MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 11
TAHUN 2022/ 1443 H
SEKOLAH MENENGAH AGAMA
AD- DINIAH PARIT SUBARI
TARIKH : 2.6.2022
HARI : KHAMIS
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
MEDIUM : GOOGLE MEET
1
SEKAPUR SIRIH
PENGETUA SMA AD-DINIAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah yang Maha Esa,
Selawat dan Salam buat Baginda S.A.W yang mulia,
Yang Berusaha YDP PIBG, rakan rakan pentadbir, barisan guru-guru, AJK PIBG dan semua
ibu bapa yang dikasihi.
Pertama, tahniah dan terima kasih kepada semua AJK dan ahli PIBG SEMADAH yang hadir
di dalam mesyuarat PIBG SEMADAH kali ke 11 ini.
Hadirin yang di kasihi,
Setelah 2 tahun kita terbelenggu dengan wabak covid 19, kini kita mampu menarik nafas
lega setelah suasana yang semakin pulih. Begitulah jua perjalanan SEMADAH yang kita
cintai ini. Setelah 2 tahun berlalu dengan penuh kekalutan kebingungan saya amat
berharap agar Ketika dan saat ini semua warga SEMADAH mampu mengorak langkah
agar visi dan misi SEMADAH bagi menghasilkan insan terdidik mampu dicapai.
Para ibu bapa yang dikasihi,
Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa
elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring. Oleh itu saya menyeru supaya
kita bersama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan
memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak SEMADAH . Elemen
perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehkan sesebuah
organisasi itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah
kecemerlangan yang membanggakan.
Dalam melaksanakan sesuatu objektif SEMADAH agar lebih berjaya dan berkesan,
hubungan baik antara ibu bapa dan guru juga harus dititikberatkan. Peranan dan
hubungan baik antara ibu bapa, guru dan masyarakat setempat seharusnya sentiasa
terjalin dan kukuh. Hubungan dan kerjasama ini sudah semestinya akan mewujudkan
pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana
kecemerlangan sekolah. oleh itu segala pandangan dan cadangan tuan puan adalah
sangat saya hargai.
Akhirnya, marilah kita terus berusaha semaksimum mungkin agar anak anak SEMADAH
terus cemerlang Pendidikan dan akhlaknya.
Sekian, terima kasih.
(YOHANAS BIN MISUAN)
Pengetua SMA Ad-Diniah
Parit Subari, Muar
2
KATA ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG SMAAD
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pertamanya, ucapan penuh kesyukuran
kepada Allah s.w.t yang dengan izin-Nya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-11 pada tahun 2022.
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan dan kerjasama erat
guru-guru dan AJK PIBG dalam menjayakan mesyuarat ini. Ingin saya nyatakan di sini
PIBG berfungsi sebagai tulang belakang membantu kemajuan dan pembangunan sekolah
bukan sahaja dari sudut kewangan malah dari sudut sokongan dan keprihatinan para ibu
bapa kepada sekolah. Maka tidak dinafikan bahawa peranan ibu bapa adalah penting
untuk anak-anak.
Bagi pihak AJK PIBG, saya mengucapkan selamat datang kepada ibu bapa ke mesyuarat
ini. Kesudian tuan puan meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini yang secara
langsung memberi gambaran keprihatinan dan komitmen tuan puan kepada sekolah.
Sokongan ibu bapa dari aspek material, tenaga, moral dan spiritual akan menyemarakkan
lagi semangat-semangat dan daya juang para guru di sekolah ini dalam mendidik anak-
anak kita untuk merangkul kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Akhirnya bersama-samalah kita berdoa semoga perhimpunan kita dalam mesyuarat ini
akan menjayakan prinsip “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”. Sesungguhnya kerjasama
dan komitmen kita amat signifikan dalam membentuk kecemerlangan sekolah dan anak-
anak kita di sekolah ini.
Sekian , terima kasih.
