The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

003 DSKP KSSM SAINS TINGKATAN 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Fakhrurrazi, 2024-04-21 20:58:22

DSKP SAINS TINGKATAN 3

003 DSKP KSSM SAINS TINGKATAN 3

KSSM SAINS TINGKATAN 3 89 9.0 CUACA ANGKASA LEPAS STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 9.1 Aktiviti matahari yang memberi kesan kepada Bumi Murid boleh: 9.1.1 Menerangkan dengan lakaran mengenai struktur dan fenomena yang berlaku di permukaan matahari. Cadangan aktiviti: Mencari maklumat dan membuat perkongsian mengenai struktur matahari iaitu teras, zon perolakan, zon radiasi, fotosfera, kromosfera dan korona. Nota: Contoh fenomena yang berlaku di permukaan matahari seperti granul, semarak suria, nyalaan suria, kitaran suria, tompok matahari, lentingan jisim korona dan angin suria. 9.1.2 Mewajarkan kepentingan magnetosfera Bumi. Cadangan aktiviti: Mencari maklumat dan membuat perkongsian mengenai magnetosfera dari segi definisi, pembentukan, bentuk dan kepentingannya. Membuat sumbang saran keadaan di Bumi tanpa magnetosfera.


KSSM SAINS TINGKATAN 3 90 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 9.2 Cuaca angkasa 9.2.1 Berkomunikasi mengenai cuaca angkasa lepas dan kesannya terhadap Bumi. Cadangan aktiviti: Mencari maklumat dan membuat perkongsian mengenai cuaca angkasa lepas dari segi definisi dan kesannya ke atas Bumi seperti pembentukan fenomena aurora, gangguan telekomunikasi, sistem navigasi serta talian kuasa elektrik. Menginterpretasi data cuaca angkasa lepas dengan menghubungkait bilangan tompok matahari (kitaran suria) dengan peningkatan lentingan jisim korona dan angin suria. Nota: Aurora terbentuk apabila sinaran kosmik menghentam atom gas dan molekul dalam atmosfera bumi.


KSSM SAINS TINGKATAN 3 91 STANDARD PRESTASI CUACA ANGKASA LEPAS TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai cuaca angkasa lepas. 2 Memahami cuaca angkasa lepas dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut. 3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai cuaca angkasa lepas dan dapat melaksanakan tugasan mudah. 4 Menganalisis pengetahuan mengenai cuaca angkasa lepas dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam. 5 Menilai pengetahuan mengenai cuaca angkasa lepas dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan. 6 Mereka cipta dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai cuaca angkasa lepas dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.


KSSM SAINS TINGKATAN 3 92 10.0 PENEROKAAN ANGKASA LEPAS STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 10.1 Perkembangan dalam astronomi Murid boleh: 10.1.1 Menerangkan dengan lakaran mengenai perkembangan sejarah model Sistem Suria. Cadangan aktiviti: Menjalankan aktiviti pembacaan aktif dengan melayari laman sesawang atau membuat lawatan akademik ke Planetarium Negara untuk mendapatkan perkembangan bagi model yang dibina oleh: Ptolemy Copernicus Kepler Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal. 10.2 Perkembangan dan teknologi dalam penerokaan angkasa lepas 10.2.1 Berkomunikasi mengenai kepentingan perkembangan teknologi dan aplikasinya dalam penerokaan angkasa lepas. Cadangan aktiviti: Membuat pembacaan aktif dan persembahan multimedia mengenai: Sejarah permulaan penerokaan angkasa lepas. Pembinaan roket, satelit dan kuar angkasa. Teknologi penderiaan jauh (remote sensing) yang digunakan dalam pertanian, geologi, pengurusan bencana, pertahanan dan sebagainya.


KSSM SAINS TINGKATAN 3 93 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN Nota: Peranan Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dijelaskan. 10.2.2 Mewajarkan keperluan meneruskan penerokaan angkasa lepas. Cadangan aktiviti: Jalankan perdebatan bagi mengupas isu penerokaan angkasa lepas dalam konteks tempatan dan global.


KSSM SAINS TINGKATAN 3 94 STANDARD PRESTASI PENEROKAAN ANGKASA LEPAS TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai penerokaan angkasa lepas. 2 Memahami penerokaan angkasa lepas dan dapat menjelaskan kefahaman tersebut. 3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai penerokaan angkasa lepas dan dapat melaksanakan tugasan mudah. 4 Menganalisis pengetahuan mengenai penerokaan angkasa lepas dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam. 5 Menilai pengetahuan mengenai penerokaan angkasa lepas dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan. 6 Merekacipta dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai penerokaan angkasa lepas dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.


95 PANEL PENGGUBAL 1. Dr. Rusilawati Binti Othman Bahagian Pembangunan Kurikulum 2. Aizatul Adzwa Binti Mohd. Basri Bahagian Pembangunan Kurikulum 3. Md. Osmira Bin Mohid Bahagian Pembangunan Kurikulum 4. Azmi Bin Harun Bahagian Pembangunan Kurikulum 5. Ruslawati Binti Mat Isa Bahagian Pembangunan Kurikulum 6. Kasdi Bin Kamin Bahagian Pembangunan Kurikulum 7. Prof. Datuk Dr. Omar Bin Shawkataly USM, Pulau Pinang 8. Dr. Nooraain Binti Hashim UiTM, Shah Alam 9. Dr. Mai Shihah Binti Abdullah UPSI, Tanjong Malim 10. Dr. Chua Chong Sair IPGK Sg,Petani, Kedah 11. Hajah Nor Ruzaini Binti Jailani IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur 12. Tan Mun Wai IPGK Teknik, Bandar Enstek. Nilai 13. Lau Chen Chen Agensi Angkasa Negara 14. Jeyanthi a/p Annamalai SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur 15. Morgan a/l T.Vadiveloo SMK St.Paul. Seremban 16. Noraini Binti Nasikin SMK King Edward VII, Taiping 17. Pradeep Kumar Chakrabarty SMJK Yu Hua Kajang 18 Rema Ragavan SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya 19 Roslan Bin Yusoff SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan 20 Saodah Binti Sharif SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban 21 Wong Choy Wan SMK Buntong, Ipoh


96 PENGHARAGAAN Penasihat Dr. Sariah Binti Abdul Jalil Pengarah Rusnani Binti Mohd Sirin Timbalan Pengarah (Kemanusiaan) Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah (STEM) Penasihat Editorial Haji Naza Idris Bin Saadon Ketua Sektor Dr. Rusilawati Binti Othman Ketua Sektor Mohamed Zaki bin Abd. Ghani Ketua Sektor Mahyudin bin Ahmad Ketua Sektor Mohd Faudzan Bin Hamzah Ketua Sektor Faizah Binti Zakaria Ketua Sektor Mohammed Salim Bin Taufix Rashidi Ketua Sektor Hajah Norashikin Binti Hashim Ketua Sektor


Click to View FlipBook Version