Nursyuhada Izzati Bt Abd Aziz (211775) Claudia Alves Qurratu 'Aini Binti Zulkifle(211751) Khairysa Nur Izyan Bt. Che Mazlan (212562) Iskandar Zikry B. Zakaria (211023) A H L I K U M P U L A N : K O M U N I T I PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM) LHE3306 | PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Pengenalan Organisasi Pendidikan Kewarganegaraan Ekonomi Sosial Refleksi Ahli Kumpulan 02 24 11 32 20 41 01 KANDUNGAN Info Tambahan 47
Pada akhirnya, pada tahun 2010, pertubuhan ini berjaya mendapatkan kelulusan dan pada tahun yang sama juga pertubuhan ini telah menukar nama kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPBOM). Pertubuhan ini telah menukarkan ibu pejabat mereka di Brickfield kerana ramai komuniti orang buta yang tinggal di situ. Pertubuhan ini merupakan satu pertubuhan yang dibina secara kelompok kecil di Pulau Pinang pada tahun 2003. Tujuan pertubuhan ini hanya berfokus kepada golongan cacat penglihatan di Pulau Pinang. Akan tetapi seiring masa berlalu, objektif pertubuhan ini turut berkembang. Dahulu hanya ingin berfokus kepada masyarakat cacat penglihatan di satu negeri, malah berkembang menjadi pertubuhan yang ingin membantu maysarakat cacat penglihatan di seluruh Malaysia. PENGENALAN ORGANISASI LOGO PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPBOM) Logo yang digunakan terdiri dari sebuah bahtera berwarna perang dengan lakaran tongkat putih di sisinya sedang berlayar di laut yang berwarna biru berserta latar belakang langitnya berwarna biru muda. Logo ini membawa makna yang mendalam iaitu walaupun mereka berhadapan dengan sebarang ujian yang mendatang, mereka tetap akan berpegang teguh dengan Iman dan tidak akan mudah berputus asa. SEJARAH PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPBOM) 03
Setiap pertubuhan dibina untuk memastikan pertubuhan ini mampu menyediakan sumber dan perkhidmatan bagi pembangunan sosio-ekonomi OKU Penglihatan di Malaysia. Pertubuhan ini turut menyenaraikan beberapa tujuan pertubuhan mereka secara lebih terperinci: Meningkatkan dan membantu dalam pendidikan dan pemulihan OKU Penglihatan dengan menyediakan kursus latihan dan khidmat sokongan. 1. Meluaskan peluang pekerjaan dan menggalakkan keusahawanan di kalangan OKU Penglihatan melalui bimbingan kerjaya dan penempatan pekerjaan. 2. Memupuk kesedaran tanggungjawab diri dan sikap positif dikalangan OKU Penglihatan melalui program motivasi. 3. Menyediakan bahan bacaan dalam braille, audio, tulisan besar, digital atau bentuk lain yang boleh diakses oleh OKU Penglihatan. 4. Membekalkan kemudahan, alat bantuan atau barangan khas untuk OKU Penglihatan termasuk penyediaan perkhidmatan dan maklumat untuk memperoleh dan menggunakan sumber tersebut. 5. TUJUAN PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA. 6. Menggalakkan integrasi sosial serta membantu OKU Penglihatan mengatasi diskriminasi di bidang pendidikan, pekerjaan atau akses. 7. Mempromosikan persekitaran bebas halangan atas dasar akses sama rata dengan cara kempen dan khidmat nasihat. 8. Menerima pemberian, wasiat atau warisan dalam apa jua bentuk untuk tujuan-tujuan Pertubuhan dan menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undangundang. 9. Memupuk tanggapan betul dan imej yang positif tentang orang buta di kalangan masyarakat umum melaui kempen kesedaran awam. Tujuan pertubuhan ini sangat jelas untuk menpunyai satu matlamat yang jelas untuk memastikan masyarakat OKU Penglihatan dapat menjalani kehidupan mereka pada masyarakat pada umumnya. 04
Lebih kurang 50,000 orang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia, dan dipercayai 50,000 lagi belum berdaftar atas sebabsebab tertentu.Mereka juga berdaftar secara automatik selepas mereka mendaftar kad OKU dalam kategori aspek cacat Penglihatan. BILANGAN AHLI Rajah di atas menunjukkan carta organisasi yang mengetuai dan mengurus pertubuhan ini. Hal ini dapat dilihat Encik Huzaifah sebagai presiden dibantu oleh Encik Mohamad Hakim sebagai timbalan presiden. Puan Sakinah pula memegang jawatan sebagai setiausaha manakala Puan Ilmiza pula memegang jawatan sebagai bendaharti. Untuk pengetahuaan semua, presiden yang dilantik mesti merupakan daripada kalangan OKU Penglihatan, tetapi untuk jawatan seperti AJK, setiausaha dan bendahari memerlukan juga masyarakat yang normal.. Begitu juga dengan pekerja yang bekerja di pejabat utama mereka, mereka memerlukan tenaga kerja daripada masyarakat normal untuk membantu pengurusan pentadbiran mereka. CARTA ORGANISASI 05
Matlamat Pertubuhan ialah mewujudkan kesempatan saksama dan penyertaan sepenuh OKU Penglihatan dalam segala aspek masyarakat. Hal ini kerana masyarakat OKU Penglihatan mempunyai pelbagai cabaran dari segi sosial, pendidikan, ekonomi, urusan rasmi dan sebagainya disebabkan oleh sikap diskriminasi yang hadir dalam masyarakat tentang kemampuan mereka. Oleh itu, pertubuhan ini membawa satu matlamat untuk mengalakkan penglibatan masyarakat OKU Penglihatan supaya mereka dapat terlibat dalam sektor ekonomi, pendidikan, sosial, sukan dan sebagainya. MATLAMAT Terdapat pelbagai perkhidmatan yang telah disediakan untuk masyarakat OKU Penglihatan. Untuk memastikan pendidikan masyarakat ini terjamin, Pertubuhan ini telah membuat satu perkhidmatan untuk menerbitkan bukubuku, Al-Quran, transkrip dalam bentuk Braile dan audio. Hal ini untuk menjamin pendidikan bagi masyarakat ini juga terjamin. Proses ini kebanyakkannya dilakukan dengan kerjasama pihak Universiti awam seperti UITM, UPM, UM dan sebagainya. Penerbitan buku cerita untuk kanak-kanak juga bergiat aktif untuk memastikan kanak-kanak yang OKU Penglihatan juga berkesempatan untuk merasakan apa yang dirasakan oleh kanak-kanak pada umumnya. Perkhidmatan seperti bengkel dan latihan turut disediakan. Hal ini kerana masyarakat ini kebanyakkan tidak diberi peluang pekerjaan yang banyak akibat diskriminasi terhadap keupayaan mereka. Hal ini mendorong kepada segelintir masyarakat ini untuk mencari pendapatan melalui menyanyi di tepi PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN. 06
jalan. Tetapi tindakan mereka ini telah menimbulkan isu bahasanya golongan ini terlibat dalam sindiket menipu atau ‘scammer’. Oleh itu, pertubuhan ini akan menjalankan satu bengkel dan latihan untuk mereka dapat menjana pendapatan mereka sendiri tanpa perlu bergantung kepada pusat kebajikan. Antaranya bengkel mengurut, latihan mencetakkan buku dan sebagainya. Perkhidmatan seterusnya agak sedikit berlainan iaitu sukan dan kebajikan. Hal ini bersangkut paut dengan tujuan utama pertubuhan ini iaitu untuk memastikan masyarakat ini dapat menyertai pelbagai aspek dalam kehidupan mereka seperti masyarakat pada umumnya. Pertubuhan ini banyak berkhidmat secara kebajikan untuk memberikan yang terbaik untuk masyarakat ini, tidak kira dari segi aspek kewangan, latihan, seminar dan sebagainya. Contohnya, banyak aktiviti kebajikan dilakukakn seperti bantuan kewangan, sumbangan daging (Aidiladha), pembahagian beras dan sebagainya. boleh memberi kesempatan untuk menyertai aktiviti sukan sekolah, negeri dan negara. Sukan pula melibatkan pengurusan dan atlet itu sendiri, dimana terdapat pelbagai jenis tahap buta iaitu tahap 1,2 dan 3. Jadi mereka perlu memastikan sistem sukan jelas tentang hal itu dan 07
ADAKAH SETIAP NEGERI MEMPUNYAI WAKIL UNTUK ORGANISASI INI ? Pertubuhan ini merangkumi dan berfokus untuk semua masyarakat OKU Penglihatan di Malaysia, tetapi mereka tidak mempunyai wakil organisasi untuk setiap negeri dan mereka hanya berpusat di pejabat utama mereka berada di tingkat 1, 19, Jalan Tun Sambanthan 4, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tetapi hal ini tidak menghalang mereka untuk menghubungi ahli komuniti mereka di setiap negeri. Antara inisiatif mereka ialah, mereka akan pergi ke negeri tersebut apabila mereka mempunyai sebarang perjumpaan dan taklimat yang mereka perlu sampaikan. Walaupun hal ini terdengar seperti agak berat tetapi demi menjaga kesejahteraan komuniti mereka, mereka akan gunakan tenaga mereka tanpa mengira balasan apa yang mereka akan dapat. Selain itu, mereka juga akan berkerjasama dengan beberapa organisasi luar, hal ini kerana hampir semua negeri mempunyai satu organisasi untuk masyarakat OKU Penglihatan. Mereka akan menghubungi ahli organisasi tersebut sekiranya terdapat sebarang maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli komuniti. Kesimpulannya, walaupun tidak mempunyai wakil untuk setiap negeri, mereka mempunyai pelbagai inisiatif untuk menghubungi ahli komuniti mereka. Kerjasama dengan organisasi lain juga akan melebarkan lagi pengetahuan tentang isu yang dihadapi oleh masyarakat ini. 08
BERAPA KERAP PERJUMPAAN BERSAMA AHLI KOMUNITI DILAKUKAN ? Pertubuhan ini merupakan satu pertubuhan yang sangat bergiat aktif, mereka akan melakukan banyak aktiviti untuk memastukan masyarakat ini turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Hal ini juga akan mendorong semua ahli komuniti untuk berkumpul. Organisasi swasta, dan organisasi kerajaan. Hal ini menunjukkan mereka sangat menjaga ahli komuniti mereka. Perjumpaan secara tidak formal dan melibatkan ahli yang sedikit akan dilakukan di pejabat mereka di Brickfield. Pemilihan tempat penubuhan pejabat mereka juga mengambil kira kesejahteraan ahli mereka dimana mereka memilih pejabat tersebut kerana kawasan Brickfield merupakan antara kawasan yang mempunyai ramai masyarakat OKU Penglihatan tinggal dan bekerja di sana. Hal ini kami melihat sendiri pada waktu petang selepas sesi temu bual dijalankan dimana terdapat lebih 4 kelompok individu OKU Penglihatan berjalan secara berganding bahu dan beriringan. Secara peribadi ini kali pertama saya melihat ramai masyarakat OKU Penglihatan di sesuatu kawasan. Ahli komuniti ini akan berjumpa setiap kali latihan dan seminar dilakukan, untuk pengetahuan semua seminar dan latihan akan dijalankan secara berkala untuk memastikan mereka dapat beradaptasi dalam sektor pendidikan, ekonomi dan sosial. Jadi, perjumpaan mereka juga akan berlaku dengan sistematik dan berkala. Mereka juga akan berjumpa apabila mereka melakukan program bersama beberapa organisasi seperti universiti, 01 09
