BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2
“CERPEN MENUAI EMAS”
OLEH : CIKGU WAN YUSMAZIRA WAN YUSOFF
1
TEMA
Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman
padi. Bidang penanaman padi sering diperkecil malah
diperlekeh oleh masyarakat sebagai suatu aktiviti yang
tidak mendatangkan keuntungan. Tanggapan ini meleset
sama sekali. Dengan ilmu dan sikap positif yang dimiliki
oleh Alif dan keluarganya, kemajuan dalam bidang
penanaman padi tersebut dapat dicapai.
2
PERSOALAN
Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.
Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan
betul boleh mendatangkan kemajuan ekonomi.
Ilmu, kegigihan, ketekunan yang diiringi dengan doa dan
kesabaran akan menghasilkan kejayaan.
Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji sahaja.
Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat
untuk mengusahakan penanaman padi.
Muafakat bawa berkat.
3
WATAK & PERWATAKAN
1. ALIF
Anak kepada Mak Wan.
Berkelulusan universiti dalam bidang ekonomi.
Seorang anak muda yang berwawasan tinggi.
Seorang yang sabar, reda, dan sentiasa bersyukur.
Berani menghadapi cabaran serta yakin akan kebolehan diri
sendiri.
Seorang anak yang menghormati ibu bapa.
Terlalu sayang akan ibu dan ayahnya.
Seorang yang positif dan optimistik.
Seorang petani moden.
4
WATAK & PERWATAKAN
2. Mak Wan
Ibu kepada Alif.
Tegas.
Teguh pendirian.
Tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Sayang akan tanah milik keluarga mereka.
Sensitif.
5
WATAK & PERWATAKAN
3. Tuk Ketua
Penyabar.
Berhemah tinggi.
Tenang ketika menghadapi masalah.
Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik.
Sentiasa menyokong hasrat murni Alif.
6
WATAK & PERWATAKAN
4. Abang Man
Seorang yang agresif.
Tidak berhemah.
Gemar menggunakan kata-kata yang kesat.
Bersikap terburu-buru.
Tidak berfikiran jauh.
7
BINAAN PLOT
PERMULAAN
Pada suatu pagi, Alif sedang melawat ke sawah padinya.
Pada waktu itu, Alif terkenang akan perbualannya
dengan abahnya. Kata Alif, padi yang masak itu kuning
seperti emas. Kata abahnya, jika berbudi pada tanah,
mereka akan menuai emas. Kemudian, Alif terkenang
pula akan kata-kata emaknya yang sering mengajarnya
erti syukur, sabar, dan reda. Lamunan terhenti apabila
Tuk Ketua menyapanya. Alif memberitahu Tuk Ketua
bahawa kerja menuai padi akan dimulakan esok.
8
BINAAN PLOT
PERKEMBANGAN
Alif terkenang akan peristiwa di rumahnya setahun yang lalu. Perbalahan
berlaku antara Alif dengan pemilik-pemilik petak sawah yang bakal dijadikan
taman perumahan. Ketegangan timbul apabila Alif tidak bersetuju untuk
menjual tanahnya kepada syarikat perumahan. Kebanyakan pemilik tanah
sawah termasuk Abang Man telah bersetuju untuk melepaskan tanah mereka.
Abang Man meminta Mak Wan untuk menasihati anaknya, Alif supaya bersetuju
dengan rancangan tersebut. Walau bagaimanapun, Mak Wan sendiri hanya diam
dan tidak bersuara. Abang Man menyindir Alif dengan menyatakan bahawa Alif
tidak lulus peperiksaan di universiti. Menurut Abang Man lagi, Alif balik ke
kampung untuk bekerja sendiri kerana tidak ada kerja yang lain. Mak Wan
menyuruh pemilik-pemilik tanah sawah yang hadir itu pulang dahulu. Mak Wan
akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Seterusnya, Alif teringat
pula akan perbualannya dengan pegawai pertanian. Pegawai itu menasihati Alif
agar tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Hal ini demikian
kerana bidang pertanian juga memberikan pulangan yang lumayan kepada
pengusahanya.
