The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jangan pernah lelah untuk berjuang sehingga mencapai apa yang diimpikan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurmaslinda155, 2021-09-12 03:19:18

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KENEGARAAN TUNKU ABDUL RAHMAN-BAPA KEMERDEKAAN

Jangan pernah lelah untuk berjuang sehingga mencapai apa yang diimpikan.

TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA

C AL-HAJ
(BAPA

KEMERDEKAAN)

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa syukur
ke hadrad ilahi Allah SWT kerana dengan limpah kurniaannya saya dapat menyiapkan buku
skrap ini dengan lancar.Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang
telah banyak membantu saya dari pelbagai aspek untuk menyiapkan buku skrap ini.
Terutamanya kepada Puan Hafizah Binti Abdullah, iaitu selaku guru bimbingan dan
penyemangat saya semasa melaksanakan tugasan ini.Beliau selalu memberi tunjuk ajar dan
kata-kata semangat kepada saya supaya dapat menyelesaikan tugasan ini sehingga akhir.
Sekalung penghargaan saya berikan kepada ibu bapa saya yang tidak jemu memberi
sokongan dan dorongan kepada saya dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak lupa juga
ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung yang setia menghulurkan bantuan kepada saya.

BIODATA PELAJAR

NAMA: NUR MASLINDA BINTI MOHAMED RAOF
UMUR: 17 TAHUN
ALAMAT EMAIL: [email protected]
NAMA KELAS: 5 IBNU RUSYD
NAMA SEKOLAH: SMK BENUT

BIODATA TOKOH

• NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
• TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
• MANGKAT: 6 Disember 1990
• TEMPAT LAHIR: Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin
• GELARAN: Bapa Kemerdekaan
• BAPA: Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-24
• IBU: Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche Menjalara
• PENDIDIKAN:
 1911- bersekolah di Maktab Sultan Abdul Hamid,Alor Setar,Kedah.
 1916- meneruskan pelajarannya di Penang Free School.
 1925- mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah dari Universiti Cambridge.
• KERJAYA:
 berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah.
 dilantik menjadi Pegawai Daerah Sungai Petani dan kemudian Kulim.
 menjadi Yang Di-Pertua Kesatuan Melayu United Kingdom.

RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH

• Saya memilih Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kerana beliau merupakan seorang yang
gigih berjuang untuk mendapatkan kebebasan Tanah Melayu dari penjajahan walaupun
terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.

• Selain itu,beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak dalam membuat
keputusan. Contohnya, beliau lebih memilih membuat rundingan berbanding
mencetuskan peperangan dan radikal untuk menuntut kemerdekaan negara.

• Seterusnya,beliau telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan
penduduk tempatan untuk terus berjuang menentang penjajahan British dan menuntut
kemerdekaan negara.

• Tunku juga telah berjaya menyatupadukan penduduk Tanah Melayu yang terdiri
daripada pelbagai kaum melalui gabungan parti politik sehingga membentuk Parti
Perikatan.

KELEBIHAN TOKOH

• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang yang berfikiran jauh.
Contohnya, beliau mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura daripada
Malaysia apabila permusuhan antara Orang Melayu dan Orang Cina semakin teruk
dan boleh mencapai tahap merbahaya.

• Tunku juga merupakan seorang yang bersifat pemaaf. Contohnya, beliau
mengisytiharkan pengampunan bagi pengganas-pengganas komunis yang
menyerahkan diri.

• Selain itu, beliau sentiasa mencari cara untuk memajukan ekonomi dan sosial
penduduk Tanah Melayu terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan
pedalaman.

• Setelah bersara dari dunia politik, Tunku bergiat dalam bidang dakwah Islam dengan
membantu orang-orang bukan Melayu untuk memeluk agama Islam.

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

Sebagai seorang tokoh kemerdekaan, kredibiliti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
terbukti apabila:

• Berjaya menyatupadukan penduduk tempatan melalui sebuah Parti Perikatan yang
merangkumi UMNO, MIC dan MCA.

• Membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
• Mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan kerajaan British

mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu.
• Mengadakan rundingan dengan Parti Komunis Malaya yang di kenali sebagai

rundingan baling.
• Menjalankan dasar pro-Barat dan anti-Komunis selepas Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan dalam usaha membangun sosioekonomi penduduk Tanah Melayu.

JASA DAN SUMBANGAN

• Membentuk sebuah Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MIC dan MCA.

• Mengetuai rombongan ke London sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

• Berusaha menamatkan pengganasan komunis secara damai. Pada 9 Disember 1955, beliau
mengisytiharkan pengampunan bagi pengganas-pengganas komunis yang menyerahkan
diri.

• Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan
kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu.

• Pada tahun 1957, negara mencapai kemerdekaan dan Tunku Abdul Rahman menjadi
Perdana Menteri pertama.

• Rancangan Malaya yang pertama dibuat bagi mengisi kemerdekaan dengan
pembangunan.

• Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman cuba berbaik dengan semua
negara tetapi menolak persahabatan dengan negara-negara komunis.

• Pada September 1963, wilayah negara telah diperluas dengan penubuhan Malaysia.

PENUTUP

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini merupakan
seorang pemimpin yang mempunyai kebolehan dan kredibiliti yang tinggi untuk
memimpin sesebuah negara dan penduduknya. Beliau tidak mempunyai ilmu yang
banyak tetapi peribadinya memupuk satu keyakinan kepada orang-orang yang
mendampinginya. Terbukti juga bahawa beliau mempunyai sifat sabar yang tinggi, iaitu
sanggup mengharungi pelbagai cabaran bagi memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat.Oleh itu, kita mestilah mencontohi sifat beliau seperti bersungguh- sungguh
dan bekerja keras untuk mencapai apa yang diinginkan sehingga berjaya.

• Tunku meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 dan
sebagai Presiden UMNO diumumkan pada 24 Januari 1971.

• Beliau mangkat pada 6 Disember 1990.

SEKIAN
TERIMA
KASIH.


Click to View FlipBook Version