The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 808-25-ahmadizzulazizan, 2022-04-18 20:05:48

GAPD

Kerja Kursus

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU

NAMA SISWA PENDIDIK : AHMAD IZZUL AZIZAN ALMUBARAK BIN TAKDIR

NOMBOR ANGKA GILIRAN : 2021052310003

NOMBOR KAD PENGENALAN : 011119120119

KUMPULAN / UNIT : PPISMP / PAI 1
KOD / NAMA KURSUS : GAPD 1032 ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL
NAMA PENSYARAH : DR NORJANAH BINTI AMBO
JENIS TUGASAN : PENULISAN REFLEKTIF
TARIKH HANTAR : 31/3/2022

0

HALAMAN ISI KANDUNGAN Halaman
0
Bil Kandungan 1
1. Muka Depan Kerja Kursus 2
2. Isi kandungan 2
3. Pengenalan 3
4. Pendahuluan
5. Isu: Jenayah siber 4
4,5
 Skim Cepat Kaya 5
6. Cadangan penambahbaikan 6
7. Analisis SWOT 7
8. Penutup
9. Rujukan
10. Borang maklumbalas

1

Pengenalan

Kerja kursus ini merupakan amanah yang diberikan kepada saya oleh pensyarah
saya yang berwibawa Dr Norjanah binti Ambo bagi kursus GAPD 1032 Asas
Pembelajaran Digital untuk disiapkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.
Ianya juga merupakan salah satu wadah yang sangat baik untuk saya menambah
ilmu pengetahuan mengenai isu semasa lebih-lebih lagi berkenaan kerja kursus yang
diberikan. Dibawah salah satu topik 8 iaitu Kewarganegaraan Digital (Digital
Citizenship), saya akan membuat satu penulisan akademik bagi menjelaskan secara
terperinci mengenai tajuk tersebut berdasarkan arahan yang diberikan.

Pendahuluan

Mutakhir ini, era digital semakin meluas dek kerana pandemik Covid-19 yang
melanda dan menyebabkan pembelajaran terpaksa dilakukan secara atas talian. Hal
inilah yang menyebabkan ramai yang menggunakan media sosial tetapi tidak tahu
mengenai kewarganegaraan digital.

Mossberger (seperti yang dinyatakan dalam Abdhul, 2021) berpendapat
bahawa konsep kewarganegaraan digital merujuk kepada mereka yang secara rutin
menggunakan teknologi untuk mendapatkan maklumat politik untuk melaksanakan
tugas sivik, serta mereka yang menggunakan teknologi untuk keuntungan kewangan
di tempat kerja.

Selain itu, kewarganegaraan digital merujuk kepada nilai hormat, toleransi, dan
keselamatan, dan penekanan pada prinsip demokrasi etika, undang-undang,
keselamatan, dan tanggungjawab yang membimbing setiap tingkah laku dan tindakan
di alam siber (Manzuoli, et al.; Sana Bria & Cepeda; Gorman seperti yang dinyatakan
dalam Baharudin, 2021 ).

Sebagai tambahan, kewarganegaraan digital juga bermaksud pemikiran kritis
dan pilihan beretika berkenaan kandungan yang diterbitkan melalui media digital,
termasuk melihat, mengarang dan menulis kandungan yang diterbitkan secara digital
(Collier, 2019). Kesemua definisi-definisi tersebut sedikit sebanyak membantu kita
memahami kewarganegaraan digital.

Jelaslah bahawa kewarganegaraan digital ini ibarat adab dan tatasusila dalam
kehidupan nyata yang perlu diterapkan dalam alam digital agar dapat mengelakkan
sebarang isu yang dapat merosakkan nama baik orang tersebut keluarga serta
negara lebih-lebih lagi pada era atas talian ini.

2

Isu: Jenayah Siber
Kita sedia maklum bahawa jenayah merupakan sebuah kesalahan yang

dilakukan oleh seseorang dengan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan
oleh organisasi dan juga negara. Menurut Nancy (2022), konsep jenayah boleh
ditakrifkan sebagai satu perbuatan atau apa-apa jenayah terhadap masyarakat,
apa-apa perbuatan atau tingkah laku tersebut boleh menjadi jenayah di sisi
undang-undang dan orang yang melakukannya boleh didenda atau dipenjarakan.

