The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RUSLAN HASHIM, 2019-12-09 07:43:30

Peraturan Sekolah SK Tunku Azizah 2020

Peraturan Sekolah SK Tunku Azizah 2020

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU AZIZAH

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

1. KEHADIRAN
1.1 Kehadiran Ke Sekolah Adalah Wajib.
1.2 Murid Wajib Hadir Ke Sekolah Hendaklah Tidak Lewat Daripada Masa Yang Ditetapkan.
WAKTU HADIR
* Murid WAJIB Berada Dalam Kawasan Sekolah Sebelum Jam 7.20 Pagi

HARI MULA TAHAP 1 TAMAT CATATAN
(Tahun 1 , 2 , 3)

REHAT

7.30 Pagi 10.00~10.20 Pagi 12.50 Tengahari Tertakluk Kepada
7.30 Pagi Pindaan.
ISNIN ~ KHAMIS
JUMAAT 10.00~10.20 Pagi 11.50 Pagi

HARI MULA TAHAP 2 TAMAT CATATAN
(Tahun 4 , 5 , 6)
ISNIN ~ KHAMIS 7.30 Pagi
KHAMIS REHAT
JUMAAT
10.30~10.50 Pagi 1.20 Petang

7.30 Pagi 10.30~10.50 Pagi 12.50 Tengahari Tertakluk Kepada
Pindaan

7.30 Pagi 10.00~10.20 Pagi 11.50 Pagi

1.3 Murid-Murid Yang Tidak Hadir Ke Sekolah Perlulah Membuktikan Dengan Mengemukakan Surat
Akuan Doktor Atau Surat Daripada Ibu Bapa Atau Penjaga.

1.4 Murid-Murid Dikehendaki Terus Masuk Ke Kawasan Sekolah Tidak Dibenarkan Berjalan-Jalan Atau
Merayau-Rayau Di Pintu Atau Di Luar Kawasan Sekolah.

1.5 Murid-Murid Yang Tidak Hadir Ke Sekolah Selama Tiga Hari Berturut-Turut Tanpa Sebab Atau
Pemberitahuan, Akan Dianggap Ponteng Sekolah Dan Diberi Surat Peringatan.

2. PERHIMPUNAN SEKOLAH

2.1 Perhimpunan Sekolah Adalah Pada Setiap Hari Isnin.
2.2 Perhimpunan Sekolah Adalah Acara Rasmi Sekolah. Semua Murid Diwajibkan Hadir.
2.3 Semua Murid Dikehendaki Ke Tempat Perhimpunan Mengikut Kelas Masing-Masing Dalam Barisan

Dengan Tenang Dan Tidak Bising.
2.4 Apabila Di Medan Perhimpunan, Murid-Murid Beratur Mengikut Kelas Masing-Masing Mengikut

Peraturan Barisan Rendah Di Hadapan Dan Tinggi Di Belakang.
2.5 Ketua Kelas Atau Penolong Berdiri Di Hadapan.
2.6 Semua Murid Hendaklah Diam Dan Menadah Tangan Dengan Betul Semasa Bacaan Doa.
2.7 Semasa Menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Allah Peliharakan Sultan Kami dan Lagu SKTA

Gemilang Murid Hendaklah Menyanyi Dengan Penuh Semangat.
2.8 Semua Murid Dikehendaki Mendengar Dan Memberi Perhatian Kepada Ucapan Yang Disampaikan

Oleh Guru-Guru Semasa Perhimpunan.
2.9 Semasa Memasuki Kelas Murid-Murid Hendaklah Kekalkan Suasana Yang Tenang.Semua Murid

Dikehendaki Berdiri Tegak Dan Berhenti Berjalan Ketika Lagu Negaraku ,Negeri,Sekolah Dinyanyikan
Serta Semasa Doa Dibacakan

3. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

3.1 Semua Murid Dimestikan Memakai Pakaian Seperti Yang Telah Ditetapkan Oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)

3.1.2 Lelaki : Berkemaja Putih Lengan Pendek & Seluar Panjang Biru Tua

3.1.2 Perempuan : Baju Kurung Putih & Kain Biru Tua

Lelaki - Seluar Tidak Ketat, Tidak Terlalu Labuh Dan Tidak Singkat

Perempuan - Berbaju kurung tradisional yang tidak ketat, kain tidak terlalu labuh atau singkat.

