The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SK AMAN JAYA, 2022-04-11 10:48:15

npmx

npmx

Jam di dinding menunjukkan pukul 4.00
petang. Aku termenung di jendela
sambil melihat cucuran air hujan yang
turun membasahi bumi. Saat itu aku
rasakan kebosanan yang kian memuncak.
Pandanganku beralih ke arah rak buku
yang terletak di suatu sudut di dalam
kamarku. Lalu aku mencapai sebuah
buku yang bertajuk ‘ Menerokai Alam
Angkasa’. Baru aku teringat bahawa
buku itu aku beli beberapa hari yang
lalu.

Aku berjalan sambil memegang
buku itu dan menuju ke arah katil.
Setelah itu, aku berbaring di atas katil.
Ku amati setiap helaian yang ada pada
buku itu satu persatu. Tiba-tiba
fikiranku melayang. Aku mengelamun
bahawa aku berada di angkasa lepas.

Aku berasa sangat seronok saat itu
kerana dapat melihat bulan, matahari,
bintang dan planet-planet yang lain.
Aku terpegun melihat ciptaan Allah yang
sungguh indah.

Aku tertarik melihat bintang
yang beraneka jenis,corak dann bentuk.
Aku meneruskan perjalananku dengan
kapal angkasa sambil melihat planet
yang sangat cantik seperti Planet Zuhal.
Planet Zuhal merupakan planet keenam
dan planet kedua terbesar di dalam
sistem suria selepas Planet Musytari.
Planet Zuhal mempunyai satu cecincin
yang kebanyakkannya terdiri daripada
air batu dengan sejumlah serpihan
batuan dan debu seperti yang
diberitahu oleh Cikgu Burhan guru
Sainsku.

Aku meneruskan lagi
pengembaraanku dengan melihat Planet
Marikh. Planet Marikh terkenal dengan
permukaannya yang merah apabila
dilihat dari langit.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat
makhluk berwarna hijau. Hatiku mula
berbisik “ Adakah makhluk itu yang
dikatakan sebagai makhluk asing seperti
yang terdapat dalam filem-filem cereka
Hollywood. Aku terus menghampiri
makhluk itu dengan kapal angkasa yang
aku naiki. Perasaan ingin tahuku begitu
membuak-buak sehingga aku lupa
bahawa mungkin makhluk itu berbahaya.

Aku terus mengekori mahluk itu
ke satu tempat yang tidak aku ketahui.
Tiba-tiba terdapat satu cahaya yang
sangat terang menyinari mataku
sehinggakan aku tidak dapat melihat
dengan jelas.

Rupa-rupanya, ibu menyalakan lampu
dikamar tidurku. Saat itu kulihat jam di
dinding menunjukkan hampir pukul 6.10
petang. Rupanya aku bermimpi
mengembara ke alam angkasa. Sambil
tersenyum aku menutup kembali buku
yang aku pegang tadi dan terus ke bilik
air mengambil wuduk

1. Rekodkan bacan kamu ke dalam fail Nilam

atau
Klik link tersebut untuk dicatat ke dalam GF e-Nilam

https://forms.gle/ngCCVJ18U7cHuGjv7


Click to View FlipBook Version