PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH 1
MESYUARAT
AGUNG PIBG
KALI
KE-43
TARIKH 02 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA 2.00 PETANG
TEMPAT KEDIAMAN MASING-MASING
(GOOGLE MEET)
Dirasmikan oleh:
YBrs TN. HJ. NIK MUHAMMAD BIN NIK LIB
(Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah)
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/SURAT
1 Atur Cara 3
4
2 Notis Mesyuarat Agung 5
6
3 Agenda Mesyuarat Agung Kali Ke-43 7
8
4 Dari Meja Guru Besar
9 - 14
5 Kata Alu-Aluan Yang DiPertua PIBG 15
16
6 AJK PIBG SK Tanah Merah 1 17
7 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 18 - 21
8 Laporan Aktiviti Tahunan 2020 22 - 23
24 - 25
9 Membahas Usul dan Cadangan
26
10 Pelantikan AJK PIBG 2021/2022
11 Laporan Guru Besar
- Enrolmen Murid
- Enrolmen Guru dan Staf
- Anugerah Kecemerlangan Murid
12 Penyata Kewangan
13 Senarai Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali
ke-43 / 2021
14 Penghargaan
2
ATURCARA MAJLIS
2.00 petang ~ Pendaftaran Ibubapa/Penjaga (Online)
2.15 petang (Link Kehadiran)
5.00 petang ~ Bacaan doa
(Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaki Bin Mohamed Adib)
~ Ucapan alu-aluan YDP PIBG
(Tn Hj Masri Bin Che Mood)
~ Ucapan Guru Besar SKTM1
(Cikgu Zahari Bin Ismail)
~ Ucapan Perasmian PPD
(Tn Hj Nik Muhamad Bin Nik Lib)
~ Penganugerahan Tokoh Murid (Lelaki) dan Tokoh
Murid (Perempuan) Tahun 2021
~ Mesyuarat Agung PIBG bermula
~ Cabutan Bertuah
~ Majlis Dijangka Bersurai
3
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU(PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH 1
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
TelefonPejabat: 09-9556343/09-9502048 Faks : 09-9551663
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTM (100 -9/04/Jld 2. ()
Tarikh : 22 SEPTEMBER 2021
Kepada,
………………………………………………………………………,
YDP, NYDP, GURU BESAR, AJK PIBG,
Semua Ibubapa/Penjaga, Semua Guru,
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1,
17500 Tanah Merah, Kelantan
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SKTM1 KALI KE – 43, TAHUN 2021
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTM1 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :-
Tarikh : 02 Oktober 2021
Masa : 02.00 petang (Sabtu)
Tempat : Kediaman Masing-Masing
Link MAT PIBG: https://meet.google.com/pya-fikb-fyc
Or dial: (US) +1 307-543-1454 PIN: 971 248 621#
3. Bersama surat ini disertakan borang cadangan usul untuk di isi oleh ahli persatuan ibu
bapa dan guru (PIBG) untuk dibincang dan dibahas semasa mesyuarat agung kelak.
4. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali
ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan diucapkan berbanyak terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………………………………………….. 4
(Hjh. Ramlah Binti Mohamad)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1
s.k : Fail
AGENDA MESYUARAT
KALI KE-43 TAHUN 2021
BIL. PERKARA
1. Ucapan Alu-Aluan Yang DiPertua PIBG
2. Ucapan Guru Besar (Penasihat PIBG)
3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Ke-42 Bagi Tahun 2020
4. Membentang dan Menerima Laporan Tahun 2020
5. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG
(Berakhir 31 Disember 2020)
6. Membahaskan Usul-Usul
7. Pembubaran AJK 2020/2021
8. Pelantikan AJK 2021/2022
- Memandangkan situasi Covid-19, maka tiadak ada pertandingan dan AJK
PIBG kekal dan ditambah AJK baru.
9. Hal-Hal Lain
10. Ucapan Penangguhan
5
DARI MEJA GURU BESAR
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia nikmatnya saya bersyukur diberi masa dan peluang untuk
mencoret kata-kata semangat bagi memenuhi ruang yang sedikit ini sebagai mengingatkan tentang
kepentingan PIBG dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -
2025.
PPPM 2013-2025 yang mempunyai sebelas anjakan untuk Transfomasi, lima Aspirasi
Sistem Pendidikan Malaysia serta enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya
bersaing pada Peringkat Global mesti dicapai oleh setiap murid yang belajar di sekolah. Justeru,
memang wajar sekali PIBG memberikan pengorbanan yang besar dalam menjayakan aspirasi
ini.
