The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SHUHADA BINTI MOHD ESHAM IPG-Pelajar, 2025-03-13 05:40:52

TUGASAN 2 - SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN 2 - SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGHASILAN PRODUK disediakan oleh: Nur Shuhada binti Mohd Esham Pengajian Melayu 2 kesan-kesan stratifikasi sosial dan faktorfaktor kepelbagaian sosiobudaya serta implikasinya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: 2025 EDUP 3143 - SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN


PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat saya menyiapkan tugasan pada kali ini dengan penuh dedikasi dan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati Puan Shuhailah binti Mat Said iaitu pensyarah khursus Sosiologi dalam Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang kerana memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Bimbingan daripada beliau telah membuka ruang kepada saya untuk menyelesaikan setiap soalan dalam tugasan yang diberikan. Selain itu, saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada ibu bapa saya dengan ucapan terima kasih kerana telah memberi motivasi, semangat dan pemudahcara kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberi sokongan moral kepada saya untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti. Hal ini membangkitkan semangat saya sehingga berjaya menyiapkannya tepat pada waktu yang ditetapkan. Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya terutamanya rakan sekelas kerana telah banyak memberi nasihat serta pandangan kepada saya dalam pembikinan tugasan pada kali ini. Mereka juga mengingatkan saya supaya tidak alpa terhadap setiap pendapat dan bimbingan yang diberikan oleh pensyarah. Pada masa yang sama, mereka turut membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan saya seandainya terdapat kekeliruan dan ketidakpastian semasa proses menyiapkan tugasan. Sebagai penutup bicara pada kali ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam proses pembikinan tugasan pada kali ini. Sekian terima kasih.


BIL PERKARA 1 PENGENALAN 2 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN INSTITUSI SOSIAL SEKOLAH KELUARGA MASYARAKAT 3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH BAHASA DAN DIALEK BANGSA DAN ETNIK AGAMA DAN NILAI KEPERCAYAAN 4 HUBUNGKAIT KESAN-KESAN DAN FAKTOR-FAKTOR DENGAN IMPLIKASI TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN DALAM MEMBANGUNKAN KERJAYA GURU KE PERINGKAT GLOBAL 5 PENUTUP 6 RUJUKAN 7 LAMPIRAN ISI KANDUNGAN


1.0 PENGENALAN


1.0 Pengenalan Statifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya memainkan peranan penting dalam membentuk komuniti sekolah dan sistem pendidikan. Stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat kepada lapisan berdasarkan faktor status ekonomi, pendidikan dan pekerjaan ( Nor Hayati Sa’at et al., 2017). Hal ini selaras dengan pendapat Engon (1962) yang mentafsirkan stratifikasi sosial sebagai sistem yang mengukur dan menentukan kedudukan dalam lapisan masyarakat yang membentuk ketaksamaan sosial dalam kalangan sesebuah komuniti (Rosly Kayar, & Mohd Hanapiah Khamis, 2025). Oleh itu, perbezaan status sosial boleh mempengaruhi akses kepada pendidikan. Selain itu, stratifikasi dalam sistem sosial bukan sahaja menggambarkan perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat tetapi juga menentukanperananyangdimainkanolehsetiapindividu. Gambar diatas menunjukkan piramid startifikasi sosial yang membahagikan masyarakat kepada tiga golongan yang mencerminkan perbezaan status ekonomi serta peranan sosial dalam masyarakat yang turut memberi kesan kepada peluang pendidikan dankesejahteraanpelajardi sekolah. Sementara itu, kepelbagaian sosiobudaya merangkumi aspek seperti bahasa, agama, adat resam, dan nilai yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Kepelbagaian ini membawa keunikan dalam komuniti sekolah serta mencipta persekitaran pembelajaran yang dinamik.


2.0 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN


2.0 Kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan Sekolah Institusi Sosial Keluarga Masyarakat KESAN STRATIFIKASI 2.1 Institusi sosial Institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuahmasyarakat yangtelah dipersetujui (Rosly Kayar, & Mohd Hanapiah Khamis, 2025). Institusi sosial merangkumi sistem dan struktur dalam masyarakat yang membentuk interaksi sosial serta menyokong kestabilan masyarakat. Dalam konteks pendidikan, stratifikasi sosial memberi kesan kepada bagaimana institusi sosial menyediakanpeluangdansumberkepadapelajar. Terdapat lima institusi sosial utama dalam masyarakat iaitu institusi keluarga, institusi pendidikan, institusi ekonomi, institusi politikdaninstitusikeagamaan.


