The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rosmey, 2023-11-15 16:14:55

MPU: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (GROUP ASSIGNMENT

BAJU TRADISIONAL

PAKAIAN TRADISIONAL By: Rosmey (MS230923330) Raihana (MS230923304) Evelyn (MS230923306) khadijah (MS230923325) Fadhilah (MS230923324)


PENGENALAN 02 SUKU KAUM SULUK 09-11 SUKU KAUM DUSUN TINDAL 03-05 SUKU KAUM RUNGUS 12-15 SUKU KAUM BAJAU SAMAH 06-08 KESIMPULAN 16 Table of Contents PENGENALAN 01 REFERENCES 17


PENGENALAN 02 APA ITU PAKAIAN TRADISIONAL? biasanya dipakai ketika menyambut majlis keramaian, majlis rasmi atau ketika persembahan kebudayaan. kebanyakan suku kaum di Sabah memilih warna hitam sebagai warna pakaian tradisi mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, warna hitam dianggap sebagai lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi pemakai daripada diganggu oleh makhluk-makhluk jahat. Namun begitu, asas-asas pemilihan warna turut disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semula jadi pada waktu itu. Terdapat 5 jenis pakaian tradisional daripada suku kaum yang ada di sabah yang telah kami pilih. Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua, Pakaian membawa makna apa-apa sahaja yang dipakai di badan seperti baju dan seluar. manakala tradisional pula bermaksud bersifat atau bercorak tradisi; dan masyarakat merangkumi umat manusia, kelompok manusia, komuniti, bangsa, kaum, puak, kumpulan etnik, ras, orang ramai, khalayak ramai, penduduk dan mujtamak. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang pelbagai bentuk dan warna, khususnya di negeri Sabah yang memang terkenal dengan kepelbagain etnik dan suku kaum. Pakaian tradisional suku kaum di Sabah merupakan pakaian yang menjadi kebanggaan sesuatu suku kaum tersebut kerana ianya melambangkan kebudayaan mereka. pakaian tradisional ini


Etnik Dusun merupakan sebuah etnik majoriti di Negeri Sabah. Etnik Dusun biasanya didapati di Pantai Barat Sabah, dan di kawasan pendalaman. Kebudayaam etnik Dusun secara amnya dipengaruhi dengan aktiviti penanaman padi. Antara suku kaum Dusun di Sabah ialah suku kaum Tindal. Pakaian tradisional dari suku kaum Dusun Tindal dijahit dari kain yang bewarna hitam dan kemudiannya akan dihiasi dengan sulaman. Baju tradisional Dusun Tindal bagi kedua-dua jantina adalah sama sahaja. Belahan dan corak yang terdapat di bahagian lengan baju tradisional bagi kaum ini menjadi perbezaan dengan pakaian tradisional kaum dusun di daerah lain. Pakaian Dusun Tindal ini dikenali sebagai ‘Sinapak’ atau ‘sinipak’. sarung atau skrit bagi ‘sinapak’ ini adalah lebih pendek berbanding sarung baju tradisional kaum kadazan yang panjangnya mencecah buku lali. skirt bagi ‘sinapak’ lebih dikenali sebagai ‘gonob’. Belahan di kedua-dua belah lengan mempunyai sulaman yang menarik dan kebiasaannya warna benang yang dipilih untuk sulaman tersebut ialah berwarna merah pekat dan di selang-selikan dengan warna keemasan atau warna putih. 03 SUKU KAUM DUSUN TINDAL PAKAIAN TRADISIONAL


Berikut merupakan beberapa perhiasan yang ada pada pakaian traddisional kaum Dusun Tindal. Terdapat sepasang kain seperti ‘Husob” yang diletak secara menyilang di bahagian leher ‘Sinapak’ yang dikenali sebagai ‘selindang lolopot’ yang membentuk seperti kolar baju yang lebar Perhiasan yang dipadankan dengan pakaian tradisional ini antaranya ialah ‘kinokogis’ yang diperbuat daripada manikmanik yang digunakan juga berwarna-warni dan menarik. Ukuran tali pinggang ini sebaik-baiknya dari paras pinggang sehingga ke paras paha si pemakai. Di atas kinokogis pula akan diletak 4 buah tali pinggang yang dihasilkan dan ‘Himpogot’ merupakan tali pinggang syiling yang sama sahaja cuma setiap daerah berbeza cara sebutannya. Antara barang kemas yang dipakai bersama dengan pakaian tradisional Dusun Tindal ini ialah gelang yang dipanggil ‘Saring Pirok’. Ia dipakai di kedua-dua belah tangan, anting-anting perak dan uniknya bagi Dusun Tindal ini, terdapat seakan-akan dua biji bebola lebih kurang sebesar bola tennis di leher yang dikenali sebagai ‘Kiupu’. Kiupu merupakan kunci utama atau perhiasan wajib yang perlu ada untuk dipadankan dengan sinapak. Tanpa kiupu, baju sinapak hanya sekadar baju biasa sahaja. PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM DUSUN TINDAL 04


