PRA BESTARI SEKOLAH SRI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. KERTAS KERJA SUKANEKA PRA BESTARI SEKOLAH SRI SEREMBAN 2023 TARIKH: 15 JULAI 2023 TEMPAT: PADANG SEKOLAH SRI SEREMBAN DISEDIAKAN OLEH: NURULAIN BINTI ADZHAR
SUKANEKA PRA BESTARI 2023 1. PENDAHULUAN Sukan merupakan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak - kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Selain itu, ia bertujuan memberi keseronokan dan perkembangan yang sihat kepada murid-murid dengan melakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan ketangkasan serta kemahiran. Oleh itu, melalui sukan pra bestari ini, dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Pra Bestari sekaligus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. RASIONAL i. Melahirkan murid yang cergas dan cerdas dari segi fizikal mental. ii. Mencungkil bakat - bakat baru murid dalam acara sukan. iii. Merangsang kreativiti dan melatih kemahiran melalui aktiviti yang disertai. iv. Menyemai sikap berjuang dan bekerjasama antara murid dan rakan kumpulan. 3. OBJEKTIF i. Memupuk semangat persaingan yang sihat antara murid. ii. Memupuk kerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan. iii. Membentuk individu yang positif dan bersemangat. iv. Memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran bersukan.
5. CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT MINI JOGATHON Tarikh : 4 Julai 2023 Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Laman Basikal, Lake Garden. 4. CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT SUKANEKA Tarikh : 15 Julai 2023 Masa : 7.00 pagi hingga 11.30 tengah hari Tempat : Padang Sekolah Sri Seremban Perasmi : Dr Mohd Faridh Hafez bin Mohd Omar. (Yang Dipertua, ABIM Negeri Sembilan) 5. SASARAN PENGLIBATAN. Jumlah murid : 81 orang murid Pra Bestari 2023. ( Pra Omega 25 Orang, Pra Alfa 29 Orang, Pra Beta 27 Orang ) Jumlah AJK : 34 orang Ibu Bapa : 162 orang 6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PENAUNG : Tuan Hj. Khalil bin Jali PENASIHAT. : Puan Ruzilawati binti Rasidi PENGERUSI : Puan Suzana binti Yusof NAIB PENGERUSI : Puan Mahawa binti Ahmad PENYELARAS : Puan Nurulain binti Adzhar SETIAUSAHA. : Puan Nur Shahira binti Hanafi
7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA. Bil Bidang tugas. Nama Jawatankuasa Kerja Bidang tugas 1 - Penyelaras 1. Puan Nurulain binti Adzhar. - Memastikan segala persiapan berjalan mengikut jadual - Mengatasi masalah semasa. - Mengarahkan jawatankuasa pelaksana memainkan peranan dengan positif. - Mempengerusikan mesyuarat. 2 - AJK Teknik permainan sukaneka. - AJK Teknik permainan acara ibu bapa. 1. Puan Marjina binti Majid - Menyediakan teknik permainan sebelum 5 Jun 2023. 3 - AJK Persiapan tempat mini jogathon. 1. Puan Nur Shahira binti Hanafi. - Memastikan surat dibuat untuk kegunaan tempat di laman basikal, lake garden 1 minggu sebelum. - Menyiapkan borang markah untuk mini jogathon dan hari sukaneka. - Menyediakan nombor 123 mini jogathon & sukaneka. - Menyediakan markah /star sukaneka. 4 - AJK Pengumpulan barang sukaneka. 1. Puan Yusni binti Abu Bakar - Perlu disediakan sebelum latihan sukaneka bermula iaitu sebelum 5 Julai 2023. - Menyediakan senarai peralatan yang diperlukan oleh AJK teknik permainan. - Merekod perlatan yang rosak dan maklumkan kepada AJK teknik permainan. - Perlu menyerahkan alatan kepada AJK persiapan padang. - Memastikan alatan yang digunakan di kembalikan ke stor dan disimpan dengan baik selepas habis sukaneka.