Adakah organisasi ini pernah berkerjasama dengan mana-mana universiti awam? Boleh ceritakan sedikit apa bentuk kerjasama tersebut dan apa hasilnya kepada komuniti ini? Untuk pengetahuan semua, masih banyak lagi universiti awam yang masih menyekat hak untuk masyarakat ini meneruskan pembelajaran. Hal ini kerana diskriminasi dan kekangan daripada kekurangan alat bantu dalam sektor pendidikan untuk mereka. Oleh itu, pertubuhan ini sangat menggalakkan kerjasama daripada organisasi dan agensi pendidikan untuk berkerjasama dengan mereka. Antara universiti awam yang pernah bekerjasama dengan organsasi ini ialah UITM Shah Alam. Universiti ini telah menandatangani satu perjanjian untuk memberi kelulusan di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk menjalankan satu kerjasama untuk mengambil bahan bacaan yang dicipta oleh pelajar fakulti tersebut untuk dijadikan bahan bacaan berbentuk braile. Contohnya, buku cerita, bahan kajian dan sebagainya. Ini untuk memastikan masyarakat ini akan terus tidak ketingalan dalam sektor pendidikan. Selain itu, Universiti Putra Malaysia juga pernah menjalankan satu kerjasama di bawah Fakulti Perhutanan dan Rekreasi dimana mereka menjalankan satu aktiviti di hutan simpan berhampiran UPM untuk mendapatkan maklum balas tentang bagaimana masyarakat ini beriadah. Hal ini untuk memastikan masyarakat tahu tentang keupayaan masyarakat ini. Universiti Malaya dan UNIKL juga turut berkerjasama dalam dalam menjalankan satu program berkaitan dengan kesedaran. Hal ini kerana ramai masyarakat masih lagi mempunyai keraguan tentang kebolehan dan keupayaan bekerja masyarakat ini. Malahan untuk pengetahuan semua, UM merupakan antara Universiti yang mempunyai ramai pelajar OKU Penglihatan berbanding dengan Universiti awam lain. 10
KEWARGANEGARAAN 11
Tanggungjawab dan Hak yang sama Menaiktaraf Kehidupan Komuniti Apabila ditanya mengenai hak dan tanggungjawab warganegara Malaysia sebagai individu buta, Encik Huzaifah menjawab sama sahaja, cuma ada perbezaan dalam mengendalikan tanggungjawab tersebut. Beliau menjelaskan sebagai warga komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan, tanggungjawabnya sebagai warganegara adalah untuk memartabatkan warga OKU supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Encik Huzaifah menegaskan bahawa salah satu peranannya dalam komuniti ini tertutamanya sebagai Presiden pertubuhan PPOBM adalah untuk menaiktarafkan kehidupan warga komunti orang buta supaya setaraf dengan kehidupan orang lain. Beliau turut berkongsi bagaimana jurang perbezaan sosial antara masyarakat buta dan masyarakat normal ini memberikan banyak kesukaran dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya yang disebut dan ditekankan banyak kali oleh Encik Huzaifah apabila masyarakat kita yang mempunyai kesedaran terhadap dunia orang buta di tahap yang rendah. Usaha-usaha sentiasa dititikberatkan supaya komuniti orang buta boleh bergaul dengan selesa dengan masyarakat normal. Encik Huzaifah menerangkan bahawa jurang sosial yang agak besar ini memberikan motivasi kepada komuniti orang buta untuk tidak meletakkan batas atau penghalang untuk terus maju dalam kehidupan tertutamanya dalam bergaul dengan masyarakat. Komuniti ini sentiasa mencuba untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya mereka tidak disisihkan dan dapat duduk sama rata serta menjalankan tanggungjawab kewarganegaraan yang sama seperti masyarakat normal. HAK DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA WARGANEGARA MALAYSIA SEBAGAI INDIVIDU BUTA 12
Komuniti Orang Buta Juga Menyumbang Encik Huzaifah juga memberitahu bahawa komuniti mereka sentiasa bekerja keras untuk memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat. Beliau mewakili warga buta yang lain menegaskan bahawa komuniti orang buta juga boleh menyumbang kepada negara, bukan menjadi penerima sumbangan semata dan bukan mengharapkan bantuan dan elaun kerajaan untuk melangsungkan kehidupan. Beliau turut berkongsi rasa kesal kerana masyarakat Malaysia seharusnya diberi kesedaran dan pendedahan yang lebih banyak tentang dunia orang buta supaya mereka tahu bahawa orang buta juga boleh bekerja seperti orang biasa. Orang buta juga seperti manusia biasa, yang berfungsi seperti masyarakat normal lain. Kekurangan mereka hanyalah tidak dapat melihat, namun ianya bukan penghalang untuk bekerja seperti orang normal. Encik Huzaifah berkongsi beberapa pekerjaaan yang biasannya warga komuniti orang buta lakukan untuk mendapatkan pendapatan sekaligus membantu menyumbang kepada masyarakat negara. Antara pekerjaan yang dikongsi ialah perkhidmatan mengurut. Ramai orang-orang buta yang telah berjaya membuka cawangan perkhidmatan urut sendiri. Menurut Encik Huzaifah, mengurut sudah dikira sebagai memberi sumbangan kepada negara dan masyarkat. Hal ini kerana tugas mengurut ini adalah untuk merawat individu sakit dan kebiasannya yang datang mengurut di pusat perkhidmatan orang buta adalah individu normal yang mengalami masalah sakit di mana-mana bahagian badan. Apabila diurut, mereka akan sihat, selepas mereka sihat mereka akan kembali melakukan kerjakerja mereka dan menyumbang di dalam bidang masing-masing. Contohnya, guru yang datang mengurut. Apabila diurut, mereka sihat dan boleh kembali bekerja mendidik anak bangsa dengan bersemangat. Inilah antara sumbangan yang komuniti buta dapat bekalkan kepada masyarakat dan negara. Kita dapat simpulkan bahawa masyarakat biasa sekiranya diberi pendedahan yang jelas, boleh bekerjasama dan hidup bersama komuniti buta tanpa sebarang prejudis. Encik Huzaifah turut meluahkan rasa kecewa apabila kelebihan dan kebolehan orang buta sering diabaikan hanya kerana perbezaan mereka. Beliau berkongsi situasi yang pernah terjadi kepada kawannya yang turut cacat penglihatan, yang ditolok permohonan kerja hanya kerana dia buta. atas alasan tidak munasabah (dia akan mengalami masalah datang ke tempat kerja kerana dia buta). Encik Huzaifah menjelaskan lagi bahawa disebabkan kesedaran masyarakat di tahap yang rendah, segala fasiliti dan kemudahan asas tidak disediakan. Komuniti orang buta seolaholah tidak diberikan peluang untuk menjalani kehidupan yang sama seperti masyarakat normal hanya kerana perbezaan mereka iaitu tidak dapat melihat. Beliau turut mempersoalkan pihak atasan kenapa mereka tidak memikirkan golongan minoriti (golongan OKU) dalam melaksanakan apa-apa perancangan walhal ianya tidak akan mengganggu proses kehidupan individu normal. Disebabkan masyarakat tidak peka kepada golongan buta, mereka tidak dapat hidup berdikari dan memerlukan bantuan orang lain dalam kehidupan seharian. Beliau menyatakan walaupun negara kita adalah negara membangun, namun negara kita masih lagi di tahap yang bawah dalam memberi hak sama rata kepada golongan minoriti. Beliau telah menjadi individu cacat penglihatan dari kecil lagi, pelbagai yang telah dijanjikan untuk membantu dan menaiktaraf kehidupan komuniti ini namun, hanya beberapa sahaja yang telah dikotakan. 13
TIADA HAK DALAM URUSAN RASMI DISKRIMINASI Halangan dan cabaran lain yang dikongsikan oleh Encik Huzaifah ialah komuniti orang buta tidak diberi hak untuk terlibat di dalam urusan rasmi hanya disebabkan perbezaan mereka. Beliau menyifatkan situasi ini berlaku kerana kuranya kesedaran dan pemahaman yang rendah terhadap dunia komuniti orang buta. Beliau turut berkongsi pengalamannya sendiri semasa ibunya meninggal beberapa bulan yang lalu. Sebagai ketua keluarga (Encik Huzaifah merupakan anak sulung di dalam keluarganya), beliau dinafikan hak untuk menandatangani dokumen-dokumen penting hanya kerana dia buta. Encik Huzaifah terlihat agak emosianal semasa menceritakan pengalamannya. Beliau turut berdukacita kerana ahli kelurganya juga tidak mempertahankan dirinya untuk menandatangani dokumen tersebut. Sekiranya masyarakat mempunyai pendedahan yang banyak tentang komuniti orang buta, sudah tentu situasi seperti ini dapat dielakkan. Encil Huzaifah berkongsi bahawa sehingga kini, komuniti orang buta masih lagi memperjuangkan hak untuk mengundi sendiri tanpa bantuan orang lain. Menurut beliau, orang buta masih lagi dinafikan hak untuk mengundi sendiri. Beliau memberitahu bahawa mereka masih lagi terpaksa meminjam mata orang lain untuk mengundi. Walaupun bantuan yang diterima adalah oleh ahli keluarga sendiri, beliau tidak menolak bahawa boleh berlaku kemungkinan penipuan kerana pemahaman dan kepercayaan parti politik yang berbeza. Encik Huzaifah berkata kerajaan seharusnya mewujudkan inisiatif menyediakan kertas undian dalam bentuk tulisan Braille supaya individu buta dapat mengundi di dalam pilihan raya seperti individu normal. Mereka hanya buta, namun mereka masih lagi ada kemampuan untuk memegang sebatang pen dan mengambil bahagian dalam proses demokrasi. HALANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI KOMUNITI BUTA DALAM MELAKSANAKAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA. 14
HALANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI KOMUNITI BUTA DALAM MELAKSANAKAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA. TIADA SUMBER BACAAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN TIDAK MENCAPAI STANDARD Halangan dan cabaran lain ialah komuniti buta di Malaysia ini tidak mempunyai sumber bacaan yang banyak. Ini menyebabkan mereka sukar menerima informasi dan ilmu. Komuniti buta juga belajar dan menghadapi peperiksaan penting seperti SPM dan STPM namun adakah mereka mempunyai sumber bacaan yang mencukupi? Mereka juga, sama seperti individu normal, mempunyai pilihan mereka sendiri berkaitan genre buku yang mereka ingin baca. Ada yang berminat untuk memcaca buku fiksi/bukan fiksi, buku bergenre fantasi, kewangan, sejarah, kenegaraan dan banyak lagi namun, mereka tidak mempunyai banyak sumber. Individu normal jika mereka ingin membaca buku, mereka boleh membeli dan baca sahaja buku tersebut, tetapi bagi individu buta jika teringinmembaca buku tertentu, mereka boleh membeli namun mereka tidak dapat membacanya. Kerajaan seharusnya memperuntukkan bajet untuk menerbitkan buku-buku dalam tulisan braille ataupun ‘audiobook’ supaya komuniti buta dapat membaca banyak pilihan buku sama seperti individu normal. Sumber bacaan yang banyak dapat meningkatkan ilmu pengetahuan orang buta dan dapat menaik tarafkan kehidupan mereka. Menurut Encik Huzaifah, di Malaysia, kemudahan memang disediakan untuk komuniti orang buta namun ianya tidak mencapai standard. Ada kemudahan namun ia hanya dibuat separuh jalan kerana pereka atau pencipta kemudahan tersebut lebih mementingkan design yang cantik dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang komuniti orang buta. Ini adalah isu penting dan sebagai ahli masyarakat, kita mestilah sama-sama memperjuangkan hak komuniti kerana setiap orang berhak untuk dapat mengakses dan menggunakan kemudahan awam dengan selamat dan mudah. Encik Huzaifah juga berkongsi bahawa sebelum ini sudah banyak kemalangan yang melibatkan individu buta yang berlaku disebabkan kemudahan awam yang disediakan tidak memenuhi piawaian untuk orang buta. Contohnya, individu buta jatuh di landasan monorail kerana kegagalan pereka track tersebut untuk mengambil kira kemudahan infrastruktur kepada orang buta. Sebagai ahli masyarakat, kita mesti sama-sama memperjuangkan hak orang buta, kerana mereka adalah golongan minoriti. Suara mereka sering kali diabaikan. Sekiranya masyarakat Malaysia bersatu hati untuk memperjuangkan fasiliti orang buta pasti negara kita akan menjadi negara yang hebat. Setiap orang layak untuk hidup aman dan damai di negara mereka sendiri, termasuklah individu buta. 15
Encik Huzaifah memberitahu bahawa komuniti orang buta sentiasa bekerja keras untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang dunia mereka. Mereka akan sentiasa menerima kunjungan sesiapa sahaja yang ingin datang menemuduga mereka terutama sekali pelajar universiti kerana mereka boleh menjadi penghubung antara komuniti buta dengan masyarakat normal di luar sana. Encik Huzaifah ada berkongsi 1 model yang dia sentiasa pegang apabila ditanya bagaimana orang ramai boleh membantu komuniti buta iaitu Model 3A. Model 3A Approach: Peringkat ini melibatkan pemahaman individu yang ingin menolong tentang keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh individu buta dalam situasi tertentu. Adalah penting untuk kita sebagai warganegara yang prihatin untuk melibatkan diri dengan komuniti buta sendiri untuk mengetahui keperluan mereka. Tidak kenal maka kita tidak akan tahu apa yang diperlukan orang buta. Jika ingin menolong, kita mestilah memperkenalkan diri dahulu. Contohnya: Individu yang ingin menolong boleh memperkenalkan diri dahulu kepada individu buta sebelum menawarkan diri untuk menolong. 1. Beri Kesedaran 2. Ask: Encik Huzaifah menekankan bahawa adalah sangat penting untuk bertanyakan tentang keperluan individu buta yang sebenarnya. Contoh soalan: Ada apa-apa yang boleh saya bantu anda? 1. Bagaimana saya boleh membantu anda? 2. Adakah anda selesa saya membantu anda? 3. Soalan-soalan ini dapat membantu individu yang menawarkan bantuan untuk mengenalpasti kesukaran khusus yang dihadapi oleh individu buta dan apa penyelesaian yang boleh diambil. Ianya adalah penting untuk kita bertanyakan tentang keselesaan individu buta dan bukan mengikut keselesaan kita supaya kita dapat membantu meringankan kesusahan individu buta. Perbuatan ini boleh membantu meningkatkan kepercayaan dan kekuatan kepada individu buta untuk menerima bantuan daripada individu yang tidak dikenali. Walaupun orang yang ingin menolong mempunyai niat yang baik namun, kita tidak dapat menolak rasa prasangka yang ada dalam diri individu buta kerana mereka tidak dapat membuat penilaian dengan penglihatan. CARA MENANGANI CABARAN DAN HALANGAN SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BUTA. 16
3. Assist: Selepas kita approach dan ask individu buta, barulah kita tolong individu buta tersebut. Pastikan pertolongan yang dihulurkan itu memudahkan individu buta dan bukanlah menyusahkan lagi mereka. Contohnya; Biar individu buta yang pegang kita dan bukannya kita pegang dia. Ada situasi yang mana individu buta ditolak dari belakang oleh individu yang ingin menolongnya seperti menolak troli. Ianya membuatkan individu buta tersebut merasa tidak selesa dan merasakan lebih baik dia tidak dibantu sahaja. Individu buta juga sama seperti individu normal, ada diantara mereka yang tidak selesa dipegang dan disentuh sesuka hati jadi wajarlah kita sebagai individu yang ingin membantu bertanya dahulu apa yang diinginkan individu buta supaya mereka selesa. Cara lain yang dikongsikan oleh Encik Huzaifah adalah dengan cuba untuk sesuaikan diri dengan masyarakat. Oleh kerana, masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang dunia komuniti buta, maka komuniti akan mengadaptasi diri mengikut keadaan. Mereka akan cuba untuk faham sekeliling mereka dan sekiranya ada kesempatan, mereka akan cuba untuk menerangkan kepada masyarakat. Selain itu, apa yang komuniti buta boleh lakukan sendiri, mereka akan lakukan sendiri tanpa meminta pertolongan orang lain kerana tidak mahu dianggap menyusahkan. Pada pendapat saya, pemahaman ini perlulah sama-sama dan bergerak secara dua hala. Sekiranya komuniti buta memahami masyarakat normal, maka kita pun mestilah cuba untuk memahami dan masuk ke dalam dunia mereka. Jika kerajaan melaksanakan inisiatif untuk memperkenalkan dunia orang buta kepada masyarakat, pasti masyarakat kita akan hidup aman dan harmoni. CARA MENANGANI CABARAN DAN HALANGAN SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BUTA. Cuba Adaptasi dengan Masyarakat 17
Komuniti orang buta juga sentiasa memperjuangkan hak atasi mereka kepada pihak atasan dan pihak tertentu. Namun, ianya seperti angin yang lalu. Sudah pelbagai ayat-ayat manis yang Encik Huzaifah khususnya pernah dengar namun tiada satu pun yang dilunaskan. Tiada siapa yang ingin mengambil tanggungjawab memenuhi keperluan dan hak komuniti cacat penglihatan ini. Punca utama ialah tiada kesedaran tentang dunia individu buta. Jika mereka tahu dan merasai bagaimana sukarnya kehidupan individu buta tanpa kemudahan asas dan lengkap, pasti mereka tidak akan berlengah dan terus menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Encik Huzaifah ada berkongsi bahawa sebelum ini beliau ada mengusulkan beberapa perkara untuk kemudahan asas komuniti buta kepada pihak menteri dan kebiasaannya akan disambut baik, namun apabila pemerintahan bertukar, perjanjian yang dibuat pun turut terhapus. Begitu juga perkongsian yang dibuat kepada pihak media, banyak pihak media yang datang menemuduga mereka namun tiada siapa yang ingin mengubah nasib komuniti buta. Sehingga hari ini, komuniti buta ini berjuang sendiri dalam mempertahankan hak mereka sendiri. Saya yakin, bahawa untuk kita memertabatkan sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan masyrakat Malaysia, kerajaan mestilah mewujudkan inisiatif wajar demi meningkatkan pengetahuan dan pendedahan terhadap dunia komuniti buta supaya mereka boleh hidup setaraf dengan masyarakat normal tanpa rasa ditindas. CARA MENANGANI CABARAN DAN HALANGAN SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BUTA. Memperjuangkan Pada Pihak Atasan 18
PROJEK YANG BERJAYA PADA TAHUN INI. 19
SOSIAL 20
Penggunaan wang ringgit Antara soalan yang menjadi tanda tanya saya ketika menemu ramah Encik huzaifah adalah bagaimana orang buta dapat mengenal pasti nilai wang ringgit. Encik Huzaifah mengatakan bahawa orang buta ini mempunyai satu keistimewaan iaitu mereka ini mempunyai pacaindera yang sangat kuat (hightened sense) di mana pacaindera mereka yang lain dilatih secara semula jadi untuk menggantikan mata mereka, contohnya pendengaran mereka akan menjadi sangat sensitif sehinggakan mereka dapat menjadi peka terhadap persekitran mereka. Kembali kepada cara orang buta mengenalpasti nilai wang ringgit yang mereka ada, Encik Huzaifah mengatakan bahawa mereka membezakan nilai melalui saiz duit yang mereka miliki, saiz seringgit berbeza dengan 5 ringgit, 10 ringgit berbeza saiznya dengan 50 ringgit. Namun begitu, masih ada kekurangan iaitu 10 ringgit dan 20 ringgit mempunyai saiz yang sama maka agak susah bagi mereka untuk membezakan antara 10 ringgit dan 20 ringgit. Disebabkan itulah, bagi Encik HUzaifah beliau sendiri tidak suka memegang 20 ringgit dan kalau dia ada dia akan terus menukar kepada duit yang lebih kecil. selain daripada itu, orang buta juga membezakan nilai duit dengan merasa tekstur kertas atau plastik pada duit tersebut. Seperti yang sudah dikatakan bahawa pacaindera orang buta ini sangat hebat, ianya termasuk dengan pacaindera sentuhan di mana mereka sangat sensitif terhadap barangan yang mereka sentuh. Encik Huzaifah mengatakan bahawa tekstur wang ringgit malaysia sangat berbeza seperti tekstur seringgit dan 5 ringgit berbeza dengan 10 ringgit dan 20 ringgit. Melaui dua kaedah yang telah diberitahu Encik Huzaifah dapat kami ketahui bahawa orang buta sangat kreatif dengan cara mereka mengendalikan aktiviti kehidupan seharian mereka. PENGGUNAAN WANG RINGGIT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN ORANG BUTA 21