Bermula 2015, Pembelajaran Abad ke– 21 diimplimentasikan dalam pembelajaran dan
pengajaran di sekolah dengan harapan melahirkan murid yang ‘Global Standard’. Pembelajaran ini
melibatkan pembelajaran yang berfokuskan murid melalui kaedah, aktiviti dan penggunaan media terkini.
Bagi tujuan tersebut SKTM 1 sangat mengharapkan PIBG komited bagi menjayakan aspirasi ini.
Selain itu, bermula tahun 2018, sistem pentaksiran sekolah telah ditambahbaik dengan menjadikan
Peperiksaan UPSR sebagai salah satu elemen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)
yang lebih hoslistik. Penilaian murid kini lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek seperti Pentaksiran
Psikometrik, Ujian Aptitud, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK), Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK).
Oleh itu, besarlah harapan saya, agar kita dapat memainkan peranan masing-masing bagi
mewujudkan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa untuk mencapai keberhasilan yang
lebih berkesan. Moga terus maju. Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
…………………………
(ZAHARI BIN ISMAIL)
Guru Besar
SK TANAH MERAH 1
6
KATA ALU-ALUAN
Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa dan guru ke
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan tanah Merah 1 kali ke– 42/ Tahun 2020.
Sepanjang tahun 2019, banyak program-program telah berjaya dilaksanakan. Diharapkan
murid-murid mendapat manfaat daripadanya dan lebih berjaya pada tahun ini. Pada tahun ini juga saya
mengharapkan komitmen ibu bapa dalam setiap program anjuran pihak sekolah yang memerlukan
penglibatan ibu bapa.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa yang telah sudi berkhidmat secara sukarela demi kebaikan dan kepentingan anak-anak
didik di SK Tanah Merah 1. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan berkekalan. Sesungguhnya
kelancaran pelaksanaan program yang dirancang bergantung kepada kesatuan dan kesungguhan hati
kita semua dalam melaksanakannya. Saya menyeru semua pihak agar sama-sama mendokong dan
berganding bahu menyokong segala usaha pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak kita semua.
Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG amat diperlukan bagi menjayakan
setiap program yang akan dilaksanakan nanti.
Akhir kata, saya dan barisan AJK PIBG Sesi 2018 / 2019 mengambil peluang ini untuk
mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh
kami menjalankan amanah tuan-tuan dan puan-puan.
Sekian, terima kasih.
…………………………….
(MASRI BIN CHE MOOD)
Yang DiPertua PIBG SK TANAH MERAH 1
Sesi 2019-2020
7
AJK PIBG SK TANAH MERAH 1
EX-OFFICIO
Cikgu Zahari bin Ismail
(Guru Besar)
YANG DIPERTUA
Tuan Haji Masri bin Che Mood
NAIB YANG DIPERTUA
En Mohd Zaki bin Mat Zin
SETIAUSAHA
Cikgu Hajah Ramlah binti Mohamad
PENOLONG SETIAUSAHA
Cikgu Rizuani Hafiza binti Ismail
BENDAHARI
Cikgu Norizan binti Yusoff
AJK IBUBAPA
En. Mazlan bin Che Din
Pn. Nik Ajana binti Yaacob
AJK GURU
Cikgu Fauziah binti Isa
Cikgu Salwani binti Shukri
Cikgu Zamri bin Nawi
Cikgu Mazlan bin Mahassan
8
MINIT MESYUARAT MAT KE-42
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1,
17500 Tanah Merah,
Kelantan
_____________________________________________________________________________________
Tarikh : 22 Februari 2020 ( Sabtu )
Masa : 02.00 petang
Tempat : Dewan Wawasan SKTM(1)
AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG SKTM1
2.0 Ucapan Aluan Tuan Guru Besar (Ex-Officio)
3.0 Ucapan Perasmian Mesyuarat Mesyuarat Agung Kali ke-42
4.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-41
5.0 Perkara Berbangkit
6.0 Membentang laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2019
7.0 Membentang dan menerima panyata kewangan PIBG bagi tahun 2019
8.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019 dan 2 orang Juru audit
9.0 Pemilihan AJK PIBG sesi 2019/2020 dan 2 orang Juru audit
10.0 Membahaskan Usul-usul/cadangan.
11.0 Hal-hal lain
12.0 Ucapan Penangguhan
KEHADIRAN AJK PIBG, IBUBAPA DAN GURU
1) Bil. AJK PIBG = 16 Orang
500 Orang
2) Bil. Ibubapa = 70 Orang
________
3) Bil. Guru = 586 Orang
________
JUMLAH =
9
1.0 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG, SKTM 1
( Tuan Haji Masri Bin Che Mood )
- Mulakan dengan ucapan salam. Seterusnya mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG dan semua Ibu bapa.
- Mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Othman bin Che Amat selaku wakil Yang Berhormat Dato Seri
Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah.
- Memberi peringatan kepada semua ibubapa supaya berjumpa dengan Tuan Guru Besar atau Penolong
Kanan - Penolong Kanan sekiranya ada masalah berbangkit tentang masalah pembelajaran anak-anak.
- Mengharapkan ibubapa fahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Iaitu membimbing dan
sentiasa membantu anak-anak semasa berada di rumah.
- Memberi peringatan dan makluman supaya ibubapa yang datang ke sekolah mestilah mengikut peraturan
dan tatacara yang betul untuk berjumpa pihak sekolah.
- Ibubapa diingatkan supaya mewujudkan perbincangan dan tolak ansur dalam mencari penyelesaian
dengan pihak sekolah apabila berlaku masalah di kalangan murid-murid.
2.0 Ucapan Aluan Tuan Guru Besar, SKTM 1 (Ex-Officio)
( Encik Zahari bin Ismail )
- Memulakan dengan ucapan salam. Salam Transformasi, Salam PIBG Penjana Kecemerlangan murid dan
Salam Perpaduan.
- Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada Tuan Haji Othman bin Che Amat selaku wakil Yang Berhormat
Dato Seri Ikmal Hisham, Ahli Parlimen Tanah Merah.
- Ucapan alu-aluan dan terima kasih juga kepada Encik Yusof bin Deraman (Unit Menengah) yang sudi
hadir mewakili Tuan KPPD, PPD. Tanah Merah.
- Ucapan terima kasih kepada YDP PIBG, NYDP PIBG dan PIBG, SKTM1 kerana memberi ruang dan
peluang untuk Tuan Guru Besar menyampaikan maklumat semasa berkaitan perjalanan dan pengurusan
sekolah.
- Tuan Guru Besar menyatakan kesyukuran kerana dapat bersama dalam satu majlis PIBG yang merupakan
satu-satu persatuan yang banyak membantu sekolah dalam memperjuangkan VISI dan MISI sekolah dalam
mendepani hala tuju Pendidikan sekarang.
- Tuan Guru Besar memaklumkan seramai 460 orang murid layak menerima Wang Bantuan Awal
Persekolahan.
- Tuan Guru Besar menyatakan tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan jika memerlukan
kepada perbincangan Ibubapa diharapkan dapat hadir ke sekolah.
- Sekolah merupakan tempat untuk mendidik murid-murid menjadi manusia yang ada hala tuju dan jati diri
murid di masa akan datang.
10
- Tuan Guru Besar mengingatkan kepada semua ibubapa supaya tidak menggunakan social media untuk
menyelesaikan masalah kerana ianya bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah malah merumitkan
lagi masalah tersebut.
- Kecemerlangan UPSR SKTM1 Tahun 2019 meningkat bagi penguasaan tahap minima setanding dengan
sekolah-sekolah yang lain. SKTM1 tersenarai di kalangan 10 sekolah terbaik dalam PPD Tanah Merah
untuk pencapaian peperiksaan UPSR bagi Tahun 2019.
- Kejayaan pendidikan bukan hanya berfokus kepada pencapaian akademik sahaja tetapi juga pencapaian
dalam membentuk nilai, kerohanian dan integriti.
- Jika ingin mencapai negara maju, mesti ada kriteria nilai kehidupan yang tinggi. Nilai ini harus dipupuk
bermula dari rumah lagi. Nilai kebersihan, keamanan, hormat menghormati orang lain bukan untuk
kepentingan diri sendiri. Masyarakat juga perlu berganding bahu dan sama-sama berubah mengikut
peredaran zaman.
- SKTM1 merupakan salah satu Sekolah Transformasi di dalam PPD Tanah Merah. Sekolah Transformasi
merupakan sekolah yang di didik dengan segala perubahan, membudayakan jati diri dan nilai yang tinggi.
- Kejayaan anak-anak kita pada hari ini adalah penentu kepada corak negara pada masa akan datang.
3.0 Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKTM1 Kali ke-42
( Encik Othman Bin Che Amat )
- Beliau adalah wakil kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan
Menteri Pertahanan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tanah Merah.
- Menyampaikan salam dan permohonan maaf daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ikmal Hisham bin
Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Tanah Merah yang tidak
dapat hadir kerana terpaksa menghadiri Majlis di Kuala Lumpur.
- Memberi nasihat dan ingatan kepada ibubapa supaya sentiasa memberi kerjasama dan bantuan kepada
guru dalam apa jua perkara yang melibatkan proses pdpc murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
supaya guru dapat melaksanakan tugasan mengajar dengan sebaik mungkin.
