TAJUK: Peranan agama dalam memerangi rasuah Integriti & Anti Rasuah KUMPULAN 2 BLHW 2792
ISI KANDUNGAN AHLI KUMPULAN PENGHARGAAN PENGENALAN KAJIAN LITERATUR 1 METODOLOGI KAJIAN ISU, PERANAN, KESAN CADANGAN, KESIMPULAN 2 3 4 5 6 7
AHLI KUMPULAN MUHD NUR HAIQAL (B052220080) MUHD AMIR SYAHMI (B052220062) KEVIN GAN WEI SIAN (B052220049) AMIRA NATASHA (B052220034) FARAH BATRISYA (B052220040) AHLI KUMPULAN BERSAMA YBHG DR. MAHADI BIN ABU HASSAN
Penghargaan Pertama sekali, kami ingin menyampaikan rasa kesyukuran terhadap Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami sekumpulan berjaya menyiapkan kertas kerja kami yang bertajuk ‘Peranan Agama dalam Memerangi Rasuah’ ini. Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan kami sampaikan kepada YBHG Dr. Mahadi Bin Abu Hassan yang telah banyak memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar kepada kami sekumpulan dalam perlaksanaan tugasan ini. Yang terakhir, kami juga ingin menyampaikan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian, Terima Kasih.
P ENG enalan RASUAH ? Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. CONTOH ? HUKUM BAGI KESALAHAN RASUAH? Penjara tidak lebih 20 tahun & denda tidak kurang 5x nilai suapan atau Rm 10,000. (mengikut mana lebih tinggi) AGAMA DALAM MEMERANGI RASUAH. Islam mengharamkan jenayah rasuah dan cara hidup tidak berintegriti. Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Al-Baqarah: 188)
Kajian Literatur Agama Senjata Ampuh Perangi Rasuah Kajian literatur ini bertujuan untuk mengkaji pelbagai perspektif, teori, kajian empirik, dan inisiatif praktikal berkaitan dengan peranan agama dalam menangani rasuah.
02 04 Teori ini mencadangkan bahawa agama, melalui ajaran moral dan norma sosialnya, bertindak sebagai satu bentuk kawalan sosial yang menghalang individu daripada terlibat dalam tingkah laku rasuah. 03 Teori ini memberi tumpuan kepada peranan institusi agama dalam mempromosikan tingkah laku beretika dan akauntabiliti, dengan pemimpin agama bertindak sebagai pihak berkuasa moral yang mempengaruhi norma dan jangkaan masyarakat. Teori ini meneroka bagaimana kepercayaan agama boleh mewujudkan disonans kognitif dalam individu yang terlibat dalam perbuatan rasuah, yang membawa kepada konflik dalaman dan potensi pencegahan daripada tingkah laku tersebut. KAWALAN SOSIAL INSTITUSI DISONANS KOGNITIF Perspektif budaya menekankan bagaimana kepercayaan dan nilai agama membentuk sikap terhadap rasuah, dengan tradisi agama tertentu mempromosikan kejujuran, keadilan dan integriti sebagai prinsip teras. BUDAYA TEORI: 01
KAJIAN KORELASI PERBANDINGAN SILANG BUDAYA Pemerhatian atau eksperimen langsung untuk mengumpul data, bergantung pada bukti daripada pemerhatian, pengukuran, atau eksperimen dan bukannya spekulasi. K A J I A N E M PIRIK A L Diukur dengan faktor seperti kehadiran ke majlis keagamaan, kekerapan solat, dll. dan sikap terhadap rasuah, selalunya mendapati tahap religiositi yang lebih tinggi dikaitkan dengan toleransi yang lebih rendah terhadap rasuah. Kajian perbandingan merentasi konteks agama dan budaya yang berbeza telah meneroka variasi dalam sikap dan tingkah laku anti-rasuah, menonjolkan pengaruh ajaran agama dan norma sosial. Penyelidikan membujur menjejaki perubahan dalam persepsi dan tingkah laku rasuah dari semasa ke semasa dalam komuniti agama, menawarkan pandangan tentang kesan jangka panjang ajaran agama terhadap kelakuan beretika. KAJIAN MEMBUJUR
