922/2 STPM 2021 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF KERTAS 2 PERCUBAAN STPM 2021 2 Jam Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab tiga daripada enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan daripada Bahagian B, dan satu soalan daripada Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan daripada setiap bahagian , tetapi hanya satu jawapan pertama bagi setiap bahagian yang akan diperiksa. Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap helaian jawapan pada helaian yang baharu. ___________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 3 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. STPM 2021 – 922/2 *kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
Bahagian A : Pembangunan Insan [ 25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 1. Golongan berpendidikan agama merupakan watak-watak yang mempunyai jati diri unggul seperti yang tergambar dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Huraikan jati diri watak-watak tersebut dalam konteks pembangunan insan. [25] 2. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya, Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita. Maulana Abu Ishak namanya, terlalu faham pada ilmu tasauf. Maka tuan itu tawaf di Kaabah berapa lamanya, sentiasa dengan air sembahyang juga, tiada hadas lagi, melainkan pada sebulan dua kali ia mengambil air sembahyang. Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa zat, kedua bahasa sifat;* dinamainya Duri'l-mazlum. Maka segala orang yang banyak semuanya memuji dia. Setelah didengar oleh bondanya, segala orang memuji anaknya itu, bondanya, Apa tuan-tuan semua pujikan pada Abu Ishak, kerana ia malas, dengan semudanya itu, pada sebulan dua kali mengambil air sembahyang. Aku dengan tuaku ini pada sebulan sekali jua mengambil air sembahyang." Hatta setelah sudah kitab itu, maka Maulana Abu Ishak pun menyuruh memanggil seorang muridnya, Maulana Abu Bakar namanya: maka diajarkannya kitab Duri'l-mazlum itu kepadanya. Maka kata Maulana Abu Ishak, “Pergilah engkau ke Melaka, beri fatwa olehmu segala orang di bawah angin." Maka sahut Maulana Abu Bakar, "Baiklah, tetapi kitab ini tuan buat dengan dua bahasa; hanya jika ditanyai orang hamba pada bahasa zat dan bahasa sifat. seperti pengajar tuan itulah hamba jawabkan. Jikalau ditanyai orang bahasa af'al, apa jawab hamba kelak?” Maka kata Maulana Abu Ishak, "Benar katamu itu." Maka dikarangnya pula bahasa af'al, maka jadilah kitab Duri'l-mazlum itu tiga bahasa Setelah sudah, maka Maulana Abu Bakar pun turunlah ke bawah angin membawa kitab itu, menumpang kapal dari Jeddah ke Melaka. Setelah berapa lamanya di laut, sampailah ke Melaka. Maka sangat dipermulia oleh Sultan Mansur Syah akan Maulana Abu Bakar. Kitab Duri'l-mazlum itu disuruh baginda arak lalu ke balairung. Maka Sultan Mansur Syah pun bergurulah pada Maulana Abu Bakar, maka sangatlah dipuji oleh Maulana Abu Bakar akan Sultan Mansur Syah, terlalu amat terang hati; banyaklah ilmu diperoleh baginda. Maka oleh Sultan Mansur Syah Duri'lmazlum itu disuruh ertikan ke Pasai kepada Makhdum Patakan. Maka Duri'l-mazlum pun diertikan, setelah sudah, dihantarkan ke Melaka, maka terlalu sukacita Sultan Mansur Syah melihat Duri'l-mazlum sudah bermakna itu. Maka Duri'lmazlum itu ditunjukkan baginda pada Maulana Abu Bakar maka berkenanlah Maulana Abu Bakar akan makna Duri'l-mazlum itu; beberapa pujinya akan Tuan Patakan. Maka segala Orang Besar-besar Melaka sekaliannya pun bergurulah pada Maulana Abu Bakar, melainkan Kadi Melaka yang tiada berguru, Kadi Yusuf namanya. Adapun akan Kadi Yusuf itu, daripada anak cucu makhdum yang pertama mengislamkan segala orang Melaka itu. Sekali persetua, Kadi Yusuf hendak pergi sembahyang Jumaat, lalu betul-betul di muka pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar ada berdiri di pintunya, maka dilihat oleh Kadi Yusuf akan Maulana Abu Bakar dikelilingi oleh cahaya seperti sumbu dian dikelilingi apinya, demikianlah rupanya. Maka Kadi Yusuf segera berlari datang menyembah pada Maulana Abu Bakar; maka segera disambutnya seraya tersenyum. Maka Kadi Yusuf pun bergurulah kepada Maulana Abu Bakar, setelah itu maka Kadi Yusuf pun jununlah, maka ia memecat dirinya daripada Kadi, bernama Maulana Yusuf. Maka anaknya pula menjadi Kadi, bernama Kadi Munawar. Arakian maka Sultan Mansur Syah pun menitahkan Tun Bija Wangsa ke Pasai, bertanyakan suatu masalah, "Segala isi syurga itu kekalkah ia dalam syurga; dan segala isi neraka itu kekalkah ia dalam neraka," dan membawa emas urai tujuh tahil, dan membawa perempuan dua orang, peranakan Mengkasar, Dang Bunga namanya seorang, dan anak biduanda Muar, Dang Bibah
namanya seorang. Adapun bingkisan Sultan Mansur Syah akan raja Pasai, kimka kuning berbunga, sepucuk; kimka ungu berbunga, sepucuk; nuri merah seekor, kakatua ungu seekor. Maka titah Sultan Mansur Syah pada Tun Bija Wangsa, “Tanyakan oleh Tun Bija Wangsa pada segala pendeta di Pasai, akan masalah ini; barang siapa dapat mengatakan dia, emas urai tujuh tahil dan perempuan dua orang itu, Tun Bija Wangsa berikanlah kepadanya; dan kata yang dikatakannya itupun tabalkan oleh Tun Bija Wangsa, bawa ke mari,” Maka sembah Tun Bija Wangsa, "Baiklah tuanku.” Maka surat ke Pasai serta bingkisan itu pun disuruh arak ke perahu dengan tertib kerajaan; maka segala alat mengarak surat itu, semuanya pergi sekali dengan Tun Bija Wangsa. Maka Tun Bija Wangsa pun pergilah. (Dipetik daripada A. Samad Ahmad, (peny.), 2003. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)(Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 156-158) (a) Nyatakan 5 jenis ilmu yang terdapat dalam petikan di atas [5 ] (b) “Ilmu penting dalam memartabatkan diri setiap insan.” Berdasarkan (a) , huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda. [20] Bahagian B : Pembangunan Masyarakat [ 25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 3. Rasa cinta akan alam sekitar merupakan faktor penting kepada pembangunan masyarakat. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Jelaskan pernyataan ini. [25] 4. “Dunia dagang memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan masyarakat.” Berdasarkan penyataan tersebut, jelaskan gambaran perpaduan masyarakat dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. [25] Bahagian C : Pembangunan Negara [ 25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 5. “Kepemimpinan penting dalam pembangunan sesebuah negara”. Huraikan pernyataan tersebut dengan merujuk kepada kepemimpinan Tun Mutahir seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25] 6. Undang-undang dan peraturan negeri penting dalam konteks pembangunan Melaka.”Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] STPM 2021 – 922/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
