The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengaruh adat resam dan budaya masyarakat cina

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by desmondchahal14, 2021-05-15 04:14:02

Pengaruh adat resam dan budaya masyarakat cina

Pengaruh adat resam dan budaya masyarakat cina

Pengaruh adat resam dan budaya masyarakat cina

Adat Resam dan Cara Perayaan

Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha,
mempunyai kepercayaanbahawa hidup atau mati, mereka terus
bertanggungjawab menjaga makan-minum ahli keluarga yang telah mati. Ini
sebagai tanda sayang kepada yang mati dan bukan kepercayaan hantu.
Majoritinya telah menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus
mengingati ahli keluarga yang telah mati. Pembakaran bahan-bahan kertas
adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kapada nenek moyang kerana
mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga. Selain
itu, Perayaan Hantu Lapar atau Hungry Ghost Festival turut wujud di Malaysia.
Kaum Cina yang beragama Taoist akan mengingati Perayaan Hantu Lapar pada
bulan tujuh, mengikut kalender Cina. Biasanya, mereka adalah roh-roh yang
dah mati tanpa keluarga jadi mereka kebiasaannya merayau-rayau di merat-
rata tempat. Oleh sebab mereka tidak ada keluarga, tidak ada sesiapa yang
sembahyang untuk mereka.

Upacara amal perkahwinan tradisional

Perkahwinan Cina menjadi satu adat resat antara tahun 402 – 221 SM.
Sebelum zaman moden, perempuan tidak di bnarkan memilih pasangan untuk
berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal
suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan
nama baik keluarga, serta keperlun bapa dan suaminya.

-Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan
mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan
(hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal
pengantin perempuan. Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung
kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Dalam masyarakat Cina,
jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud
"wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis
perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang
wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu.

Dalam masyarakat cina tradisional, terdapat beberapa cara utama untuk
membubarkan perkahwinan. Antaranya ialah Pembubaran perkahwinan
melalui mandat negara: Ini berlaku jika salah satu pasangan melakukan
jenayah serius terhadap pasangannya. Terdapat juga beberapa kekecualian
yang jelas yang oenceraian satu pihak tidak dibenarkan. Isteri tidak ada
keluarga untuk pulang. Selain itu, suami miskin pada masa perkahwinan, tetapi
kini telah menjadi kaya.

Kematian Orang Cina

Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang
berkaitan dengan soal-soal kematian.Setiap adat yang dijalankan mempunyai
maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam
masyarakat Cina berkaitan kematian.Apabila berlaku kematian, mayat akan
dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada
si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek.Ia
bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam
akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang
cantik.Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari
perkahwinan.Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan
pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut
dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat
akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir
menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam.Ini adalah
untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk
menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke
kawasan perkuburan amat digalakkan.Tangisan ini seolah-olah
menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian
itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Seterusnya mayat
akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai
jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau
lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau
takziah.Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati
ketika hidup.Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi

jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat
dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati
dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Makanan Orang Cina

Dari segi makanan, makanan asas bagi masyarakat Cina di negara ini
ialah nasi. Namun, jenis makanan utama terdiri daripada Kantonis, Hokkien,
dan Szechuan. Jelas menunjukkan masyarakat Cina mempunyai identiti atau
budaya mereka tersendiri. Budaya yang diamalkan jauh berbeza daripada
budaya masyarakat tempatan dan kaum pendatang yang lain.

Pemakaian Kaun Cina

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis.Ia
merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia
digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang,
lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak
bercorak atau berbunga halus.Samfoo adalah baju pendek yang kebiasaannya
dipadankan dengan seluar.Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina
tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita
Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju
Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera.Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun
dengan motif- motif tertentu.Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

Qun gua merupakan pakaian pengantin perempuan biasanya memakai
pakaian dua bahagian iaitu yang disulam dengan jahitan berbentuk burung
Pheonix dengan benang emas dan perak.Manakala pengantin lelaki memakai
jubah panjang kain sutera bersulam dengan corak naga.Seterusnya pula ialah
baju Shanghai iaitu baju pendek yang sering dipakai oleh golongon wanita Cina.
Baju Shanghai ini dipadankan bersama skirt atau kain labuh untuk kelihatan
lebih anggun dan menarik. Selain itu, Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki
Cina.Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara

tertentu.Kebiasaannya majlis perkahwinan dan perayaan.Kebanyakan jubah
labuh masih dihasilkan di China

Agama dan Kepercayaan Kaum Cina

Pada dasarnya pandangan pemikiran orang Cina selalu mengembalikan
hakikat keharmonian antara kehidupan “langit” (alam ghaib) dan kehidupan di
bumi (alam dunia nyata).Mereka percaya bahawa alam semesta ini sebagai
akibat dari kekuatan alam.Alam dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar
biasa.Alam semesta semata-mata hanyalah ekspresi dari kekuatan-kekuatan
alam yang dipengaruhi oleh semangat yang mendiami alam.Beberapa
semangat itu berada dan hidup di dalam fenomena-fenomena alam seperti
langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung, serta fenomena-
fenomena alam lainnya.

Menurut dasar pemikiran orang Cina, seluruh fenomena alam itu
terbahagi kepada dua iaitu yang dan yin. “Yang” merupakan prinsip dasar
untuk lelaki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang), dan segala yang
termasuk keaktifan, sedangkan “yin” adalah suatu prinsip seperti: wanita,
bulan, arah utara, dingin, gelap (malam), dan segala yang bersifat pasif. Orang
Cina beranggapan bahawa manusia harus dapat menyesuaikan diri dengan
ritma alam semesta. Kehidupan harus harmoni dengan tiga dasar iaitu:
kehidupan langit, bumi, dan kehidupan manusia itu sendiri. Di samping itu
harus disesuaikan pula dengan fengsui yang bererti angin dan air.Penyesuaian
itu bererti hidup manusia itu harus disesuaikan dengan arah angin dan
keadaan air di mana manusia tinggal. Tiap bangunan yang digunakan harus
pula disesuaikan dengan keadaan fengsui, sehingga akan terhindar dari segala
malapetaka.

.“Yang” merupakan daya cipta suatu sifat Tuhan yang memberi gerakan
dan hidup kepada sesuatu.“Yin” bersifat bahan atau zat yang diberi
kemampuan menerima “yang”, sehingga terjadilah hidup dan bergerak.
Dengan kata lain, “yang” bersifat memberi dan memperbanyak, sedangkan
“yin” bersifat menerima dan menyimpan. Adanya kesatuan hidup ini maka
wujudlah fenomena alam semesta seperti: air, kayu, bumi, dan makhluk hidup
di dalamnya. Penciptaan dan pergerakan kesatuan yang dan yin tunduk dan
mengikuti hukum tata kehidupan alam semesta, sehingga dengan demikian
bergerak dengan teratur dan berirama.Ritma ini mengisi dan mengatur setiap

ruangan di alam semesta ini seperti jalannya matahari, bintang, bulan,
pergantian musim, dan lain-lain.


Click to View FlipBook Version