Kembali kepada persoalan tentang pergerakkan orang buta dalam kehidupan seharian mereka, orang buta ini Encik Huzaifah katakan bahawa mereka mempunyai ingatan yang sangat kuat yang menyebabkan mereka senang untuk mengingati jalan yang mereka lalui walaupun mereka hanya lalui jalan tersebut hanya sekali. Maka dengan itu bagi jalan yang mereka sudah lalaui ataupun jalan harian mereka memang tidak menjadi masalah bagi mereka kerana mereka sudah menghafal dan mampu untuk membanyangkan jalan tersebut. Kekuatan inilah yang Encik Huzaifah katakan keistimewaan orang buta di mana walaupun penglihatan mereka tiada namun pacaindera mereka yang lain bagaikan meningkat dan menjadi sangat peka. Kelebihan yang dimiliki mereka ini sangat membantu mereka dalam menghafal serta mengingati jalan yang mereka akan selalu dan akan lalui di dalam kehidupan seharian mereka. Ditambah pula dengan kemudahan-kemudahan awam yang membantu mereka dalam pergerakkan seharian mereka, maka semakin mudah bagi orang-orang buta di malaysia. Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya memandang orang buta ini hanya pada luaran semata-mata kerana kita sendiri tidak mengetahui kemampuan mereka. Mereka juga hidup seperti kita maka mengapa kita perlu merasakan bahawa mereka ini mempunyai kekurangan yang amat besar berbanding diri kita. PERGERAKKAN ORANG BUTA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN & PERGERAKKAN ORANG BUTA KE TEMPAT YANG BAHARU Antara soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran saya adalah tentang pergerakkan orang buta dalam kehidupan seharian mereka, kalau dilihat melalui pemerhatian saya orang buta sentiasa ditemani seseorang yang mungkin merupakan ahli keluarga, saudara atau mungkin kawan mereka. namun begitu tidak setiap waktu mereka ditemani bersama dan mungkin juga ada waktu di mana orang buta ingin berdikari dan mula bergerak secara bersendirian. Ada sahaja di dalam kalangan orang buta yang bergerak secara bersendiri dan tidak mempunyai orang yang menemani mereka, contoh yang paling dekat adalah Encik Huzaifah sendiri. Beliau menceritakan bahawa beliau bergerak ke pejabat dari rumah berseorangan yang mana waktu untuk sampai dari rumah beliau ke pejabat mengambil masa sekitar 30 minit. Beliau memberitahu bahawa beliau sendiri lebih gemar bergerak secara sendiri kerana isteri beliau juga bekerja. Beliau juga memberitahu bahawa beliau sangat suka menggunakan kemudahan awam seperti mrt dan juga bas, dan beliau juga ada memberitahu bahawa banyak kemudahan bagi orang buta di stesen kenderaan awam. contoh yang beliau memberitahu kami adalah seperti di stesen mrt yang mana sudah banyak tulisan braile yang digunakan bagi memudahkan orang buta mencari destinasi mereka, di laluan pejalan kaki juga sudah ada braile bagi menunjukkan kawasan berhenti. 22
Persoalan kedua, bagaimana pula sekiranya orang buta itu ingin pergi ke tempat yang baharu atau tempat yang tidak biasa mereka pergi? soalan ini sangat bagus kerana kadangkala kita tahu tentang kesusahan seseorang itu sehingga kita bertanya kepada tuan empunya badan sendiri. Contoh yang diberikan oleh Encik Huzaifah kepada kami adalah “katakanlah satu hari saya mendapat jemputan untuk pergi ke rumah baru kawan saya di kawasan yang tidak pernah saya pergi dan saya langsung tidak tahu apa-apa tentang kawasan tersebut daripada jalannya, bentuk kawasan, perumahan dan perbagai lagi perkara yang saya tidak tahu. bagaimana saya ingin pergi ke sana?”. Cara yang paling banyak digunakan oleh orang buta adalah meminta pertolongan daripada ahli keluarga ataupun rakan untuk bawa mereka ke destinasi tersebut bagi kali pertama, mereka juga perlu menjelaskan tentang jalan mana yang perlu dilalui, apa yang ada di kawasan sekitar dan pelbagai lagi. Hal ini adalah supaya ianya menjadi pengahafalan bagi orang buta untuk mengingati jalan tersebut, supaya selepas ini mereka mampu untuk pergi ke tempat tersebut dengan sendirinya tanpa pertolongan orang lain. Encik Huzaifah mengatakan bahawa orang buta ini, walaupun mempunyai keinginan untuk berdikari yang sangat kuat namun mereka masih memerlukan pertolongan serba sedikit bagi perkara-perkara yang mereka tidak mampu untuk lakukan secara sendiri. Selain daripada cara pertama ini, Encik Huzaifah juga ada berkongsi tentang satu aplikasi yang sangat membantu orang buta dalam mendapat tunjuk arah untuk mereka sampai ke destinasi mereka apabila mereka berada di tempat yang terasing. Aplikasi ini sangat berguna kerana orang buta tersebut akan mendapat bantuan yang diperlukan oleh mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka sesat dan tidak tahu keberadaan mereka dimana, aplikasi ini dinamakan “Be My Eye”. Encik Huzaifah mengatakan bahawa aplikasi ini banyak menyelamatkan orang buta yang sesat. Fungsi aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan oleh orang buta kerana ianya sangat “user friendly” di mana orang buta yang sesat tersebut hanya perlu menekan butang help dan aplikasi tersebut akan menyambung ke panggilan video kepada sukarelawan yang telah berdaftar dalam aplikasi tersebut. Setelah panggilan video itu telah bersambung kepada sukarelawan, orang buta tersebut memberitahu tentang sintuasi yang sedang dia hadapi serta destinasi yang ingin dia pergi, setelah itu sukarelawan tersebut akan membantu orang buta tersebut dengan memberi tunjuk arah kepada orang buta tersebut dengan memberitahu jalan, objek dan kawasan yang sedang dilalui oleh orang buta itu. Dengan bantuan aplikasi ini, walaupun orang buta itu bersendirian dia masih lagi mampu untuk sampai ke destinasi dia dengan selamat ditambah pula dengan cara ini orang buta tersebut mampu untuk menghafal jalan yang mungkin dia ingin gunakan di masa hadapan. Daripada persoalan-persoalan yang telah saya tanyakan kepada Encik Huzaifah ketika kami menemu ramah beliau saya dapati bahawa orang buta ini sebenarnya amat unik dan istimewa dengan cara mereka yang tersendiri. saya juga berjaya mendapat maklumatmaklumat baru yang membuatkan saya berasa kagum seperti aplikasi-aplikasi yang orang buta gunakan dalam kehidupan seharian mereka seperti “Seeing AI” dan “Be My Eye” yang mana sangat menajubkan kerana sebelum ini saya hanya berfikir bahawa orang buta sangat memerlukan bantuan daripada orang lain untuk mereka jalani kehidupan seharian mereka, namun sekarang fikiran saya sudah mula dibuka dengan maklumat yang saya dapati daripada Encik Huzaifah. 23
PENDIDIKAN 24
Penggunaan Teknologi Encik Huzaifah merumuskan bahawa teknologi masa kini, khususnya telefon bimbit dan laptop, telah membawa impak besar dalam kehidupan seharian. Bagi pelajar, kehadiran laptop menjadi sangat penting, dan bukan sahaja sekadar peranti kerasnya, tetapi juga perisian tertentu yang turut memainkan peranan utama dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan khusus, seperti komuniti buta. Salah satu elemen penting yang diperkenalkan oleh Encik Huzaifah adalah penggunaan screen reader pada laptop. Screen reader merupakan perisian yang membolehkan pengguna, terutama mereka yang mempunyai masalah penglihatan, untuk mendengar apa yang terpapar di skrin melalui suara atau braile. Ini membuka peluang kepada pelajar untuk mengakses maklumat dan menyertai pembelajaran dalam persekitaran digital dengan lebih lancar. Contoh perisian yang biasa digunakan adalah NVDA Screen Reader, JAWS, dan Win Eyes. Antara ketiganya, JAWS menjadi sorotan kerana kecanggihannya dalam menyediakan fungsi speech dan braile. Walaupun ia merupakan perisian berbayar dan agak mahal, kira-kira RM 443, kelebihan yang diberikan oleh JAWS menjadikannya pilihan utama di kalangan komuniti buta. JAWS dapat mengintegrasikan diri dengan pelbagai aplikasi, menjadikannya sesuai untuk kegunaan dalam pelbagai kontekstermasuk pengajaran, pembelajaran, dan produktiviti harian. Kelebihan JAWS tidak hanya terletak pada penyediaan suara, tetapi juga kemampuannya dalam menyediakan maklumat melalui braile. Ini memberi peluang kepada individu buta untuk mendapatkan akses kepada teknologi dan maklumat digital tanpa bergantung sepenuhnya kepada output audio. Dengan pelbagai ciri yang ditawarkan, JAWS membantu memperluaskan spektrum penggunaan laptop untuk komuniti buta, merangsang kemandirian dalam penggunaan teknologi, dan meningkatkan kualiti hidup mereka. PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK MENYOKONG PENDIDIKAN DALAM KALANGAN KOMUNITI BUTA Kelebihan Perisian JAWS 25
