The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama penulis: Yeong Zi Ying
Nama pensyarah: Dr Noor Hayati Che Mat
Subjek: BMMB 3083 (Drama Dalam Pendidikan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yeongvivian2001, 2022-03-14 11:20:13

Drama - Hati Nurani

Nama penulis: Yeong Zi Ying
Nama pensyarah: Dr Noor Hayati Che Mat
Subjek: BMMB 3083 (Drama Dalam Pendidikan)

Hati Nurani

Nama penulis: Yeong Zi Ying
Nama Pensyarah: Dr Noor Hayati Che Mat

- Ayah kepada Xuan. - Isteri Pak Alex dan merupakan ibu Xuan.
- Berumur 49 tahun. - Berumur 47 tahun.
- Seorang ayah yang bertanggungjawab - Seorang ibu yang penyayang dan mencurahkan nilai murni
dan sentiasa mendahului keluarga.
.yang baik kepada anak

Pak Alex Xuan Mak Cindy

- Merupakan sejenis makhluk halus yang - Seorang gadis - Seorang budak
baik hati. berbangsa cina berumur lelaki berbangsa
12 tahun yang baik hati. Melayu yang
- Mempunyai kuasa ajaib. berumur 7 tahun.
- Suka menghulurkan bantuan kepada - Berasal dari keluarga
yang miskin tetapi - Anak yatim piatu.
manusia. bahagia.

Si Pari-pari Muiz

Sinopsis

Xuan dan keluarganya tinggal di Setelah memerhatikan sikap
sebuah kampung pedalaman yang mana Xuan yang bermurah hati, Si Pari-pari
keadaan di situ bertaraf ekonomi rendah pun menjadikan cecair getah yang
dan kurang harmoni. Pada suatu hari, ditoreh oleh Xuan kepada helaian daun
keluarga Xuan ingin balik ke rumah emas. Pada awalnya Xuan menolak
neneknya. Tetapi, malang tak berbau. pemberian itu tetapi selepas berfikir
Mereka sekeluarga terlibat dalam lama, dia rasa ada baiknya jika
kemalangan jalan raya. Ibu bapa Xuan digunakan daun emas itu untuk
meninggal dunia dan hanya Xuan seorang kebajikan penduduk kampungnya.
berjaya hidup. Kehidupan Xuan yang Akhirnya, kehidupan masyarakat
sebatang kara menyebabkan Si pari-pari kampung itu pun bertukar menjadi
menemani dan hadir dalam hidup Xuan. semakin baik dan stabil.

Di sebuah kampung pedalaman – Kampung Penduduk A: Tolongggg....Tolonggggg.... Bagi saya sedikit makanan.
Muhibah, tinggalnya pelbagai penduduk
kampung yang berbilang kaum. Hanya Penduduk B: Bukan saya tak nak bantu, tapi saya pun tak ada
sebuah keluarga Cina tinggal di Kampung makanan lebih.
Muhibah iaitu keluarga Xuan. Kehidupan
keluarganya sangat sederhana, tetapi Penduduk di kampung situ tidak mengamalkan semangat tolong-
kehidupan penduduk kampung yang lain kais menolong.
pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Xuan: ...... (berjalan dari sekolah sambil
menyanyi lagu Papaku Pulang Dari Kota)
Xuan: Mak, Xuan dah pulang! Lauk apa kita
makan malam ni?
Mak Cindy: Xuan, malam ni kita makan
ayam goreng. Ayah baru dapat gaji.

Ayah Xuan bekerja sebagai seorang penoreh
getah manakala ibunya seorang suri rumah.
Jadi, kewangan keluarga juga sangat terhad.
Segala perbelanjaan bergantung pada gaji
ayah.

Xuan: Yeah...... dah lama tak makan ayam goreng! (perasaan gembira)
Pak Alex: Bukan itu je. Ayah ada beli makanan kegemaran awak.
Xuan: Apa tu? Coklat ke? Saya nak... Saya nak!