BAGAIMANAKAMIMENJALANKAN KAJIANEMPIRIKALMELALUI MENEMUBUALRESPONDEN? Tentukan Objektif: Tentukan apa yang anda ingin pelajari daripada temu bual. Langkah1 Pilih Peserta Pilih individu yang berkaitan berdasarkan fokus kajian anda. Langkah2 Sediakan Soalan Buat senarai soalan untuk membimbing temu bual. Langkah3 Jalankan Temubual Tanya soalan anda dan rekod atau ambil nota semasa perbualan. Langkah5 Analisis Respons Semak data temu bual untuk corak atau pandangan. Langkah6 Buat Kesimpulan Gunakan data untuk membuat kesimpulan atau membuat pemerhatian yang berkaitan dengan objektif penyelidikan anda. Langkah7 Dapatkan Persetujuan Dapatkan kebenaran daripada peserta sebelum memulakan temu duga. Langkah4 Laporan Penemuan Kongsi keputusan anda dengan cara yang jelas dan teratur, memetik petikan atau contoh daripada temu bual. Langkah8
Metodologi Kajian Kaedah Kajian Kajian Kuantitatif: Soal selidik Kajian Kualitatif: Temu bual, rujukan Soal Selidik Soal selidik telah dijalankan secara atas talian dengan melalui “Google Forms”. Soal selidik yang telah dijalankan ini telah dijawab oleh golongan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu; Bahagian A : Latar Belakang Bahagian B : Kandungan Soal Selidik Bahagian C : Keberkesanan Usaha-usaha Agama Dalam usaha untuk memahami pandangan masyarakat tentang peranan agama dalam memerangi rasuah, beberapa kaedah kajian telah dilakukan. Penyelidikan ini bertujuan untuk menggali dengan lebih mendalam mengenai pandangan mereka terhadap isu ini.
Temu bual Sebelum sesi ini diadakan, kami telah menyediakan protokol temu bual terlebih dahulu. Sebanyak 5 soalan telah dikemukakan untuk dijawab oleh para responden. Kami telah menemu bual 3 orang yang terdiri daripada kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, iaitu; Nur Amirah Syafina Binti Faizularfin, 22 tahun, beragama Islam. 1. 2.Wei Wei Xiang, 22 tahun, beragama Buddha. 3.Kirthana A/P Chellababu, 23 tahun, beragama Hindu. Rujukan Kaedah rujukan telah digunakan dalam memperolehi maklumat lanjut berkaitan dengan peranan agama dalam memerangi rasuah. Antara sumber yang telah digunapakai ialah ; Kamus Dewan Laman Web Blog Bahan-bahan rujukan ini telah membantu kami dalam memberikan maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan isu ini.
Isu rasuah melibatkan agama Kontroversi Tabung Haji Tabung Haji adalah institusi kewangan Islam yang bertanggungjawab untuk mengurus dana simpanan haji dan umrah bagi umat Islam Malaysia. Pada tahun 2019, Tabung Haji menggunakan dana simpanan haji untuk tujuan yang tidak sah, termasuk menutup kerugian pelaburan yang tidak menguntungkan. Individu dalam pengurusan Tabung Haji juga dituduh terlibat dalam konflik kepentingan dengan mengambil keputusan yang menguntungkan diri sendiri atau pihak terkait. Kontroversi Jabatan Agam Islam (JAKIM) Kes yang dilaporkan berkaitan dengan Jakim ialah rasuah melibatkan permohonan lesen perniagaan halal dan proses prmilihan sijil halal. Pegawai- pegawai di Jakim menerima rasuah untuk mempercepatkan proses pemohonan, memalsukan dokumen bagi mendapatkan kelulusan, atau memanipulasi proses penilaian untuk memenuhi kriteria halal tanpa mematuhi sepenuhnya kelayakan yang ditetapkan.