3.2 Berkasut Hitam (Kanvas) Dan Berstokin Hitam.

3.3 Memakai Lencana Sekolah Dan Tanda Nama Adalah Diwajibkan.

3.4 Semua Murid Perempuan Diwajibkan Memakai Tudung Putih (Mini Telekung) Yang Tidak
Mempunyai Hiasan. Bagi Murid Perempuan Tahun Satu Yang Belum Bertudung Dan Berambut
Panjang Hendaklah Diikat Dengan Kemas.

3.5 Pemakaian Barang Kemas Adalah Tidak Dibenarkan. Pihak Sekolah Tidak Bertanggungjawab Jika
Berlaku Kehilangan.

3.6 Murid Hendaklah Berpakaian Sopan Semasa Di Dalam Kelas Atau Di Luar Waktu Belajar.

4. PENDIDIKAN JASMANI / KESIHATAN

4.1 Murid Dikehendaki Memakai Seluar Sukan Berwarna Biru Gelap Dan Baju-T Kuning Berlogo SK Tunku
Azizah Yang Dijual Di Kedai Buku Sekolah Serta Kasut Berwarna Hitam. Kasut Sukan (Sneakers) Juga
Dibenarkan

4.2 Murid Perempuan Tidak Dibenarkan Memakai Tudung Yang Berwarna-Warni. Hanya Tudung Yang
Berwarna Berwarna Biru Tua Dibenarkan.

4.3 Semasa Turun Ke Padang Dan Balik Ke Kelas, Murid Kehendaki Dalam Keadaan Beratur.

4.4 Murid Dibenarkan Memakai Pakaian Pendidikan Jasmani Sehingga Tamat Waktu Persekolahan

4.5 Pakaian Mesti Ditukar Di Bilik Persalinan Yang Disediakan Sahaja.

5. LALU LINTAS

5.1 Murid Dikehendaki Masuk Dan Keluar Kawasan Sekolah Hanya Melalui Pintu Yang Ditetapkan Sahaja.

5.1.1 Pintu A - Semua Murid Arus Perdana

5.1.2 Pintu B - Murid Pendidikan Khas & Prasekolah

5.2 Tidak Dibenarkan Murid-Murid Mangambil Jalan Pintas Dengan Melalui Pintu C (Laluan Guru & Staf)
Yang Tidak Dikhaskan, Menyusup, Melompat Pagar Sekolah Atau Melintas Mana-Mana Kawasan
Larangan.

5.3 Murid Yang Menaiki Bas / Van Sekolah, Hendaklah Beratur Semasa Menaiki Bas, Jangan Berebut-Rebut
Dan Jangan Sesekali Bermain Di Tangga.

5.4 Murid Yang Berjalan Kaki Hendaklah Mengikut Di Sebelah Kanan Jalan Dan Tidak Bergandingan.

6. KELAS / BILIK-BILIK KHAS

6.1 Semasa Berada Di Dalam Kelas Semua Murid Hendaklah Diam / Senyap.

6.2 Semasa Semua Murid Keluar Atau Masuk Ke Kelas Hedaklah Berada Dalam Barisan.

6.3 Semua Murid Dikehendaki Beratur Di Luar Kelas Di Waktu Pagi Menadah Tangan Untuk Mengaminkan
Doa.

6.4 Waktu Perhimpunan Murid Ke Tempat Perhimpunan Dalam Barisan Mengikut Kelas Masing-Masing.

6.5 Semua Murid Hendaklah Menjaga Kebersihan Dan Keceriaan Kelas Masing-Masing.

6.6 Murid-Murid Juga Patut Menjaga Keselamatan Alatan Yang Ada Di Kelas Mereka.

6.7 Semua Murid Adalah Dilarang Mengalihkan Kerusi Atau Meja Dari Satu Kelas Ke Kelas Yang Lain
Kecuali Dengan Arahan Guru. Perbuatan Vandalisme / Menconteng / Merosakkan Perabut Sekolah Boleh
Dikenakan Tindakan Disiplin.