5 - AJK Persiapan padang. - AJK Pengurus peralatan sukaneka. 1. Encik Mohamad Aizal Bin Ros Azelan. 2. Mohd Hafiz b. Mohamad Roslan. 3. Muhammad Afiq b. Norzan Shah. 4. Muhammad Zaki b. Rosle. - SEBELUM HARI SUKANEKA : - Persiapan padang perlu disiapkan 1 hari sebelum hari sukaneka bermula iaitu pada petang hari jumaat. - Menyediakan backdrop,podium dan papan markah sebelum hari sukaneka. - Menyediakan dan menguruskan susunan peralatan mengikut teknik permainan yang telah ditetapkan bagi setiap acara pada hari kejadian dengan bantuan AJK teknik permainan. - SEMASA HARI SUKANEKA - Menjaga garisan penamat di padang A ( Cikgu Aizal) dan padang B (Cikgu Hafiz) - Penjaga garisan penamat perlu merekodkan keputusan di dalam borang markah yang telah diberikan pada hari kejadian. - En. Amirul perlu menjadi guru senamrobik sebelum sukaneka bermula. 6 - AJK Persiapan tempat duduk ibubapa dan VIP. 1. Muhammad Naim bin Mohd Redza. 2. Muhammad Alias b. Abdul Mulub 3. Muhammad Nazmi b. Aminuddin - Memastikan kedudukan tempat duduk murid, ibu bapa dan VIP diletakkan dengan betul. - Memastikan setiap kedudukan dan susunan mengikut pelan lantai yang diberikan. 7 - AJK Buku program, bunting dan back drop. 1. Cik Ainur Nasrin binti Mahadi. - Menyediakan buku program seminggu sebelum sukaneka. - Mendapatkan maklumat acara yang dipertandingkan dan di isi dalam buku program. - Meletakkan penghargaan dan lain - lain yang difikirkan perlu. - Menerbitkan buku program dan menyerahkannya kepada para jemputan. - Memastikan buku program disemak oleh penyelaras dan Guru besar. - Meyiapkan lakaran bunting dan back drop untuk tempahan.
8 - AJK Gimik perasmian 1. Puan Roslinda binti Shariae. - Mencari idea gimik perasmian yang berkaitan dengan sukan. - Memastikan gimik perasmian mengikut bajet yan ditetapkan. - Memastikan gimik perasmian berjalan lancar 9 - AJK Jurugambar & Dokumentasi 1. Encik Omar bin Mad Rasib - Mengambil gambar sepanjang kejohanan. - Menyerahkan gambar kepada bahagian dokumentasi sekolah. 10 - AJK Juruacara majlis - AJK Juruacara padang 1. Muhammad Nurhizad Bin Ibrahim. 2. Ustaz Muhammad Nur Na’iem b. Zaini - Memastikan aturcara sukaneka selaras seperti buku program terutama upacara perasmian pembukaan. - Menyediakan text pengacara terutama bagi perasmian pembukaan. - Mengacarakan program sepanjang sukaneka dengan lancar dan penuh semangat kesukanan. - Membuat ulasan - ulasan yang boleh menceriakan suasana sepanjang pertandingan berlangsung. - Membuat pengumuman yang perlu seperti peringatan kepada murid - murid bagi membantu mengawal disiplin dan keselamatan pelajar. - Lain-lain jika perlu 11 - AJK Siaraya dan PA Sistem 1. Encik Nursyazlie bin Abd. Rahman. - Menyediakan alatan pembesar suara yang boleh berfungsi. - Memasang dan memastikan system PA dalam keadaan baik. - Menyimpan peralatan ditempat asal 12 - AJK Bacaan Doa Murid & Ikrar 1. Puan Yusni Abu Bakar - Memastikan murid boleh membaca doa dengan betul pada hari sukaneka. - Menyiapkan teks bacaan doa untuk wakil murid pra bestari. - Menyediakan teks ikrar untuk diberikan kepada 3 kelas.