- Peranan Ibubapa penting dalam mendidik anak-anak masing-masing. Ibubapa harus mempastikan anak-
anak belajar teori dan amali solat sejak dari kecil lagi. Ibubapa juga diingatkan supaya memantau dan
membimbing anak-anak supaya pandai membaca al-Quran sejak dari kecil lagi.
- Seharusnya ibubapa perlu mempastikan anak-anak yang tamat belajar sekolah rendah telah khatam 30
juzuk al-Quran. Ini akan menjadikan benteng dan pedoman kepada murid-murid daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak baik.
- Beliau juga menyatakan bahawa Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan
Menteri Pertahanan Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen Tanah Merah atas keprihatinannya terhadap warga
SKTM1 dan ahli PIBG SKTM1 bersetuju memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM20,000.00
untuk pelaksanaan aktiviti PIBG sekolah ini.
11
4.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-41
Pencadang = Encik Aidil bin Abdullah
Penyokong = Puan Norazizan binti Danial
5.0 Perkara Berbangkit
- Puan Normastura binti Yusoff meminta supaya pintu pagar belakang di buka untuk
memudahkan urusan menghantar makanan kepada murid-murid/anak-anak.
6.0 Membentang laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2019
- Setiausaha membentangkan laporan aktiviti PIBG Tahun 2019.
- Pengesahan Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2019
Pencadang = Encik Aidil bin Abdullah
Penyokong = Puan Mastura binti Yusoff
7.0 Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG SKTM(1) yang berakhir pada
31 isember 2019
- Bendahari membentangkan penyata kewangan bermula 01 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019
Jumlah Wang Masuk : RM 28,385.37
Jumlah Wang Keluar : RM 15,011.50
Jumlah Baki : RM 13,373.87
- Pengesahan Laporan Penyata Kewangan Tahun 2019
Pencadang = En. Abd. Aziz bin Abdullah
Penyokong = Pn. Rosimah binti Mohd Noor
8.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019, pemilihan AJK baru dan 2 orang juru audit
- Yang Dipertua PIBG sebagai Pengerusi Mesyuarat membubarkan AJK PIBG SKTM1 bagi sesi
2018/2019 dan 2 orang juru audit.
- Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Encik Zahari bin Ismail, Guru Besar SKTM1 sebagai
Pengerusi sementara untuk pemilihan AJK baru bagi sesi 2019/2020 dan 2 orang juru audit yang baru.
12
9.0 Pemilihan AJK PIBG sesi 2019/2020 dan 2 orang juru audit baru
- Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik semula semua AJK PIBG SKTM1 sesi 2018/2019 dan
2 orang juru audit sedia ada kepada AJK baru bagi sesi 2019/2020.
10.0 Membahaskan Usul / Cadangan
Usul 1 – Memberi bimbingan dan praktikal kepada murid-murid tentang kesedaran sivik.
Penjelasan : Guru Besar menjelaskan bahawa kesedaran sivik penting kepada murid-murid. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengarahkan agar mata pelajaran sivik mesti di ajar di sekolah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sejarah.
Usul 2 – Membudayakan kebersihan.
Penjelasan : Guru Besar memaklumkan bahawa murid-murid telah diterapkan dengan akhlak dan budaya
memungut sampah. Murid-murid harus menjadi orang yang terakhir melihat sampah tersebut.
Usul 3 – Budaya buli di sekolah.
Penjelasan : Guru Besar memaklumkan supaya jika berlaku perkara tersebut. Ibubapa harus segera
berjumpa dan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah. Ibubapa juga diingatkan supaya menjaga
dan mendidik anak-anak dengan memberikan kesedaran tentang keburukan budaya buli. Seterusnya
mendidik anak-anak supaya sentiasa menjaga dan bertanggungjawab terhadap barang-barang keperluan
sendiri.
Usul 4 – Mempelbagaikan menu makanan berkhasiat di kantin sekolah.
Penjelasan : Guru Besar memaklumkan perkara menu ini boleh di bawa berbincang dengan pihak sekolah.
Namun bagi Menu RMTS, ianya disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak boleh diubah
sewenang-wenannya.
Usul 5 – Mengecat bangunan sekolah.
Penjelasan : Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah ada menerima sedikit bantuan kewangan dari
Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah untuk projek keceriaan sekolah. Proses mengecat bangunan
sekolah sedang giat dilaksanakan dengan bantuan pekerja-pekerja sekolah.
Usul 6 – RMTS kepada murid-murid yang layak.