6.8 Kelas Mestilah Sentiasa Kemas Dan Bersih.

6.9 Pada Satu-Satu Masa Hanya Seorang Murid Lelaki Atau Dua Orang Murid Perempuan Sahaja
Dibenarkan Keluar Dari Kelas Semasa Belajar.

6.10 Semua Murid Mesti Mengamalkan Sikap Mengetuk Pintu Sebelum Memasuki Ke Dalam Kelas,Bilik
Guru Dan Pejabat Sekolah.

7. KANTIN
7.1 Murid Dibenarkan Ke Kantin Hanya Di Waktu Rehat Dan Sebelum Loceng Pertama Berbunyi.
7.2 Murid Hendaklah Berbaris Semasa Membeli Makanan / Minuman. Basuh Tangan Sebelum Makan
7.3 Selepas Makan, Sampah Hendaklah Dibuang Ke Dalam Tong Sampah Yang Disediakan, Pinggan Kotor
Pula Hendaklah Diletakkan Ke Dalam Besen Yang Disediakan.
7.4 Semua Murid Dikehendaki Menjaga Kebersihan Kerusi Dan Meja Kantin.
7.5 Semua Murid Dilarang Berebut-Rebut Dan Bising Semasa Membeli Makanan.
7.6 Semua Murid Dilarang Membeli Di Tempat Lain Selain Di Kantin Semasa Berada Di Sekolah.
7.7 Duduk Dengan Tertib, Berdoa Sebelum Dan Selepas Makan
7.8 Membasuh Tangan / Berkumur / Menggosok Gigi Selepas Makan

8. IBUBAPA
8.1 Ibu Bapa Dilarang Meninjau Atau Memasuki Kelas Semasa Murid-Murid Sedang Belajar. Sebarang
Masalah Atau Ingin Berjumpa Dengan Murid, Sila Rujuk Kepada Pejabat Sekolah / Pentadbir.
8.2 Kenderaan Yang Datang Mengambil Atau Menghantar Murid Dilarang Memasuki Kawasan Sekolah.
8.3 Ibu Bapa Dan Penghantar Murid Juga Dilarang Menurunkan Murid Dan Penumpang Di Hadapan Pintu
Pagar Kerana Menghalang Guru Yang Hendak Masuk Ke Kawasan Sekolah.
8.4 Sila Pastikan Murid Sebelum 7.20 Pagi.
8.5 Sila Patuhi Zon ‘DROP & GO’ Untuk Kelancaran Lalu Lintas Sekolah.

09. KELUAR SEKOLAH / BERTUKAR SEKOLAH

9.1 Penjaga Mestilah Datang Ke Sekolah Berjumpa Dengan Pihak Pentadbir Untuk Mengisi Borang
Pertukaran Sekurang-Kurangnya Satu Minggu Sebelum Tarikh Pertukaran Dikehendaki.

