The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanyusmazirawanyusoff, 2021-10-03 09:32:45

SAJAK KU CARI DAMAI DISINI TING.2

SAJAK KU CARI DAMAI DISINI TING.2

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

Oleh : Cikgu Wan Yusmazira Wan Yusoff

1

Kucari damai di sini
di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.

• MAKSUD Rangkap 1: Penyajak menyatakan bahawa
dia mencari kedamaian di negaranya makmur dan
merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada
antara kenyataan dengan impian. Hal ini demikian
kerana wujudnya perasaan tidak puas hati antara
rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan
bahawa perasaan negative itu perlu diubati dengan
bersangka baik iaitu dengan menjadikan sejarah
persaudaraan sebagai dasar untuk membina rasa
kemanusiaan.

2

Kucari damai di sini
cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.

• MAKSUD Rangkap 2: Penyajak menyatakan bahawa
kedamain juga dicari dengan rasa kasih sayang dan
dengan kepribadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih
mengasihi perlu dididik dalam diri manusia.

3

Di sini damainya badai
moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.

• MAKSUD Rangkap 3: Penyajak menyatakan bahawa
walaupun negara kita mempunyai masalah, kita masih
boleh berdamai dan hidup dengan aman. Penyajak
berharap agar kemerdekaan yang dicapai berkekelan.
Segala masalah perlu diselesaikan dengan bijaksana
supaya kejayaan tercipta menjadi kebanggaan generasi
akan datang.

4

❑ Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.

❑ Contoh: Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman
damai kerana wujudnya kasih sayang yang ikhlas dan tulen.
Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut
masih dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan
rakyat hinggalah ke generasi yang akan datang.

10/3/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 5

❑ Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana
kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.

❑ Persoalan negara kita ialah negara aman yang
aman dan makmur

❑ Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar
beroleh kemajuan.

❑ Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih
sayang.

❑ Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi
kebanggaan generasi akan datang.

6

❑ Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
❑ Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.

❑Contohnya,:
❑ • rangkap 1: enam baris;
❑ • rangkap 2: lima baris;
❑ • rangkap 3: empat baris;

❑ Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga
hingga lapan patah kata.

❑Contohnya, dengan sejarah persaudaraan

❑ Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga
lapan belas suku kata.

❑Contohnya, dengan kasih sayang yang menyilau dan merdeka
antara realiti dan mimpi

❑ Sajak ini berbentuk bebas.
❑ Nada patriotik.

7

• Asonansi.

• Contohnya, • bersemarak di laman sukma
(perulangan vokal a);

• Aliterasi.

• Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan.
(perulangan konsonan n);

10/3/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 8

• Hiperbola
CTH : membebat perasaan kehidupan

• Penggunaan unsur alam.
CTH : tanah
• Repetisi.
CTH : Kucari damai di sini

9

❑ Nilai kedamaian
❑ Nilai patriotisme
❑ Nilai hormat-menghormati

10/3/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 10

❑ Kita hendaklah berusaha untuk
medapatkan dan mengekalkan kedamaian.

❑ Kita hendaklah mencintai negara yang
merdeka ini.
❑ Kita mestilah saling hormat-menghormati
dan berkasih sayang antara satu sama lain.

10/3/2021 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 11

❑ Jawab Dua Soalan Pemahaman Dalam
Buku Kerja A Muka Surat 73

❑ Jawab 5 Soalan Objektif Dalam Buku
Kerja A Muka Surat 73-74

SEKIAN , TERIMA KASIH

12


Click to View FlipBook Version