Penjelasan : Guru Besar menyatakan terdapat lebih dari 160 orang murid yang layak RMTS bagi tahun
2020. Pihak kantin menyediakan makanan RMTS tersebut mengikut bilangan murid yang layak.
Usul 7 – Pintu pagar belakang sekolah.
Penjelasan : Guru Besar memaklumkan bahawa pintu pagar belakang tidak boleh dibuka. Hanya pintu
pagar hadapan sahaja yang boleh di buka kepada semua murid.
13
11.0 Hal-Hal Lain
- Kutipan yuran PIBG untuk Tahun 2020. Cadangan bayaran RM30.00 / Satu (1) keluarga
Pencadang = En. Aidil bin Abdullah
Penyokong = Sokongan majority semua ahli PIBG
- Guru Besar menjelaskan sekiranya ada usul yang tidak terjawab, sila datang ke sekolah untuk berbincang
dengan pihak sekolah.
- Guru Besar mengharapkan hubungan baik ibu bapa dan guru terjalin untuk kebaikan dan kecemerlangan
murid-murid SKTM1.
- Guru Besar memaklumkan bahawa jualan air YAKULT tidak menyalahi. Sebaliknya air YAKULT pula
banyak memberi khasiat kepada murid-murid. Murid-murid juga tidak diwajibkan untuk membeli air
YAKULT semasa berada di sekolah.
- Guru Besar meminta ibu bapa sentiasa memantau dan membimbing anak-anak semasa berada di rumah.
- Guru Besar memaklumkan bahawa untuk mempastikan proses kecemerlangan berterusan kepada murid-
murid tahun 6. Groups whatsapp berkaitan pembelajaran murid diwujudkan.
- Puan Anjana memaklumkan bahawa banyak buku murid-murid rosak kerana perbuatan khianat segelintir
murid yang mencurahkan air ke dalam beg sekolah murid. Buku basah dan rosak.
12.0 Ucapan penangguhan mesyuarat oleh Tuan Haji Masri bin Che Mood,
Yang Dipertua PIBG, SKTM1
- Tahniah diucapkan kepada semua AJK dan Ibu bapa yang hadir.
- Meminta ibu bapa dan guru dapat memberikan kerjasama yang baik untuk memastikan kecemerlangan
murid tercapai.
- Meminta ibu bapa sentiasa memantau anak-anak semasa berada di rumah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dan diakhiri dengan bacaaan surah Al-Asr.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
…………………………………. ……………………………………………
( AHMAD BIN BIDIN ) ( HAJI MASRI BIN CHE MOOD )
Setiausaha PIBG,SKTM(1) Yang Dipertua PIBG SKTM (1)
Tanah Merah Tanah Merah
14
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2020
1. LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SK TANAH MERAH 1 SESI 2020/2021
1. BIDANG AKTIVITI
1.1 BIDANG PENGURUSAN
1.1.1 Pengurusan PIBG (Banner MAT, Mesyuarat Agung)
1.1.2 Pembelian Buku Resit PIBG
1.1.3 Sumbangan Pintu Pagar Sekolah
1.1.4 Deposit Baju Batik AJK PIBG
1.1.5 Sumbangan Pertukaran 4 Orang Guru
1.1.6 Sumbangan Persaraan 5 Orang Guru
1.1.7 Sumbangan Mengenang Jasa S/usaha/Bdahari Sesi 2019
2. BIDANG AKTIVITI
2.1 BIDANG KURIKULUM
2.1.1 Pembelian Diari JPN (8 buah)
2.1.2 Hadiah
3. BIDANG AKTIVITI
3.1 BIDANG HAL EHWAL MURID
3.1.1 Sumbangan Pembelian Termometer Covid -19
3.1.2 Sumbangan Pembaikian Tangki Air / Cat Kelas
4. BIDANG AKTIVITI
4.1 BIDANG KOKURIKULUM
4.1.1 Sumbangan kepada Kejohanan Olahraga MSSD
5. BIDANG AKTIVITI
5.1 SARANA
5.1.1 Sumbangan kepada Pengidap Kanser Darah
5.1.2 Sumbangan Bayaran Pintu Portion Pejabat
2. PENGHARGAAN
Semua AJK PIBG SK Tanah Merah 1 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
waris dan warga SK Tanah Merah 1atas sumbangan buah fikiran, tenaga, masa dan wang ringgit untuk bersama-
sama menjayakan perancangan PIBG dan pihak sekolah. Semoga program SARANA dapat dipertingkatkan ke
satu tahap yang lebih membanggakan untuk kecemerlangan bersama.
Laporan disediakan oleh:
...............................................................