Dokumen Yang Perlu Disertakan Bersama Borang Pertukaran :
9.1.1 Salinan Sijil Lahir Murid
9.1.2 Salinan Mykid Murid
9.1.3 Salinan Mykad Ibu & Ayah
9.1.4 Salinan Sijil Nikah
9.1.5 Salinan Sijil Perceraian / Surat Hak Penjagaan Oleh Mahkamah / Sijil Kematian

(Jika Berkenaan)
9.1.6 Salinan Bil Terkini (Jika Berkaitan)

9.2 Murid Mestilah Memberitahu Guru Kelas Untuk Menguruskan Pemulangan Buku Teks Dan Lain-Lain.

9.3 Murid Hendaklah Berjumpa Dengan Guru Bertugas Jika Ada Masalah Sama Ada Sakit Atau
Sebagainya.

9.4 Murid Hendaklah Mendapatkan Kebenaran Dari Guru Bertugas Pentadbiran Untuk Keluar Dari
Sekolah.

9.5 Murid Hanya Dibenarkan Keluar Bersama Guru Atau Penjaga Setelah Memaklumkan Kepada Guru
Bertugas / Pentadbir.

10. BUKU TEKS

10.1 Semua Murid Layak Diberi Pinjaman.
10.2 Buku Teks Hendaklah Dibalut Dengan Plastik Dan Dijaga Dengan Baik.

10.3 Buku Teks Tidak Boleh Ditinggalkan Di Sekolah.
10.4 Buku-Buku Rosak Atau Hilang Mestilah Diganti.
10.5 Buku Hendaklah Dipulang Semula Pada Masa Yang Ditetapkan.

11. WAKTU REHAT

11.1 Murid Tidak Dibenarkan Berada Di Dalam Kelas.
11.2 Murid Mestilah Beratur Sewaktu Membeli Di Kantin.

11.3 Pembalut Kertas Atau Plastik Hendaklah Dibuang Ke Dalam Tong Sampah Yang Disediakan.

11.4 Segala Peralatan Seperti Sudu / Garfu / Pinggan / Cawan Dan Sebagainya Hendaklah Diletakkan Di
Tempat Yang Disediakan Setelah Menggunakannya.

11.5 Pengawas Hendaklah Menjalankan Tugas Seperti Yang Ditetapkan.

12. PERATURAN KE TANDAS
12.1 Murid Yang Hendak Ke Tandas Mestilah Mendapat Kebenaran Guru Atau Ketua Ketua Kelas Dan
Hendaklah Memakai Kad Kebenaran Keluar.
12.2 Murid Hendaklah Menanggalkan Kasut Di Luar Tandas Dan Menggunakan Selipar Tandas Yang
Disediakan.
12.3 Murid Tidak Perlu Mengambil Masa Terlalu Lama Berada Di Dalam Tandas

13. KELAS TAMBAHAN
13.1 Murid Dikehendaki Memakai Pakaian Seragam Sekolah Semasa Menghadiri Kelas Tambahan
13.2 Murid Perlu Terus Pulang Ke Rumah Setelah Selesai Kelas Tambahan

14. TINGKAH LAKU DI SURAU
14.1 Murid Dilarang Membuat Bermain Atau Membuat Bising Di Surau Khalid Al-Walid
14.2 Jaga Kebersihan Surau / Bilik Wudhu’ / Tandas
14.3 Sidai / Lipat Sejadah Atau Telekung Sembahyang Atau Kain Pelikat Selepas Digunakan.
14.4 Pengguna Surau Terakhir Perlu Menutup / Mematikan Semua Suis Lampu / Kipas / Pendingin Hawa

15 KEGIATAN KOKURIKULUM
15.1 Murid-Murid Tahap 2 Diwajibkan Menyertai Satu Kegiatan Unit Beruniform Dan Satu Kegiatan
Koakademik /Kelab / Persatuan Serta Sukan / Permainan
15.2 Datang Pada Masa Yang Ditetapkan (Jangan Terlalu Awal) Dan Terus Pulang Ke Rumah Setelah
Selesai Aktiviti.
15.3 Pakai Pakaian Yang Dikhaskan Sesuai Dengan Aktiviti.
15.4 Setiap Murid Diwajibkan Menjadi Ahli Rumah Sukan Dan Mengambil Bahagian Sekurang-Kurangnya
Satu Acara Sukan Yang Dianjurkan (Sekiranya Ada)

16. PERATURAN-PERATURAN AM

16.1 Semua Murid Dikehendaki Menghormati Semua Guru Dan Kakitangan Sekolah. Ucapkan Salam / Ucap
Selamat Kepada Semua Tetamu Yang Datang Ke Sekolah

16.2 Sebelum Loceng Pertama Dan Loceng Naik Rehat Berbunyi, Murid Dilarang Daripada Bermain Di Luar
Kawasan Sekolah Dan Dalam Bilik Darjah.