Bahagian A : Pembangunan Insan [ 25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 1. Golongan berpendidikan agama merupakan watak-watak yang mempunyai jati diri unggul seperti yang tergambar dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Huraikan jati diri watak-watak tersebut dalam konteks pembangunan insan. [25] __________________________________________________________________________________ Skema Jawapan cadangan: A. Pengenalan [3] F1 Konsep jati diri Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya ,agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa dan sebagainya; kesedaran seseorang individu akan kelebihan/keunikan dirinya apabila menguasai/memiliki sesuatu perkara, seperti ilmu, bahasa, agama dan sebagainya F2 Watak-watak berpendidikan agama Lebai Maaruf / Imam Saad / Tan Sri Syed Aris / Imam Maali / Tuan Guru Sheikh Syed Salim F3 Sinopsis ringkas novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur F4 Isi-isi Penting Nota: Calon perlu menggabungkan ketiga-tiga maklumat untuk mendapat 3 markah B. Isi [20] F1 Berprinsip / berpendirian / tegas H/C Berani menyuarakan keinginan, pemikiran dan aspirasi yang akan membawa pada kemajuan / mempunyai pegangan hidup yang teguh dan kuat hasil dari pemahaman yang mendalam terhadap agama yang perlu dipatuhi.Ketegasan akan mampu membangunkan modal insan yang dihormati dan disanjungi.Tuan Syeikh Syed Salim Al-Makky yang merupakan guru agama yang terkenal dan dihormati dengan tegas telah melarang pergaulan Syarifah Muinah dan kakaknya Syarifah Naimah dengan Syed Aris kerana mereka bukan muhrim.(hlm 28-29) F2 Mementingkan ilmu H/C Mengutamakan pelajaran yang merupakan asas penting dalam pembangunan modal insan dengan memberikan penekanan dengan kesanggupan untuk menghantar anak belajar di London agar mampu melahirkan individu yang mempunyai masa depan yang cerah. Tuan Syeikh Syed Salim AlMakky begitu menekankan soal pendidikan dengan menghantar Syed Aris belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya dihantar pula melanjutkan pelajaran ke London. (hlm.29) yang akhirnya membolehkan beliau menjadi pegawai kerajaan. F3 Taat kepada ibubapa H/C Tidak menderhaka kepada ibubapa biarpun terpaksa membelakang hasrat dan perasaan sendiri dengan menerima kehendak orang tua kerana didikan agama yang dapat membangunkan insan yang akur dengan kehendak orang tua. Syed Aris yang menerima pendidikan agama daripada Tuan Syeikh Syed Salim Al-Makky akur dengan perintahnya untuk berkahwin dengan Syarifah Mu’inah iaitu adik iparnya sendiri setelah kematian isterinya Syarifah Naemah. (hlm.29)
F4 Bijaksana / berilmu H/C bertindak dalam mencari penyelesaian keupayaan dalam menyelesaikan masalah tanpa mengeruhkan keadaan mampu menghasilkan kesan yang baik serta mampu membangunkan insan yang dipandang mulia / berakhlak mulia. Buktinya Lebai Maali yang dihormati kerana ilmu agamanya malah Datuk Mat Saman juga turut berguru dengannya telah melakukan tindakan yang bijak dengan tidak membenarkan anak muridnya pergi menuntut bela kematian Penghulu di kawasan tersebut akbibat daripada pergaduhan yang berlaku kerana perebutan lombong bijih timah. (hlm. 103) F5 Amanah H/C Dedikasi dan komited yang ditunjukkan dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan tentang agama khususnya ilmu berkaitan dengan al-Quran menerusi kelas menggaji yang diadakan disurau khasnya untuk golongan kanak-kanak. Melaksanakan amanah membuka kelas menggaji al-quran mampu membangunkan modal insan yang berpengetahuan dalam ilmu al-Quran. Buktinya Imam Saad telah meneruskan warisan keluarganya dengan membuka kelas mengaji al-Quran bagi kanak-kanak di Kampung Pulai. (hlm. 103) F6 Berani H/C Jati diri yang ada pada watak Lebai Maaruf ialah berani iaitu tidak takut mencegah kemungkaran. Kegagalan mengukuhkan pasak jati diri berani sebagai pengemudi bahtera insani pasti akan mencederakan pembangunan insan. Lebai Maaruf berani menentang rancangan pembinaan motel di Jeram Medang. Beliau berpandangan bahawa rancangan tersebut boleh membawa maksiat dan merosakkan akhlak golongan muda.(hlm.261) Ini membuktikan Lebai Maaruf merupakan seorang insan berjati diri mulia yang lebih berani menghadiri cabaran dalam berdakwah. F7 Bertanggungjawab H/C Seterusnya Lebai Maaruf juga bertanggungjawab iaitu seorang insan yang memiliki rasa prihatin yang amat tinggi terhadap pembangunan sahsiah insan-insan di sekelilingnya Pengabaian jati diri ini akan merencatkan pembangunan diri insan. Contohnya Lebai Maaruf bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada penduduk Kampung Pulai Dengan mengajak mereka kembali mengamalkan ajaran Islam dan mentaati Allah. Bahkan beliau turut menegaskan kepada Sudin dan Encik Muhammad bahawa beliau tidak akan berhenti melakukan tanggungjawabnya sebagai pendakwah.(hlm.333) Jelaslah bertanggungjawab mampu mengangkat martabat Lebai Maaruf lantaran dapat berfikir di luar kotak. F8 Pemurah / Sanggup berkorban demi agama / kepentingan agama H/C Sebagai anak muda yang berdakwah Lebai Maarup sanggup berkorban harta dan nyawa untuk perkembangan agama. Lebai Maarup sanggup meneruskan usaha-usaha dakwah walaupun beliau dipukul dan dicederakan oleh Mat Akil dan pemuda-pemuda nakal di Kampung Pulai. / beliau sanggup wakafkan hartanya untuk tujuan keperluan agama Islam dan berbuat amal kebajikan (hlm.341-342) Lain-lain isi yang releven F9 Taqwa F10 redha akan qada dan qadar F11 berpandangan jauh /berwawasan Pilih 5 fakta sahaja 1 fakta = 4 markah( 1 markah fakta, 2 markah huraian contoh, 1 markah kesan) 5 fakta x 4 markah=20 markah Nota: Calon perlu mengemukakan contoh berdasarkan watak yang berbeza C. Penutup [2] Rumusan/ pandangan/penilaian/cadangan/ kesimpulan
2. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya, Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita. Maulana Abu Ishak namanya, terlalu faham pada ilmu tasauf. Maka tuan itu tawaf di Kaabah berapa lamanya, sentiasa dengan air sembahyang juga, tiada hadas lagi, melainkan pada sebulan dua kali ia mengambil air sembahyang. Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa zat, kedua bahasa sifat;* dinamainya Duri'l-mazlum. Maka segala orang yang banyak semuanya memuji dia. Setelah didengar oleh bondanya, segala orang memuji anaknya itu, bondanya, Apa tuan-tuan semua pujikan pada Abu Ishak, kerana ia malas, dengan semudanya itu, pada sebulan dua kali mengambil air sembahyang. Aku dengan tuaku ini pada sebulan sekali jua mengambil air sembahyang." Hatta setelah sudah kitab itu, maka Maulana Abu Ishak pun menyuruh memanggil seorang muridnya, Maulana Abu Bakar namanya: maka diajarkannya kitab Duri'l-mazlum itu kepadanya. Maka kata Maulana Abu Ishak, “Pergilah engkau ke Melaka, beri fatwa olehmu segala orang di bawah angin." Maka sahut Maulana Abu Bakar, "Baiklah, tetapi kitab ini tuan buat dengan dua bahasa; hanya jika ditanyai orang hamba pada bahasa zat dan bahasa sifat. seperti pengajar tuan itulah hamba jawabkan. Jikalau ditanyai orang bahasa af'al, apa jawab hamba kelak?” Maka kata Maulana Abu Ishak, "Benar katamu itu." Maka dikarangnya pula bahasa af'al, maka jadilah kitab Duri'l-mazlum itu tiga bahasa Setelah sudah, maka Maulana Abu Bakar pun turunlah ke bawah angin membawa kitab itu, menumpang kapal dari Jeddah ke Melaka. Setelah berapa lamanya di laut, sampailah ke Melaka. Maka sangat dipermulia oleh Sultan Mansur Syah akan Maulana Abu Bakar. Kitab Duri'l-mazlum itu disuruh baginda arak lalu ke balairung. Maka Sultan Mansur Syah pun bergurulah pada Maulana Abu Bakar, maka sangatlah dipuji oleh Maulana Abu Bakar akan Sultan Mansur Syah, terlalu amat terang hati; banyaklah ilmu diperoleh baginda. Maka oleh Sultan Mansur Syah Duri'l-mazlum itu disuruh ertikan ke Pasai kepada Makhdum Patakan. Maka Duri'l-mazlum pun diertikan, setelah sudah, dihantarkan ke Melaka, maka terlalu sukacita Sultan Mansur Syah melihat Duri'l-mazlum sudah bermakna itu. Maka Duri'lmazlum itu ditunjukkan baginda pada Maulana Abu Bakar maka berkenanlah Maulana Abu Bakar akan makna Duri'l-mazlum itu; beberapa pujinya akan Tuan Patakan. Maka segala Orang Besar-besar Melaka sekaliannya pun bergurulah pada Maulana Abu Bakar, melainkan Kadi Melaka yang tiada berguru, Kadi Yusuf namanya. Adapun akan Kadi Yusuf itu, daripada anak cucu makhdum yang pertama mengislamkan segala orang Melaka itu. Sekali persetua, Kadi Yusuf hendak pergi sembahyang Jumaat, lalu betul-betul di muka pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar ada berdiri di pintunya, maka dilihat oleh Kadi Yusuf akan Maulana Abu Bakar dikelilingi oleh cahaya seperti sumbu dian dikelilingi apinya, demikianlah rupanya. Maka Kadi Yusuf segera berlari datang menyembah pada Maulana Abu Bakar; maka segera disambutnya seraya tersenyum. Maka Kadi Yusuf pun bergurulah kepada Maulana Abu Bakar, setelah itu maka Kadi Yusuf pun jununlah, maka ia memecat dirinya daripada Kadi, bernama Maulana Yusuf. Maka anaknya pula menjadi Kadi, bernama Kadi Munawar. Arakian maka Sultan Mansur Syah pun menitahkan Tun Bija Wangsa ke Pasai, bertanyakan suatu masalah, "Segala isi syurga itu kekalkah ia dalam syurga; dan segala isi neraka itu kekalkah ia dalam neraka," dan membawa emas urai tujuh tahil, dan membawa perempuan dua orang, peranakan Mengkasar, Dang Bunga namanya seorang, dan anak biduanda Muar, Dang Bibah namanya seorang. Adapun bingkisan Sultan Mansur Syah akan raja Pasai, kimka kuning berbunga, sepucuk; kimka ungu berbunga, sepucuk; nuri merah seekor, kakatua ungu seekor. Maka titah Sultan Mansur Syah pada Tun Bija Wangsa, “Tanyakan oleh Tun Bija Wangsa pada segala pendeta di Pasai, akan masalah ini; barang siapa dapat mengatakan dia, emas urai tujuh tahil dan perempuan dua orang itu, Tun Bija Wangsa berikanlah kepadanya; dan kata yang dikatakannya itupun tabalkan oleh Tun Bija Wangsa, bawa ke mari,” Maka sembah Tun Bija Wangsa, "Baiklah tuanku.” Maka surat ke Pasai serta bingkisan itu pun disuruh arak ke perahu dengan tertib kerajaan; maka segala alat mengarak surat itu, semuanya pergi sekali dengan Tun Bija Wangsa. Maka Tun Bija Wangsa pun pergilah. (Dipetik daripada A. Samad Ahmad, (peny.), 2003. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)(Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 156-158)
(a) Nyatakan 5 jenis ilmu yang terdapat dalam petikan di atas [5 ] (b) “Ilmu penting dalam memartabatkan diri setiap insan.” Berdasarkan (a) , huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda. [20] __________________________________________________________________________________ Skema Jawapan cadangan: 2 (a) 1 isi x 1m F1. Ilmu Tasauf / tasawwur F2. Ilmu mengarang kitab F3. Ilmu bahasa zat, sifat dan af’al F4. Ilmu agama F5. Ilmu terjemahan kitab F6. Ilmu feqah – menyempaikan fatwa F7. Ilmu fardu ain– tawaf dan hadas(bersuci) Pilih 5 fakta sahaja 1 fakta = 1 markah (5 fakta x 1 markah=5 markah) 2. (b) 5 isi x 4m F1. Ilmu tasauf/tasawwur penting kerana dapat membentuk/melahirkan insan yang bertaqwa. H/C Ilmu tasauf/tasawwur merupakan gambaran menyeluruh tentang isi kandungan ajaran Islam yang meliputi aspek akidah, akhlak dan amaliyah (sejagat). Ilmu tasawuf perlu dipelajari oleh saya kerana dapat mendidik diri saya supaya melakukan amal kebaikan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama Islam. Dengan mempelajari ilmu ini saya akan menjadi lebih bertakwa. Contohnya dalam petikan diatas, Maulana Abu Ishak merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang ilmu tasauf. Ini menjadikan dirinya ahli ibadah yang bertakwa dan mampu melakukan amalan-amalan agama dengan sempurna seperti dalam mengerjakan tawaf dan bersuci/hadas. “Maulana Abu Ishak namanya, terlalu faham pada ilmu tasauf. Maka tuan itu tawaf di Kaabah berapa lamanya, sentiasa dengan air sembahyang juga, tiada hadas lagi, melainkan pada sebulan dua kali ia mengambil air sembahyang”. Jelaslah bahawa dengan mempelajari ilmu tasawwur, diri saya mampu menjadi seorang yang bertakwa. F2. Ilmu mengarang kitab penting kerana akan mendapat kemuliaan dan dihormati oleh orang lain. H/C Ilmu mengarang dapat diertikan sebagai pengetahuan seseorang dalam membuat ayat yang saling berhubungan dengan betul dan menerangkan sesuatu peristiwa dengan lengkap. Ilmu mengarang perlu dipelajari oleh saya agar dapat menghasilkan bahan penulisan yang sempurna khususnya dalam penulisan esi dan karangan. Dengan mendalami ilmu mengarang sudah tentu mutu penulisan saya akan menjadi lebih baik. Sebarang bahan penulisan yang dikarang akan lebih bermakna dan dapat diambil manafaat oleh orang lain sekaligus saya akan turut dihormati orang lain. Contonya dalam petikan di atas, Maulana Abu Ishak telah di hormati penduduk kerana beliau telah berjaya mengarang sebuah kitab yang bernama Duril Mazlum. “Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa zat, kedua bahasa sifat;* dinamainya Duri'l-mazlum. Maka segala orang yang banyak semuanya memuji dia”. Ternyatalah bahawa dengan menguasai ilmu mengarang sudah tentu diri saya akan dihormati oleh orang lain.