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM DUSUN TINDAL 05 Bagi pakaian untuk lelaki pula, sama juga seperti pakaian perempuan. ianya dipanggil ‘sinipak’ atau ‘sinapak’. terdapat dua helai kain yang disilangkan di bahagian depan yang dikenali sebagai ‘Lolopot’’. Di bahagian pinggang pula terdapat selempang yang seakan-akan sebuah tali pinggang yang dipanggil ‘Pemohorot do tawak’. Seluar bagi sinapak lelaki pula mempunyai saiz pinggang yang lebih besar dan ianya dipanggil ‘Soluwar’. Untuk hiasan kepala pula, ianya dipanggil ‘Sigar’. Lelaki juga ada yang memakai hiasa seperti kuapu, simpogot dan saring pirok.


Pakaian tradisional kaum bajau samah mempunyai perbezaan dalam ciri pakaian tradisi mengikut kawasan. Pakaian ini akan digunakan dalam majlis bersanding dan sepak manggis. kaum bajau samah ialah kaum kedua terbesar di negeri Sabah kebanyakannya menduduki kawasan pantai timur dan pantai barat Sabah. Bajau samah popular dengan tarian kuda pasu dan limbai terutama di daerah Kota Belud dimana tarian ini menggambarkan kehebatan kaum itu dalam aktiviti menunggang kuda. Pada zaman dahulu etnik Bajau dikenali sebagai petani yang petani dan penunggang kuda yang cekap. kaum ini juga terkenal sebagai pahlawan yang handal dan banyak membantu pahlawan terkenal di Sabah dalam menentang musuh dan penjajah. kaum ini menggemari warna terang seperti merah, hijau dan kuning. pada masa tertentu warna gelap seperti biru dan hitam juga digunakan. Pakaian tradisi etnik ini biasanya dipakai semasa perkahwinan, meraikan lawatan pemimpin. Acara-acara adat seperti tarian etnik yang lainnya dikenali sebagai berunsai. 06 KAUM BAJAU SAMAH PAKAIAN TRADISIONAL


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU SAMAH (PEREMPUAN) 07 SEMPANGAN Saiz asal hiasan adalah lebar dan panjang, kebiasaannya di pakai pada majlis keramaian seperti kahwin dan usungan. mengikut peredaran masa saiz dikecilkan sebagai aksesori pakaian tradisional. Susunan warna sangat penting dan mestilah teratur dan seimbang agar warna sempangan menonjol (mangkit. Dihiasi butang betawi di belahan hadapannya ada kalanya hiasan lengan baju. lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang warna kontra. Mengenakan (suart/seluar) warna hitam yang biasanya pada majlis kahwin. jika pada majlis lain, seluar warna kontra akan digunakan. topi yang dipanggil tanjak sebagai hiasan kepala diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk bagi penunggang kuda tanjak dipanggil podong. tali pinggang yang dipanggil ingkot pangkat. puyut yang digunakan pengikat pinggang/selempang (selendang). Supu- Untuk menyimpan sigup/rokok daun. memakai perhiasan berbentuk keris dan pida. keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai lambang


08 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU SAMAH (PEREMPUAN) Baju dipanggil badu sipak. kain satin yang terang, -(kuning)-bahagian dalam warna kontra lengan baju dilabuhkan dan dibelah. Butang betawi/batavia (nama asal Jakarta) masih diguna untuk pakaian tradisi belanda. Majlis rasmi- badu sampit, kain warna terang. skirt panjang untuk majlis kawin bermotifkan bunga kapas/ pucuk rebung. Suart di sangkut di bahu dan dibawa sapu tangan (Puyut berumbai) yang dihiasi bahagian tepi dengan rumbai-rumbai. leher-mandapanberbentuk seakan kalung yang dibuat daripada kain baldu yang dihiasi perak dan emas. kepala-serimpakseperti mahkota yang diperbuat daripada logam warna emas dan perak yang subang/anting-anting. serimpak-tingkat pertama (perahu) etnik samah terkenal sebagaipelayar yang hebat sebelum menetap di daratan. tingkat kedua (tanduk kerbau) terkenal dengan aktivitimenternak kerbau, lembu. selepas itu tingkat ketiga (peti emas) kejayaan etnik samah membawa petiemas yang mengandungi perhiasan emas dan permata dari China.diletakkan di rambut yang disanggul dan diikat dengan tali atau kainbagi menggetatkannya.