16.3 Murid Yang Hendak Keluar Dari Kawasan Sekolah Semasa Waktu Persekolahan Mestilah Mendapat
Kebenaran Dari Guru Bertugas Harian Terlebih Dahulu

16.4 Murid Yang Terjumpa Duit Atau Barang Berharga Di Kawasan Sekolah Hendaklah Menyerahkannya
Kepada Guru Bertugas Harian.

16.5 Murid Dilarang Mengambil / Mencuri / Merosakkan Harta Benda Sekolah, Guru-Guru, Kakitangan
Sekolah Dan Murid-Murid Lain.

16.6 Murid-Murid Dilarang Menconteng Dinding Sekolah, Kelas, Bilik Air Dan Tandas.

16.7 Murid-Murid Dilarang Membazirkan Elektrik Dan Air.

16.8 Murid-Murid Dilarang Membawa Sebarang Alat Permainan / Gajet Ke Sekolah Kecuali Dengan Arahan
Daripada Guru.

16.9 Murid-Murid Yang Menghadapi Masalah Di Sekolah Seperti Sakit Semasa Belajar, Dibuli Oleh Murid
Lain, Kehilangan Barang Atau Lain-Lain Masalah Hendaklah Melaporkannya Kepada Guru Kelas
Masing-Masing Dengan Segera.

16.10. Sebelum Meninggalkan Kelas, Pastikan Semua Lampu Dan Kipas Ditutup / Dimatikan Suisnya Terlebih
Dahulu.

16.11. Buku-Buku Perpustakaan Hendaklah Dijaga Dengan Baik, Tidak Dirosakkan , Diconteng Dan
Dihilangkannya.

16.12. Buku-Buku Yang Dipinjamkan Hendaklah Dipulangkan Mengikut Masa Yang Ditetapkan

16.13. Murid Diwajibkan Hadir Untuk Aktiviti Kokurikulum

16.14. Setiap Murid Diwajibkan Membayar Bayaran Tambahan Yang Ditetapkan Oleh Pihak Sekolah Pada
Masa Mendaftar Atau Pada Masa-Masa Yang Ditetapkan.

16.15. Semua Pelawat / Penjaga Mestilah Mendapat Pas Kebenaran Daripada Pos Pengawal Sekolah
Sebelum Berurusan Dengan Pihak Sekolah Atau Menemui Murid.

16.16. Penggunaan Pensel Mekanikal Adalah DILARANG SAMA SEKALI

16.17. Murid- Murid Adalah TIDAK DIBENARKAN Membawa TELEFON BIMBIT Ke Sekolah

17. KEKEMASAN DIRI
17. RAMBUT

DIBENARKAN

TIDAK DIBENARKAN

Tidak Dibenarkan
17.1.1 Rambut Pada Bahagian Hadapan Tidak Boleh Melebihi / Menutupi Dahi
17.1.2 Rambut Pada Bahagian Belakang Tidak Boleh Mencecah Kolar Baju
17.1.3 Rambut Pada Bahagian Sisi Tidak Boleh Mencecah / Melebihi Telinga
17.1.4 Rambut Berfesyen / Berwarna TIDAK DIBENARKAN Sama Sekali
17.1.5 Rambut Digalakkan Sentiasa Berminyak Dan Bersikat Rapi
17.1.6 Murid Lelaki Digalakkan Bersongkok HITAM Sahaja.
17.1.7 Murid Perempuan Yang Belum Bertudung Perlu Mengikat Rambut Dengan Kemas.

