The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanyusmazirawanyusoff, 2021-08-27 10:26:40

SAJAK ROTI TING.2

SAJAK ROTI TING.2

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2
~SAJAK~
ROT I

CIKGU WAN YUSMAZIRA BINTI WAN YUSOFF

1

MAKSUD

RANGKAP 1

Dari sebuah dapur yang bercerobong asap, penulis dapat menghidu bau roti yang
sedang dibakar sehingga menyebabkan air liurnya terkecur.

RANGKAP 2

Oleh sebab lapar, bau roti yang bakal dihidangkan dianggap rangup dan segar
oleh penulis yang semakin berselera.

RANGKAP 3

Apabila roti dihidangkan, penulis makan sekeping demi sekeping untuk memenuhi
nafsu kelaparannya sehingga perutnya berasa kenyang dan dia pun bersendawa
puas.

2

RANGKAP 4 MAKSUD

❑ Oleh sebab penulis seorang yang beriman, dia berasa bahawa makan
terlalu kenyang tidak begitu baik kerana banyak lagi insan malang yang
kelaparan.

❑ RANGKAP 5

❑ Oleh sebab penulis seorang yang bersyukur dan beriman, dia berharap agar
kedamaian dapat dirasai di seantero dunia demi masa depan yang lebih
baik.

3

T EMA

Tema sajak ini ialah kesyukuran dan keimanan seseorang yang dapat makan
roti. Tanda-tanda kesyukurannya jelas kelihatan apabila dia memikirkan
masalah kelaparan yang sedang dihadapi oleh golongan yang tidak
berkemampuan. Di samping itu, dia juga berharap agar dunia menjadi semakin
aman dan manusia dapat hidup dengan keimanan dan kesyukuran buat selama-
lamanya.

4

PERSOALAN

❑ Kepentingan makanan dalam kehidupan.
❑ Roti ialah makanan utama manusia.
❑ Kelaparan manusia yang terhidu akan bau makanan.
❑ Kesegaran bau roti yang menyelerakan.
❑ Tabiat bersendawa selepas makan sehingga kenyang.
❑ Kesyukuran ialah tanda manusia mudah berpuas hati.
❑ Keimanan ialah tunjang kedamaian hidup.
❑ Kedamaian sejagat membawa keharmonian

5

GAYA BAHASA

Personifikasi
 Buktinya: selera kian menggelepar
 perut pun kenyang terasa

Simile
 terhidang seumpama permaidani terhampar \

Responsi

 bagi pemilik iman di dada,
 masih ada beban di bahu mereka
 nafsu makan pun bergelora

6

GAYA BAHASA

Repitasi
 Buktinya, perut yang lapar (rangkap 2)
 perut pun kenyang terasa (rangkap 3)
 warga miskin belum terbela (rangkap 4)
 di hati sanubari warga dunia (rangkap 5)

Penggunaan kata asing, Arab
 Buktinya, nafsu makan pun bergelora
 Bagi pemilik iman di dada
 kalimah syukur pun jelas tertera

7

NILAI

(a) Kesabaran

(b) Kegigihan
(c) Rasional
(d) Ketabahan
(e) Kesyukuran
(f) Keimanan

8

PENGAJARAN

 Kita mestilah sabar menghadapi kelaparan
sementara makanan belum dihidangkan.

 Kita mestilah gigih bekerja untuk mencari
rezeki demi membeli makanan.

 Kita mestilah memikirkan kesusahan yang
dialami oleh golongan miskin.

 Kita mestilah tabah menghadapi pelbagai
masalah dalam kehidupan seperti
kemiskinan dan kelaparan.

 Kita mestilah bersyukur kerana mendapat
makanan sewaktu lapar.

 Kita mestilah memiliki keimanan yang tinggi
demi mencapai ketenangan.

9


Click to View FlipBook Version