The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IZZATI RUSLAN, 2021-11-29 09:02:28

BUKU PROGRAM MAJLIS LAMBAIAN KASIH

BUKU PROGRAM MAJLIS LAMBAIAN KASIH

9.00 pagi : Perarakan VVIP ke Majlis Lambaian Kasih Abadi (diiringi
oleh pengurusan, pensyarah, staf dan pelajar)
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
Persembahan pelajar
Ucapan Pn. Hjh. Yusni Bt. Abdul Murad, Pengarah KV
DUHMS
Tayangan slaid 1
Ucapan Tn. Hj. Hasanar Kunju B. Mohamed Kunju
(Timbalan Pengarah Akademik KV DUHMS)
Tayangan slaid 2
Ucapan En. Zaharuddin B. Mohd Zaki
(Anggota Kumpulan Pelaksana KV DUHMS)
Persembahan pensyarah
Penyampaian sijil persaraan
Penyampaian hadiah

12.10 tengah hari : Perarakan ke upacara gimik persaraan
Upacara gimik persaraan
Thumb print
Jamuan
Perarakan keluar (Send off)

1.30 petang : Bersurai

Tuan Haji Hasanar Kunju Bin Mohamed Kunju
(1987-2021)

Tuan Haji Hasanar Kunju Bin Mohamed Kunju dilahirkan di Kuaters Pertanian
di Kampung Batu Hampar, Rembau pada tanggal 25 Disember 1963. Putera pasangan
Mohamed Kunju Bin Abd Rahman dan Fatimah Bee Binti Ibrahim ini merupakan anak
kedua daripada 6 orang adik-beradik.

Beliau memulakan alam persekolahan di Sek. Keb. Undang Rembau 1975
seterusnya beliau menyambung persekolahan di Sek. Men. Undang Rembau bermula
tahun 1976 sehingga 1980. Berkat kegigihan dan semangat yang tinggi dalam
mengejar cita-cita, beliau dapat menyambung pengajiannya pada peringkat Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Gurney
Kuala Lumpur dari tahun 1981 sehinggalah 1986.

Usai menamatkan pengajian Tuan Haji Hasanar memulakan tugas sebagai
pendidik di Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip pada tahun 1987
yang dahulunya dikenali sebagai Sek. Men. Vokasional ERT, Rembau sebagai guru
mata pelajaran Matematik. Di sinilah beliau berkhidmat sehingga penghujung
perkhidmatan.

Hasil perkongsian hidup bersama-sama isteri tercinta, Pn. Hajah Safurah Binti
Omar, yang termeterai pada tahun 1990, mereka dikurniakan empat cahaya mata
penyeri hidup. Permata sulung diberi nama Muhammad Mustaqim Bin Hasanar
Kunju merupakan seorang Hafiz Al-Quran dan sedang berkhidmat di Madrasah Ba-
tang Kali, Hulu Selangor. Putera kedua diberi nama Muhammad Muzzammil Bin Ha-
sanar Kunju peroleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik di Universi-
ti Teknologi Melaka(UTeM) dan kini sedang bekhidmat di sebuah syarikat swasta .
Satu-satunya puteri pasangan ini ,Muhsinah Bt. Hasanar Kunju, sedang melanjutkan
pelajaran di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Kewangan Islam di Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS). Putera bongsu beliau, Muhammad Muzakkir Bin
Hasanar Kunju pula sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda
dalam Bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Tanpa menoleh ke belakang lagi, jawatan sebagai pendidik menjadikan be-
liau seorang yang komited merealisasikan visi dan misinya. Beliau mula mencip-
ta kejayaan demi kejayaan di KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip sebagai
Ketua Bidang Sains dan Matematik pada 1 Julai 2009. Atas kecemerlangan
perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan , beliau diberi tanggungjawab sebagai
Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada 1 November 2010. Kecemerlangan
demi kecemerlangan akhirnya membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan
Pengarah Akademik pada 1 September 2016 sehingga kini.

Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Tuan Haji Hasanar
terhadap kerjayanya sejak mula berkhidmat sehingga ke hari ini telah mendapat
penghargaan apabila beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1996 dan 2010.

Sesungguhnya , Tuan Haji Hasanar layak digelar sebagai pendidik
berwawasan. Jasa dan budi yang ditaburkan sepanjang berkhidmat dalam bidang
pendidikan tidak mampu untuk dihitung lagi. Banyak kejayaan telah diraih
sepanjang perkhidmatan beliau. Tahniah kami ucapkan.