F3. Ilmu bahasa dapat melahirkan insan yang bijaksana H/C Ilmu bahasa adalah ilmu tentang bahasa yang meliputi bentuk bahasa, makna bahasa, dan konteks bahasa. Bagi saya ilmu bahasa sangatlah penting kerana melalui bahasa kita dapat memberikan gambaran yang tepat tentang sesuatu keadaan atau benda. Penguasaan ilmu bahasa akan membolehkan saya untuk berkomunikasi dan menulis dengan sempurna sekaligus mampu menjadikan saya orang yang bijaksana. Dalam petikan di atas Maulana Abu Ishak merupakan seorang yang mahir dalam ilmu bahasa iaitu bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa afal. Ini membolehkan beliau menulis sebuah kitab yang mengandungi 3 bahasa. Penguasaan ilmu ini menggambarkan kebijaksaan Maulana Abu Ishak. “hanya jika ditanyai orang hamba pada bahasa zat dan bahasa sifat. seperti pengajar tuan itulah hamba jawabkan. Jikalau ditanyai orang bahasa af'al, apa jawab hamba kelak?” Maka kata Maulana Abu Ishak, "Benar katamu itu." Maka dikarangnya pula bahasa af'al, maka jadilah kitab Duri'l-mazlum itu tiga bahasa. Terbuktilah bahawa menguasai ilmu bahasa penting dalam kehidupan kini dan saya perlu mempelajari ilmu bahasa agar dapat menjadi orang yang bijaksana. F4. Ilmu agama dapat melahirkan insan yang yang berakhak mulia. H/C Ilmu Agama adalah pengetahuan berkaitan dengan konsep ketuhanan, kepercayaan, fahaman (idealogi) dan anutan seseorang. Agama menjadi pedoman hidup bagi kita semua dan juga menjadi tolak ukur tentang apa yang kita lakukan dalam kehidupan sehari-hari. Ilmu agama perlu dipelajari oleh saya kerana mampu membentuk diri saya menjadikan insan yang berperibadi mulia. Ilmu agama yang dimiliki oleh saya akan menjadikan diri saya sentiasa mengajak orang untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan segala kejahatan. Contohnya dalam petikan di atas, Kadi Yusuf ingin berguru dengan Maulana Abu Bakar setelah melihat kehebatan akhlak Maulana Abu Bakar (dikelilingi cahaya). Maulana Abu Bakar sanggup menerima Kadi Yusuf belajar dengannya walaupun pada awalnya Kadi Yusuf tidak mahu berguru dengannya. Ini menggambarkan akhlak mulia beliau. “Tatkala itu Maulana Abu Bakar ada berdiri di pintunya, maka dilihat oleh Kadi Yusuf akan Maulana Abu Bakar dikelilingi oleh cahaya seperti sumbu dian dikelilingi apinya, demikianlah rupanya. Maka Kadi Yusuf segera berlari datang menyembah pada Maulana Abu Bakar; maka segera disambutnya seraya tersenyum” jelaslah bahawa ilmu agama perlu dikuasai oleh saya agar saya juga turut menjadi insan yang berakhlak mulia. F5. Ilmu terjemahan dapat melahirkan insan yang berpengetahuan luas. H/C Ilmu terjemahan adalah satu cabang ilmu bahasa yang berkait dengan menterjemah sesuatu bahasa kepada bahasa lain. Ilmu terjemahan perlu dikuasai oleh saya bagi membolehkan sesuatu bahan ilmu itu dikembangluaskankan serta difahami, terutama ilmu yang datangnya dari rumpun bangsa yang berlainan. Sehubungan itu apabila saya menguasai ilmu ini, saya akan dapat menterjemah sesuatu bahan ilmu agar dapat disebarluaskan dan ianya turut menjadi sebagai satu usaha dakwah. Contohnya dalam petikan di atas, Sultan Mansur menyuruh kitab Duril Mazlum dihantar ke Pasai untuk diterjemah oleh Makhdum Patakan. Kejayaan menterjemah kitab ini telah membuktikan bahawa Maulana Patakan seorang yang berpengetahuan luas. “Maka oleh Sultan Mansur Syah Duri'l-mazlum itu disuruh ertikan ke Pasai kepada Makhdum Patakan. “Maka Duri'l-mazlum pun diertikan, setelah sudah, dihantarkan ke Melaka, maka terlalu sukacita Sultan Mansur Syah melihat Duri'l-mazlum sudah bermakna itu”. Kitab yang diterjemahkan ini juga akan menjadi saluran untuk penduduk Melaka menguasai ilmu pengetuhuan yang terdapat dalam kitab ini sekaligus mampu membangunkan modal insan pada diri mereka.
