BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3
ULASAN : MINGGU BAHASA
Oleh : Cikgu Wan Yusmazira
Cara Menulis Ulasan
❑ Murid-murid perlu terlebih dahulu memahami kehendak
soalan @ tajuk
❑ Mengenal pasti isi tersurat dan isi tersirat yang
besrsesuaian
❑ Kedua-dua isi ini perlu ada dalam ulasan
❑ ISI TERSURAT Isi tersurat ialah maklumat bertulis yang
terdapat dalam gambar
❑ ISI TERSIRAT Isi tersirat ialah isi lain, selain yang terdapat
dalam gambar, tetapi berkaitan dengan info yang diberi
(huraian kepada isi tersirat)
Soalan Ulasan
~Rujuk Buku Kerja B Muka Surat 20~
Contoh Jawapan
[Pendahuluan] Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi salah
satu agenda setiap sekolah. [ISI 1] Semasa Minggu Bahasa Kebangsaan
diadakan setiap murid perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul
ketikaberkomunikasi (Contoh/ Kesan] Mereka tidak boleh menggunakan
bahasa pasar atau bahasa rojak supaya kemahiranberbahasa mereka
lebih baik [ISI 2] Sudut pidato di sekolah perlu dimanfaatkan untuk
melatih kepetahan murid berbicara. [Contoh/ Kesan] Selain petah
berbahasa Melayu, mereka juga dapat mengeluarkan idea-idea bernas
tentang sesuatu isu [ISI 3] Seterusnya, pelbagai pertandingan yang
berteraskan bahasa Melayu diadakan bagi meningkatkan kefahaman
berbahasa Melayu oleh murid-murid. [Contoh/ Kesan] Antara aktiviti yang
dijalankan seperti pertandinganbercerita, mendeklamasi sajak dan
menulis cerpen.
* [Contoh/Kesan] = Isi Tersirat
Sekian, Terima Kasih
“Selamat Belajar”