Institusi-institusi ini timbul sebagai respons kepada keperluan untuk memenuhi peranan sosial dan tingkah laku yang diharapkan seperti menyebarkan nilai-nilai, norma dan tradisi kepada anggota masyarakat. Di Malaysia, Institut Sosial Malaysia (ISM) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam Pembangunan modal insan berkaitan kerja sosial dan kebajikan masyarakat di Malaysia. Institusi ini menyokong usaha kerajaan dalam pelaksanaan dasar sosial yang inklusif ke arah pembangunan masyarakat yang lebih harmoni. 2.2 Sekolah Stratifikasi sosial dilihat memberi kesan signifikan dalam pengkelasan sekolah yang mempunyai matlamat dan tujuan yang berbeza. Hal ini boleh diperincikan dengan melihat kepada kepelbagaian sekolah yang wujud di negara kita. Misalnya, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Wawasan, Sekolah Kluster, Sekolah Bestari, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Maktab Rendah SainsMara (MRSM).


Kepelbagaian sekolah ini mewujudkan perbezaan kualiti sekolah dan kemudahan pembelajaran. Kebiasaannya, sekolah seperti SBP dan MRSM menerima lebih banyak peruntukan dan mempunyai tenaga pengajar yang lebih berkualiti. Hal ini berbeza dengan sekolah harian biasa sama ada di dalam mahupun luar bandar yang sering mengalami kekangan dari segi insfrastruktur daif dan pembelajaran yang terhad. Kesannya akan mempengaruhi prestasi akademik danpengalamanpembelajaranpelajar.


2.3 Keluarga golonganyangkaya golonganyangsederhana. golonganyangmiskin Keluarga merupakan asas utama dalam menentukan hala tuju pendidikan seorang individu. Stratifikasi dalam keluarga mewujudkan ketidaksamaan sosial khususnya akses kepada pendidikan (Zuana Sulaiman et al., 2024). Stratifikasi sosial dalam keluarga dikaitkan dengan perbezaan latar belakang sesebuah keluarga dari segi status ekonomi, tahap pendidikan ibu bapa dan persekitaran rumah yang mempengaruhi peluang pendidikan anak-anak. Kajian Ridzuan dan Ahmad Fuad (2021) menunjukkan bahawa faktor ekonomi keluarga merupakan faktor yang dominan dalam mempengaruhi pendidikan masyarakat berbanding faktor-faktor yang lain. Menurut Soekanto (1990) terdapat tiga unit ekonomi sesebuah keluarga iaitu golongan yang kaya, golonganyangmiskindangolonganyangsederhana.


Ibu bapa yang berpendapatan tinggi berupaya menyediakan keperluan pendidikan terbaik untuk anakanak mereka termasuklah dari segi pemilihan sekolah yangberkualitii Sebaliknya, berdasarkan petikan akhbar di atas, ibu bapa yang berpendapatan rendah cenderung untuk memilih sekolah harian biasa walaupun mendapat tawaran ke sekolah elit yangberkualiti. Pelajar dari keluarga yangkurang berkemampuan mungkin berdepan dengan tekanan ekonomi yang memerlukan pendapatan tambahan sekiranyamerekamemasuki sekolahtersebut. Selain itu, kesan stratifikasi sosial dalam keluarga juga dikaitkan dari segi penyediaan bilik belajar yang kondusif, bahan rujukan tambahan serta akses kepada teknologi seperti komputer dan internet. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi juga dilihat lebih prihatin dan sering memotivasikan anak-anak untuk terus cemerlang dalam pelajaran (Sukadaro et al., 2015). Jelaslah kesan stratifikasi dalam keluarga terhadappendidikan.