Lain-lain isi yang releven F6. Ilmu Feqah (fiqh) penting kerana dapat melahirkan insan yang ingin menyampaikan kebaikan (dakwah) F7. Ilmu Fardu Ain penting kerana dapat melahirkan insan yang bersih dan zuhud Pilih 5 fakta sahaja 1 fakta = 4 markah( 1 markah fakta, 2 markah huraian contoh, 1 markah kesan) 5 fakta x 4 markah=20 markah Bahagian B: Pembangunan Masyarakat [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 3. Rasa cinta akan alam sekitar merupakan faktor penting kepada pembangunan masyarakat. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Jelaskan pernyataan ini. [25] __________________________________________________________________________________ Skema Jawapan cadangan: Pengenalan (3m) Cinta akan alam sekitar bermaksud perasaan atau sayang kepada segala yang ada di langit mahupun di bumi yang merangkumi tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang,sungai-sungai dan sebagainya. Perasaan cinta alam sekitar seperti menghargai, menjaga, memulihara, memelihaara, mengekalkan dan sebagainya. Konsep pembangunan masyarakat. TAHAP MARKAH Baik 3 Sederhana 2 Lemah 1 CADANGAN ISI F1 : Memulihara alam sekitar H/C: Alam sekitar memberi banyak manafaat kepada kehidupan sama ada manusia, binatang maupun tumbuh-tumbuhan. Memulihara alam sekitar merupakan satu kewajipan bagi kita semua. Ini kerana alam sekitar memberi sumbangan yang banyak kepada kehidupan manusia sama ada dalam bentuk menghasilkan oksigen kepada manusia mahupun bentuk fizikal. Sifat En. Muhammad yang cinta akan keindahan alam sekitar ini dapat dilihat apabila En. Muhammad memberi cadangan kepada abangnya Penghulu Mahmud agar kawasan tersebut dijadikan tempat pelancongan agar masyarakat dapat menikmati bersama keindahan yang terdapat di kawasan tersebut termasuk masyarakat kota . Ini secara tidak langsung dapat memulihara dan mengekalkan keindahan kawasan tersebut (hlm. 39). Jelaslah
pemuliharaan dan menjaga kawasan keindahan alam sekitar wajar dibuat secara berterusan agar generasi baru dapat menikmatinya pada masa akan datang. F2: Memelihara H/C: Sudin merasa kagum akan kawasan Jeram Medang yang masih terpelihara keindahannya. Beliau mengarahkan Sarip memandu kereta ke tepi sungai untuk melihat keindahan Jeram Medang yang masih kekal keindahan.(hlm 46) malah Sudin menyatakan beliau ingin melihat Jeram Medang yang telah lama ditinggalkan terlebih dahulu sambil menikmati bekal yang dibawanya bersama. F3: Mengekalkan alam sekitar H/C: Sudin merasa kagum melihat keindahan Jeram Medang yang masih dikekalkan dengan susunan batu – batan yang bertingkat-tingkat di celah-celah aliran sungai, juga terdapat lubuk yang mengandungi air yang jernih terbentuk seolah-olah sebuah kolam.Sudin dan Sarip berehat seketika sambil membuka bekal yang dibawa bersama. ( hlm 48) F4: Kagum keindahan alam sekitar H/C: Encik Muhammad kagum akan keindahan alan ini terbukti apabila beliau mengarahkan Kasim derbarnya memperlahankan kereta yang dinaiki oleh beliau semata-mata ingin menikmati keindahan sepanjang lebuh raya yang dilalui oleh beliau. Encik Muhammad dapat melihat hutan dara di kiri dan kanan lebuhraya pada waktu petang. { hlm 179} F5: Menghargai H/C: Cik Puan Tipah sangat gembira apabila hasratnya hendak membuka kebun orkid di Jeram Medang dipersetujui oleh pihak Jabatan Pertanian (hlm 22 – 23) kerana tanah di kawasan Jeram Medang sesuai untuk tanaman orkid. Cik Puan Tipah sangat cinta akan tanaman terutama tanaman orkid (ghlm 19). H/C: Sewaktu Encik Muhammad menjawat jawatan sebagai pegawai eksekutif rendah di sebuah syarikat dagang Inggeris, beliau bersama keluarga sering ke Port Dickson, Morib dan juga ke Bukit Frezer setiap hujung minggu untuk menikmati dan menghargai keindahan alam di kawasan tersebut. ( hlm 21) F6: Melindungi alam sekitar H/C: Lebai Maarup cuba melindungi Jeram Medang yang memiliki keindahan semula jadi daripada dicemari dengan menegur Encik Muhammad yang hendak membuka hotel peranginan di kawasan Jeram Medang. Namun rancangan tersebut telah dibatalkan. ( hlm 312) H/C: Encik Muhammad terkejut apabila beliau dimaklumkan bahawa Lebai Maarup telah mewakafkan tanah pusaka milik keluarganya kepada beliau, sedangkan sebelum ini beliau difahamkan Lebai Maarup ingin menjual tanah tersebut. Tanah pusaka milik Lebai Maarup termasuk dalam perancangan Encik Muhammad sebagai kawasan perlombongan. Dengan mewakafkan tanah tersebut untuk tujuan keperluan agama (hlm 341-342), Lebai Maarup dapat melindungi tanah tersebut daripada dimusnahkan akibat aktiviti perlombongan.