09 Etnik Suluk yang diketahui berasal dari Selatan Filipina iaitu Kepulauan Sulu. Etnik ini telah bermastautin di Negeri Sabah semasa zaman penjajahan British. Etnik Suluk ini dikatakan pernah menguasai sebahagian Utara Pulau Borneo sebelum Inggeris menjajah dan membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu. Etnik Suluk ini kebanyakannya menetap di bahagian Utara dan Pantai Timur Negeri Sabah.Etnik Suluk ini dikatakan sangat unik kerana mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisi walaupun dibawah satu suku iaitu Suluk. Antara pakaian tradisinya ialah Bajju Samda, Bajju Sablai, Bajju Siggpit,Bajju Kammisun dan sebagainya. SUKU KAUM SULUK PAKAIAN TRADISIONAL Bagi masyarakat suku kaum Suluk, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini masyarakat suku kaum Suluk masih mengekalkan Baju Tradisi sebagai pakaian di majlis-majlis keramaian.


PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM SULUK 10 Baju Lapi atau kuput Berino Badju Lapi adalahpakaian Suku kaum Suluk bagi kaum lelaki. Lapimendapat namanya daripada hujung belahantengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasidengan Butang Tambuko yang diperbuat daripadaEmas dan Perak di bahagian bahu, dada, danlengan baju. Baju Lapi ini dipadankan denganseluar Sawwal Kantiyu iaitu seluar yang berbentuklonggar ataupun Berino iaitu seluar ketat di bahagian betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan ButanEmas atau perak. Jika memakai Seluar Berino ia mestilah dipadankan dengaTali Pinggang Kandit atau kambut iaitu dililit di bahagian pinggang lelakataupun Pis Siabit yang di sangkut di atas bahu sebelah kiri atau kanan oleh spemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai tengkolok atau setanjadililit di atas kepala. Pis Siabit diperbuat daripada Kain Tenun Hablun. Baju Batawi atau Badju Batawi atau Kuput atau Baju sempit Badju Masigpit merupakan salah satu pakaian Wanita bagi kaum Suluk yang unik,cantik dan menarik.Baju ini lazimnya berlengan Panjang dan jika berlengan pendek setengahnyadinamakan Baju Batawi Pukul Tandu. Baju ini ketat dan sempit yang dihiasi dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada emas ataupun perak dibahagian bahu,dada,pinggang dan pergelangan tangan. Baju ini juga biasanya mempunyai 300 hingga 2000 butang Tambuko yang disaluti emas dan perak.Baju Batawi boleh dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu. Sawwal adalah seluar yang berbentuk besar dan longgar. Baju ini juga boleh dipadankan dengan kain Tenun Habul Tiyahian yang dipakai dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan sebelah tangan. Baju ini merupakan kebangaan yang bernilai dan berharga kerana mempunyai peninggalan warisan nenek moyang.


PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM SULUK 11 Baju Sablay adalah berbeza dengan Baju Batawi kerana baju ini mempunyai potongan yang longgar seakanakan baju kebaya ,Baju Sablay dipadankan dengan seluar longgar Sawwal dan dipadankan dengan kain Tenun atau kain bersulam Habul Tiyahian .Manakala, baju Samrah dikenakan bersahaja dan sering dipakai Ketika bekerja di rumah dan dijadikan pakaian harian. Baju Samrah ini diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil atau kain nipis yang jarang serta lembut. Baju Samrah ini dapat dipadankan dengan kain batik sarung Habul atau pelikat Tadjung.


Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke persisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas dan telupid. •Etnik Rungus juga tergolong dalam rumpun suku Kadazandusun dan minoriti penduduk etnik Rungus menetap di Kudat, Sabah. •Menurut masyarakat peribumi di Kudat, suku Rungus datang ke kawasan Kudat kerana mendapat kuasa daripada ‘Bobolizan atau Bobohizan’ yang terkemuka pada zaman itu. Pada pendapat Bobolizan itu, kawasan Kudat disebut sebagai “Dila Tana” yang bermaksud “Lidah Tanah”. Manakala menurut Jeubirin Bin Sopital (2000:47-48), etnik Rungus mempercayai bahawa mereka berasal daripada sebuah rumah panjang di dalam sebuah kampung yang di kenali sebagai “Nunuk Ragang” sebelum mereka berhijrah ke arah utara, Kudat. •Rungus merupakan salah satu kaum di sabah dan juga merupakan penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dusun Laut dan Dayak Dusun. Rungus berasal daripada perkataan “Rungsud”, iaitu nenek moyang suku kaum 12 SUKU KAUM RUNGUS PAKAIAN TRADISIONAL •Majoriti suku kaum ini menganuti agama Kristian meskipun terdapat beberapa fakta yang menyatakan etnik Rungus ini mengamalkan agama Pagan dan di juga dianggap tidak beragama kerana mereka dahulunya mengamalkan animisme.


PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM RUNGUS 13 MOTIF DOMINAN DALAM PENGHASILAN KAIN TENUNAN •Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak di telan zaman. Pakaian tradisional mereka adalah hasil daripada tenunan tangan mereka yang dikenali sebagai mangavol yang memaparkan nilai tradisinya berdasarkan teknik pembuatan dan hiasan motif yang dihasilkan. •Kain yang di tenun secara tradisional diusahakan oleh kaum Rungus yang berasal dari daerah Kudat, Sabah. Manakala, alat yang digunakan untuk menenun dikenali sebagai “Kek Sandang Belakang (Back strap loom) atau Babaal” dalam bahasa Rungus. •Suku kaum Rungus di Sabah, memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan mereka bahawa hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk yang jahat. Namun, ada segelintir pihak yang mengatakan penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu. Kain tenunan Rungus ditenunberdasarkan alam semulajadi yangdijadikan sebagai panduan merekadalam mencipta sesuatu motif. Denganadanya pelbagai jenis motif yangdijadikan sebagai hiasan pada kaintenunan itu, wujudlah pakaiantradisional Rungus. Untuk pengetahuan umum, terdapabanyak motif yang terdapat pada kaintenunan Rungus, antaranya ialah : Benurunsi yang bermotifkan siput dankerang Binongkok yang bermotifkan gambarankatak Binorokidung yang bermotifkan jejakular, atau Rinugading. Binugang yang bermotifkan burung Inugarang yang bermotifkan biawakatau cicak kecil Livato yang bermotifkan semangaatau hantu Mitotorunggak yang bermotifkankemasyarakatan Dan banyak lagi motif-motif yangdihasilkan oleh etnik Rungus yangberdasarkan alam semulajadi. motif-motif ini dikategorikan kepada 5 kategori iaitu : 1.Berbentuk orang 2.Berbentuk semangat atau hantu 3.Berbentuk binatang seperti cicak, biawak, katak, ular dan sebagainya 4.Bersumberkan geometri seperti piramid, tangga, pagar dan banyak lagi 5.Bersumberkan tumbuhan seperti bunga, rotan, rebung dan banyak lagi.


•Pakaian tradisional Rungus seringkali digunakan dalam upacara perkahwinan,menyambut pesta Kaamatan, mempersembahkan tarian tradisI. •Pakaian tradisi bagi kaum lelaki Rungus terdiri daripada baju Badu, seluar“Masap” ataupun “Tapi” iaitu skirt panjang dan tali pinggang yang dikenalisebagai hokos yang terdiri daripada kain berwarna merah, hijau dan kuning.Selain itu, pakaian di kepala pula di sebut sebagai “Sigal” yang dibuat daripadakain pis. Manakala aksesori lain yang ada dalam pakaian tradisional lelakiRungus ialah Tinggot, Sandai (Kain yang dipakai bersilang, Inavol, Pinakol,Ganggalung dan banyak lagi aksesori lain. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM RUNGUS 14 •Manakala pakaian tradisi bagi wanita rungus puladominan dengan manik-manik yang direka ciptasendiri. Pakaian tradisi rungus bagi wanita jugaterbahagi kepada dua iaitu Sukolob dan SulungMomogun. •Wanita Rungus pada zaman dahulu sentiasamemakai pakaian ini di dalam kehidupan merekaseharian. Namun, seiring berjalannya waktupakaian ini tidak lagi dipakai setiap hari, ia hanyadi pakai pada majlis-majlis tertentu sepertiperkahwinan, menyambut perayaan, kematian. Aksesori yang ada pada pakaian tradisional wanitaRungus ialah Banat yang dikenali sebagai bajuyang ditenun dari kain kapas dan bercorakkanmotif geometri.