Selain itu, kepelbagaian bahasa yang disokong oleh JAWS memainkan peranan penting dalam memastikan aksesibiliti kepada maklumat yang lebih meluas dan berdaya maju dalam era globalisasi ini. Dalam keadaan di mana komunikasi dan pertukaran maklumat tidak mengenal sempadan, teknologi bantu seperti JAWS berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan individu dengan pelbagai latar belakang bahasa dan budaya. Dalam konteks global yang semakin berkembang, keupayaan JAWS untuk menyokong pelbagai bahasa bukan hanya sekadar menjamin kebolehcapaian maklumat, tetapi juga membuka pintu kepada pembelajaran yang lebih menyeluruh. Individu yang mempunyai masalah penglihatan dapat mengakses sumber pendidikan digital, bahan pembelajaran, dan maklumat dalam bahasa pilihan mereka, menjadikan proses pembelajaran lebih relevan dan bermakna. Di samping itu, landskap pendidikan yang pelbagai memperlihatkan cabaran unik, di mana pelajar berasal dari pelbagai latar belakang bahasa dan kawasan. Sokongan JAWS terhadap pelbagai bahasa memberi peluang kepada pelajar yang buta atau mempunyai masalah penglihatan untuk menavigasi dan memahami pelbagai jenis kandungan digital, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, fail audio, dan elemen visual dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Jauh melampaui aspek kebolehcapaian, sokongan JAWS terhadap pelbagai bahasa juga menyumbang kepada pelestarian identiti budaya. Pengakuan terhadap kepelbagaian budaya dan bahasa dalam penyampaian maklumat melalui perisian ini membantu individu yang mempunyai masalah penglihatan untuk merasa terlibat dalam konteks budaya mereka sendiri. Ini tidak hanya mencipta pengalaman pembelajaran yang inklusif tetapi juga menghormati dan mengiktiraf warisan budaya pelajar. Sokongan JAWS terhadap pelbagai bahasa juga merangkumi aspek keadilan pendidikan. Dengan memecahkan sempadan bahasa, JAWS memastikan bahawa semua individu, tanpa mengira bahasa ibunda, mempunyai peluang yang sama untuk mengakses dan memahami maklumat pendidikan. Ini sesuai dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam pendidikan digital, di mana hak akses kepada pengetahuan tidak terbatas oleh bahasa atau geografi. Secara keseluruhannya, peranan JAWS dalam menyokong pelbagai bahasa bukan hanya sebatas pada aspek teknikal, tetapi juga membentuk landskap pendidikan yang inklusif, relevan budaya, dan adil. Seiring dengan perkembangan teknologi, sokongan terhadap kepelbagaian bahasa akan terus memainkan peranan penting dalam menjamin aksesibiliti maklumat kepada semua lapisan masyarakat global. E-Braille 26
dipertimbangkan sebagai satu bentuk pelaburan dalam masa depan yang lebih baik, di mana setiap individu, tanpa mengira keupayaan fizikal atau kewangan, dapat turut serta secara aktif dalam dunia digital yang semakin berkembang. Sebagai cadangan tambahan, kerajaan dan pihak berkepentingan boleh mempertimbangkan inisiatif penyediaan perisian seperti JAWS secara subsidi atau percuma kepada golongan yang memerlukan. Langkah ini tidak hanya akan merangsang penggunaan teknologi aksesibiliti, tetapi juga memastikan bahawa mereka yang memerlukan sokongan khusus mendapatkan akses tanpa menghadapi beban kewangan yang berlebihan. Pendekatan ini merangkumi aspek kebajikan sosial dan mencerminkan komitmen untuk memastikan bahwa kemajuan teknologi tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang. Secara keseluruhannya, perisian seperti JAWS, yang pada asalnya direka untuk membantu golongan komuniti buta, sebenarnya membuka pintu kepada aksesibiliti dan inklusiviti yang lebih besar dalam dunia digital. Ini menekankan betapa pentingnya pendekatan yang holistik dalam mengintegrasikan teknologi aksesibiliti ke dalam kehidupan harian. Melalui kesedaran, kerjasama, dan tindakan proaktif, masyarakat dapat memastikan bahawa teknologi moden tidak hanya memenuhi keperluan majoriti tetapi juga merangkumi keperluan semua individu, tanpa meninggalkan sesiapa pun di belakang. Kos Penggunaan Teknologi Penggunaan teknologi, seperti perisian JAWS, membawa manfaat yang besar dalam memastikan inklusiviti dalam masyarakat digital. Walaupun keberkesanan JAWS tidak dapat disangkal, penting untuk diingat bahawa kemajuan ini tidak datang tanpa kos yang bersesuaian. Dengan harga sekitar RM 443, perlu diakui bahawa perisian ini mungkin dianggap mahal oleh sesetengah individu atau institusi. Penting untuk kita akui bahawa terdapat keperluan yang jelas untuk sokongan ini, terdapat cabaran kewangan yang perlu diatasi untuk memastikan akses yang sejagat mungkin kepada teknologi ini. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan bahwa penggunaan teknologi untuk inklusiviti tidak menjadi terbatas oleh faktor kewangan. Dalam konteks ini, masyarakat perlu mempertimbangkan penyediaan akses kepada perisian seperti JAWS sebagai pelaburan dalam pembangunan insan. Ini bukan sekadar pengeluaran, tetapi juga satu peluang untuk memupuk keadilan dan kesetaraan dalam akses kepada teknologi. Menyediakan akses kepada perisian ini bukan sahaja membantu individu buta untuk menyertai masyarakat digital dengan lebih efektif tetapi juga merangkul prinsip-prinsip keadilan sosial dalam pembangunan teknologi. Penting untuk menyedari bahawa teknologi aksesibiliti seperti JAWS bukan sahaja memberi manfaat kepada individu yang memerlukan sokongan khusus, tetapi juga memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat pembangunan mampan. Dengan menyediakan akses kepada teknologi untuk semua lapisan masyarakat, kita dapat memastikan bahawa kemajuan teknologi tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang. Oleh itu, walaupun terdapat kos yang terlibat dalam penggunaan teknologi seperti JAWS, kita harus memandangnya sebagai pelaburan jangka panjang dalam kelestarian masyarakat yang inklusif dan saksama. Pembiayaan yang diperlukan untuk teknologi ini harusCadangan 27
Namun begitu, Encik Huzaifah memberikan pandangan yang dengan menyatakan bahawa kebanyakan pelajar tidak menggunakan perisian seperti JAWS kerana dianggap kurang membantu, terutama apabila mereka ingin menggunakan buku rujukan. Beliau menyentuh isu ketidakpastian dalam menggunakan aplikasi pemindai yang membolehkan pengguna memuat naik gambar buku dan mendengar teksnya. Ini menjadi lebih rumit, terutama apabila berurusan dengan buku yang tebal, dan aplikasi pemindai kadang-kadang memberikan output yang membingungkan. Keberkesanan perisian pembaca skrin seperti JAWS juga bergantung pada tahap literasi digital dan kesesuaian teknologi dengan keperluan pengguna. Dalam konteks ini, Encik Huzaifah menekankan kegunaan bantuan daripada individu lain untuk memberikan sokongan kepada komuniti buta dalam menjalankan aktiviti harian mereka, terutama dalam mengakses sumber rujukan. Encik Huzaifah turut berkongsi mengenai perkhidmatan yang disediakan di Universiti Malaysia untuk membantu komuniti buta di perpustakaan. Sistem ini memudahkan individu buta untuk mendapatkan bantuan dengan meletakkan memo yang menyatakan keperluan mereka di tempat yang sesuai. Ini menunjukkan usaha dan kesedaran institusi dalam memastikan aksesibiliti kepada ilmu pengetahuan dan bahan bacaan bagi semua pelajar, termasuk komuniti buta. Pengetahuan mengenai perkhidmatan seperti ini turut membuka mata saya terhadap pelbagai cara dan bantuan yang sedia ada untuk membantu komuniti buta. Ia memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kepelbagaian cabaran yang dihadapi oleh mereka dan keperluan untuk masyarakat secara keseluruhan untuk berperanan dalam menyokong mereka. Penggunaan Teknologi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Hal ini juga memberikan dorongan untuk meneroka lebih banyak inisiatif dan penambahbaikan dalam penyediaan aksesibiliti teknologi untuk komuniti buta. Mungkin terdapat ruang untuk meningkatkan kesedaran dan pelibatan dalam penggunaan teknologi yang sedia ada atau membangunkan penyelesaian baru yang lebih bersesuaian dengan keperluan mereka. Dengan memahami lebih lanjut mengenai pengalaman dan pandangan seperti yang dikongsikan oleh Encik Huzaifah, kita dapat menggerakkan arah yang lebih positif dalam membangun masyarakat yang lebih inklusif dan memberdayakan komuniti buta. Ini melibatkan usaha bersama dari pelbagai pihak, termasuk pihak berkuasa, institusi pendidikan, dan masyarakat secara keseluruhan. 28
Encik Huzaifah juga mengutarakan pandangan bahawa subjek seperti kejuruteraan perisian sepatutnya dibuka kepada komuniti buta. Ini kerana terdapat pelbagai perisian atau aplikasi yang kini boleh membantu mereka dalam pembelajaran, sebagaimana yang disediakan oleh teknologi masa kini. Dalam era yang semakin canggih, aplikasi dan perisian yang terkini mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang serupa untuk semua, termasuk komuniti buta. Pentingnya membuka pintu kepada pelbagai kursus, termasuk yang berkaitan dengan teknologi seperti kejuruteraan perisian, adalah satu langkah positif untuk memastikan inklusiviti dalam pendidikan. Ini tidak hanya memberikan peluang kepada komuniti buta untuk memilih kursus berdasarkan minat dan bakat mereka, tetapi juga mengukuhkan pandangan masyarakat terhadap kemampuan dan kebolehan mereka. Dengan meningkatkan kesedaran di kalangan penyedia kursus dan pihak pengurusan, serta menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan komuniti buta, kita dapat mencapai sistem pendidikan yang lebih inklusif dan merangkul kepelbagaian keperluan individu. Ini melibatkan usaha bersama dari pihak pendidikan, masyarakat, dan komuniti untuk mengatasi cabaran dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang seimbang dan inklusif bagi semua. HALANGAN YANG DIHADAPI KOMUNITI BUTA DALAM MENERUSKAN PENGAJIAN TINGGI DAN MENCARI PEKERJAAN Halangan Meneruskan Pengajian Tinggi Encik Huzaifah dengan jelas menyorotkan bahawa satu daripada halangan utama yang dihadapi oleh komuniti buta dalam akses kepada pendidikan adalah kurangnya kesedaran di kalangan penyedia kursus. Beliau menyatakan bahawa penyedia kursus masih belum menyedari sepenuhnya kebolehan atau tahap komuniti buta, dan ini menyebabkan terdapat sedikit kursus yang khusus dibuka untuk mereka. Penyebab utama yang dinyatakan oleh pihak pengurusan adalah kurangnya fasiliti yang sesuai bagi komuniti buta. Walaupun begitu, Encik Huzaifah menyoroti bahawa komuniti buta sendiri tidak menganggap fasiliti khas sebagai keperluan utama mereka. Contohnya, dalam hal tandas, mereka tidak melihat keperluan untuk tandas istimewa dan merasa mampu untuk menggunakan tandas seperti orang lain. Bagi mereka, hak untuk memilih kursus yang mereka minati adalah lebih penting daripada beberapa perkara yang mungkin dianggap sebagai hal remeh. Contoh yang diberikan oleh Encik Huzaifah mengenai kemampuan komuniti buta untuk menaiki tangga adalah satu ilustrasi bagaimana persepsi mengenai keupayaan mereka mungkin tidak selaras dengan pandangan pihak pengurusan. Bagi komuniti buta, hak untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran adalah lebih penting daripada beberapa rintangan fizikal yang mungkin ada. 29