2.3 Masyarakat Masyarakat yang berbeza status sosial mengalami perbezaan dalam peluang pendidikan, sumber pembelajaran, dan kualiti pengajaran. Hal ini menyebabkan perbezaan status dan peluang kerjaya. Sering kali terjadi, masyarakat dari latar belakang kurang berkemampuan akan mempunyai kekangan dari segi kemudahan infrastruktur. Oleh itu, mereka kurang didedahkan dengan peluang pekerjaan yang professional dan terhad kepada pekerjaan bergaji rendah kerana kurang kelayakan akademik. Jurang pendidikan dalam masyarakat dilihat dari aspek masyarakat yang tinggal di dalam bandar dan di luar bandar. Menurut kajian, jurang pendidikan di Malaysia Timur, wilayah Sarawak berada pada kedudukan yang ke-13 daripada 14 negeri di Malaysia manakala wilayah Sabah pula berada pada kedudukan yang tercorot iaituke-14(Ralon, 2019).


3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH


3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Namun, kepelbagaian sosiobudaya di sekolah sering menjadi faktor yang mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid. Kepelbagaian ini melibatkan pelbagai aspek seperti bahasa dan dialek, bangsa, latar belakang ekonomi, agama, serta persekitaran sekolah. Oleh itu, faktor-faktor yang menyumbang kepada kepelbagaian sosiobudaya serta bagaimana faktor tersebut mempengaruhi pendidikan dalam konteks stratifikasi sosialperlulahdifahami. 3.1 Bahasa dan dialek


Bahasa merupakan salah satu faktor utama dalam kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Murid-murid di Malaysia berasal dari latar belakang bahasa yang berbeza seperti bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, dan Inggeris. Kepelbagaian bahasa dan dialek yang wujud ini membuka peluang kepada pelajar untuk menguasai lebih daripada satu bahasa yang akan memberi kelebihan dalam pasaran kerja global. Walaupun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, terdapat murid yang mungkin kurang fasih dalam bahasa ini, terutamanya mereka yang membesar dalam persekitaran yang menggunakan bahasa ibunda di rumah (M. Ikhsan nawawi & Rachmat Panca Putera, 2019). Selain itu, penggunaan dialek juga memainkan peranan dalam komunikasi harian murid dan menjadi faktor kepelbagaiansosiobudayadi sekolah. 3.2 Bangsa dan Etnik Malaysia terkenal dengan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Iban, India, Kadazan dan Bidayuh. Perbezaan budaya dan adat resam dalam kalangan murid dapat mempengaruhi interaksi sosial serta pengalaman pembelajaran mereka. Misalnya, setiap kaum mempunyai perayaan dan amalan tersendiri seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali yang diraikandengancara yangunik


Agama dan kepercayaan memainkan peranan dalam membentuk kepelbagaiansosiobudayadi sekolah.Muridyang beragama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan agama lain mempunyai amalan yang berbeza dalam kehidupan seharian. Oleh itu, sekolah perlu mengambil kira aspek ini dalam merancangaktiviti sepertipemakaianpakaianseragam, waktu solat, makanan di kantin, serta penyertaan dalam aktiviti kokurikulum(Melvin AnakMaxwell&ShahlanSurat, 2020). Jika keperluan agama murid tidak diberi perhatian, mereka mungkin berasa terpinggir dan kurang selesa di sekolah. Justeru, pihak sekolah perlu memastikan semua murid berasa diterima dengan menghormati kepercayaan masing-masing. Murid seharusnya dididik berkaitan isu 3R (Race, Religious, Royal) supaya murid peka dan hormat kepelbagaian agama dankepercayaan. 3.3 Agama dan Nilai Kepercayaan


4.0 HUBUNGKAIT KESAN-KESAN DAN FAKTOR-FAKTOR DENGAN IMPLIKASI TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN DALAM MEMBANGUNKAN KERJAYA GURU KE PERINGKAT GLOBAL


Stratifikasi sosial dan kepelbagaian budaya dilihat memberi kesan kepada pengkelasan sekolah dan boleh dikaitkan dengan faktor taraf sosioekonomi keluarga yang berbeza. Justeru, langkah penyelesaian yang boleh diambil adalah dengan menggalakkan integrasi antara pelajar dari pelbagai latar belakang sosial dan budaya serta mengadakan program kesedaran dan penerimaan kepelbagaian budaya untuk mengurangkan jurang sosial antara pelajar dari pelbagai kelas ekonomi. Murid yang bertutur dalam dialek seperti Kelantan dan Kedah, mungkin mengalami kesukaran untuk memahami bahasa standard yang digunakan dalam pembelajaran. Hal ini boleh memberi kesan terhadap tahap kefahaman murid dalam pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran yang memerlukan penguasaan bahasa yang baik seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Faktor utama yang menyumbang kepada cabaran ini ialah kepelbagaian sosiobudaya dan stratifikasi sosial dalam sistem pendidikan, yang mewujudkan jurang komunikasi. Jika tidak diberikan sokongan yang mencukupi, murid yang lemah dalam bahasa pengantar berkemungkinan akan ketinggalan dalam akademik. Justeru, guru perlu memainkan peranan sebagai pemimpin pendidikan global yang mampu mengadaptasi pendekatan pengajaran yang inklusif dan responsif terhadap keperluan murid.