Dalam erti kata lain, jenayah ialah apa sahaja yang boleh mendatangkan
masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju
bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah satu jenayah. Jenayah siber
ialah jenayah yang melibatkan semua aktiviti jenayah biasa seperti kecurian,
penipuan, peras ugut dan semua aktiviti yang melibatkan pelanggaran
undang-undang sedia ada melalui penggunaan kemudahan komputer atau lebih tepat
lagi penggunaan Internet di alam siber.

Skim Cepat Kaya
Tidak diragukan lagi bahawa rakyat Malaysia kini lebih terdedah dengan kes

penipuan skim cepat kaya melalui atas talian ini. Tambahan pula, baru-baru ini
pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai kehilangan punca mata pencarian dan
terdesak untuk memerlukan duit.

Rajah 1
Keratan akhbar Mengenai Kes Penipuan Atas Talian

3

Rajah tersebut jelas menunjukkan bahawa kebimbangan berterusan terhadap
Covid-19 yang memberi kesan terhadap kewangan rakyat dan seterusnya membuka
peluang yang banyak untuk penjenayah siber bertindak dengan lebih giat. (Tay,
2021). Tuntasnya, kita perlulah mengambil tahu tentang penipuan ini agar tidak
berlaku ke atas diri kita.

Cadangan penambahbaikan

Memandangkan kita sedang membincangkan mengenai masalah yang berlaku di
alam digital, tidak salah jika kita mencuba untuk mencari jalan penyelesaian melalui
hasil dari alatan digital iaitu pemikiran komputasional yang tercipta dengan
berpandukan komputer. Anonymous (2016) menjelaskan pemikiran komputasional
adalah kemahiran kritikal yang bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada
masalah yang boleh dilaksanakan oleh ejen pemprosesan maklumat. Contohnya,
komputer, mesin, dan sebagainya. Ianya melibatkan kemahiran seperti leraian,
peniskalaan, pengecaman corak, dan pengitlakan.

Berdasarkan teknik leraian iaitu masalah besar dipecahkan kepada bahagian
kecil, kita dapat mengaplikasikannya dalam kes jenayah siber iaitu kerajaan
meluaskan lagi anggota keselamatan bukan hanya untuk jenayah siber, tetapi
pengkhususan pada setiap pecahan jenayah siber tersebut. Berdasarkan kenyataan
Ishak & Mustaffa (2021) iaitu pihak berkuasa perlu melatih ‘polis digital’ yang
mempunyai kompetensi tinggi untuk membanteras jenayah siber yang dijangka akan
bertambah pada masa akan datang.

Analisis SWOT

Analisis SWOT ialah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk
menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam projek atau usaha niaga.
Empat faktor (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) yang membentuk
akronim SWOT. Dalam penghasilan analisis SWOT, pengetahuan tentang sesuatu
perkara tersebut penting untuk diterapkan bagi mendapatkan hasil yang tepat.
(Wahid ,2020). Oleh itu, analisis ini akan digunakan terhadap jenayah siber iaitu isu
skim cepat kaya ini.

4

Faktor pertama iaitu (S) yang merujuk kepada strengths adalah situasi atau
keadaan kekuatan organisasi atau program pada masa kini. Kekuatan kerajaan
Malaysia sekarang ini adalah universiti yang menawarkan kos dalam bidang
komputer yang mendidik para siswazah untuk menjadi celik dalam bidang komputer.

Tambahan pula, tidak dinafikan bahawa semakin ramai yang celik IT terutama
golongan remaja. Bahkan kanak-kanak yang seawal usia 2 tahun tahu untuk
menggunakan gajet sepertimana mengunakan botol susu mereka!(Tan, 2021). Maka,
kita sewajarnya menggunakan kekuatan tersebut sebaik mungkin.

