PANDUAN
PERATURAN
DISIPLIN KOLEJ
UNIT HEM
KiSTARP
UNIT DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR
LEMBAGA DISIPLIN
PENGERUSI : PENGETUA
NAIB PENGERUSI I : PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI II : PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
NAIB PENGERUSI III : PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
AJK : SETIAUSAHA HEM
: KAUNSELOR
: WAKIL PIBG
UNIT DISIPLIN
PENGERUSI : PENGETUA
NAIB PENGERUSI I : PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
NAIB PENGERUSI II : PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI III : PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SETIAUSAHA : KETUA GURU DISIPLIN
AJK : SEMUA GURU DISIPLIN
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Memangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MOTO
Meneroka Potensi Merealisasi Impian
2
PANDUAN PERATURAN DISIPLIN
Panduan dan peraturan am adalah seperti berikut:
a. Waktu Persekolahan:
HARI AKTIVITI MASA
ISNIN - KHAMIS KULIAH/TUTORIAL/AMALI 7.50 pagi – 2.20 petang
RABU KULIAH/TUTORIAL/AMALI 7.50 pagi – 1.40 petang
KOKURIKULUM 2.20 petang – 5.00 petang
JUMAAT BINA INSAN/MORAL 7.30 pagi – 8.00 pagi
KULIAH/TUTORIAL/AMALI 8.00 pagi – 12.20 tengah hari
b. Pakaian dan penampilan diri:
Pakaian dan penampilan diri pelajar Tingkatan Enam adalah tertakluk kepada:
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2014 bertarikh 5 Disember 2014: Etika
Pakaian Murid Tingkatan Enam.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 (Potongan Rambut Murid-Murid).
iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.9/2015
Panduan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle (KARA) oleh
Murid-Murid Keturunan Sikh.
iv. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas serta tidak mencolok mata.
Kad Matrik Pelajar:
i. Semua pelajar dikehendaki memakai dan mempamerkan Kad Matrik pelajar
semasa berada di dalam kawasan kolej.
ii. Kad Matrik pelajar tidak boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau diubah
suai.
iii. Kad Matrik pelajar TIDAK dibenarkan dipindah milik.
iv. Kad Matrik pelajar yang hilang/rosak mesti dilaporkan kepada pentadbiran
kolej dan perlu memohon yang baharu dengan kos yang ditanggung oleh
pelajar.
Kehadiran:
i. Pelajar wajib menghadiri kelas//kuliah, tutorial, amali, kerja kursus,
kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej seperti yang ditetapkan.
ii. Pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutorial,
amali, kerja kursus dan kokurikulum.
3
e. Penglibatan pelajar dalam Persatuan/Badan/Pertubuhan/Kumpulan dan Parti
Politik tertakluk kepada peruntukkan seperti yang dinyatakan dalam
Peraturan Ordinan Pelajaran 1957: Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)
1959, Perkara 7.
f. Menjemput Penceramah Luar/Agensi:
Mana-mana kelab/persatuan pelajar yang ingin menjemput penceramah luar
hendaklah mengikut peraturan:
i. Kebenaran daripada Pengetua diperoleh terlebih dahulu sekiranya
penceramah terdiri daripada pegawai/kakitangan di kementerian/ jabatan
kerajaan dari institusi pendidikan/pengajian tinggi yang diiktiraf oleh
kerajaan.
ii. Sekiranya penceramah bukan daripada Kementerian Pendidikan,
kelulusan mesti diperoleh terlebih dahulu daripada Pengarah Pendidikan
Negeri.
iii. Tajuk dan isi ceramah hendaklah perkara-perkara yang bersesuaian
dengan tujuan dan objektif kelab/persatuan yang menjemput dan tidak
bercanggah dengan peraturan Kementerian Pendidikan dan undang-
undang semasa Negara.
iv. Semasa ceramah/syarahan diadakan, guru yang berkenaan mesti hadir
bersama-sama dan laporan hendaklah didokumentasikan dan dihantar
kepada Penolong Kanan Pentadbiran/Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid
atau Penolong Kanan Kokurikulum.
g. Melanggar Disiplin dan Hukumannya:
i. Tujuan memberi hukuman adalah untuk mencegah berlakunya perbuatan
salah laku dan perbuatan melanggar disiplin.
ii. Sekiranya pelajar melakukan kesalahan, pelajar boleh diambil tindakan
sehingga ke peringkat gantung dan buang kolej seperti yang
diperuntukkan Ordinan Pelajaran 1957: Peraturan-peraturan Pelajar
(Disiplin Sekolah) 1959.
h. Larangan Merokok dan Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di
kolej:
Pelajar DILARANG menghisap rokok dan rokok elektronik/vape di mana-
mana kawasan kolej. Pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin jika melanggar
peraturan tersebut dan tertakluk kepada:
4
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997: Hukuman Ke atas Murid Menghisap
Rokok.
ii. Surat Pekekliling Ikhtisas Bil. 5/1997: Sekolah sebagai Kawasan Larangan
Merokok.
iii. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 17/2015: Larangan
Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.
i. Penggunaan Gajet Elektronik:
i. Penggunaan gajet elektronik mmerupakan satu keperluan dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi pelajar Tingkatan Enam, khususnya dalam
menyiapkan kerja kursus dan sebagai rujukan sumber disebabkan ketiadaan
buku teks.
ii. Kebenaran penggunaan gajet elektronik yang diberikan tertakluk kepada:
a. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan gajet
elektronik tersebut.
b. Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap pemilikan barangan masing-
masing.
c. Setiap pelajar bertanggungjawab untuk menggunakan gajet elektronik
dengan betul dan beretika.
j. Lalu Lintas di dalam Kolej:
i. Pelajar Tingkatan Enam yang memandu atau menunggang kenderaan
bermotor WAJIB memiliki lesen memandu dan mematuhi peraturan jalan
raya.
ii. Kenderaan yang dibawa hendaklah mematuhi spesifikasi kenderaan
bermotor.
iii. Kenderaan bermotor hendaklah diletakkan di kawasan parkir yang diretapkan.
k. Menjatuhkan Hukuman:
i. Pelajar yang melanggar peraturan disiplin kolej boleh dikenakan tindakan
seperti terkandung dalam Peraturan Ordinan Pelajaran 1957: Peraturan-
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
ii. Dalam kes-kes tertentu, Pengetua boleh menggunakan budi bicara dalam
menentukan hukuman yang diambil.
5
6
7
8
8
4
9
RUKUN NEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden
IKRAR RUKUN NEGARA
MAKA KAMI RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR AKAN
MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT BERDASARKAN ATAS
PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT:
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
10
IKRAR PELAJAR
11
LAGU KOLEJ
Kolej TAR Putra tercinta
Bangunan indah lambang perkasa
Penghuninya yang berbilang bangsa
Berbakti suci tekun berusaha
Maju, majulah kita
Limpah kurnia rahmat dipinta
Ilmu pengetahuan kami timba
Untuk bekalan di hari muka
Pelajar jaya, guru berjasa
Ibu pertiwi turut berbangga
Kolej TAR Putra abadi
Namamu harum di serata negeri
Namamu harum di serata negeri