Pada malam itu, keluarga Xuan makan malam bersama-sama dengan
gembira.
Pak Alex: Sayang, saya rasa... kita macam dah lama tak balik rumah
nenek. Esok kita ke rumah nenek, nak tak?
Mak Cindy: Boleh juga... saya pun rindu akan mak ayah.
Xuan: Baik ayah. Haraplah saya dapat bangun awal haha...ha...

“Dooom! Dooom!!” Keesokan hari, pada pukul 7 pagi, hujan lebat dan ribut
petir melanda di Kampung Muhibah. Keluarga Xuan masih dalam
perjalanan ke Kampung Mesra (Rumah nenek Xuan).

Xuan: Bosannya. Jom main sambung pantun, mak ayah! Ayah mula dulu.
Pak Alex: Baik, ayah dulu. Pisang emas dibawa belayar...
Mak Cindy: Masak sebiji di atas peti... (tunjuk Xuan)
Xuan: Ermm...mm... (percakapan gagap) Hu...tang... ermm... Saya dah lupa
Pak Alex & Mak Cindy: (ketawa)

Hujan semakin lebat. Keadaan jalan licin.

Xuan: Ayah, berhati-hati!
Malang tidak berbau. Tiba-tiba, “kekkk...kekkk...”
Kereta terbabas dan terlanggar ke tepi jalan.

Pak Alex & Mak Cindy & Xuan: Ah.........
(jeritan kuat)

Ibu bapa Xuan mengalami kecederaan parah di
bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat
kejadian.

Xuan: Mak... Ayah... Mak... Ayah... Jangan
tinggalkan saya seorang (jeritan kuat dan suara
menangis)

Xuan menangis dengan teresak-esak dan jalan pulang ke Kampung
Muhibah. Sepanjang perjalanan, semua penduduk terlepas pandang
terhadap situasi Xuan.

Xuan: Mak... Ayah... kenapa tinggal saya seorang. Kenapa Tuhan tak
bawa saya sekali? Kenapa? Apa sal saya nak hidup lagi? (monolog)

Seekor Si pari-pari sedang bernyanyi lagu Rasa Sayang. Tiba-tiba, Si pari-
pari terdengar bunyi tangisan tersedu-sedu.

Si pari-pari: Eh! Kat situ ada seorang gadis. Kenapa pula menangis
teresak-esak tu?

Si pari-pari muncul di hadapan Xuan.

Xuan: Ah... a...pa... benda ini! Jangan mari!!!

Si pari-pari: Janganlah takut. Saya pari-pari yang baik hati. Apa yang boleh
saya bantu? (senyuman manis)

Xuan: Saya sangat sedih. Mak dan Ayah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Mereka dah tinggalkan saya.
Si pari-pari: Aduhai, kesiannya budak ni! Jangan menangis, saya nyanyi untuk kamu. (lagu Lihatlah bintang-bintang)

Si pari-pari pun menemani Xuan waktu yang panjang. Kata-kata galakan juga diberi oleh Si pari-pari supaya Xuan dapat
berfikir lebih terbuka.
Si pari-pari: Kemalangan ni dah berlaku, kita perlu pandang jauh. Lupakanlah kenangan yang sedih. Smile...
Xuan: (lap air mata) Saya akan hidup dengan baik supaya tidak mengecewakan ibu bapa.
Waktu sudah senja. Selepas berbual-bual dengan Si pari-pari, Xuan pun pulang ke rumahnya.

Tiba-tiba. Tuk... tuk...tuk... Seorang budak lelaki berbangsa
Melayu yang bernama Muiz datang ke rumah Xuan.

Xuan: Ye, adik.
Muiz: Akak, boleh tak bagi saya sedikit makanan? Saya
sangat lapar. (bercakap dengan suara yang lemah-lembut)
Xuan: makanan? Saya pun tinggal sehelai pinggan. Hanya
2 keping roti.

Masa itu, Xuan teringat pengajaran daripada ibunya
perlu sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang
lain. Selepas berfikir, Xuan menjalankan perbuatan
begitu.

Xuan: Eh, tak apa lah. Nah, saya kongsikan
sekeping roti ni dengan awak.