Seterusnya adalah (W) iaitu weaknesses adalah situasi atau keadaan kelemahan
organisasi atau program pada masa kini. Malaysia kekurangan dana untuk
mengambil lebih ramai rakyat yang berpotensi. Tuntasnya, kerajaan perlulah
memperbaiki kelemahan tersebut secepat yang mungkin.

Selepas itu, (O) yang mewakili opporturnities merupakan peluang yang boleh
diambil daripada luar organisasi seperti peluang untuk mengambil para siswazah
lepasan IPT yang mahir dalam IT untuk menjadi pengawal siber. Oleh itu,sewajarnya
peluang yang ada ini digunakan dengan sebaiknya sebelum ianya terlambat.

Akhir sekali, Threats (T) iaitu ancaman yang datang daripada luar organisasi,
Contohnya semakin ramai yang belajar cara untuk menggodam serta ada yang terikut
dalam skim cepat kaya tersebut secara senyap. Dengan itu, bertambahlah ancaman
bagi kerajaan terutamanya rakyat Malaysia sendiri.

Penutup

Sebagai kesimpulan, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah lebih cakna terhadap
ancaman yang baru di era moden ini dan tidak terjebak dalam mana-mana jenayah
siber sama ada untuk kepentingan diri sendiri dengan menipu orang lain, ataupun
menginginkan keuntungan dek kerana terdesak memerlukan duit. Lebih-lebih lagi,
mutakhir ini pandemik yang berlaku di negara kita menyebabkan ramai yang terdesak
untuk mencari wang bagi menyara hidup keluarga dan diri mereka sendiri. Oleh itu,
kita mestilah mencuba sedaya upaya mencari cara lain selain daripada skim cepat
kaya agar tidak jatuh ditimpa tangga.

5

Senarai rujukan:

Abdhul, Y. (2021, November 4). Pengertian dan Konsep Kewarganegaraan Digital.
Deepublish.
https://www.google.com/amp/s/penerbitbukudeepublish.com/v/s/
.com/kewarganegaraan-digital/amp/%3famp_js_v=0.1&usqp=mq331AQKKAFQ
ArABIIACAw%253D%253D#ampf=

Anonymous, S. (2016, Oktober 14). Pemikiran Komputasional. Scribd.
https://www.scribd.com/document/328646252/PEMIKIRAN-KOMPUTASIONAL

Baharudin, N. H., & Mahadir Naidu, N. B. (2021). The application of the REP concept
of digital citizenship among students in Universiti Pendidikan Sultan Idris as
digital citizens. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 7(1), 30-44.
https://doi.org/10.37134/ejoss.vol7.1.4.2021

Ishak, S.M, Mustaffa, F.M. (2021, Mac 28). Latih ‘polis digital’ banteras jenayah siber.
Berita Harian.https://www.google.com/amp/s/wwwbharian.com
..my/amp/kolumnis/2021/03/801033/latih-polis-digital-banteras-jenayah-siber

Nancy, V. (2022). Jenayah Siber PDF. PDFCOFFEE.
https://pdfcoffee.com/jenayah-siber-pdf-pdf-free.html#Venissa+Nancy

Tan, J. (2021, May 5). Tidak Salah Untuk Biarkan Anak Bermain Gajet, Namun Kena
Kawal! hellodoktor.https://www.google.com/amp/s/hellodoktor.com/keibubapaan
/kanak- kanak/perkembangan/penggunaan-gajet-buat-anak-anda/%3famp=1

Tay, B.H. (2021, April 14). Waspada kes penipuan dalam talian, skim pelaburan palsu.
Berita Harian.https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolum
nis/2021/04/806734/waspada-kes-penipuan-dalam-talian-skim-pelab uran-palsu

6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Siswa Pendidik: AHMAD IZZUL Angka Giliran : 2021052310003
AZIZAN ALMUBARAK BIN TAKDIR

Kod : GAPD 1032 Nama Kursus : ASAS PEMBELAJARAN
DIGITAL

Pensyarah : DR NORJANAH BINTI AMBO

Tarikh Hantar : 31/3/2022 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :31/3 /2022
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan :
Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tandatangan :

Tarikh : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar : Tarikh : 31/3/2022

7


Click to View FlipBook Version