9
BINAAN PLOT
KLIMAKS
Alif terkenang akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran
sekampung yang datang menyerang rumahnya. Abang Man
menyalahkan Alif atas pembatalan projek perumahan itu. Suasana
menjadi tegang. Alif menyatakan bahawa dia tidak melakukan apa-
apa. Dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu
dibatalkan. Menurutnya lagi, jika doanya itu salah, Alif meminta Abang
Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam apabila mendengar
kata-kata Alif itu. Alif juga meminta kebenaran daripada semua
pemilik tanah itu untuk menjadikan petak-petak sawah mereka
sebagai estet padi.
10
BINAAN PLOT
PELERAIAN
Projek estet padi seluas 58.609 hektar dengan penglibatan
15 orang tuan tanah itu kini telah menampakkan hasil.
Seluruh kawasan sawah itu sedang menguning. Alif tidak
sabar menunggu hari esok untuk menuai emas.
11
TEKNIK PLOT
DIALOG
"Terima kasih, tuk. Apa-apa pun, saya rasa elok juga kalau disimpan
ucapan tahniah tu sampai kita habis menuai.“
"Kalau emak mahu saya lepaskan dua petak tu, saya akan lepaskan.'
PEMERIAN
Alif tersentak ketika gegendangnya ditujah bunyi hon singkat tetapi
keras. Sebuah motosikal hampir melanggarnya. Dia berundur selangkah
seraya mengelopak senyuman apabila bersabung pandangan dengan si
penunggang motosikal.
12
IMBAS KEMBALI TEKNIK PLOT
Alif teringat kembali perbualannya dengan abahnya suatu ketika dahulu.
"CANTIK, ya abah!"
"Memang cantik."
"Kuningnya seperti emas, kan, abah?"
"Inilah hasilnya berbudi kepada tanah. Kita akan menuai emas nanti!“
Alif teringat akan perkara yang pernah berlaku setahun yang lalu. Dia
cuba memutar pita ingatan semula. Lebih setahun lalu, petak emas ini
membuak dengan rasa geram,marah dan dendam yang berkacuh dengan
air mata pilu dan jiwa yang luka berdarah. Dia sangka dia sudah mengalah
ketika itu. Dia hampir mahu angkat bendera putih. Apatah lagi kala
melihat air mata yang luruh daripada mata layu emak.
13
LATAR
LATAR TEMPAT
Petak bendang - Alif disapa oleh Tuk Ketua ketika dia
sedang menyusuri permatang sawah.
Anjung rumah Mak Wan - Beberapa orang pemilik tanah
membuat perbincangan.
Petak-petak sawah di Seberang Perak - Pernah
dikunjungi Alif dalam usaha mengumpul pengalaman
dan maklumat untuk memajukan aktiviti penanaman
padi di kampungnya.
14
LATAR
LATAR MASA
Awal pagi - Alif menyusuri permatang sawah lalu disapa
oleh Tuk Ketua yang sedang menunggang motosikal pada
waktu tersebut.
Setahun yang lalu - Setahun yang lalu, Abang Man dan
beberapa pemilik tanah datang ke rumah Mak Wan
bertujuan untuk meminta Mak Wan dan Alif melepaskan
dua petak tanah milik keluarga mereka.
15
LATAR
Latar Masyarakat
Masyarakat petani - Alif dan penduduk kampungnya merupakan masyarakat yang
menjalankan aktiviti penanaman padi.
Masyarakat yang berilmu - Alif merupakan lulusan universiti dalam bidang
ekonomi.
Masyarakat yang berazam tinggi - Alif merupakan golongan muda yang berazam
tinggi untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya dengan
menggunakan teknologi moden.
Masyarakat yang agresif - Abang Man bercakap kasar terhadap Alif disebabkan Alif
tidah mahu melepaskan tanah milik keluarganya untuk tujuan pembangunan.
Masyarakat yang berhemah tinggi - Pegawai pertanian tidak lokek untuk
memberikan maklumat kepada Alif serta sentiasa memberikan kata-kata semangat
kepada Alif supaya dia dapat memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya.
Masyarakat yang sentiasa positif - Emak Alif sentiasa mendidiknya dengan
mengamalkan sifat syukur, sabar, dan reda dalam kehidupan.
Masyarakat yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi - Tuk Ketua merupakan
ketua kampung yang sentiasa menyokong tindakan untuk memajukan aktiviti
penanaman padi di kampung mereka.
16
GAYA BAHASA
AYAT
Pengarang menggunakan ayat-ayat yang pendek.
"Bila jentera tuai sampai?"