Kolej sudah pastinya akan kehilangan sebutir bintang yang bercahaya.
Walaupun yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun
kehilangannya sukar dicari ganti. Kepada Tuan Haji Hasanar, terima kasih kami
ucapkan daripada kami warga KV DUHMS atas budi dan jasa yang telah ditabur.
Jasa dan baktimu akan kami kenang sepanjang hayat. Akhir kata kami warga KV
DUHMS mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya .

Tanam lenggudi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi Tuan kami tidak lupa,

Telah terpahat di dalam hati.



En. Zaharudin bin mohd zaki
(2009-2021)

En. Zaharudin Bin Mohd Zaki dilahirkan di Kampung Astana Raja,
Kota ,Rembau, Negeri Sembilan pada tanggal 11 April 1972. Beliau telah
mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta iaitu Hashimah Binti
Shafiee . Kebahagiaan mereka semakin mekar apabila mereka dikurniakan
4 orang putera dan 2 orang puteri.

Alam kerjaya En, Zaharudin bermula seawal tahun 1990. Beliau telah
berkhidmat sebagai guru sandaran di Sek. Men. Sultan Muzaffar Shah,
Lambor Kanan, Perak dan di Sek. Keb. Changkat Banjar tanjung Belanja,
Parit, Perak selama dua tahun .

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Institut Latihan Belia
Negara, Skudai, Johor dalam jurusan Juruelektrik Domestik dan Industri
selama dua tahun. En. Zaharudin pernah berkhidmat di sebagai
Juruteknik di Bangi Industrial Park selama 9 tahun. Jawatan terakhir beliau
di Bangi Industrial Park adalah sebagai Junior Executive selama. Pada tahun
2021 beliau mendapat tawaran sebagai Eksekutif di Bahagian Industri,
Research and Development New Model Set Up di Senawang Negeri Sembilan.

Pada tahun 2009 En. Zaharudin memulakan kerjaya beliau sebagai
penyelia asrama. Beliau ditempatkan di Sek. Men. Agama Haji Mohd
Yatim, Kota, Negeri Sembilan sehingga tahun 2016. Kemudian beliau
ditugaskan di Sek. Men. Agama Gemas, Gemas Negeri Sembilan bermula
pada tahun 2016 sehingga 2018. Pada tahun 2018 beliau mula bertugas di
Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip sehingga tahun
2021 dan di sinilah tempat yang terakhir beliau menabur bakti.

Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh En. Zaharudin
terhadap kerjayanya sejak mula berkhidmat sehingga kini dapat dibuk-
tikan apabila beliau pernah dilantik sebagai Jurulatih Penyelia Asrama
Negeri dan beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Persatu-
an Penyelia Asrama Negeri Sembilan.

Kepada En. Zaharudin, terima kasih kami ucapkan dari kami warga
KV DUHMS atas budi dan jasa yang telah ditabur. Jasa bakti tuan akan
dikenang sepanjang zaman. Kami mengucapkan Selamat Bersara dan
Selamat Maju Jaya.

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung

Hendak membeli tikarlah rotan

Budi dikenang bakti disanjung

Kekal subur dalam ingatan



PENGERUSI : : Pn. Hjh. Yusni Bt. Abdul Murad

NAIB PENGERUSI : : Pn. Roslina Bt. Mohd Yasin
PENYELARAS :
PENOLONG PENYELARAS : : Pn. Che Samsiah Ghani Bt. Musa
SETIAUSAHA : : Pn. Sariah Bt. Gimen
PENOLONG SETIAUSAHA :
BENDAHARI : : Cik Afiqah Bt. Mustapa Nor
PENOLONG BENDAHARI : Cik Nurul Syarmila Bt. Jamari
KOORDINATOR : Cik Nurul‘ Atiqah Bt. Riswan
: Pn. Foziana Bt. Isa

: Pn. Norsa’adah Bt. Nordin (A, B, C, D, E )
Pn. Nurazmira Bt. Mohamed Noor (F, G, H, I)
Pn. Tee Hua Man ( J, K, L, M )
Pn. Rosyati Bt. Miskan :(N, O, P )
Pn. Hema Bt. Dahdi ( Q )

SAMBUTAN PERSEDIAAN SAMBUTAN
Pn. Hjh. Yusni Bt. Abdul Murad Cik Nurul Fahani Bt. Mohd Shapia (K)
Puan Roslina Bt. Mohd Yasin Cik Arma Ibwana Bt. Ibrahim
Puan Noralina Bt. Somah Pn. Siti Nurul Nadiah Bt. Huslan
Puan Foziana Bt. Isa Pn. Ainur Ashikin Bt. Zainul Abidin
Pengurusan Pn. Asmawanie Bt. Asri