PERANAN AGAMA DALAM MEMERANGI RASUAH Mengajar etika dan moral Agama memberikan landasan etika dan moral yang kuat yang menekankan nilai-nilai seperti kejujuran, keadilan, dan bertanggungjawab. Ajaran agama tidak hanya mempengaruhi individu untuk bertindak dengan integriti, tetapi juga membentuk kesedaran kolektif tentang pentingnya menentang amalan rasuah dalam masyarakat. menekankan konsep keadilan Agama mengajar bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Tuhan dan layak menerima perlakuan yang adil dan saksama. Rasuah, yang sering kali menguntungkan golongan tertentu sementara merugikan yang lain, melanggar prinsip-prinsip keadilan ini. Ajaran agama mendorong individu untuk melawan dan menentang segala bentuk diskriminasi dan ketidakadilan, termasuk rasuah. Menegaskan konsep tanggungjawab Agama mengajar penganutnya untuk menjalakan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah dan jujur. Para penganut agama diajar untuk menggunakan kuasa dengan bertanggungjawab dan untuk kebaikan bersama, bukan untuk kepentingan diri sendiri atau golongan tertentu.
KESAN JIKA RASUAH TERUS BERLELUASA Kesan kepada agama Hilang kepercayaan Rasuah akan merosakkan keyakinan nilai-nilai yang dipegang tinggi oleh agama. Agama akan dipandang rendah dan pengaruh pemimpin agama akan menurun dan timbulkan ketidakpastian tentang integriti agama. Keadilan terancam Keadilan akan terancam kerana agama mengajar nilai keadilan sosial dan menegak hak - hak asasi manusia. Contohnya berlaku penyelewengan dana dalam pengurusan keagamaan akan menjejaskan keadilan dalam pengagihan sumber. Kerosakan moral dan etika Rasuah melibatkan pemimpin agama akan menghancurkan contoh yang baik kepada rakyat. Masyarakat akan mencipta persepsi bahawa amalan rasuah boleh diterima dalam pengurusan keagamaan dan kesannya merosakkan akhlak masyarakat.
CADANGAN UNTUK MEMERANGI RASUAH Pihak sekolah Memperkukuh subjek Pendidikan Islam dan moral supaya dapat membentuk generasi yang bermoral. Mengadakan ceramah sekolah yang bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang atau pertubuhan anti-rasuah. Pihak ibu bapa Menjadi contoh teladan dengan mengamalkan nilai agama seperti kejujuran, amanah dan keadilan dalam kehidupan seharian. Boleh memberikan bimbingan dan nasihat yang betul dari semasa ke semasa supaya generasi muda akan mengikuti prinsip kejujuran dan menentang rasuah dalam semua bentuknya.
Pihak kerajaan Memastikan pendidikan agama disediakan di sekolahsekolah dengan kualiti yang tinggi. Meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran awam, dan memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan telus. Pihak media massa Membawa nilai agama kepada masyarakat melalui berita, dokumentari dan rancangan keagamaan supaya masyarakat dapat menjauhkan diri daripada gejala rasuah. Membantu organisasi masyarakat dan badan antirasuah dengan memberi liputan yang luas dan menyokong program mereka. Menyediakan ruang komen masyarakat, forum awam dan program perbincangan yang membolehkan pelbagai pendapat dan perspektif tentang isu rasuah dapat dibincang oleh masyarakat.
Agama menekankan nilai-nilai asas kehidupan seperti kejujuran, amanah dan keadilan Masyarakat yang diberi pendidikan agama yang baik lebih cenderung untuk menolak rasuah dan menerapkan integriti dalam diri sendiri. Agama juga dijadikan sebagai sistem nilai yang jelas dan garis panduan moral kepada masyarakat Malaysia supaya mereka dapat membuat keputusan yang bermoral. Agama memegang peranan yang penting dalam menentang rasuah melalui pengajaran nilai-nilai moral yang kuat kepada individu dan masyarakat. kesimpulan