Ketidakupayaan untuk menyediakan kursus yang mencukupi bagi komuniti buta telah menimbulkan impak yang serius terutama dalam hal peluang pekerjaan. Encik Huzaifah menyorotkan bahawa masalah ini bukan sahaja mencetuskan kekurangan peluang pekerjaan bagi komuniti buta, tetapi juga menggambarkan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kemampuan dan kebolehan mereka. Penyediaan kursus yang terhad atau tidak bersesuaian dengan keperluan komuniti buta dapat menjadi dinding utama yang menghalang mereka daripada mengakses peluang pendidikan yang setara. Hal ini turut membawa kepada ketidaksetaraan dalam akses kepada pekerjaan, kerana kurangnya latihan dan pendidikan yang sesuai dapat membatasi peluang pekerjaan yang boleh diakses oleh komuniti buta. Diskriminasi dalam sektor pekerjaan juga menjadi isu, dengan beberapa majikan enggan memberi peluang kepada individu buta, walaupun mereka telah membuktikan kecemerlangan semasa bekerja. Ini menunjukkan keperluan untuk mengatasi stigma dan pendekatan diskriminatif dalam proses pengambilan pekerjaan. Selain itu, Encik Huzaifah turut membincangkan isu pekerjaan sementara bagi komuniti buta. Beliau menyatakan bahawa pelajar yang ingin bekerja semasa cuti semester sering dihadapkan dengan cabaran, kerana kebanyakan majikan tidak menyediakan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan jadual mereka. Ini adalah satu lagi contoh bagaimana kekurangan kesedaran dan pemahaman terhadap keperluan khas komuniti buta dapat mencipta hambatan dalam mencapai keadilan pekerjaan. Encik Huzaifah juga menyentuh isu penghentian pekerjaan dan ketidakbolehan untuk mendapatkan pekerjaan semula selepas penghentian. Ini menggariskan ketidaksetaraan dalam peluang untuk komuniti buta yang mungkin mengalami situasi di mana mereka terpaksa berhenti bekerja atas sebab tertentu. Kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan semula setelah penghentian adalah satu halangan tambahan yang memerlukan perhatian dan penyelesaian. Halangan Mencari Pekerjaan 30
Perbandingan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun memberikan kita wawasan yang berharga tentang perbezaan pendekatan dan tanggungjawab sosial terhadap komuniti buta. Syarikat-syarikat terkemuka seperti Microsoft dan Apple di Amerika Syarikat mengambil langkah positif dengan menetapkan jabatan atau inisiatif khusus untuk membantu komuniti buta. Ini termasuk pembangunan teknologi aksesibiliti yang canggih dan pelbagai inisiatif lain seperti pembungkusan produk yang mesra pengguna buta. Di Jepun, perhatian kepada komuniti buta diterjemahkan dalam langkah-langkah praktikal seperti penambahan tulisan Braille pada peralatan harian seperti mesin basuh. Tindakan ini menunjukkan betapa seriusnya masyarakat dan pengeluaran terhadap keperluan khusus komuniti buta. Bagaimanapun, Encik Huzaifah berkongsi bahawa di Malaysia, keupayaan untuk mendapatkan peralatan dengan tulisan Braille masih kurang diberi perhatian, dan beliau terpaksa menambah label secara individu. Hal ini amat mengecewakan dan membuka mata kita terhadap kurangnya kesedaran dan tindakan dalam membantu komuniti buta di Malaysia. Walaupun tindakan kecil seperti menambah label Braille mungkin dianggap remeh bagi sesetengah individu, namun ia memberikan impak besar bagi kehidupan mereka. Ini menekankan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan sokongan yang lebih besar kepada komuniti buta. Perbandingan Kesedaran Negara Kita dengan Negara Luar Perbezaan Syampoo dan Conditioner Mendengar pengalaman dan pandangan Encik Huzaifah telah memberikan kita peluang untuk merenungkan lau bertindak sebagai masyarakat Malaysia. Dengan meningkatkan kesedaran, mendukung inisiatif inklusif, dan mengatasi diskriminasi, kita boleh membina masyarakat yang lebih inklusif, dan menghormati hak asasi setiap individu, tanpa mengira keupayaan fizikal mereka. Langkah-langkah kecil yang diambil oleh individu, syarikat, dan pihak berkuasa tempatan dapat membantu membentuk transformasi positif bagi komuniti buta di Malaysia. Mesin basuh di jepun dengan tulisan braile 31
EKONOMI 32
Dalam usaha untuk meningkatkan aksesibiliti ekonomi bagi komuniti orang buta, organisasi mengambil pendekatan yang holistik dan berfokus pada peningkatan kemahiran, peluang pekerjaan, dan akses kepada teknologi. Selain daripada perkhidmatan bahan bacaan Braille, mereka juga mengambil langkah-langkah tambahan seperti kursus latihan tambahan dan perkhidmatan ilmu digital marketing yang memberikan impak yang lebih besar. Pertama sekali , menyediakan kursus latihan tambahan adalah langkah awal yang krusial dalam memperluas peluang pekerjaan bagi komuniti orang buta. Sebagai contoh, dalam bidang urut, pelatihan khusus dapat diberikan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Kursus jangka masa pendek yang fokus pada teknik urut yang sesuai dengan keperluan pasaran Malaysia tidak hanya memperkukuhkan kemahiran individu, tetapi juga mempersiapkan mereka untuk bersaing secara sihat dalam sektor ini. Melalui kolaborasi dengan pusat latihan dan institusi pendidikan, organisasi dapat membantu membentuk profesional berkualiti tinggi yang boleh memasuki pasaran pekerjaan dengan keyakinan. Selain itu, perkhidmatan ilmu digital marketing adalah penambahbaikan yang penting dalam konteks ekonomi moden. Oleh itu, organisasi bekerjasama dengan pakar dalam bidang ini untuk menyediakan latihan digital marketing kepada komuniti orang buta. Sebagai contoh, pembelajaran tentang kaedah penggunaan teknologi bantu, seperti perisian pembaca skrin, boleh memberikan mereka kemudahan dalam menjalankan tugas harian dan mencari peluang perniagaan dalam talian. Tambahan pula, penyediaan perkhidmatan digital marketing memberi peluang kepada orang buta untuk bekerja dalam suasana yang lebih fleksibel, tanpa bergantung sepenuhnya pada telefon bimbit yang mungkin menjadi sukar untuk digunakan. Hal ini demikian, Pentingnya mencipta persekitaran yang inklusif tidak boleh diabaikan. Komuniti orang buta harus merasakan bahawa peluang ekonomi bukanlah sesuatu yang terhad kepada mereka. Oleh itu, organisasi perlu menggalakkan penyediaan sokongan tambahan, seperti mentorship dan rangsangan kewangan untuk memastikan kejayaan dalam bidang yang mereka pilih. ANTARA USAHA ORGNISASI DALAM MENINGKATKAN AKSESIBILITI EKONOMI BAGI KOMUNITI ORANG BUTA. 33
Selain itu, perubahan sikap dan kesedaran masyarakat juga adalah aspek yang perlu diberi perhatian. Organisasi boleh menggalakkan kerjasama dengan media tempatan untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi dan kontribusi komuniti orang buta dalam bidang ekonomi. Melalui wawasan yang lebih baik, masyarakat boleh menjadi lebih bersedia untuk menerima dan menyokong usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan aksesibiliti ekonomi. Secara keseluruhannya, meningkatkan aksesibiliti ekonomi bagi komuniti orang buta memerlukan pendekatan yang komprehensif. Kombinasi antara pelatihan kemahiran khusus, perkhidmatan ilmu digital marketing, sokongan kewangan, dan kesedaran masyarakat adalah kunci kejayaan. Dengan usaha bersama dan kebijaksanaan yang berterusan, kita dapat mencipta masyarakat yang lebih inklusif dan adil untuk semua. Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya akan membantu meningkatkan aksesibiliti ekonomi bagi komuniti orang buta, dengan membina masyarakat yang lebih inklusif dan adil. Salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan menyokong inisiatif dan program latihan yang dirancang khusus untuk membantu mereka memperoleh kemahiran yang relevan dan meningkatkan daya saing dalam pasaran pekerjaan. Sebagai contoh, saya akan menyumbang kepada organisasi atau pusat latihan yang menyediakan kursus latihan tambahan dalam bidangbidang tertentu, seperti teknologi bantuan, kejuruteraan suara, atau latihan pekerjaan khusus yang berkaitan dengan pekerjaan dengan kebolehan mereka. Sumbangan kewangan saya juga boleh membantu mereka untuk menampung kos latihan, menyediakan bahan bacaan Braille, atau mengemas kini peralatan teknologi bantuan yang diperlukan untuk mengukuhkan kemahiran mereka. Disamping itu, saya juga membantu dalam menyebarkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang keperluan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif. Melalui penerbitan dalam kempen kesedaran, saya boleh memberi tumpuan kepada peranan dan potensi komuniti orang buta dalam sektor ekonomi. Menyumbang masa saya untuk mengambil bahagian dalam program komuniti seperti seminar atau bengkel yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang cabaran dan kebolehan mereka juga merupakan langkah yang berharga. Selain itu, jika rakan-rakan saya mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti pemasaran digital, saya akan memohon mereka untuk menyumbang kemahiran mereka untuk membantu komuniti orang buta supaya mereka akan mengembangkan perniagaan kecil atau memahami potensi pasaran dalam talian. Ini boleh melibatkan penyediaan latihan pemasaran digital khusus untuk membantu mereka memanfaatkan peluang perniagaan dengan lebih efektif dan berkesan. Oleh itu, Sama ada dalam bentuk kewangan, masa, atau kemahiran, ia bukan sahaja memberikan sokongan praktikal kepada masyarakat orang buta, tetapi juga menyumbang untuk membina masyarakat yang lebih bersatu dan inklusif. Dengan usaha bersatu, kita boleh mencapai perubahan positif dan membantu memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha ke arah ekonomi yang lebih adil dan saksama. 34