(HJH. RAMLAH BINTI MUHAMAD)
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Tanah Merah 1
15
MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN
BIL NAMA NO. KAD NAMA KELAS USUL 1 USUL 2
PENCADANG PENGENALAN ANAK ANAK
USUL
890929036238 Ahmad Adeb 1 UMK PdPR dibuat secara Google Tanda kehadiran ibu bapa
1 Fatim 900109065566 Zikry bin
Nurfarahain 800917035121 Hasnoralif Pra meet. yang hadir.
Azami 810510015224 Muhammad 6 UIA
Aryan Firdaus Perketatkan SOP di sekolah. Perketatkan SOP semasa
2 Noraain binti 740317035230 Nur Insyirah balik sekolah.
Nasarudin Berkaitan tentang sekolah
840723715096 1. Nur Syifa 2 UKM di buka, mohon kuatkan Dicadangkan pihak sekolah
3 Aiza Shahikram 850321035345 Insyirah 4 UMK Sop. dapat menyediakan satu
B Abdullah 2. M.Luqman Bagi ibu bapa yang bekerja, platform untuk ibu bapa
Zawawi Nasif di harap dapat wujudkan semak kehadiran,
satu modul kerja sekolah / penghantaran kerja
4 Hartati binti 1. Putri Iris 3 UIA dapat compile segala sekolah dan lain-lain.
Maskur 2. Qaisara 5 UIA arahan agar ibu bapa tidak
Putri terlepas pandang. Tandas murid perlu
5 Azian bt Che Saya mencadangkan guru diperelokkan.
Mod Danish 6 UIA perlu membuat live
Darwisy 2 UMK pengajaran (tutorial) sama Mempelbagaikan aktiviti
6 Siti Karimah ada melalui meet atau pdpr. Bukan hanya bagi
Harun Amanda whatsapp dll sekurang²nya arahan melalui wasap
sekali seminggu. Terutama semata2. Pelbagaikan
7 Salehhudin subjek penting yang platform pembelajaran.
Mohamad melibatkan kemahiran Seperti melalui google
seperti Matematik. Jutaan meet.
terima kasih kpd guru ank²
saya yang telah banyak
mencurah ilmu.
Kantin perlu menyediakan
makanan yang sihat bagi
menggantikan makanan
yang diproses seperti sosej.
Sesi pdpr guru tidak
memuaskan. Guru tidak
memanfaatkan kemudahan
ICT. Hanya menggunakn 1
kaedah sahaja sejak sekian
lama
16
PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK TANAH MERAH 1
BAGI SESI 2021/20222
Seorang Yang Dipertua
Seorang Naib Yang Dipertua
Seorang Setiausaha (Guru)
Seorang Penolong Setiausaha (Guru)
Seorang Bendahari (Guru)
Lapan Orang Ahli Jawatankuasa
o 4 Orang Wakil Waris
o 4 Orang Wakil Guru
Dua Orang Juruaudit Dalaman
Keputusan Lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG
1. Yang Dipertua : .............................................................................
2. Naib Yang Dioertua : .............................................................................
3. Setiausaha : .............................................................................
4. Penolong Setiausaha : .............................................................................
5. Bendahari : .............................................................................
6. AJK Guru : .............................................................................
: .............................................................................
: .............................................................................
: .............................................................................
7. AJK Ibu Bapa : .............................................................................
: .............................................................................
: .............................................................................
: .............................................................................
8. Juruaudit Dalaman : ......................................................................
: ......................................................................