F7: Menjaga alam sekitar. 1 isi = 4 markah ( 1 fakta, 2 huraian/contoh, 1 kk) 5 isi x 4 markah = 20 markah Penutup ( 2 markah) Kesimpulan/ cadangan/harapan/pendapat 4. “Dunia dagang memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan masyarakat.” Berdasarkan penyataan tersebut, jelaskan gambaran perpaduan masyarakat dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. [25] __________________________________________________________________________________ Skema Jawapan cadangan: A. Pengenalan [3m] 1. Perpaduan: merujuk kepad perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain) yang memiliki ciri-ciri teguh/kukuh/utuh/kuat kerana sudah besatu; hubungan erat bersifat toleransi yang wujud secara sengaja antara kaum yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama; elemen perpaduan merujuk kepada sesuatu yang menjadi sebahagian dalam perpaduan kaum. 2. Menyenaraikan isi-isi penting B. Isi [20m] F1 Perkongsian ekuiti/saham dalam syarikat Perkongsian merujuk kepada syarikat perniagaan yang dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih. Perkongsian saham ini menggambarkan pembahagian kekayaan secara adil dan mampu merapatkan jurang pendapatan dalam masyarakat. Hal ini akan membentuk masyarakat yang harmoni antara berbilang kaum iaitu Melayu dan Cina Contohnya; Dalam syarikat Firma Serba Dagang Internasional, En. Muhammad yang mewakili orang Melayu mempunyai modal saham sebanyak 60% manakala Datuk Tan mewakili orang Cina sebanyak 40%. Perkongsian ini merupakan perkongsian yang adil kerana En Muhammad sebagai Pengarah Urusan yang menjalankan syarikat ini sehingga berdiri teguh. (hal 2) F2 Usaha sama dalam perlombongan Usaha sama merujuk kepada kegiatan perusahaan, perniagaan dan lain-lain yang diusahakan bersama oleh dua orang atau lebih. Pembahagian dalam gerak kerja yang dijalankan secara bersama ini menggambarkan wujudnya perpaduan yang erat di antara kaum Melayu dan Cina. Contohnya; Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman bapa kepada En Muhammad yang mewakili orang Melayu merupakan orang pertama berkongsi dengan tauke Cina melombong bijih
dalam wilayahnya. Datuk Idris yang tidak mempunyai modal telah mempelawa tauke Cina untuk mengadakan kuli-kuli untuk melombong. Usaha sama ini dapat menggambarkan perpaduan yang terjalin dalam masyarakat berbilang kaum. (hal 10-11) F3 Persefahaman Persefahaman merujuk kepada perihal persetujuan yang dicapai melalui rundingan. Kata putus yang diambil dalam perundingan ini menggambarkan adanya elemen perpaduan dalam masyarakat. Contohnya; En Muhammad yang mewakili orang Melayu telah mencapai persetujuan dengan Datuk Tan yang mewakili orang Cina dalam usaha membekalkan lada hitam ke Jerman. Bagi memenuhi kontrak pembekalan lada hitam sebanyak 800 hingga 1000 tan dalam tempoh tujuh tahun, maka Ladang Lada Hitam akan dibuka di Johor. (hal 6) F4 Kerjasama Kerjasama merujuk kepada usaha bersama-bersama dalam menjayakan sesuatu projek bagi faedah bersama. Jalinan kerjasama antara orang Melayu dan Cina mampu merapatkan jurang perkauman. Dengan adanya sikap saling bantu membantu antara satu sama lain akan merapatkan hubungan dalam masyarakat. Contohnya; En Muhammad yang mewakili orang Melayu bekerjasama dengan Datuk Tan mewakili orang Cina dalam menjayakan penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Idea penubuhan syarikat ini adalah dari Datuk Tan dan dijalankan oleh En Muhammad kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan orang Melayu di Kampung Pulai. Kerjasama ini mampu merapatkan hubungan di antara kaum dalam masyarakat berbilang kaum. F5 Saling percaya-mempercayai Saling mempercayai antara kaum boleh mengelakkan rasa curiga dan prasangka antara masyarakat yang berbilang kaum. Adanya sifat saling mempercayai akan membentuk perpaduan yang utuh di kalangan masyarak majmuk. Contohnya; Datuk Tan mempercayai kebolehan En Muhammad dalam menguruskan syarikat Firma Serba Dagang Internasional. Beliau telah menganggap En Muhammad sebagai orang kanannya dalam mengendalikan syarikat ini sehingga berdiri amat teguh. Kepercayaan yang diberikan menggambarkan betapa kuatnya ikatan perpaduan antara kaum ini terjalin dalam masyarakat majmuk. (hal 2) F6 Sepakat Sepakat merujuk kepada seia sekata dalam sesuatu perkara yang boleh mengelakkan perselisihan antara satu sama lain. Kesepakatan yang wujud menggambarkan perpaduan yang erat di kalangan masyarakat. Contohnya; Datuk Tan dan En Muhammad sentiasa bersependapat dalam hal-hal berkaitan perniagaan menyebabkan hubungan keduanya semakin erat.
F7 Saling hormat menghormati Hormat menghormati merujuk kepada saling memandang tinggi dan menghargai di antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa. Hal ini akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Contohnya; Datuk Tan begitu menghormati kebolehan En Muhammad dalam menguruskan syarikat Firma Serba Gagang Internasional sehingga sanggup ke pejabat En Muhammad. (hal 2) Pilih 5 isi 1 isi = 4 markah (1markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh) 5 isi = 20 markah C. Penutup [2m] Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan Bahagian C: Pembangunan Negara [25 markah] Jawab satu soalan sahaja. 5. .”Kepemimpinan penting dalam pembangunan sesebuah negara”. Huraikan pernyataan tersebut dengan merujuk kepada kepemimpinan Tun Mutahir seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25m] __________________________________________________________________________________ Skema Jawapan cadangan: Pengenalan.[3m] 1.Konsep-Keupayaan (kebolehan, pencapaian dan sebagainya sebagai seorang pemimpin; atau daya tindak tanduk, kecekapan dan sebagainya )seseorang pemimpin. 2.Latar belakang Tun Mutahir -Anak kepada Seri Nara Diraja -Tun Mutahir sejak zaman remaja menceburkan dari dalam perniagaan dan mendapat keuntungan. -Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung, bergelar Seri Maharaja. Pemerintahan Melaka ialah Sultan Mansur Syah -Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara sewaktu Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (setelah kematian Bendahara Putih). Pemilihan Tun Mutahir dibuat oleh bonda Sultan Mahmud Syah daripada Sembilan orang calon yang disayangi Sultan Mahmud Syah. 3.Kemukakan isi-isi penting
Isi [20m] F1: Sanggup berkorban H:Sebagai seorang pemimpin, perlulah mempunyai sikap sanggup berkorban untuk negara untuk memastikan keamanan dan keharmonian negara.. Sanggup berkorban merujuk kepada kerelaan melakukan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara. Oleh itu, sikap sanggup berkorban nyawa perlu ada dalam diri seseorang pemimpin demi memastikan keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. C1: Bendahara Tun Mutahir tidak membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atasnya malah melarang anak buahnya menentang atau melawan arahan Sultan Mahmud Syah. Sebagai seorang pembesar yang sangat berpengaruh dan sangat kaya, Bendahara boleh menentang titah raja. Lebih-lebih lagi tuduhan ke atas Bendahara merupakan fitnah sernata-inata. Tetapi Bendahara tidak berbuat demikian, kerana beliau masih tetap berpegang teguh kepada "daulat dan derhaka", pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya seperti kata-kata Bendahara. Bendahara Tun Mutahir sanggup menerima hukuman bunuh tersebut. C2:Tun Mutahir sanggup berkorban nyawa nyawa berjuang menentang tentera Peringgi yang datang menyerang Melaka.Kesanggupan berkorban nyawa yang ditunjukkan oleh Tu Mutahir menimbulkan rasa kagum dan takut Peringgi terhadap Melaka. Perasaan ini dinyatakan oleh Gonsalo Periera (kapitan Mor) kepada wizurai di Goa iaitu Alfonso d’Albuquerque, bahawa peluang Peringgi mengalahkan Melaka tipis selagi Tun Mutahir masih ada. F2: Tegas/bertanggungjawab H:Sebagai seorang pemimpin, perlulah menunujkkan sikap yang tegas/ bertanggungjawab dalam melaksakakan tugas. Sikap tegas/ bertanggungjawab penting dalam mewujudkan keamaan dan kestabilan sesebuah negara. Apa sahaja yang mengancam keselamatan negara seperti kes kecurian akan diambil tindakan. Tegas iaitu membuat keputusan yang tepat tanpa ragu-ragu.Atau bertanggungjawab iaitu kewajipan yang harus dilaksanakan oleh seseorang individu terhadap tugas yang diberikan. Oleh itu, sikap ini penting, untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara serta mewujudkan keadaan yang selamat dan selesa untuk rakyat. C:Ketegasan Tun Mutahir dapat dilihat semasa beliau menjadi Temenggung semasa pemerintahan Sultan Alauddin Syah. Tun Mutahir mengadakan kawalan pada waktu malam. Semasa beliau membuat kawalan jika beliau bertemu dengan orang berjalan, orang itu akan dibunuh bukannya ditangkap. Seorang pencuri juga telah di parangnya sehingga terputus bahu pencuri itu. Beliau tidak memberi nasihat sebaliknya terus mengambil tindakan. Ini membuktikan bahawa beliau amat tegas dalam mengambil tindakan. F3: Berwibaan/berkarisma H:Sebagai seorang pemimpin perlulah menunjukkan kepemimpinan yang berwibawa/berkarisma. Berwibawa merujuk kepada keupayaan seseorang dalam menguasai atau menerbitkan pengaruh yang kuat(berpengaruh).Pemimpin perlulah mempunyai sifat ini supaya dikagumi dan dihormati oleh rakyat. Pemimpin juga berkeupayaan untuk memastikan negara terus aman dan makmur. C1:Kewibawaan BendaharaTun Mutahir menjadi disebut –sebut oleh pedagang yang berdagang di Melaka.Bukan itu sahaja, penduduk Melaka pun semakin ramai hingga 19 laksa ramainya. Ramai pedagang datang dari pelbagai negara termasulahk orang feringgi dari Goa , India.