Sebagai pemimpin pendidikan, guru perlu memiliki kemahiran pedagogi silang budaya yang membolehkan mereka memahami kepelbagaian bahasa dan latar belakang murid. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025), yang menekankan kepimpinan guru dalam memastikan setiap murid mendapat akses pendidikan berkualiti tanpa halangan bahasa. Guru yang berinovasi dalam pendekatan pengajaran dapat membantu murid menguasai bahasa standard tanpa menjejaskan identiti budaya mereka, sekaligus memperkukuhkan keperibadian (Character) dan komunikasi (Communication)dalam6C. Seterusnya, faktor kepelbagaian bangsa dan etnik boleh dikaitkan dengan kesan stratifikasi iaitu pemisahan sosial dan jurang pendidikan. Walaupun kepelbagaian bangsa dan etnik memberi peluang kepada murid untuk memahami budaya lain, dalam sesetengah keadaan, hal ini juga boleh menyebabkan murid lebih cenderung untuk bergaul dengan rakan daripada kaum sendiri. Sekiranya tidak wujud usaha untuk integrasi dalam pendidikan, situasi ini boleh mengurangkan keharmonian dan perpaduan dalam kalanganmurid.


Oleh itu, guru disarankan mengintegrasikan teknologi bagi mengatasi jurangpembelajaranakibat stratifikasi sosial. Misalnya dengan menggunakan platform epembelajaran, aplikasi interaktif dan bahan digital bagi memperkayakan pengajaran untuk murid dari latar belakang berbeza. Hal ini dikaitkan dengan aspek Communication (Komunikasi) dalam 6C kerana penggunaan teknologi membolehkan interaksi yang lebih luas serta akses kepada sumberpembelajaranglobal. Bukan itu sahaja, pembelajaran kolaboratif dan aktiviti berasaskan kumpulan berupaya membantu murid memahami budaya lain dengan lebih mendalam. Penggunaan teknologi dalam pengajaran membolehkan murid berkongsi perspektif mengenai budaya masing-masing dan memahami perbezaan serta persamaan yang wujud. Perkongsian ini juga bolehdilakukandengandenganpihakdari luarnegara. Misalnya,projek kolaboratifdengansekolahdarinegara lain melalui aplikasi Zoom boleh memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya dari pelbagai latar belakang budaya, meningkatkan kefahaman kepelbagaian budaya dan perspektifglobalmereka.


Jelaslah peranan guru kini lebih dinamik dan tidak terbatas kepada bilik darjah semata-mata seperti kaedah pengajaran tradisional. Seorang guru yang mempunyai kreadibiliti akan dihormati bukan sahaja oleh pelajarnya, malah juga akan dihormati oleh rakan sekerja, ibubapa dan persekitaran sosialnya. Justeru, bertepatan dengan dunia pendidikan yang berkembang, profesionalisme dan keupayaan guru untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global adalahaset yangbernilai.


5.0 PENUTUP


Kesimpulannya, stratifikasi sosial memberi kesan kepada akses pendidikan, kualiti sekolah, serta peluang pembelajaran murid, manakala kepelbagaian sosiobudaya dipengaruhi oleh faktor bahasa, etnik, agama, dan status ekonomi. Ketidaksamaan ini boleh mewujudkan jurang pendidikandanpemisahansosial jika tidakditangani dengan baik. Oleh itu, langkah seperti integrasi pelajar, pendekatan pengajaran inklusif, serta penggunaan teknologi perlu diperkukuhkan bagi memastikan sistem pendidikan yang lebih adil dan harmoni.


RUJUKAN


LAMPIRAN


Akhbar sebagaribahan bacaantambahan RujukanBukuSosiologidalam Pendidikan Rujukanjurnal


Click to View FlipBook Version