NOTA TENTANG
PUISI MODEN
IAITU SAJAK
OLEH: CIKGU THIVA
* SEJARAH SAJAK
Sajak zaman awal masih mengekalkan sebahagian
besar ciri puisi yang konvensional itu tetapi lama
kelamaan sajak menjadi semakin bebas sehingga
akhirnya lahir apa yang dinamakan sajak eksperimen
! (merujuk kepada sajak-sajak 3V (dipelopori oleh A.
Ghafar Ibrahim), sajak suku kata dan sajak konkrit).
Walaupun sajak eksperimen sukar mendapat tempat di
media massa, kemunculannya tetap mewarnai peta
puisi tanah air.
SAJAK
OMMM! Sajak merupakan puisi Melayu moden yang berbentuk bebas
dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, rangkap,
rima dan sebagainya.
Sifat bebas yang dimiliki oleh sajak ini bermaksud keupayaan
dan kesediaan sajak dalam menerima bentuk-bentuk yang
terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan
bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan
sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk -
bentuk yang sedia ada. Kebebasan sajak dalam aspek bentuk
dapat dilihat melalui cara ianya dihasilkan dan ditulis. Namun,
sajak masih lagi terikat dengan penerapan dan penggunaan
bahasa sebagai medium penyampaian.
* SIFAT-SIFAT SAJAK
! TIDAK MEMPUNYAI IMBANGAN BUNYI YANG TETAP.
SAJAK TIDAK SEMESTINYA MENGEMUKAKAN PERTENTANGAN BUNYI ATAU
RIMA AKHIR DI HUJUNG TIAP-TIAP BARIS AYAT ATAU DIMANA-MANA JUGA.
MEMPUNYAI RANGKAP, TETAPI BILANGAN BARIS AYAT PADA SERANGKAP
TIDAKLAH TETAP.
MEMPUNYAI BARIS-BARIS AYAT YANG MEMBANGUNKAN RANGKAP.
MEMPUNYAI KEHARMONIAN ATAU PENYESUAIAN YANG BAIK ANTARA ISI
DENGAN BAHASA.
BENTUK-BENTUK SAJAK ?
Disitkhon
Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap
serangkap.
Terzina
Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris.
Quantrain
Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat
baris. Bentuknya lebih menyerupai pantun dan syair.
Quintain
Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau
kalimat.
Sextet
Sajak yang digubah dengan pemaikaian rangkap yang
terdiri daripada enam baris.
Oktaf (stanza)
Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalima.
ISI DALAM SEBUAH SAJAK *
Unsur pujaan
Unsur keagamaan
Unsur kesedihan
Unsur pengajaran
Unsur sindiran
Unsur percintaan
Unsur pengisahan
Tema sajak:-
Tema ialah persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh
penyair.
Tema diri: berdasarkan pengalaman diri.
Tema cinta: cinta akan kekasih, ibu bapa, tanah air,
bangsa dan negara.
Tema masyarakat: memaparkan simpati dan nasib
masyarakatnya di samping saranan penyajak tentang
langkah-langkah mengatasinya.
Tema alam: gambaran alam seperti keindahan dan
pencemaran alam.
Tema semangat perjuangan / nasionalisme: semnagat
pahlawan negara.
Tema ketuhanan & keagamaan: soal kesedihan,
kematian, kesedaran dan sebagainya.
CONTOH-CONTOH
SAJAK
!
SEKIAN, !
TERIMA
KASIH