C2:Kewibawaan Bendahara Tun Mutahir juga diakui olehKapitan Mor, ketua angkatan Peringgi sewaktu menyerang Melaka mengakui bahawa selagi Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir menjadi Bendahara, berapa pun besar pun angkatan Goa yang hendak menyerang Melaka, Melaka tidak akan kalah. F4: Berani H:Seseorang pemimpin perlulah mempunayi sifat berani dalam diri iaitu tidak takut atau gentar dan mempunyai rasa yang tinggi dalam diri apabila menghadapi bahaya atau berhadapan dengan musuh.Sifat keberanian perlu dalam diri seseorang pemimpin supaya sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan musuh yang hendak mengancam keselamatan negara. Keselamatan dan keamanan negara menjadi keutamaan. C: Keberanian Bendahara Tun Mutahir dapat dilihat semasa beliau menentang tentera Feringgi yang menyerang Melaka. Gonsalo periera(Kapiton Mor) melahirkan rasa kagum dengan semangat juang dan keberanian yang ditunjukkan oleh Tun Mutahir. Perasaaan ini dinyatakan oleh Gonsalo periera kepada wizurai di Goa iaitu Alfonso d’ Albuquerque iaitu selagi Tun Mutahir hidup peluang untuk mengalahkan Melaka sangat tipis. F5: Cekap H;Sebagai seorang pemimpin perlulah cekap dalam memimpin sesebuah negara. Cekap bermaksud berkebolehan melaksanakan sesuatu kerja dengan cepat dan sempurna. Pemimpin perlulah cekap dalam membuat tindakan dan keputusan supaya dihormati dan disanjung tinggi oleh rakyat. Kecekapan ini perlu supaya negara dapat ditakbir atau diurus dengan baik. C:Tun Mutahir membantu pemerintahan Sultan Mahmud Syah sehingga Melaka terkenal di kalangan pedagang. Tun Mutahir menjaga hubungan baik dengan pedagang- pedagang. Beliau menjaga kebajikan pedagang- pedagang di Melaka hingga namanya termasyhur di kalangan mereka. Hal ini jelas dari nyanyian saudagar-saudagar; "Selamat Bendahara Melaka, pisang jarum, air Bukit China, Bendahara Seri Maharaja. " (Sulalatin Salatin, hlm. 206) F6: Berilmu/belajar agama H/C: Tun Mutahir sanggpup berguru dengan mahkdum Sadar Jahan. Ini jelas daapt dilihat daripada hubungan rapat dengan Mahkdum Sadar Jahan yang merupakan seorang alim ulamak di Melaka. Bendahara pernah berkunjung ke rumah Makhdum untuk belajar agama. F7: Pemurah F/C:Tun Mutahir seorang pemurah kerana beliau membiarkan anak-anak buahnya memburu kerbaunya apabila anak buahnya tidak mendapat sebarang hasil buruan seblaliknya kerbau di kandangnya itulah disembelih, Tun Mutahir juga pemurah kepada anak-anak cucunya dengan memberikan mereka emas, jika holing akan diberikan yang lain.Tun Hasssan yang berdiri didepan kedainya diberikan 10 tahil emas.
F8: Bijaksana F/C: Tun Mutahir seorang yang bijaksana dalam berurus niaga. Beliau diberi pinjam sebanyak 10 tahil emas untuk diperdagangkan dan mendapat keuntungan yang banyak. Begitu juga enam peninggalan ayahnya dijadikan sebagai modal perniagaan serta beroleh untung yang banyak. Pilih 5 isi sahaja. 1 isi = 4 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian dan 1 markah contoh ) 5 isi X 4 markah = 20 markah. # huraian perlu dikaitkan dengan pembangunan negara untuk 2 markah Penutup [2] Cadangan/Saranan/Harapan/Penilaian/Rumusan/Pandangan 6. “Undang-undang dan peraturan negeri penting dalam konteks pembangunan Melaka.”Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] _______________________________________________________________________________ Skema Jawapan cadangan: A Pengenalan (3) A1 Peraturan merujuk kepada segala yang ditetapkan dan tidak melibatkan hukuman, iaitu aturan negeri dan istiadat. Peraturan dalam masyarakat Melayu tradisional lebih dikenali sebagai istiadat. A2 Undang-undang merujuk kepada suatu peraturan yang digubal dan dipatuhi serta melibatkan hukuman. Undang-undang dalam masyarakat Melayu tradisional lebih dikenali sebagai adat atau undang-undang adat. Adat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang dan larangan diraja. A3 Latar belakang Sultan Mansur Syah A4 Menyenaraikan isi-isi yang akan dibincangkan B Isi (20) F1 Undang-undang berkaitan dengan derhaka. H/C Penderhakaan boleh dimaksudkan sebagai orang yang tidak mengikut perintah raja atau melakukan sebarang perbuatan dan tindakan yang menyinggung atau mencabar hak dan kedudukan raja. Perbuatan ini boleh mengundang kekacauan dan mungkin berlaku rampasan kuasa. Hukuman bagi orang menderhaka ialah bunuh. Undang- undang ini menjamin keselamatan negara. Kestabilan politik akan mewujudkan perkembangan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Contohnya Hang Jebat dihukum bunuh kerana dianggap menderhaka dan boleh mengugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.(ms 138)
