The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shashvinth Satheya Seelen, 2024-05-10 11:20:57

BAHAYA DADAH, ROKOK DAN VAPE

SKRAP BOOK [DVR]

NAMA : SHASHVINTH SATHEYA SEELEN NO.K/P : 130424-10-0319 KELAS : 5 KARNA


APAKAH DADAH, VAPE & ROKOK? Istilah dadah adalah merangkumi beberapa aspek seperti tujuan, cara dan kerana penggunaan atau penagihan. Ia juga mengambarkan sesuatu yang negatif, bahaya dan seperti dijauhi. Vape atau rokok elektrik adalah salah satu jenis penghantar nikotin elektronik. Rokok jenis ini dikenal kerana dapat membantu pecandu rokok tembakau mulai berhenti merokok.


. KESAN VAPE KESAN DADAH KESAN ROKOK • Nikotin memberi impak kepada otak. • Jus vape mengandungi “nikotin”. • Nikotin akan menjejaskan pembelajaran, daya focus, mood serta memori seorang. • Inidividu yang mengambil dadah lebih cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan. • Remaja lebih terdadah masalah fizikal dan sosial berbanding orang dewasa kerana pada masa ini otak dan badan mereka masih berkemalang. • Kesan yang Seterus ialah merosakan intitusi kekeluargaan. • Penyabaran penyakit berjangkit seperti hiv, hepatitis, dan juga tuberkulosis. • Menghisap rokok boleh merosakkan sistem pembiakan wanita. • Merokok adalah boleh merosakkan jantung, saluran darah dan sel darah. • Kesan merokok termasuk mata kering,glaukoma dan vetinupathi diabetes . • Merokok boleh menjejaskan kulit dan rambut perokok.


PUNCA MURID TERLIBAT DENGAN ROKOK, VAPE & DADAH 1. Pengaruh Ibubapa Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak sejak kecil lagi. Jika tersalah langkah, ia boleh menjadi punca kanak-kanak terlibat dengan rokok. Sekiranya mereka melihat bapa atau ibu merokok sejak kecil, lama kelamaan mereka akan merasakan merokok adalah suatu kebiasaan dan bukan kesalahan. Malah kebiasaan melihat perbuatan merokok juga menyebabkan mereka yang lumrahnya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi ingin mencuba sendiri rokok yang disedut bapa mereka setiap hari. Jadi tidak hairanlah jika ada kanak-kanak yang mula berjinak-jinak dengan rokok seawal usia 10 tahun! 2. Paktengaruh Rakan Sebaya Wu remaja adalah waktu kritikal di mana seseorang mula mencari identiti dan mengenal erti kehidupan sebelum menginjak dewasa. Ketika ini, golongan remaja cenderung untuk mencuba sesuatu perkara baru seperti mempunyai pasangan, berfesyen dan mencuba aktiviti atau sesuatu yang trending dalam kalangan mereka, termasuklah rokok. Golongan remaja juga antara golongan yang mudah terpengaruh. Fasa hidup mereka ketika ini banyak dihabiskan dengan rakan-rakan. Berkawan dengan rakan yang menghisap rokok sedikit sebanyak menyebabkan mereka cenderung untuk mencubanya. Rokok juga mungkin dilihat sebagai lambang kematangan dan gaya. Sesetengah remaja mungkin terjebak dengan rokok kerana takut kehilangan rakan atau mengikut tabiat yang diamalkan oleh kumpulan rakan kerana takut disisihkan.


BERSENAM PEMAKANAN SIHAT KAUNSELING SIBUKAN DIRI Bersenam bukan sahaja mengisi masa lapang dan mengalih ingatan anda daripada rokok. Untuk pengetahuan anda, bersenam juga boleh menghilangkan tekanan akibat sindrom sarak nikotin. Mendapatkan kaunseling ataupun menyertai kumpulan kaunseling dapat mengurangkan rasa stres. Anda boleh berkongsi pengalaman dan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka yang turut sama atau pernah melalui situasi seperti anda. Menyertai kumpulan kaunseling dapat memberikan anda sistem sokongan dan memberikan anda lebih semangat untuk meneruskan perjuangan sehingga berjaya berhenti merokok. Ramai perokok yang berhenti merokok dan kemudiannya mengalami masalah kenaikan berat badan. Hal ini adalah kerana kebanyakan mereka memilih snek dan makanan yang salah. Selera makan sememangnya meningkat selepas berhenti merokok, jadi, jika tidak memilih makanan yang seimbang, masalah lain pula yang timbul. Ramai orang yang merokok dengan alasan menghilangkan kebosanan. Jika ini juga berlaku kepada anda, pastikan anda tidak ada masa untuk bosan. Pastikan anda sentiasa mengisi masa anda dengan pelbagai aktiviti baik CARA MENGELAKKAN DIRI DARI TERJEBAK DENGAN DADAH, ROKOK & VAPE


Cara mencegah aktiviti dadah, vape & rokok. 1) Jauhi rokok Segalanya bermula daripada diri anda. Oleh itu perkara paling penting untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan rokok adalah menjauhinya. Tidak kira apa jua alasan yang mungkin timbul, katakan TAK NAK pada rokok 3) Pendidikan Pendidikan berkenaan bahaya rokok bukan sahaja harus diberikan kepada kanakkanak dan remaja. Maklumat tentang bahaya dan keburukan merokok haruslah disampaikan kepada seluruh lapisan masyarakat secara umumnya. Selain itu, maklumat tentang bantuan untuk berhenti merokok seperti kaunseling, klinik berhenti merokok dan penggunaan terapi gantian nikotin juga harus di war warkan kepada lebih ramai orang agar dapat membantu lebih ramai masyarakat untuk berhenti merokok. Semakin ramai yang berhenti merokok, semakin kuranglah pengaruh rokok dalam masyarakat. Rujuk kepada doktor untuk mengetahui cara-cara berhenti merokok 2) Elakkan menjadi perokok pasif Menurut kajian, perokok pasif sebenarnya mempunyai risiko ancaman kesihatan yang lebih tinggi berbanding perokok sekiranya kerap terdedah kepada asap rokok terutamanya mereka yang tinggal bersama perokok. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau teman serumah yang merokok, minta mereka merokok di luar rumah dan elakkan berada dekat dengan mereka apabila mereka merokok


•. Tuntasnya perkara ini sering dipandang remeh sehingga remaja kini ketagih kepada dadah,vape,rokok dan sebagai-bagainya.Persoalannya apakah yang sedang dibuat oleh pihak-pihak berkuasa? Sebagai pihak kerajaan harus mengambil berat tentang perkara ini sebagai mengetatkan undang-undang.Bukan itu sahaja tetapi sebagai suri teladan kepada anak-anak mereka harus memberi pendedahan kepada anaknya kerana usaha ibu bapa ada paling reaktif.Harap perkara ini tidak diulang balik oleh remaja kini dan berterima kasih kepada pihak-pihak yang ingin mengambil tindakan. KESIMPULAN BERKAITAN DENGAN LEBIH BAIK CEGAH


Click to View FlipBook Version