(EN. JAMALUDIN BIN NAPIS)
Yang DiPertua PIBG,
SMA Ad-Diniah Parit Subari
3
AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 TAHUN 2022
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AD-DINIAH
PARIT SUBARI, MUAR, JOHOR
Tarikh : 02.06.2022
Hari : Khamis
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kediaman masing-masing
ATUR CARA MAJLIS
9.00 malam
- Masuk dalam link Google Meet
- Pendaftaran Ibu bapa dan guru
9.10 malam
- Bacaan doa
- Ucapan pengerusi
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Pengetua
- Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 11 -2022/2023
- Pengesahan minit Mesyuarat Agung kali ke 10- 2021/2022
- Pembentangan dan penerimaan Laporan Tahunan 2021/2022
- Pembentangan dan penerimaan laporan kewangan PIBG 2021
- Pembentangan usul/cadangan
- Ucapan penangguhan
10.40 malam
- Bersurai
4
AHLI JAWATAN KUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11
TAHUN 2022
PENASIHAT
Ust Yohanas Bin Misuan
(Pengetua SMAAD)
YANG DIPERTUA PIBG
En. Jamaludin bin Napis
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
En Ahmad Kalam bin Bakri
SETIAUSAHA
Pn. Siti Aisyah binti Abd Shukor
BENDAHARI
Uzt. Omarulazan bin Misuan
BACAAN DOA JURUCARA MAJLIS BERSAMA
1. Ust Mohd Razin Bin Mohd Jamil (K) 1. Pn.Siti Hamidah Bt Ali
2. Ust Jasmi bin Sa’don
FOTOGRAFI
JEMPUTAN 1. Cik Liyana Nazurah Bt Jaffar
1. Pn. Khairunnisa’ Bt Mohd Ali BUKU PROGRAM
2. Cik Nurul Anisah Bt Musa 1. Pn, Siti Aisyah binti Abd
Shukor
PENDAFTARAN
1 . Cik Nadhira bt Nasoha DOKUMENTASI DAN PELAPORAN
2. Pn. Darina bt. Katni (PIBG) 1. Ust Omarulazan bin Misuan
3. Pn. Roslida binti Sarju (PIBG) 2. En. Khairul Ariffin bin
Muhd@ Muhamed
SIARAYA (ICT) & MONTAJ PAPARAN
1. Cik Nurul Shahadatulainee B. Ibrahim
2. Ust. Akhmal bin Ali
PENCATAT MINIT
1. Pn. Siti Aisyah binti Abd Shukor
2. Pn. Diyana Abdue
3. Ust. Mahbob bin Badi
5
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 10
TAHUN 2021
Tarikh : 28 OKTOBER 2021
Hari : KHAMIS
Masa : 8.30 MALAM
Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING
Platform : GOOGLE MEET
Kehadiran : 69/___ Orang
Perasmi :-
Pencatat : PN. SITI AISYAH BINTI ABD SHUKOR
1. UCAPAN YDP PIBG
YDP memulakan mesyuarat dengan membaca selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi
Muhamad SAW,beliau memberikan kata-kata aluan dan mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran ahli jawatankuasa, ibu bapa pelajar dan para guru kerana dapat meluangkan masa
menghadir mesyuarat Agung PIBG buat kali ke 10 untuk sesi 2021-2022. Ucapan tahniah
kepada pihak sekolah kerana melaksanakan pelbagai aktiviti dan program.
2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-9 2019
Pencadang : En. Omarulazan bin Misuan (9.18 pm)
Sokongan : En. Adam Osman (9.18 pm)
Tindakan : Setiausaha
3 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN AKTIVITI PIBG
SMAAD 2019-2020 & 2020-2021
3.1 Setiausaha meminta supaya ahli merujuk buku program halaman 11 berkaitan laporan
aktiviti tahunan PIBG bagi sesi 2019-2020 dan 2020-2021 dan membentangkan program yang
telah dilaksanakan sepanjang tahun tersebut. Tiada perkara berbangkit.
Pencadang : En. Hairi bin Hamzah (9.22 pm)
Sokongan : En. Zailani bin Ahmad (9.22 pm)
Tindakan: Setiausaha
4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG
SMAAD BERAKHIR 31 DESEMBER 2020.