18. TINDAKAN DISIPLIN
JENIS KESALAHAN DISIPLIN

Terdapat Tiga Kategori Kesalahan Iaitu Kesalahan Ringan, Kesalahan Sederhana Dan Kesalahan
Berat

1. Kesalahan Ringan Menggunakan Kod R
2. Kesalahan Sederhana Menggunakan Kod S
3. Kesalahan Berat Menggunakan Kod B

KOD JENIS SALAHLAKU
R01 Mencemarkan Kawasan Sekolah
R02 Memijak Rumput Di Tempat Yang Terlarang
R03 Tidak Mengendahkan Sampah
R04 Datang Lewat Ke Sekolah / Kelas
R05 Membuat Bising Dalam Kelas
R06 Tidak Membawa Buku/ Menyiapkan Kerja Sekolah / Tugasan
R07 Tidak Memberi Perhatian Semasa Guru Mengajar
R08 Berada Di Kantin Atau Tempat-Tempat Lain Pada Waktu Persekolahan (Kecuali Waktu

Rehat)
R09 Tidak Mematuhi Peraturan Makmal / Bengkel / Bilik Khas
R10 Lewat Bergerak Ke Perhimpunan / Bengkel / Makmal
R11 Keluar Dari Kelas Tanpa Kebenaran
R12 Lewat Ke Surau
R13 Menyimpan Misai, Janggut Dan Jambang
R14 Berambut Panjang Atau Menyerupai Kumpulan-Kumpulan Tertentu
R15 Memakai Barang Kemas / Perhiasan / Alat Solek

R16 Tidak Memakai Pakaian Sekolah Dengan Kemas / Lengkap
R17 Kesalahan Lain Yang Ditafsirkan Oleh Guru Besar Termasuk Dalam Kategori Ini
R18 Mewarnakan Rambut
R19 Bermain Dalam Kelas, Koridor Atau Kawasan Larangan
R20 Menggunakan Dan Membawa Keluar Peralatan Sekolah Tanpa Kebenaran
R21 Menyimpan Atau Menggunakan Alat Permainan Sekolah Tanpa Kebenaran
R22 Menggunakan Alat Hiburan Atau Elektronik Sekolah Tanpa Kebenaran
R23 Makan Atau Minum Dalam Kelas / Bilik Khas
R24 Berkeliaran Pada Masa Persekolahan
R25 Membawa Dan Menggunakan Telefon Bimbit, MP3 Dan MP4
R26 Menunggang Atau Memandu Kenderaan Bermotor Dalam Kawasan Sekolah
R27 Membawa Walkman / Discman Ke Kelas
R28 Mengganggu Awam
R29 Memasuki Bilik Khas Tanpa Kebenaran
R30 Memesan Dan Membeli Makanan Dari Luar Tanpa Kebenaran
R31 Kesalahan Lain Yang Yang Ditafsir Oleh Guru BesarTermasuk Dalam Kategori Ini
S01 Menconteng Harta Benda Sekolah
S02 Melakukan Mana-Mana Kesalahan Ringan Kali Ketiga
S03 Mengganggu Guru Semasa Guru Mengajar
S04 Lewat Ke Surau
S05 Fesyen Rambut Keterlaluan Seperti Punk / Skinhead Atau Berwarna
S06 Menindik Telinga / Memakai Subang Lebih Dari Satu Pada Satu Cuping Telinga
S07 Tidak Amanah, Menipu, Berbohong Dan Meniru Ketika Ujian / Peperiksaan