17
LAPORAN GURU BESAR
ENROLMEN MURID TAHUN 2021
BIL DARJAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH
KELAS LELAKI
1 TAHUN 1 4 59 PEREMPUAN MURID
2 TAHUN 2 4 50
3 TAHUN 3 4 57 55 114
4 TAHUN 4 5 52
5 TAHUN 5 4 56 52 102
6 TAHUN 6 4 62
7 PENDIDIKAN KHAS 7 31 58 115
8 PRA INTEGRASI 1 05
9 PRA PERDANA 1 16 71 123
34 388
JUMLAH KESELURUHAN 60 116
48 110
21 52
01 06
09 25
375 763
ENROLMEN MURID TAHUN 2020
BIL DARJAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH JUMLAH
KELAS LELAKI
1 TAHUN 1 4 53 PEREMPUAN MURID
2 TAHUN 2 4 53
3 TAHUN 3 5 54 49 102
4 TAHUN 4 4 56
5 TAHUN 5 4 62 55 108
6 TAHUN 6 4 58
7 PENDIDIKAN KHAS 7 35 69 123
8 PRA INTEGRASI 1 3
9 PRA PERDANA 1 10 59 115
34 384
JUMLAH KESELURUHAN 49 111
41 99
14 49
47
15 25
355 739
18
ENROLMEN GURU DAN STAF TAHUN 2021
GURU / STAF LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
GURU 14 55 69
STAF SOKONGAN 2 7 9
PEKERJA SWASTA 3 2 5
KEBERSIHAN
PENGAWAL KESELAMATAN 4 0 4
JUMLAH 23 64 87
19
ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID
BIL NAMA MURID KELAS PENYERTAAN PENCAPAIAN PERINGKAT
1 Muhammad 5 Anggerik Pertandingan Sijil Negeri
(Pend.Khas) e-Ikatan
Danial Ashraf Bin Pengakap Anugerah
Wee Keng Ang Pendidikan Emas
Khas PPDTM
Virtual Run Perak Daerah
2 Muhammad Ilham 5 Anggerik e-Taranum Gangsa Negeri
Bin Mohd Ikhwan (Pend.Khas) Lelaki
e-Taranum Emas Daerah
Lelaki
e-Hafazan Perak Daerah
Karnival e-
Mahabah
Pend.Khas
3 Siti Nur Izzati Binti 5 Anggerik e-Hafazan Emas Daerah
Musa (Pend.Khas) Perempuan
Virtual Run Gangsa Daerah
4 Muhammad Hakim 6 UMK Tokoh Nilam Naib Johan Negeri
Bin Mohd (Perdana) (B.Melayu) Negeri
Hasbullah Halim
Pertandingan Johan
Video
Pendek
Covid-19
5 Siti Aisyah Aleesya 6 UMK Tokoh Nilam Tempat ke3 Negeri
Binti Hilmi (Perdana) (B.Inggeris)
Pertandingan Johan Negeri
Video
Pendek
Covid-19
20
6 Ulfah Umairah Binti 3 UIA e-Catur Tempat ke 3 MSSD
Hasrul Hadi (Perdana) Negeri
Pertandingan Johan Daerah
7 Wan Faiq Zikri Bin 5 UMK Seni Visual Negeri
Wan Muhamad Izni (Perdana) Sekolah Negeri
Rendah Negeri
8 Hussein Wajdi Bin 6 UIA Negeri
Abdullah (Perdana) Pertandingan Naib Johan
Seni Visual
9 Anis Binti Yuslan 6 UMK Sekolah
(Perdana) Rendah
10 Nur Hidayatul Iman
Binti Zakaria 6 UMK Pertandingan Johan
(Perdana) Video
11 Nur Hani Qaisara Pendek
Binti Mohd Razani 6 UMK Covid-19
(Perdana)
12 Muhammad Faris Pertandingan Johan
Bin Mohd 6 UMK Video
Nasruddin (Perdana) Pendek
Covid-19
Pertandingan Johan
Video
Pendek
Covid-19
Pertandingan Johan
Video
Pendek
Covid-19
ANUGERAH KECEMERLANGAN
ANUGERAH TOKOH MURID
TOKOH MURID LELAKI
MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD HASBULLAH HALIM (6 UMK)
TOKOH MURID PEREMPUAN
SITI AISYAH ALEESYA BINTI HILMI (6UMK)
21
PENYATA KEWANGAN
PENYATA KEWANGAN PIBG SK TANAH MERAH 1
1 JANUARI 2020 SEHINGGA 31 DISEMBER 2020
TABUNGAN PIBG
BIL WANG MASUK JUMLAH BIL WANG KELUAR JUMLAH
50.00
1 Baki pada 31.12.2019 13,373.87 1 Sumbangan Perpisahan
44.18
Sumbangan Derma Mesyuarat Agung PIBG ke
4341.00
2 42 1373.00 2 Servis Caj Bank dan GST/Cek PIBG 180.00
336.00
Perbelanjaan Mesyuarat Agung Kali
500.00
3 Sumbangan YB DS Ikhmal Hisyam 20,000.00 3 ke 42
100.00
4 Sumbangan Kutipan PIBG Kelas 8071.00 4 Kos Mesyuarat AJK 2500.00
5 Pembelian Buku Resit PIBG 700.00
Sumbangan Pembelian Termometer 200.00
500.00
6 Covid -19
3000.00
Sumbangan kepada Kejohanan 1410.00
7 Olahraga MSSD 80.00
8 Sumbangan Pintu Pagar Sekolah 20.00
9 Deposit Baju Batik AJK PIBG 200.00
Sumbangan Pertukaran 4 Orang
10 Guru
11 Sumbangan Persaraan 5 Orang Guru
Sumbangan Pembaikian Tangki Air /
12 Cat Kelas
13 Pembayaran Baki Baju Batik AJK PIBG
14 Pembelian Diari JPN (8 buah)
Sumbangan kepada Pengidap Kanser
15 Darah
Sumbangan Mengenang Jasa
16 S/usaha/Bdahari Sesi 2019
* Cenderahati AJK PIBG sumbangan YB Dato Sri Hj
Ikmal Hisham b Abdul Aziz
JUMLAH 42817.87 JUMLAH 14161.18
Baki 31 Disember 2020 28656.69
22
BIL WANG MASUK JUMLAH BIL WANG KELUAR JUMLAH
1 Baki pada 31.12.2019
2 *Tiada pungutan pada tahun 2020 6522.00 1 Sumbangan Bayaran Pintu Portion Pejabat 540.00
Baki pada tahun 2019 di bawa ke
3 2020
JUMLAH 6522 JUMLAH 540.00
Baki 31 Disember 2020 5982.00
BAKI KESELURUHAN SEHINGGA
31.12.2020 (RM 28656.69 + RM 5982.00)
RM 34,638.69
Disediakan oleh,
Disahkan oleh, Disemak oleh,
(NORIZAN BT YUSOF) (TN HJ MASRI B. CHE MOOD) (TN HJ CHE HASIM B.