Muiz: Terima kasih akak yang baik hati ni. (makan
dengan gelojoh)

Si pari-pari: Budak ni memang baik hati. Walaupun ibu
ayah dah meninggal dunia, tapi masih sentiasa ingat
apa yang diajar oleh ibunya. Baiklah, saya rasa nak
bantu budak ini. (monolog)

Perbuatan yang baik hati ini diawasi oleh Si pari-pari.

Keesokan harinya, tepat jam
6 pagi, Xuan pergi ke ladang
untuk mengutip getah. Xuan
berkeras keras supaya dapat
mencari wang untuk
meneruskan kehidupannya.

Tiba-tiba, Si pari-pari muncul.

Si pari-pari: Mali-mali-home! Blink (menggunakan
kuasa ajaib)

Xuan: Oh! Oh! Oh! Semua cair getah dah jadi daun
emas. Hebatnya.

Xuan: Tapi, kenapa kamu nak bantu saya? Daun
emas ni sangat mahal! Saya tak boleh nak terima.

Si pari-pari: Daun emas ni sebagai ganjaran sebab
kamu sanggup berkorban demi kebahagiaan orang
lain iaitu sewaktu beri Muiz roti.

Xuan: Mak saya ajar kena mempunyai hati yang
baik hati dengan sentiasa hulurkan bantuan kepada
orang yang perlukan bantuan.

Si pari-pari: Nah, nasi goreng bagi kamu
makan. Cepat makan. Tengok kamu dah lapar.

Xuan: Terima kasih Si pari-pari. Jasa kamu
bagai hutang emas boleh dibayar, hutang budi
dibawa mati. Saya janji akan menggunakan
harta-harta ini untuk membantu orang lain.

Si pari-pari: Sama-sama. Xuan, rehat dulu lah.

Si pari-pari: Sementara tu, cuba teka teka-teki ni
untuk tingkatkan semula semangat awak. “Tinggi
duduk di atas sekali, bukanlah bulan bukanlah
matahari; jika malam ia berseri, jika siang ia berganti”.
Xuan: Awan ke?
Si pari-pari: Bukan. Cuba teka lagi.
Xuan: Errr... benda tu tinggi, lepas tu di langit. Errr....
Ah, saya tahu jawapannya bintang!
Si pari-pari: Pandainya. Jawapan ni betul sekali.

Mereka bermain dan menyimpan daun emas
bersama-sama sehingga waktu senja.
Xuan: Waktu pun dah malam. Saya kena balik rumah.
Terima kasih kerana kamu sentiasa menemani saya.
Si pari-pari: Sama-sama. Saya pun seronok bermain
dengan kamu. Bye bye......

Suasana di pekan riuh rendah.

Penjaja: Satu barang dua ringgit, tiga barang lima ringgit. Mari, mari, mari.

Xuan menukarkan semua daun emasnya menjadi wang tunai di pajak gadai.

Penjaja: Satu, dua, tiga......seratus. Banyaknya daun emas ni. Dah boleh tukar banyak wang tunai.
Xuan: Terima kasih encik. (mengambil wang tunai yang banyak dan balik ke kampung)

Bermula dari hari tersebut, Xuan menjadi orang yang paling kaya di Kampung Muhibah.

Xuan: Hey... semua mari sini. Ambillah makanan ini. Saya belanja semua orang makan. Dan sini juga terdapat
banyak barang keperluan harian. (berada di pusat kampung)

Xuan menghulurkan bantuan kepada setiap penduduk kampung tanpa mengira bangsa dan agama. Dia pun tidak
mempunyai sifat balas dendam terhadap orang yang meminggirkannya. Perbuatan Xuan yang baik hati telah
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada seluruh penduduk kampung.

Mulai hari tersebut, penduduk kampung menjadi lebih bersatu padu.
Si pari-pari: Baiklah, nampaknya kampung ini dah menjadi lebih harmoni. Misi saya
pun dah capai.
Si pari-pari pun balik ke angkasa.

Kesimpulannya, orang yang
baik hati juga akan dibalas
dengan perkara yang baik.

Janganlah kedekut
menghulurkan bantuan

kepada orang lain.


Click to View FlipBook Version