyatakan bahawa Sultan Mansur Syah sangat terang hati/mudah menerima ilmu sewaktu baginda belajar kitab Duri’l-Mazlum(hlm. 51)
8 F6 Pemarah kepada pengasih(mobiliti mendatar) H/C Sultan Mahmud Syah amat mengasihi TunFatimah walaupun sebelum ini baginda amat mendendami keluarga Tun Fatimah sehingga sanggup membunuh suami dan ayahandanya . Akhirnya baginda amat kasih dan sayang kepada Tun Fatimah sehingga sanggup memenuhi segala permintaan Tun Fatimahn(hlm.264) F7 Pedendam kepada insafi kesilapan(mobiliti mendatar) H/C Sultan Mahmud Syah amat mendendami Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir kerana telah mengahwinkan Tun Fatimah dengan Tun Ali tanpa terlebih dahulu menunjukkan kepada baginda(hlm.251). Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir akhirnya dihatuhi hukuman bunuh kerana difitnah oleh Kitul dan Raja Mendeliar(hlm.256-258). Namun akhirnya baginda sangat menyesal kerana membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir(hlm.259) F8 Kurang ilmu kepada lebih cinta ilmu(mobiliti mendatar) Sultan Mansur Syah pada awalnya tidak begitu mementingkan ilmu. Setelah melihat kemahiran Maharaja Dewa Sura dalam ilmu gajah maka baginda menitahkan agar segala Anak Tuan-tuan belajar ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura. Bahkan baginda juga amat menggalakkan rakyatnya belajar ilmu kuda, ilmu bermain senjata, atau ilmu hulubalang(hlm.105). Seterusnya baginda sendiri telah berguru dengan Maulana Abu Bakar dan turut menjadikan istananya sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu(hlm.157-161). Pilih 5 isi sahaja. 1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian dan 1 markah contoh ) 5 isi X 4 markah = 20 markah. # huraian perlu dikaitkan dengan pembangunan masyarakat dan bentuk mobiliti sosial untuk 2 markah Penutup [2] Cadangan/Saranan/Harapan/Penilaian/Rumusan/Pandangan 5. “Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur" banyak memaparkan nilai-nilai nasionalisme dalam menyumbang kepada pembangunan negara”. Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk watak-watak generasi baru atau muda dalam novel tersebut. [25] Skema Jawapan: A. Pengenalan [3] F1 Nasionalisme bermaksud semangat cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam. Ia juga merupakan perasaan kebangsaan dan semangat cintakan tanahair. Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat serta menuntut kesetiaan individu disalurkan kepada negara bangsa. F2 Konsep generasi muda/watak generasi muda dan biodata F3 Mengemukakan isi-isi yang hendak dibincangkan
9 B. Isi [ 20] F1 Setia kepada negara. Sikap setia kepada negara tercinta akan mendorong seseorang untuk berusaha bagi menyumbang idea dan tenaga ke arah pembangunan negara. Sumbangan ini mampu merangsang negara menjadi sebuah negara yang aman dan sejahtera. Sebaliknya jika seseorang warga itu tidak cintakan negara, sudah pasti warga itu akan lupa asal usul dan tidak mahu untuk pulang ke negaranya. Contohnya Rahim pulang ke tanah air untuk bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang. Kesedaran untuk bekerja di tanah air sendiri lahir dari rasa cinta kepada negara. Sumbangan ini membolehkan negara menjana pendapatan yang tinggi untuk memajukan negara. F2 Menghormati raja sebagai pemimpin negara. Memandang tinggi institusi diraja merupakan satu gambaran kesetiaan kepada negara. Ini kerana raja merupakan lambang kedaulatan negara. Penghormatan ini membolehkan terbentuknya kesepaduan yang erat dan mampu melahirkan sebuah negara yang kukuh. Tanpa penghormatan kepada raja akan menyebabkan lahirnya perpecahan dan negara akan menjadi lemah. Contohnya Generasi muda seperti Sudin dan jahid terlibat secara langsung dalam upacara menyambut puja umur raja. Mereka bergotong royong memasang panji-panji negara yang pelbagai warna di Pekan Tualang untuk menyambut kehadiran Duli Yang Maha Mulia Sultan. Sikap bergotong royong ini melambangkan kesatuan hati dalam memberi penghormatan kepada raja dan ini sudah pasti mampu melahirkan negara yang kuat. F3 Berusaha memajukan