13 - AJK hadiah, cenderahati & topi peserta 1. Puan Roslinda binti Shariae (Ketua) - Meminta sebut harga hadiah yang sesuai kepada pembekal hadiah. - Membuat tempahan , menerima dan menyemak hadiah daripada pihak pembekal apabila sampai. - Memastikan bilangan hadiah yang mencukupi sebelum diserahkan kepada AJK penyerahan hadiah. - Berhubung dengan AJK penyerahan hadiah sebelum hari sukaneka. 14 - AJK Pembantu penyerahan hadiah semasa hari sukaneka. 1. Cik Siti Ramizah binti Ramlan. 2. Cik Siti Nur Alia Maulat Azman 3. Cik Nur Fazura binti Gazali - Menerima keputusan pemenang daripada AJK Keputusan. - Menyusun hadiah mengikut kategori - Mengurus proses penyampaian hadiah. - Menguruskan senarai pemenang dan penyampaian hadiah. - Memastikan bilangan hadiah yang mencukupi semasa pemberian hadiah kepada murid. 15 - AJK Pencatat papan markah. 1. Puan Hamidah Ujang. - Menyediakan papan markah untuk dipaparkan. - Mencatat markah dari semasa ke semasa ketika sukaneka bermula. - Melekatkan bintang dipapan markah. 16 - AJK Keputusan 1. Puan Nor Az’zah bt. Derasik 2. Puan Hamidah Ujang. - Mengumpul markah dan memberikan kepada juru acara majlis, hadiah dan papan markah. - Memastikan markah diberikan dengan kadar segera. 17 - AJK Jemputan sambutan dan protokol. 1. Puan Mahawa Ahmad - Menyenaraikan nama-nama VIP yang perlu hadir.
18 - AJK Makanan dan Minuman - AJK Makanan dan Minuman VIP 1. Puan Zainon bt Mat Som (K) 2. Puan Marjina bt Majid 3. Puan Norasyikin bt Japar 4. Puan Rohana binti Ahmad @ Salleh - Memastikan makanan dan minuman diberikan mengikut waktu yang ditetapkan iaitu pagi dan tengah hari. - Mengira jumlah pack makanan dan minuman murid mencukupi dari pembekal makanan. - Mengatur dan membuat persediaan untuk makanan dan minuman tetamu VIP. - Memastikan kebersihan tempat makanan dan minuman sebelum dan selepas sukaneka. 19 - AJK Pengurusan peserta 1. Guru pra bestari. - Memastikan murid mencukupi mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. - Memastikan murid telah mengambil makanan pagi sebelum sukaneka. - Membawa murid ke tempat sukaneka. 20 - AJK Keselamatan & Parking 1. Encik Mahadi bin Abd Karim. - Memastikan kelancaran lalu lintas terjaga. - Memastikan kenderaan parkir pada tempat yang tidak mengganggu lalu lintas. - Menjaga keselamatan pejalan kaki ketika melintas jalan. 21 - AJK Kecemasan 1. En. Amirul b. Amer Mahmud 2. Ustaz Yahya b. Abd Wahid - Memaklumkan hospital berhampiran mengenai sukaneka dan meminta mereka ‘stand by’ untuk sebarang kes kecemasan. - Memastikan ada kenderaan yang boleh digunakan sekiranya perlu. - Memastikan kotak First Aid Kit mencukupi dan mengandungi ubatan dan perlatan yang mencukupi dan selamat digunakan. - Memastikan peralatan-peralatan lain seperti pengusung disediakan. - Menempatkan anggota pada lokasi yang strategik untuk memastikan kes-kes kecemasan dapat ditangani dengan baik dan effisien.
20 - AJK Pembersihan 1. En Haidzir bin Kamaruddin. 2. En. Khairul Suhaidi b Adenan. 3. Mohammad Fadli bin Mat Noh. 4. Puan Zainab bt Ibrahim 5. Puan Norliah bt Ibrahim 6. Puan Idayu bt Supian. - Menyediakan plastik sampah yang mencukupi untuk diletakkan meja rumah sukan masing - masing. - Menjalankan operasi dari masa ke semasa sepanjang sukaneka. - Memastikan padang dan kawasan sekitarnya bersih selepas selesai sukan.