F2 Menggunakan hak raja tanpa izin. H/C Rakyat dilarang menggunaatau memakai sesuatu kepunyaan raja seperti isteri dan gundik baginda. Perlakuan yang sedemikian memperlihatkan kepada kita bahawa seseorang yang menggunakan hak raja tanpa izin tidak menghormati raja dan ketuanan raja. Perbuatan ini boleh membawa kemudaratan kepada kestabilan politik sesebuah negara. Oleh yang demikian hak raja wajar dihormati dan dipertahankan agar keharmonian, kemakmuran, dan kestabilan dalam sesebuah negara dapat dipertahankan. Sesebuah negara yang dapat mengekalkan keharmonian, kemakmuran, dan kestabilan menggambarkan negara yang maju dan membangun sama ada dari sudut sosial, ekonomi, dan politik. Contohnya Hang Tuah yang 'memakai' gundik raja telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah.(130) F3 Aturan menyambut dan menghantar surat atau utusan H/C Selain itu, aturan menyambut dan menghantar surat atau utusan juga diamalkan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Surat yang siap ditulis oleh bendahara akan diletakkan di atas ceper dan tetampan dan diserahkan kepada ketua utusan untuk dibawa keluar. Setelah itu terdapat pula aturan membawa surat ke perahu. Aturan ini sama dengan peraturan menyambut atau menerima surat atau utusan dari negeri luar. Peraturan yang dilaksanakan ini bergantung kepada taraf atau kedudukan sesebuah negeri. Jika surat dari negeri yang besar seperti Pasai dan Haru, ia disambut dengan segala kelengkapan dan alat kerajaan kecuali medali. Sekiranya surat itu datang dari negeri yang lebih kecil dari Melaka, umpamanya Siak, adat yang dilaksanakan tidaklah sebegitu besar. Setelah selesai istiadat penerimaan atau penyerahan Surat, setiap utusan akan diberi persalinan. Ini dapat dilihat Ketika Sultan Mansur Syah menghantar utusan ke Siam, Pasai, dan China, juga ketika baginda menerima surat dan utusan dari China. Pelaksanaan peraturan ini memberi penghormatan kepada raja-raja disamping mendaulat serta mengabsahkan institusi raja dan kerajaan. F4 Aturan pengurniaan gelaran/adat menggelar orang. H/C Golongan pembesar menduduki strata sosial yang agak tinggi selepas golongan Diraja. Mereka dilantik Oleh raja untuk memegang jawatan tertentu. Setiap pembesar mempunyai gelaran masingmasing yang sesuai dengan pangkat dan bidang kuasa yang dibenarkan kepada mereka.Orang yang ingin diberi gelaran akan dijemput untuk ke balai penghadapan. Taraf atau kedudukan orang yang menjemput bergantung kepada orang yang hendak digelar. Misalnya jika orang yang hendak digelarkan perserian (Seri), Orang Besar-besar yang menjemputnya, sekirannya ia hendak digelar pertuanan (Tuan atau Tun) maka orang sedang menjemput beliau. Selain daripada itu ada juga yang diberi berpayung serta gendang dan serunai mengikut kadarnya. Mereka juga dijemput sama ada dengan menaiki gajah, kuda, atau berjalan kaki sahaja sesuai dengan taraf dan kedudukan orang yang hendak digelar. Setelah itu surat Ciri akan dibaca dan orang yang membaca Ciri akan mengistiharkan gelaran kepada orang itu. Kemudian orang yang menerima gelaran akan dianugerahkan persalinan. Aturan menganugerahkan pangkat atau gelaran ini menyebabkan berlakunya perubahan Status sosial kepada orang yang menerimanya. Contohnya, setelah Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat yang dianggap telah menderkaha kepada raja, beliau telah dianugerahkan oleh Sultan Mansur Syah dengan gelaran"Laksamana." Hang Tuah telah diarak berkeliling negeri seperti adat anak raja-raja. Beliau juga didudukkan setara dengan Seri Bija Diraja dikelek-kelekan. Hang Tuah juga akan bergilir-gilir dengan Seri Bija Diraja memikul pedang kerajaan. Anugerah yang dikurniakan ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa rakyat memperakui kebesaran dan kedaulatan raja dan negara. (ms:142) F5 Perlantikan raja mengikut keturunan H/C Peraturan yang lazim digunakan dalam perlantikan raja baru ialah mengikut keturunan dan juga melalui wasiat. Walau bagaimanapun anak raja yang dipilih itü biasanya telah dilantik sebagai Raja Muda atau bakal raja. Mengikut peraturannya, seseorang raja yang dilantik sebagai raja atau sultan baru mesti melalui istiadat pertabalan dan penobatan sebelum baginda diterima sebagai raja yang rasmi. Selepas itü baruiah pembesar dan rakyat dapat menjunjung duli. Peraturan yang dikuatkuasakan ini secara tidak langsung mengabsahkan kekuasan dan kedaulatan seseorang raja atau sultan untuk mengelakkan sebarang pertikaian. Situasi ini mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam sesebuah negara dan seterusnya dapat menyumbang kepada proses pembangunan
sesebuah negara. Sultan Mansur Syah yang sedang gering telah memanggil anakandanya Raja Ahmad beserta Bendara Paduka Raja dan segala orang Besar-besar. Baginda telah menyatakan bahawa masanya sudah tiba dan anakanda Raja Ahmad yang akan menggantikan tempat baginda. (ms:171) F6 Tidak menyembah ke Melaka H/C Sultan Mansur Syah mengarahkan Seri Nara Diraja menyerang Siak dan Seri Udana menyerang Siak kerana negeri itu tidak mahu mkenyembah ke Melaka. Kedua-dua negeri itu Berjaya dikalahkan.(ms:151) F7 Hukuman lari dari pertempuran H/C Sultan Mansur Syah telah menghukum bunuh semua pengikut Raden Kelang yang melarikan diri dan menyebabkan Radin Kelang terbunuh ketika berhadapan dengan orang mengamuk seorang diri.(ms: 170) F8 Merompak/menceroboh H/C Laksaman telah diarahkan oleh Sultan Mansur Syah untuk menghalang raja Mengkasar iaitu Semerluki yang telah menceroboh tanah jajahan Melaka.(ms:155) F9 Peraturan/hukuman bagi golongan raja H/C Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang kerana telah membunuh anak bendahara Paduka Raja Tun Perak, walaupun pada asalnya Sultan Mansur Syah telah menetapkan bakal pengganti baginda.(ms:152) F10 Peraturan negara kalah rakyat dan raja jadi hamba H/C Maharaja dewa sura iaitu raja negeri Indera pura ditawan dan dijadikan tawanan perang.106) Kemukakan 5 isi 1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah contoh) 5 isi x 4 markah = 20 markah C Penutup (2) Meyimpulkan apa yang dijelaskan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan, pendirian, penilaian, dan harapan.