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM RUNGUS 15 •. Manakala pakaian yang menutup bahu di sebut sebagai “Longon banat tondu”. Selain itu, “Tapi” yang digunakan sebagai skirt dan ditenun dari benang kapas. Aksesori di bahagian kepala pula, terdiri daripada Rampai, Sisingal, Titimbok, Sinusuk Rabung dan banyak lagi. Manakala aksesori bahagian leher pula, terdiri daripada Ganggalung, Sulau, Tinggot, Togkol dan banyak lagi. Seterusnya, aksesori lain yang turut di pakai adalah Sasandangon, Pinakol, dan saring yang di buat daripada gugusan gelang tembaga yang di pakai pada kedua belah tangan. •Manakala aksesori pada bahagian pinggang di kenali sebagai Orot, iaitu hiasan kalungan pinggang yang dibuat daripada gugusan manik dan juga gelangan tembaga. Akhir sekali, aksesori yang di pakai pada bahagian kaki pula di kenali sebagai Lungkaki, iaitu gelang kaki yang di lilit sehingga paras betis atau pun di atas buku lali. Lungkaki juga di buat daripada gelangan tembaga. SUKOLOB •Sukolob merupakan salah satu pakaian tradisi wanita kaum Rungus yang di wariskan secara turun temurun dari nenek moyang. •Sukolob juga merupakan pakaian harian yang dipakai oleh semua golongan umur wanita pada zaman dahulu. •Sukolob ini juga diperbuat daripada kain yang berwarna hitam dan ditambahkan dengan sedikit corak motif etnik Rungus. Sukolob ini dipakai sehingga paras dada lalu disimpul dengan ketat dibahagian dada supaya tidak mudah terbuka. Pakaian ini sangatlah unik apabila dipadankan dengan aksesori yang bersesuaian seperti Pinakol, Sasandangon, Ganggalung, Sulau dan sebagainya. Biasanya pakaian ini akan dipakai pada waktu tertentu sahaja seperti majlis perkahwinan, Pesta Kaamatan, Pesta Magahau dan banyak lagi


Pakaian tradisional memainkan peran penting dalam penghayatan etika dan peradaban karena ia mencerminkan nilai-nilai dan normanorma yang dipegang teguh oleh suatu masyarakat. Pemilihan pakaian tradisional sering kali dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti agama, adat istiadat, dan nilai-nilai budaya yang dianut oleh suatu kelompok. Dengan mengenakan pakaian tradisional, individu dapat mengekspresikan identitas mereka dan memberikan penghormatan terhadap warisan budaya. Pemakaian pakaian tradisional juga dapat menciptakan ikatan sosial dan solidaritas dalam masyarakat, memperkuat rasa kebersamaan yang didasarkan pada nilai bersama. Selain itu, pakaian tradisional dapat menjadi simbol kebanggaan atas warisan budaya dan memainkan peran dalam menjaga kontinuitas budaya dari generasi ke generasi. Penting untuk diingat bahwa makna pakaian tradisional dapat bervariasi di berbagai budaya dan wilayah, tetapi secara umum, mereka mencerminkan hubungan yang erat antara pakaian, etika, dan peradaban dalam suatu masyarakat. KESIMPULAN


Kindoyop, S., & binti Othman, N. A. (2021). Amalan dan Kepercayaan Tradisi Pemakaian Sunduk Masyarakat Dusun Tindal di Sabah. Jurnal Peradaban Melayu, 16(2), 13-19. REFERENCES NORDIN, N., & SAAT, G. (2022). ANTARA IDENTITI BAJAU SAMAH DAN BAJAU UBIAN, SEJAUH MANA PERBEZAANNYA: KAJIAN KES DI KAMPUNG PULAU GAYA ASAL, KOTA KINABALU, SABAH: BETWEEN THE IDENTITY OF BAJAU SAMAH AND THE BAJAU UBIAN, THE EXTENT OF THE DIFFERENCE: CASE STUDY IN KAMPUNG PULAU GAYA ASAL, KOTA KINABALU, SABAH. Jurnal Kinabalu, 28(1), 147-161. Mokhtar, S., Ationg, R., Zulhaimi, N. A., Muda, N., Muis⁷, A. M. R. A., Abdullah, A. S., ... & Bakar, A. L. A. (2021). Pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum suluk dalam ritual kematian: Satu tinjauan awal di Sandakan, Sabah. Journal of Islamic, 6(38). Azam, E. A. A., Bukhari, N. A. M., & Samsudin, N. H. (2022). TERMINOGRAFI BUSANA KADAZAN PENAMPANG: TERMINOGRAPHY OF KADAZAN PENAMPANG COUTURE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(2), 179-196.


Click to View FlipBook Version