Antara usaha yang memperkuatkan keterlibatan komuniti dalam kegiatan ekonomi lokal adalah organisasi mengambil pendekatan yang holistik dan proaktif seperti kesedaran terhadap kursus dan latihan yang desediakan oleh organisasi mereka. Encik Huzaifah mengemukakan bahawa usaha seperti menggalakkan ahli komuniti untuk mengambil bahagian dalam kursus yang berkaitan dengan menyediakan pelbagai saluran untuk mereka dan menyuarakan pendapat mereka dapat membantu mereka dalam kegiatan ekonomi lokal. Tambahan pula, beliau juga mengatakan bahawa meningkatkan kesedaran komuniti adalah kunci untuk mewujudkan penglibatan yang berkesan. Organisasi telah menyediakan kempen penyedaran yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pelbagai kursus dan peluang ekonomi yang tersedia. Contoh mereka pernah menganjurkan sesi penerangan awam dan menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat secara efektif. Di samping itu, beliau menggalakkan ahli komuniti untuk terlibat dalam kursus tertentu . Organisasi menawarkan insentif atau mengatur program bantuan kewangan bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam kursus khusus. Sebagai contoh, jika terdapat kursus pembangunan kemahiran digital yang berkaitan dengan keperluan pasaran tempatan, organisasi memberikan subsidi separa atau penuh kepada peserta dari komuniti yang berminat. Untuk meningkatkan keberkesanan usaha ini, organisasi telah memanfaatkan teknologi untuk membantu ahli komuniti mencari tajuk atau bidang yang mereka minati. Sebagai contoh, mereka membangunkan platform dalam aplikasi group WhatsApp di mana ahli komuniti boleh berkongsi minat mereka dan menerima cadangan kursus yang berkaitan. Dengan menggunakan teknologi ini, organisasi bukan sahaja menyediakan maklumat dengan lebih cekap, tetapi juga memberi peluang kepada ahli komuniti untuk bersuara dan menyumbangkan idea mereka. bagi Encik Huzaifah kepentingan mendengar dan memahami pendapat ahli masyarakat tidak boleh diabaikan. oleh itu, melalui aplikasi group WhatsApp, beliau mencipta saluran terbuka di mana ahli komuniti boleh menyuarakan pandangan, cadangan atau keperluan mereka. Ini bukan sahaja memberi ruang untuk pertukaran idea, tetapi juga memberi peluang kepada ahli komuniti untuk menyesuaikan program mereka mengikut kehendak dan keperluan sebenar masyarakat. USAHA ORGANISASI DALAM MEMPERKUATKAN KETERLIBATAN KOMUNITI DALAM KEGIATAN EKONOMI LOKAL. 35
Kesimpulannya, pengukuhan penglibatan komuniti dalam ekonomi tempatan melibatkan langkah proaktif yang merangkumi kesedaran, galakan, penggunaan teknologi dan penglibatan aktif. Dengan melibatkan ahli komuniti secara keseluruhan dan menyediakan peluang yang relevan, kita dapat memupuk ekosistem ekonomi tempatan yang dinamik, inklusif dan merangsang pertumbuhan. sebagai seorang warga Malaysia, saya akan memberikan bantuan yang berharga untuk memperkuatkan keterlibatan komuniti orang buta dalam kegiatan ekonomi lokal. Tambahan pula, saya akan memberikan sokongan dalam usaha untuk mencari tahu minat dan keperluan individu dalam komuniti orang buta. saya juga akan melibatkan diri dalam sesi perbincangan atau tinjauan pendapat untuk memahami aspirasi mereka, membantu organisasi menyesuaikan program-program ekonomi dengan lebih baik. Sebagai contoh, melibatkan mereka dalam proses pemilihan kursus latihan atau membantu mereka menemui bidang minat yang sesuai dalam kegiatan ekonomi lokal. Penggunaan platform digital juga dapat menjadi alat yang berkesan untuk memperkuatkan keterlibatan komuniti. oleh itu, saya akan membantu menyebarkan maklumat tentang program dan peluang ekonomi melalui media sosial atau menyokong penggunaan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp untuk mencipta saluran di mana mereka dapat bertukar pandangan, pengalaman, dan memperoleh maklumat terkini. Ini bukan sahaja membantu menyebarkan kesedaran, tetapi juga memberi platform untuk komunikasi dua hala yang penting bagi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mereka. Akhir kata, dengan penglibatan aktif dalam memahami keperluan komuniti orang buta, dapat membantu organisasi membangunkan inisiatif yang lebih berkesan dan memberikan impak yang positif dalam memperkuatkan keterlibatan mereka dalam ekonomi lokal. Melalui usaha bersama, kita dapat mencipta masyarakat yang lebih adil dan berempati kepada keperluan semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti orang buta. 36
Encik Huzaifah,berkongsi pandangan yang mendalam mengenai kebebasan ekonomi dan peranan penting kerjasama antara organisasi bukan kerajaan (NGO), kerajaan, dan sektor swasta dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Beliau menekankan kepentingan program latihan kemahiran sebagai teras utama dalam menyokong kebebasan ekonomi komuniti. Pertubuhan-pertubuhan tempatan yang diketuai Encik Huzaifah telah berjaya menjalinkan kerjasama yang kukuh dengan kerajaan, terutamanya melalui NGO dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini dicipta melalui pelbagai program latihan kemahiran yang dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat. Dalam setiap langkah yang diambil, komunikasi terbuka dan berterusan dikekalkan antara organisasi, JKM, dan NGO bagi memastikan setiap program mencerminkan keperluan dan harapan sebenar komuniti. Sebagai contoh, Encik Huzaifah menyampaikan bagaimana pendekatan keterlibatan aktif ini memberikan peluang kepada komuniti untuk menyuarakan pandangan mereka. Dengan kerjasama JKM, mereka mengadakan perbincangan terbuka untuk memberi peluang kepada komuniti untuk berkongsi pandangan mengenai jenis latihan kemahiran yang amat diperlukan. Hasilnya bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan program yang dijalankan, tetapi juga untuk memberi rasa tanggungjawab kepada komuniti dalam proses pembangunan. Kerjasama dengan sektor swasta merupakan komponen penting dalam memastikan kemampanan dan memperluaskan impak positif program latihan kemahiran. Encik Huzaifah menekankan bagaimana sektor swasta telah bersedia untuk menyokong program sedemikian, sama ada melalui sumbangan kewangan, sumbangan peralatan, atau penyediaan jurulatih yang berkelayakan. Dalam beberapa kes, syarikat tempatan turut menyertai sebagai penyokong, membuka peluang pekerjaan langsung untuk komuniti setempat. Selain daripada aspek kewangan, sektor swasta juga memainkan peranan dalam membekalkan pakar-pakar. Mereka menyediakan jurulatih yang bukan sahaja membantu dalam penyampaian kursus, tetapi juga berfungsi sebagai mentor. Kebolehan komuniti untuk belajar daripada pengamal industri ini membuka pintu kepada pengetahuan dan pengalaman yang lebih mendalam, memastikan latihan yang disediakan adalah relevan dan sesuai dengan keperluan pasaran kerja. KERJASAMA ORGANISASI DENGAN KERAJAAN ATAU INSTITUSI SWASTA UNTUK MEWUJUDKAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN YANG MENYOKONG KEBEBASAN EKONOMI KOMUNITI. 37
Melalui perkongsian Encik Huzaifah, kita dapat melihat bahawa kejayaan pembangunan komuniti tidak dapat dicapai secara individu. Ia memerlukan kesepaduan dan kerjasama yang berkesan antara organisasi tempatan, kerajaan, dan sektor swasta. Dengan menggabungkan sumber daya dan kekuatan dari pelbagai pihak, kita dapat mencipta impak yang lebih besar dan lebih berkekalan dalam menyokong kebebasan ekonomi komuniti. Sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin terhadap perkembangan ekonomi komuniti, saya memahami betapa pentingnya kerjasama antara organisasi tempatan, kerajaan, dan institusi swasta dalam membentuk program latihan kemahiran yang memperkukuh kebebasan ekonomi komuniti. Kesepaduan ini adalah kunci untuk memberi peluang kepada individu dalam komuniti untuk meningkatkan kemahiran mereka, membuka pintu kepada peluang pekerjaan, dan secara keseluruhannya, memajukan kemampanan ekonomi tempatan. Pertama kali, saya akan memperluaskan jaringan dan membina hubungan dengan syarikat tempatan atau institusi swasta untuk memberi bantuan. Sebagai contoh, jikasaya bekerja dalam industri tertentu, saya membantu merapatkan komunikasi dan kerjasama antara organisasi latihan kemahiran dan syarikat mencari pekerja dengan kemahiran yang diperlukan. Ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, tetapi juga memastikan program latihan sejajar dengan keperluan industri. Selain itu, saya juga menyumbangkan idea dan pandangan konstruktif kepada organisasi dan pihak kerajaan. Dengan menyuarakan pandangan tentang jenis latihan kemahiran yang paling relevan dengan keadaan pasaran tempatan, boleh membantu dalam penyusunan program-program yang lebih berkesan dan tepat sasaran. Sebagai contoh jika saya menjadi jurulatih sukarelawan dalam sesi latihan tertentu dengan mempunyai kemahiran atau kemahiran tertentu. Ini memberi peluang untuk saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung dengan peserta, membantu mereka memahami realiti pasaran kerja, dan merangsang semangat keusahawanan di kalangan mereka. Oleh itu, saya akan meningkatkan pengetahuan tengtang bidang - bidang tersebut atau menjemput profesional speaker untuk menyediakan latihan kursus untuk komuniti orang buta. Dalam kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia, setiap individu mempunyai peranan yang penting dalam menyokong kerjasama antara organisasi, kerajaan, dan institusi swasta untuk program latihan kemahiran. Melalui usaha bersama, kita dapat berdayakan komuniti untuk mencapai kemampanan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup mereka secara keseluruhan. 38