negara. Majunya sesebuah negara terletak pada usaha warganya terutama generasi muda. Kegigihan mereka berusaha dalam memajukan sesuatu projek membolehkan negara berdiri sendiri dalam memajukan ekonomi negara. Tanpa komitmen yang tinggi sudah pasti sesuatu projek tidak mampu dilaksanakan dan menyebabkan kegagalan negara dalam bidang ekonomi. Contohnya Sudin berusaha dengan bersungguh-sungguh memujuk orang kampung supaya menjual tanah di Kampung Pulai bagi menjayakan projek perlombongan bijih. Projek ini mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung dalam meningkatkan pendapatan isi rumah dan seterusnya memajukan ekonomi negara. Berkat kegigihan Sudin, Syarikat Lombong Lembah Tualang telah ditubuhkan bagi menjalankan projek perlombongan. F4 Menjaga keharmonian negara. Warga yang mempunyai nilai cintakan negara sentiasa berusaha menjaga keharmonian dalam kehidupan seharian. Unsur-unsur yang boleh mengganggu gugat keharmonian dalam negara akan ditentang secara terang-terangan. Keamanan yang berkekalan ini akan menjadikan negara bertambah maju. Sebaliknya warga yang tidak sayang akan negara akan membiarkan unsur-unsur yang boleh mengancam ketenteraman awam dan akhirnya negara akan menjadi lemah. Contohnya Generasi muda iaitu Lebai Maarup dan Jamaluddin barani menentang secara terbuka rancangan En Muhammad untuk membina hotel di Jeram Medang. Mereka berpendapat pembinaan hotel ini akan membawa masuk maksiat yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat setempat dan akhirnya mendatangkan kesan negatif kepada pembangunan negara. F5 Mempertahankan hak orang Melayu. Sebagai orang Melayu yang mempunyai nilai nasionalisme yang tinggi, kita perlu mempertahankan hak dan warisan daripada jatuh kepada orang luar. Ini akan menjadikan negara aman dan orang melayu tidak berpecah belah. Kalau tidak pun berkongsi kekayaan dalam usaha memakmurkan negara. Kita tidak boleh membiarkan orang luar mengambil segala-galanya sedangkan kita hanya berpeluk tubuh. Ini akan menyebabkan negara akan tergadai. Contohnya
10 Jahid menentang ayahnya Penghulu Mahmud kerana dikatakan ingin menjual tanah kepada tauke Chan bagi melaksanakan projek perumahan. Bagi Jahid sifat ini tidak boleh diterima kerana tanah tersebut warisan dari arwah tuk akinya, Orang kaya Indera. F6 Berbakti kepada negara. Warga yang mempunyai perasaan cinta akan negara berusaha menyumbangkan kepakaran dalam memajukan negara. Mereka tidak akan mengabaikan keperluan negara dengan bekerja di negara luar. Sumbangan bakti ini sudah mampu menjadikan ekonomi negara semakin mantap. Sebaliknya warga yang tidak cinta akan negara akan berkerja di luar negara dan meyumbang kepakaran di sana. Contohnya Rahim dan Robert merupakan generasi muda yang balik ke Malaysia untuk menyumbang kepakaran dalam bidang perdagangan dan kejuruteraan lombong. Mereka tidak lupa kepada negara asal walaupun mereka belajar di England. Mereka bercadang umtuk bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang bagi menyumabang kepada kemajuan negara. F7 Kental dengan jati diri. Seseorang yang mempunyai nilai nasionalisme yang tinggi akan mempunyai jati diri yang teguh. Mereka tetap akan mempertahankan cara hidup dan budaya yang diwarisi turun temurun. Keadaan ini mampu membentuk sebuah negara yang kuat dan mempunyai identiti tersendiri. Sebaliknya jika seseorang tidak mempunyai jati diri yang teguh, mereka akan mudah terpengaruh dengan budaya luar dan ini akan menghakis budaya hidup masyarakat Melayu. Contohnya Rahim berjiwa kental yang mana beliau tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat walaupun belajar di England seperti minum arak dan bergaul bebas. Rahim selalu berhubung dengan Mahani untuk mengetahui perkembangan di tanah airnya. Beliau juga selepas habis belajar pulang ke negara ini untuk bekerja. Sifat ini yang ada pada generasi baru sudah pasti akan membentuk sebuah negara Malaysia yang teguh dari segi identitinya. F8 Berani dalam mempertahankan negara Berani dalam mempertahan hak bersuara menentang ketidakadilan sosial dan kebajikan rakyat atau penduduk dari sebarang kepentingan individu hingga memusnahkan kehidupan. Ini akan menjadikan negara selamat dan negara lain takut untuk mengugat negara ini. Jika tidak penduduk akan teraniaya dan terabai. Contoh: Rahim berani berhadapan dengan ayahnya demi penduduk Kg Pulai bimbang perlombongan yang akan dijalankan merosakan ekosistem dan penduduk kehilangan tanah mereka. Pilih 5 isi sahaja 1 isi x 4m ( 1m fakta, 2m huraian pro dan kontra, 1m contoh) 5 isi x 4m = 20 markah C. Penutup [2] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