Bendahari PIBG SKTM 1 Yang Dipertua PIBG SKTM1 MAHMOOD)
* Baki di Maybank RM 33 570.48 Juruaudit Dalaman
**Baki di Bank Rakyat RM 1068.21
JUMLAH KESELURUHAN RM 34 638.69
23
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG
Penasihat ~ Cikgu Zahari bin Ismail (GB)
Cikgu Salwani binti Shukri (PKHEM)
Pengerusi ~ Cikgu Fauziah binti Isa (PK1)
Cikgu Zamri bin Nawi (PKKO)
Naib Pengerusi 1 ~ Cikgu Mazlan bin Mahassan (PKPKHAS)
Cikgu Hjh. Ramlah binti Mohamad
Naib Pengerusi 2 ~ Cikgu Rizuani Hafiza binti Ismail
Cikgu Norizan binti Yusoff
Naib Pengerusi 3 ~ Cikgu Rizuani Hafiza binti Ismail
Cikgu Salwani binti Abdul Halim
Setiausaha ~ Cikgu Nazifah Akmal binti Mohd Himmi
Cikgu Ahmad Zaki bin Mohamed Adib
Pen. Setiausaha ~ Cikgu Nor Hamida binti Md Isa
Cikgu Salina binti Mohd Hassan
Bendahari ~ Cikgu Siti Hasni binti Ariffin
Cikgu Ruhani binti Abdullah
Buku Program ~ Cikgu Haslinawati binti Hassan
Cikgu Aznida binti Alias
~
Pengacara Majlis ~
Pembaca Doa ~
Pendaftaran ~
~
Pencatat Minit ~
~
~
~
24
ICT Google Meet ~ Cikgu Husnani binti Hamzah
~ Cikgu Salwani binti Abd Halim
~ Cikgu Rizuani Hafiza binti Ismail
~ Cikgu Wan Raihan binti Wan Abd Rahman
~ En Khairul Azman bin Kamaruzaman
Borang Usul ~ Cikgu Siti Norernie binti Ali
~ Cikgu Asmiza binti Zakaria
~ Cikgu Wan Rahimah binti Wan Muhammad
ICT Teknikal ~ Cikgu Mohd Dari Nain bin Abdul Rahman
~ Cikgu Mohd Subhi bin Abdullah
~ En Khairul Azman bin Kamaruzaman
Publisiti ~ Cikgu Mohd Nasir bin Mat Lazim
~ Cikgu Mohd Sakri bin Jaafar
Tokoh Murid ~ Cikgu Zuriatina binti Azmi
~ Cikgu Azlina binti Mat Yacob
Cabutan Bertuah ~ Cikgu Nor Yasmin bin Abdul Rahman
~ Cikgu Norhamida binti Mohd Isa
~ Cikgu Azlina binti Mat Yacob
~ Cikgu Wan Raihan binti Wan Abd Rahman
Hadiah Murid Dan
Cenderahati Perasmi ~ Cikgu Wan Zuraida binti Wan Mohd Arifin
~ Cikgu Rosmaria binti Mohd Salleh
~ Cikgu Ruziyati binti Mohamed Nawi
25
PENGHARGAAN
Penasihat dan Semua AJK PIBG Sesi 2021/2022 merakamkan
ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang
tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 ini.
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih Kepada:
Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43
Tetamu-tetamu Jemputan
Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid SK Tanah Merah 1
Semua Warga SK Tanah Merah 1
Dan Semua yang Terlibat Secara Langsung Atau Tak Langsung
Dalam Menjayakan Majlis Ini.
Terima Kasih...
26