4.1 Bendahari PIBG Ustaz Omarulazan bin Misuan membentangkan laporan tahunan
kewangan PIBG berbaki RM1745.61 pada akhir tahun 2019 dan RM4352.31 baki akhir tahun
2020 (rujuk lampiran buku program muka surat 12-15). Berlaku penambahan kutipan
sumbangan daripada RM30 kepada RM50 setiap keluarga bermula tahun 2019. Bendahari
memaklukan tiada kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2020 disebabkan keadaan pandemik
Covid-19.
6
Pencadang : En. Akhmal bin Ali (9.31 pm)
Sokongan : En. Zailani bin Ahmad (9.32 pm)
Tindakan : Bendahari PIBG
4.2 Yang Dipertua PIBG meminta ibu bapa dapat menghulurkan sumbangan tenaga dan
kewangan bagi menjayakan program kearah kecemerlangan anak pelajar.
4.3 Tiada perkara berbangkit bagi penyata kewangan PIBG.
Tindakan: Ibu bapa
5 PEMBUBARAN AJK PIBG 2020-2021 DAN PERLANTIKAN AJK PIBG 2021-
2022
5.1 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG dilaksanakan oleh Ustaz Yohanas bin Misuan bagi
mempengerusikan sementara Mesyuarat Agung PIBG SMAAD kali-10. Ustaz Hairi bin
Hamzah mencadangkan agar ahli jawatan kuasa PIBG yang lalu dikekalkan dan hanya perlu
menambah tiga AJK baru disebabkan tiada anak yang bersekolah di SMAAD lagi. Cadangan
disokong Puan Rudziah dan semua ahli.
5.2 Ahli mesyuarat memutuskan AJK PIBG yang baru dilantik bagi mengisi kekosongan yang
ada
5.3 Senarai Nama AJK PIBG sesi 2021-2022. Rujuk lampiran
Tindakan: Makluman ahli PIBG
6. PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN
6.1 Usul pertama dicadangkan En. Rosli bin Mad Janis iaitu membina bumbung ditempat
wuduk pelajar lelaki. Namun pemberi usul tidak hadir dan dianggap sebagai cadangan dan akan
di bincangkan diperingkat sekolah.
Tindakan: Pihak sekolah
7. LAIN-LAIN HAL
Tiada
7
8. UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT PIBG KALI KE 10
YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG SMA Ad- Diniah dan berharap agar semua ibu bapa serta penjaga pelajar terus
memberikan sokongan berterusan kepada pihak sekolah
Mesyurat PIBG kali ke-10 ditangguhkan pada pukul 9.52pm dengan bacaan tasbih kifarah dan
Surah Al- Asr
Disediakan Oleh Disahkan Oleh
………………………………… ………………………………
(PN. SITI AISYAH BINTI ABD SHUKOR) (EN. JAMALUDIN BIN NAPIS)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SMA Ad-Diniah Parit Subari SMA Ad-Diniah Parit Subari
8
LAMPIRAN
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021-2022
SMA AD-DINIAH PARIT SUBARI
PENASIHAT
USTAZ YOHANAS BIN MISUAN
(PENGETUA)
YANG DIPERTUA PIBG
EN. JAMALUDIN BIN NAPIS
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
EN. AHMAD KALAM BIN BAKRI
SETIAUSAHA
PN. SITI AISYAH BINTI ABD SHUKOR
BENDAHARI
USTAZ OMARULAZAN MISUAN
AJK GURU
CIK NADHIRA BT NASOHA
USTAZ AKHMAL BIN MOHD ALI @ ATAN
USTAZ JASMI BIN SA’DON
AJK IBU BAPA
PN. DARINA BINTI KATNI
EN. NASRUDIN FEDRIK
EN. AZMAN BIN IBRAHIM
PN. ROSLIDA BINTI SARJU
PN. MARNI BINTI MD RASIT
EN. ZAILANI BIN AHMAD
PN. JAHLILAH BT. TAIB