9.0 TENTATIF PROGRAM SUKAN PRA BESTARI MASA AKTIVITI 7.00 pagi - Ketibaan murid-murid. - Pemberian goodies minum pagi. - Persiapan untuk perbarisan. 7.30 pagi - Kata aluan pengacara majlis 7.40 pagi - Perarakan masuk perbarisan murid. 7.55 pagi - Bacaan doa dan ikrar oleh wakil murid Pra Bestari. 8.00 pagi - Nyanyian lagu Asmaul husna,Negaraku, lagu sekolah. 8.10 pagi - Ucapan CEO Sekolah Sri Seremban Tuan Haji Khalil bin Jali 8.20 pagi - Ucapan Yang Dipertua, ABIM Negeri Sembilan Dr Mohd Faridh Hafez b Mohd Omar. 8.30 pagi - Simbolik perasmian 8.40 pagi - Senamrobik murid. 8.45 pagi - Perarakan keluar murid Pra Bestari 9.00 pagi - Sukaneka acara 1 (the good bowlers) dan acara 2 (cute pipe line) 9.30 pagi - Sukaneka acara 3 (hungry caterpillar) dan acara 4 (switch gear) 10.00 pagi - Lari pecut 10.15 pagi - Acara ibu bapa 10.30 pagi - Penyampaian hadiah sukaneka pra bestari 12.00 tengah hari - Murid makan tengahari dan bersurai
10.0 MINUTE TO MINUTE SUKAN PRA BESTARI MASA AKTIVITI 7.00 - 7.30 (30minit) - Ketibaan murid-murid. - Pemberian goodies minum pagi. - Persiapan untuk perbarisan. 7.30 - 7.40 (10minit) - Kata aluan pengacara majlis 7.40 - 7.45 (5 minit) - Perarakan masuk perbarisan murid Pra Beta berserta sorak semangat 7.45 - 7.50 (5 minit) - Perarakan masuk perbarisan murid Pra Alfa berserta sorak semangat 7.50 - 7.55 (5 minit) - Perarakan masuk perbarisan murid Pra Omega berserta sorak semangat 7.55 - 8.00 (5 minit) - Bacaan doa dan ikrar oleh wakil murid Pra Bestari. 8.00 - 8.10 (10 minit) - Nyanyian lagu Asmaul husna,Negaraku, lagu sekolah. 8.10 - 8.20 (10 minit) - Ucapan CEO Sekolah Sri Seremban Tuan Haji Khalil bin Jali 8.20 - 8.30 (10 minit) - Ucapan Yang Dipertua, ABIM Negeri Sembilan Dr Mohd Faridh Hafez b Mohd Omar. 8.30 -8.40 (10 minit) - Simbolik perasmian 8.40 - 8.45 (5 minit) - Senamrobik murid. 8.45 - 9.00 (15 minit) - Perarakan keluar barisan murid Pra Bestari dan persiapan sukaneka. 9.00 - 9.15 (15 minit) - Sukaneka acara 1 (the good bowlers). 9.15 - 9.30 (15 minit) - Sukaneka acara 2 (cute pipe line). 9.30 - 9.45 (15 minit) - Sukaneka acara 3 (hungry caterpillar) 9.45 - 10.00 (15 minit) - Sukaneka acara 4 (switch gear) 10.00 - 10.15 (15 minit) - Lari pecut 10.15 - 10.30 (15 minit) - Acara ibu bapa 10.30 - 10.35 (5 minit) - Penyampaian hadiah Mini Jogathon 1,2,3 setiap kelas. 10.35 - 10.40 (5 minit) - Penyampaian hadiah lari pecut 10.40 - 11.00(20 minit) - Penyampaian hadiah sukaneka the good bowlers 11.00 -11.10 (10 minit) - Penyampaian hadiah sukaneka cute pipe line 11.10 - 11.20 (10 minit) - Penyampaian hadiah sukaneka hungry caterpillar 11.20 - 11.30 (10 minit) - Penyampaian hadiah sukaneka switch gear 11.30 - 11.40 (10 minit) - Peserta sukan terbaik Lelaki dan Perempuan. 11.40 - 11.50 (10 minit) - Johan keseluruhan 12.00 - Murid makan tengahari dan bersurai
Disahkan oleh , Disemak oleh, ………………………………………… ……….……………………………….. PN. NURULAIN BINTI ADZHAR. PN. SUZANA BINTI YUSOF Penyelaras Sukan Pra Bestari Guru Besar Sekolah Sri Seremban Sekolah Sri Seremban. Diluluskan oleh , …………………………………………… PN. RUZILAWATI BINTI RASHIDI Ketua Pentadbiran & Kewangan Sekolah Sri Seremban.