S08 Ponteng Sebarang Acara Rasmi Sekolah
S19 Kesalahan Lain Yang Ditafsirkan Oleh Guru Besar Termasuk Dalam Kategori Ini
B01 Merosakkan Harta Benda Sekolah / Guru
B02 Melakukan Mana-Mana Kesalahan Sederhana Kali Ketiga
B03 Ponteng Kelas / Sekolah / Keluar Dari Kawasan Sekolah Tanpa Kebenaran
B04 Ponteng Solat
B05 Bertatu
B06 Biadap Terhadap Guru / Pengawas
B07 Meniru Tandatangan Guru Besar / Guru
B08 Menyimpan, Membawa, Mengedar, Menghisap Atau Terbabit Dalam Kegiatan Dadah
B09 Menyimpan, Membawa, Menghisap Atau Mengedar Bahan Tembakau
B10 Menyimpan, Membawa, Atau Menggunakan Bahan Letupan Seperti Mercun
B11 Menyimpan, Mengedar Atau Meminum Minuman Keras / Sebarang Bahan Yang

Memabukkan / Mengkhayalkan
B12 Menyebabkan Atau Melakukan Pergaduhan Dan Kekerasan
B13 Melawan, Mengancam, Memukul, Mengugut Atau Mencederakan Guru Atau Murid
B14 Membawa / Menggunakan Senjata Atau Alat Berbahaya
B15 Melakukan Buli (Peloncoan), Penderaan Atau Paksaan Terhadap Murid Lain
B16 Mencuri, Merompak,Memecah Masuk Dan Menceroboh Kawasan Larangan
B17 Melakukan Perbuatan Yang Menyebabkan Kecederaan Kepada Orang Lain
B18 Mengganggu / Menjejaskan Kuasa Guru Besar, Guru Atau Pengawas Yang Menjalankan

Tugas
B19 Membawa Masuk Tetamu Dari Luar Sekolah Tanpa Kebenaran
B20 Melakukan Perjudian Atau Membabitkan Diri Dalam Pertaruhan

B21 Mencetak, Menerbit, Mempamerkan, Mengedar Atau Menyimpan Rencana / Majalah Atau
Bahan Multimedia Terlarang

B22 Membabitkan Diri Dalam Kumpulan Haram

B23 Mencabul Kehormatan Guru /Murid

B24 Melakukan Zina, Liwat Atau Hubungan Diluar Tabii

B25 Melacur, Menjadi Bohsia / Bohjan / Pondan

B26 Bersekedudukan Atau Membabitkan Diri Dalam Kegiatan Tidak Bermoral

B27 Berdua-Duaan Di Tempat Sunyi

B28 Melakukan Perbuatan Lucah

B29 Mengintai Murid Lelaki / Perempuan

B30 Menyimpan, Membawa, Melukis, Mempamer Perkataan / Gambar Lucah

B31 Melakukan Hubungan Yang Dicurigai

B32 Mengeluarkan Kata-Kata Lucah / Kesat

B33 Menulis Atau Mengeluarkan Kenyataan Akhar Yang Mencemarkan Nama Sekolah

B34 Menyalahgunakan Peralatan / Sumber Bekalan Elektrik Sekolah Tanpa Kebenaran

B35 Membabitkan Diri Dalam Tunjuk Perasaan/Perhimpunan Haram / Merusuh

B36 Kesalahan Lain Yang Ditafsir Oleh Guru Besar Termasuk Dalam Kategori Ini

B37 Tidak Menghormati Lagu / Bendera / Jata Sekolah, Negeri, Kebangsaan

B38 Menganjur Atau Membabitkan Diri Dalam Acara Kebudayaan Tanpa Kebenaran Pihak
Sekolah

HUKUMAN
Hukuman yang akan dikenakan terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah adalah
mengikut jenis kesalahan yang dilakukan oleh murid. Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah :
1 Amaran (Ringan)
2 Denda (Ringan / Sederhana)
3 Penahanan Dalam Kelas (Sederhana)
4 Hukuman Rotan Bagi Murid Lelaki (Berat)
5 Gantung Persekolahan (Berat)
6 Buang Daripada Sekolah (Berat)

‘ Bersama Ke Arah Kegemilangan ‘
‘ Together Towards Excellence ‘


Click to View FlipBook Version