"Siapa kata mak suruh lepaskan?" Emak menjegil.
"Buat apa?"
Pengarang menggunakan ayat-ayat yang panjang.
Anak-anak mereka kebanyakannya sudah berhijrah ke
bandar menjadi warga industri di kilang yang terus
bercambah...
...menjadi petani alaf baharu ini tidak perlu lagi bertajak,
berkubang dan berselut badan merembas menerung yang
degil liat...
Dia pernah dihina, dikutuk dan dimarahi kerana beria-ia
memujuk para tuan tanah supaya menolak tawaran menjual
petak masing-masing kepada syarikat pemaju perumahan.
17
GAYA BAHASA
DIKSI
Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian
dengan jalan cerita untuk golongan yang menjalankan aktiviti
penanaman padi. Contoh, kata-kata tersebut seperti peratus,
kilogram, uji kaji, sehektar, imidazolodonone, siput gondang
emas, krisis, mengimport, dan sebagainya.
BAHASA ARAB - Alhamdulillah, Insya-Allah, Allah
METAFORA - pita ingatan, mata layu, pisau kata-kata, ufuk
batin
SIMILE
Kuningnya seperti emas
hati yang terasa seperti mahu luruh.
bagaikan disua bahan api.
emak mengejipkan mata semacam memberi isyarat.
18
GAYA BAHASA
PERSONAFIKASI
...petak emas ini membuak dengan rasa geram, marah dan
dendam yang berkacuh dengan air mata pilu dan jiwa yang
luka berdarah.
Dalam dingin yang mencengkam, dia merasai...
petak-petak yang telah menyajikan uji semangat
leluhurnya...
Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak.
PERIBAHASA
tersenyum-senyum kambing
kata putus
bendera putih
naik angin
19
GAYA BAHASA
SINKOPE
Dia seorang yang saya tak beri kata putus.
Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah.
Tak kan budak universiti macam dia nak buat kerja
kampung begini? Eh, betulkan dia tamat belajar? Entah-
entah dia tak lulus periksa, itu yang beria-ia sangat
nakkan petak tu...sebab tak dapat kerja lain!"
20
NILAI
Keyakinan.
Misalnya, Alif yakin dengan kebolehan diri bahawa dia mampu mengusahakan
sebuah estet padi di kampungnya.
Ketabahan.
Misalnya, Alif tabah menghadapi segala cabaran demi meyakinkan orang-orang
kampung agar menerima cadangannya membangunkan estet padi.
Kegigihan.
Misalnya, Alif gigih berusaha mencari pengalaman dan maklumat tentang cara-
cara mengendalikan estet padi di kampungnya.
Keberanian.
Misalnya, Alif berani mempertahankan tanah hak milik keluarganya.
Kerjasama.
Misalnya, hasil kerjasama dan persetujuan orang-orang kampung, kaedah
moden dalam aktiviti penanaman padi dapat dijalankan.
21
NILAI
Baik Hati
Misalnya, pegawai pertanian tidak lokek memberikan maklumat kepada Alif
dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk memajukan
aktiviti penanaman padi di kampungnya.
Berdikari.
Misalnya, Alif mengambil keputusan untuk bekerja sendiri meskipun dia
seorang graduan universiti.
Kesyukuran.
Misalnya, Alif sentiasa bersyukur dalam menjalani hidupnya sehari-hari.
Kepemimpinan.
Misalnya, Tuk Ketua mempunyai sikap kepemimpinan yang tinggi dalam
menghadapi kerenah penduduk kampung.
22
PENGAJARAN
Kita hendaklah yakin dengan kebolehan diri dalam melakukan sesuatu
perkara.
Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan atau cabaran
demi meraih kejayaan.
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau
pengalaman.
Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya
dalam hal tanah.
Kita disarankan agar memberikan kerjasama yang baik demi
memperoleh manfaat bersama.
23
PENGAJARAN
Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada
golongan yang ingin memajukan diri dalam sesuatu bidang.
Janganlah kita bertindak agresif dan terburu-buru dalam melakukan
sesuatu perkara.
Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan
Tuhan kepada kita.
Kita digalakkan unttuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh
hasil daripadanya.
Sebagai ketua atau pemimpin, kita mestilah mempunyai sifat
kepemimpinan yang tinggi supaya kita dapat mengendalikan orang
bawahan kita dengan baik.
24