JURUACARA MAJLIS HADIAH DAN CENDERAMATA
Pn. Fatin Safirah Bt. Muslim (K) Cik Noor Ainon Bt. Abu Bakar (K)
En. Mohd Nadzren B. Hamid Pn. Siti Asmah Bt. Ibrahim
Pn. Nurul Suaida Bt. Kamaruddin
KAWALAN LALU LINTAS
Pengawal Keselamatan JURUFOTO
Cik Nur Aida Bt. Mohd Rosli (K)
BACAAN DOA Pn. Hafizah Bt. Mohd Ariffin
Ustaz Muhammad Hakim Aysar B. Nazli

DOKUMENTASI GIMIK PERSARAAN

Cik Nur Aqilah Zaleha Bt. Sahak En. Shuhaizal B. Abdul Ghani (K)
P.A SISTEM Pn. Musdalifah Bt. Mohd Nasir
En. Yasmir b. Mohd Yusof (K) Pn. Siti Azalia Bt. Ahamad Tarmazi
Tc. S David a/l Selvanayagam Pn. Nurainul Fazleen Bt. Kamarudin
En. Asmawi B. Mohd Noor

PERSEMBAHAN BUKU PROGRAM
Cik Ainnul Izzati Bt. Ruslan
Pn. Nor Shafiza Bt. Suhaimay (K)
Pn. Ain Zubaidah Bt. Mohammad Shariffuddin
Pn. Zulaikha Bt. Nahar

DISIPLIN PELAJAR TAYANGAN SLAID

Pn. Nur Aqilah Bt. Abdullah Pn. Shamimi Bt. Mohd Zaki (K)
Pn. Faslina Bt. Abdul Ghani Pn. Farah Aqilah Bt. Abdul Rahman

PERSIAPAN TEMPAT JAMUAN

En. Mohd Safuan B. Abu Bakar (K) Pn. Zuryda Fitri binti Abd Aziz (K)
Pn. Nur Adibah Aimi Bt. Abdul Aziz
DEWAN MAKAN, BUNTING, BANNER, & BACK- Pn. Quzaitul Izzati Bt. Hisham
DROP Pn. Faizatun Akma Bt. Ibrahim
En. Mohd Fawwaz B. Abdullah Pn. Jakiah Bt. Mahat
En. Amir Aqwaludin B. Ismail Cik V.G Alice Gomez
En. Noor Asmadi B. Osman Pn. Normah Bt. Ali
En. Arif B. Md. Atan Pn. Shafrah Bt. Mohamad Zain
En. Muhamad Nur Arif B. Ibrahim En. Mohd Adam B. Ismail
Pn. Norfaradila Bt. Abdul Malek
RESTORAN ANGSANA DAN HASANAH CAFE En. Zaid Bin Mad Zin
Pn. Maslina Bt. Mauluf En Syafiq B. Kamaruddin
En. Wan Amirul B. Wan Mohd Radzuan
Pn. Siti Halawiyah Bt. Sudin

KEBERSIHAN (RESTORAN, HASANAH CAFE) PENAJAAN

Pn. Wan Noor Shahida Bt. Wan Isa Pn. Norliza Bt. Zakaria (K)
Pn. Ummul Khairi Fatimah Bt. Mohd Redza Pn. Roslinda Bt. Rosli
Pn. Shamini Nair a/p Sridaran

Sekalung Penghargaan

dan ucapan terima kasih kepada

Pn. Noratiqah Binti Abd. Malek
Pn. Rahaliza Binti Abd Rahim

Pn. Wan Aisyah Bt. Md. Arif
Pn. Norlinda Binti Norjaya

Pn. Rogayah Bt. Yahya
Pn. Rafidah Binti Razak
Pn. Rohayu Binti Abdul Rahman

En. Zaimi Bin Zulkifli
Chef Jah Binti Makhzum

SJ Aman Enterprise
Pn. Syasya Wong

Pn. Jufarahdila Bt. Jumat
dan semua yang menyumbang secara langsung

atau tidak langsung bagi menjayakan
Majlis Lambaian Kasih Abadi
2021

Shila Amzah

Bergetar jiwa di persada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar di percaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mengalun suara susuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita 'kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Ku ingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita 'kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mungkin di sini kita 'kan terpisah
Kenangan bersama
Kenangan bersama
Kenangan bersama

Mungkin di sini kita 'kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa


Click to View FlipBook Version