11 6. Pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mampu menjanakan pendapatan sesebuah negara. Huraikan aktiviti pertanian sara diri yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebagaimana yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. [25] 1) Pengenalan ( 3 markah ) 1. Konsep ekonomi – Ekonomi merupakan ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, pengunaan barang-barang dan perkhidmatan. Menurut Haron Daud (1989), Ekonomi merupakansegala kegiatan untuk mendapatkan hasil bagi keperluan hidup samada dalam bentuk makanan atau barangan lain. 2. Konsep pertanian – Pertanian merupakan pengeluaran makanan atau barangan melalui perladangan, penternakan perikanan dan perhutanan. Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam. 3. Pertanian sara diri – Jenis aktiviti yang diusahakan oleh pekebun kecil atau diusahan oleh keluarga yang bermodal kecil. Ditanam dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja. Aktiviti pertanian menggunakan jentera kecil sahaja dan masih mengamalkan cara pertanian tradisional. 4. Antara aktiviti pertanian sara diri yang dapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu menanam padi huma, memungut hasil hutan, menyadap kelapa, menangkap ikan, menguasahakan dusun, memburu binatang, berniaga makanan, menternak kerbau, 2) Isi ( 20 markah) F1- Menanam padi huma/ Perhumaan Aktiviti pertanian iaitu penanaman padi huma merupakan aktiviti pertanian sara diri yang mampu untuk kegunaan harian penduduk sebagai sumber makanan. Contoh , Wan Empuk dan Wan Malini membuat perhumaan di Bukit Si Guntang dan Badang membuat perhumaan di Sayung. Aktiviti pertanian sara diri ini jika dikembangkan secara meluas tentunya dapat memberi hasil kepada negara seterusnya dapat membangunkan negara. F2- Memungut hasil hutan Memungut hasil hutan seperti mencari rotan, damar, buah-buahan adalah aktiviti pertanian sara diidamkan oleh Seri Wikrama di Sayung. Begitu juga tindakan Sultan Mansur Syah menitah Bendahara Paduka Raja menyerang Inderapura kerana Iderapura kaya dengan hasil hutan. Hasil hutan ini mampu memberi pendapatan kepada negara jika diusahakan secara komesial. F3- Berkebun/ Mengusahakan Dusun Menguasakan dusun atau kebun adalah satu aktiviti pertanian sara diri. Hasil daripada kebun dan buah-buahan dapat dijadikan makanan kepada penduduk dan selebihya dapat dijual dan ini tentukan dapat memberi sumbangan kepada ekonomi kepada negara. Contoh Taman Puteri Gunung Ledang di kaki Gunung Ledang terdapat kebun buah-buahan. Tun Mamat dikatakan melihat segala jenis buah sebelum sampai ke pondok Puteri Gunung Ledang. F4- Menyadap Kelapa Menyadap kelapa adalah aktiviti pertanian sara diri masyarakat Melayu tradisional. Contohnya, Ki Mas Jaya telah dijadikan anak angkat kepada penyadap kelapa. Beliau kemudiannya di tabal menjadi Ratu Majapahit setelah berkahwin dengan Puteri Awi Kesuma.
12 F5- Menangkap Ikan Ikan merupakan sumber protein yang utama. Aktiviti penangkapan ikan adalah satu kegiatan ekonomi sara diri bagi penduduk. Aktiviti sampingan selepas menjalankan aktiviti atau kerja-kerja lain. Contoh, Badang menjalankan kegiatan menagkap ikan/ menahan lukah . Dalam masa yang sama beliau bekerja membersihkan kebun tuannya di Sayung. F6- Menternak Kerbau Pilih 5 fakta sahaja 1 fakta = 4 markah [1 markah Fakta, 2 markah huraian/pembangunan, 1 contoh] 5 fakta X 4 markah = 20 markah 3. Penutup [2m] Cadangan, saranan, kesimpulan, harapan, rumusan, penilaian