The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maygala09, 2023-03-29 00:39:02

Penyebaran budaya barat

DISAMPAIKAN OLEH: march, 2023 Maygala a/p gopala krishnan 02DLS22F1052 PENYEBARAN BUDAYA BARAT BAGAIMANA BUDAYA BARAT BOLEH MEMPENGARUHI REMAJA ZAMAN SEKARANG DAN KESANNYA TERHADAP REMAJA Istilah 'budaya barat' berkenaan dengan negara-negara yang kuat dipengaruhi oleh penghijarahan dan pendudukan kaum-kaum Eropah dalam sejarah, iaitu benua Amerika, dan Australia, maka tidak terhad lagi kepada Eropah barat Kebudayaan barat dalam julat geografi Eropahnya bermula dengan Yunani Kuno, diikuti Rom Kuno, penkristianan sewaktu Zaman Pertengahan Eropah, dan pembaharuan dan pemodenan yang bermula dengan Zaman Pembaharuan, selapas itu tersebar ke seluruh dunia oleh empayar-empayar Eropah pada abad ke 16- hingga ke-20 Disediakan untuk: Puan. Razana Fatin Abdullah @ Razali


PENGENALAN Penyebaran budaya barat secara umumnya boleh dikatakan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seeseorang. Penjajahan barat di negara ita bermula 400 tahun yang lalu (anggaran) dan masyarakat negara ini telah lama terdedah dengan budaya Barat. Masyarakat kita ketika itu mempunyai jati diri yang kukuh dan pegangan yang kuat terhadap adat resam dan budaya sendiri sehingga mampu mengekang budaya barat daripada menyebar ke dalam budaya dan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, budaya negatif barat kini menjadi ikutan masyarakat negara ini, terutama generasi muda.


PENGARUH LAMAN SOSIAL KEBAIKAN & KEBURUKAN Penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Seseorang yang tamat pengajian di sekolah menyebabkan mereka berputus hubungan satu sama lain. Seterusnya, kebaikan media sosial ialah mudahkan penyebaran maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan. Tetapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh hantar melalui whatsapp atau telegram kebaikan laman sosial Dari segi keburukan laman sosial menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya di kalangan remaja perempuan. Selain itu, menulis status peribadi yang kurang wajar mungkin mencetuskan perbalahan sesama pengguna media sosial. Apatah lagi jika status peribadi itu menular dan menjadi bahan kutukan. Pengguna akan mengalami stress yang berpanjangan akibat tindakan memuat naik status yang boleh dijadikan bahan fitnah. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jenis tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan, Media sosial juga menjadi tempat untuk berniaga sekara online. Mereka yang bijak, mengisi masa lapang mereka membuat pernigaan dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Disamping itu, kebaikan dari segi perkongsian maklumat dan ilmu, contohnya laman sosial dapat mengantikan tv untuk mengetahui berita terkini Keburukan laman sosial


BUDAYA BERFESYEN DARI MANA REMAJA TERPENGARUH DENGAN BUDAYA BERFESYEN? Salah satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup moden. Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Mereka lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman Di Kalangan remaja Fesyen barat dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi pemakaian. Sebagai contoh, memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Fesyen barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak seronoh dan seksi. Pada zaman teknologi ini ramai mengunakan telefon pintar dan ia menjadi wajib pada remaja yang bersekolah. Dengan telefon pintar ini remaja mengunakan pelbagai app daripada tik tok, instgram, youtube dan sebagainya dari sini la remaja mula terpengaruh. PUNCA


P A K A I A N B E R F E S Y E N M E N J A D I P U N C A B E R L A K U G A N G G U A N S E K S U A L Di penerbangan pramugaripramugari syarikat penerbangan menggesa agar polisi pakaian uniform mereka ditambah baik kerana terlalu banyak gangguan seksual dilakukan oleh para penumpang yang mengambil kesempatan. Skirt pendek yang mendedahkan peha dan betis para gadis bukan sahaja bahaya di mata lelaki. Selain itu, pada zaman sekarang kerana ada remaja yang tidak tahu etika pemakaian mengikut tempat. Remaja memakai pakaian seperti seluar,skirt atau baju yang pendek yang menunjukkan pusat pergi tempat yang orang ramai contoh pasar, pusat membeli belah, dan sebagainya ia menyebabkan ramai orang tidak selesa dengan pakaian remaja tersebut dan ia juga menyebabkan gangguan seksual.


SEPTE M BER 2020, ISSUE 1 T H E VOICE Masalah aklah dan moral terus menular dan merebak sepeti wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Jenis-jenis budaya yang diperkatakan di atas merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini. remaja yang kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak turun-temurun. Ternyata pendidikan moral masih belum cukup untuk menangani isu budaya sosial ini. Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi memendung budaya negatif ini daripada terus menular dan menjadi ikutan generasi akan datang tetapi budaya barat ada juga memberi kesan yang positif terhadap masyarakat. Contohnya, pembukaan restoran fast-food seperti kfc, pizza hut dan sebagainya menjadi salah satu cara untuk remaja mencari pendapatan untuk kegunaan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa. Dari segi kesenian yang merangkumi seni visual juga mempengaruhi kita dengan cara baik kerana pelukis-pelukis terkenal seperti Leonardo da Vinci dan Picasso yang membuka minda masyarakat tentang kepentingan seni visual COPYRI G H T PORTAL TEC H 202 3 kesimpulan


Rujukan Penyebaran budaya barat - http://zahirzainudin.blogspot.com/2017/09/pengaruh-budayabarat-terhadap-remaja.html?m=1 - http://ms.m.wikipedia.org/wiki/kebudayaan_barat - http://www.samudera.my/kod-etika-pakaian-inisiatif-kekang-gangguan-seksual/amp/ Budaya berfesyen - http://pengaruhbudayabarat.blogspot.com/2010/08/fesyen-barat.html?m=1 Laman sosial Gangguan seksual segi pemakaian - http://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-media-sosial/ - http://ms.molooco.com/jenis-pakaian/ - http://www.sumberilmiah.com/gaya-hidup/7-jenis-media-sosial-danpenggunaan-yang-bersesuaian/ Rujukkan dari surat khabar


Click to View FlipBook Version