EN. MOHD. 'ADLI BIN MD. JAAFAR
PEMERIKSA KIRA-KIRA
PN. AZBAHANI ABDUL BAKAR (IBU BAPA)
CIK LIYANA NAZURA BT JAFFAR (GURU)
9
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PIBG SMA AD-DINIAH PARIT SUBARI
SESI 2021-2022
BIL TARIKH PERKARA KEHADIRAN
1. 21 April 2021 Sumbangan Sambutan Hari Guru
Peringkat PPD Muar
2. 5 Oktober 2021 Sumbangan Pengurusan Vaksin
2021
3. 28 Oktober 2021 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10 69 orang
4. 15 Mac 2022 Majlis bacaan yasin, solat hajat
buat staf SEMADAH iaitu En. Mohd
Noh bin Rosni
5. 28 Mac 2022 Majlis Anugerah pelajar tingkatan
5 2021
6. 22 April 2022 Peruntukan bayaran 2 orang
penceramah bagi program TAMRIN
QIADI (Kem kepimpinan SMAAD)
7. 16 Mei 2022 Sambutan Hari Guru SEMADAH
2022
Sumbangan kewangan PIBG
8. 16 Mei 2022 Sambutan Hari Raya SEMADAH
(Sumbangan tenaga ibu bapa
membantu menghias kelas dan
menyedikan juadah)
10
SUMBANGAN PIBG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMA ADDINIAH, MUAR
PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 2021
PERKARA RM RM TARIKH
Baki bawa ke de pan 75.39 4352.31
Hibah Bank 1/1/2021
30/9/2021
Jumlah sumbangan tahun 2021 75.39
Jumlah sumbangan ke se luruhan 4427.70
TOLAK: 100.00 21/4/2021
Pe rbe lanjaan 1200.00 5/10/2021
Sambutan Hari Guru PPD
Sumbangan Vaksin 2021
Jumlah pe rbe lanjaan ke se luruhan 1300.00
Baki be rakhir 31 Dise mbe r 2021 3127.70
11
12
USUL DAN CADANGAN
BIL USUL NAMA PENCADANG
1 Isu keselamatan dan kemudahan-Mengubah En. Jasmi bin Sa’don
kedudukan tempat menunggu bas dan membina
laluan susur gajah
2 Kebersihan kantin Pn. Siti Zanariah binti
Muhamad Kasah
BIL CADANGAN NAMA PENCADANG
1 Boleh tidak sekiranya aktiviti yang berkaitan Pn. Eda Hayati Mohd Yusof
dengan persekolahan dibuat pada hari
persekolahan sahaja tidak membabitkan hari
Jumaat dan Sabtu ,kerana berkemungkinan besar
jika aktiviti tersebut dilakukan selain hari
persekolahan anak saya tidak boleh menyertainya
2. Menu makanan pelajar dikantin ditukar setiap Pn. Siti Zanariah binti
hari Muhamad Kasah
13
PENGHARGAAN
Ahli Jawatankuasa PIBG Sek.Men.Agama Ad-Diniah Parit Subari Muar sesi 2021-2022
merakamkan ucapan setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
Pihak Pentadbiran Sek.Men. Agama Ad-Diniah Parit Subari Muar.
Ahli Jawatankuasa PIBG Sek. Men. Agama Ad-Diniah Parit Subari Muar.
Guru-Guru Sek. Men. Agama Ad-Diniah Parit Subari Muar.
Semua Ibubapa pelajar Sek. Men. Agama Ad-Diniah Parit Subari Muar.
Anak-anak pelajar Sek.Men Agama Ad-Diniah Parit Subari Muar.
Di atas sumbangan kewangan, tenaga, masa dan sokongan yang telah diberikan kepada
jawatankuasa PIBG dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang.
“ALLAH SENTIASA MENOLONG SETIAP HAMBANYA SELAGI MANA DIA MENOLONG
KEPERLUAN SAUDARANYA “
HADIS RIWAYAT MUSLIM
Segala jasa baik tuan / puan curahkan semoga akan mendapat balasan dan ganjaran yang
baik daripada Yang Maha Esa.
Sekian , terima kasih
14