RM450/sebulan Pendapatan bulanan tidak melebihi RM15,000 menjadi syarat kritikal, membentuk landasan keadilan dan kecekapan dalam penyaluran elaun. Dengan menetapkan had pendapatan ini, kerajaan memastikan bahawa bantuan kewangan dihulurkan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan benarbenar memerlukan bantuan tambahan. Sementara itu, tetap memberikan insentif kepada golongan pekerja buta untuk terus menyertai pasaran pekerjaan. Melalui penggabungan syarat-syarat ini, kerajaan mengurangkan risiko penyalahgunaan dan memastikan elaun disalurkan kepada golongan yang paling memerlukan. Proses permohonan dan penilaian yang komprehensif juga membantu mengurangkan kesilapan dan mengekalkan keberkesanan program ini dalam memberikan sokongan kewangan yang diperlukan. Secara keseluruhan, APC adalah suatu inisiatif yang memberi tumpuan kepada kesaksamaan dan inklusiviti dalam menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja buta yang berpendapatan rendah di Malaysia. Dengan syarat-syarat yang cermat dan khusus, program ini tidak hanya membentuk suatu sistem yang berkesan, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Melalui usaha ini, kita merangkul nilai-nilai keadilan, dan kita memberi pengiktirafan kepada hak setiap individu untuk mendapatkan sokongan kewangan yang setimpal. Elaun Pekerja Cacat (APC) sebanyak RM450 sebulan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia merupakan satu inisiatif penting untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan orang buta yang sedang bekerja. APC bertujuan untuk merangkumi jurang kewangan dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, hanya mereka yang memenuhi syarat pendapatan tertentu yang layak menerima elaun ini. Syaratsyarat elaun ini telah dirancang dengan teliti untuk memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benarbenar memerlukan, sambil menyediakan suatu sistem yang telus dan inklusif. Pertama sekali, syarat kelayakan utama adalah keperluan untuk menjadi warganegara bermaustautin dan bekerja di Malaysia. Ini memastikan bahawa elaun disasarkan kepada golongan pekerja buta yang secara aktif menyertai tenaga kerja tempatan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Langkah ini juga mengiktiraf hak setiap warganegara untuk mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang bermakna. Usia 16 tahun ke atas menjadi syarat penting, menyelaraskan elaun ini dengan undang-undang pekerjaan dan memastikan bahawa golongan pekerja muda dengan kecacatan visual juga dapat menikmati manfaat dari program ini. Ini menunjukkan usaha kerajaan untuk memberikan peluang kepada individu buta untuk memasuki pasaran pekerjaan dan membangunkan kemahiran mereka sejak usia muda. Pemegang kad OKU JKM menjadi syarat yang memastikan bahawa elaun disalurkan kepada mereka yang telah diiktiraf secara rasmi sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Pengiktirafan ini memerlukan proses penilaian dan pengesahan oleh JKM, menjadikan elaun ini lebih khusus dan bersifat telus, memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan bantuan tambahan. ELAUN JKM 39
ELAUN JKM RM20,000/setahun Pentingnya geran ini tidak hanya terletak pada sumber kewangan yang disediakan, tetapi juga pada prinsip inklusiviti dan pengiktirafan terhadap peranan organisasi dalam membina masyarakat yang lebih adil. Proses pemilihan penerima geran memastikan bahawa organisasi tersebut benar-benar berkemampuan dan berkomitmen untuk memberikan manfaat maksimum kepada orang buta. Kesimpulannya, melalui elaun tahunan dan peluang permohonan geran pentadbiran, JKM menunjukkan komitmen kepada pembangunan komuniti orang buta. Ini adalah suatu pandangan holistik yang melibatkan peransang kewangan serta sokongan berterusan untuk program-program yang membawa perubahan positif. Dengan keterlibatan berterusan dan komitmen organisasi serta sokongan dari JKM, kita bersama-sama membuka pintu kepada pelbagai potensi pembangunan dan kesejahteraan bagi komuniti orang buta di Malaysia. Dalam upaya mewujudkan impak positif dalam komuniti orang buta, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia berperanan penting dengan menyediakan elaun tahunan sebanyak RM20,000 serta membuka peluang kepada organisasi yang memenuhi syarat untuk memohon geran pentadbiran. Elaun ini bukan sekadar satu sumbangan kewangan, tetapi suatu inisiatif strategik yang memberikan dorongan kepada organisasi untuk terlibat secara aktif dalam meningkatkan kesejahteraan dan menyokong keperluan komuniti ini. Elaun tahunan sebanyak RM20,000 yang diberikan oleh JKM menjadi asas yang kukuh bagi organisasi yang berkhusus dalam membantu orang buta. Dana ini boleh digunakan untuk merangkumi pelbagai inisiatif seperti penyediaan latihan kemahiran, perkhidmatan pendidikan khas, dan pembaikan aksesibiliti kepada pelbagai kemudahan. Hal ini memberikan peluang kepada individu dalam komuniti orang buta untuk mengakses pelbagai perkhidmatan yang mendukung pembangunan diri mereka. Selain itu, kebolehan organisasi untuk memohon geran pentadbiran setiap tahun dari JKM menandakan kejelasan dan kesungguhan dalam perancangan dan pelaksanaan program-program yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup orang buta. Proses permohonan ini melibatkan penilaian menyeluruh terhadap matlamat dan keberkesanan projek yang dicadangkan, menjadikan geran ini sebagai penyokong strategik yang dapat memberikan impak maksimum dalam komuniti tersebut. 40
REFLEKSI AHLI KUMPULAN 41
Secara jujurnya, selepas mengikuti lawatan kali ini barulah saya sedar bahawa pengetahuan saya terhadap masyarakat ini boleh dikatakan kosong. Malahan saya juga mempunyai sedikit prasangka terhadap golongan ini. Kesedaran itu timbul dengan hanya satu soalan ringkas Encik Huzaifah iaitu pada pendapat kami apa gambaran kami tentang penglihatan masyarakat ini. Kami beranggapan hanya nampak putih atau gelap, jangkaan kami tidak meleset jauh tetapi kami telah menjangkaui banyak tahap. Buta ini mempunyai 3 tahap iaitu rabun teruk, masih boleh nampak dengan bantuan cahaya, tidak nampak lansung. Kami mendengar banyak pengalaman peribadi Encik Huzaifah menjalani kehidupannya sebagai masyarakat, pelajar, suami dan sebagainya. Ternyata banyak diskriminasi yang berlaku terhadap golongan ini kerana kurangnya pengetahuan tentang aspek ini. Mereka tidak dibenarkan mengundi sendiri, urusan rasmi tidak menerima jika OKU Penglihatan ingin menandatangai borang, peluang pendidikan yang sedikit dan sebagainya. Encik Huzaifah bersyukur ramai yang ingin membantu masyarakat ini tetapi akibat kurang pengetahuan, bantuan yang disalurkan berubah menjadi ketidak selesaan untuk masyarakat ini diibaratkan “tarik tongkat orang buta berjalan”. Tongkat merupakan mata mereka sekiranya menarik tongkat itu, ibarat mengambil mata mereka. Oleh itu, pertubuhan ini sangat mengalukan pihak kami untuk menemu bual supaya kami juga dapat memberi sumbangan dalam menyebarkan kesedaran tentang masyarakat ini. Secara peribadi, saya merasakan masyarakat ini memerlukan bantuan daripada masyarakat kita ialah peluang untuk mereka belajar dan bekerja. Hal ini kerana, ramai yang masih lagi mempunyai diskriminasi negatif terhadap kemampuan golongan ini. Encik Huzaifah menunjukkan bagaimana dia menjalankan kehidupannya menggunakan telefon, laptop, cara memasak dan sebagainya. Dengan bantuan teknologi dan kesedaran kerajaan dan masyarakat saya yakin masyarakat ini akan terbela nasibnya dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sosial. Kesimpulannya, lawatan kali ini memberi makna yang mendalam dan mengubah perspektif negatif saya terhadap golongan ini. Saya akan mencuba untuk menyebarkan kesedaran semasa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan berbincang tentang masyarakat OKU Penglihatan REFLEKSI QURRATU ‘AINI BINTI ZULKIFLE LAWATAN KE PUSAT PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM) 42
Lawatan kami ke Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) telah membuka mata saya mengenai kepayahan dan kesusahan komuniti orang buta di Malaysia kerana kurangnya kesedaran dan pendedahan masyarakat kita tentang golongan ini. Kami berpeluang untuk menemu-ramah President pertubuhan itu sendiri iaitu Encik Huzaifah. Beliau banyak berkongsi tentang cabaran dan halangan yang komuniti ini terpaksa hadapi sepanjang kehidupan mereka dan ianya memberikan saya semangat yang tinggi untuk menyebarkan informasi yang saya dapat supaya ramai orang lebih cakna dan mengambil berat tentang komuniti ini. Sebelum ini saya tiada kenalan atau saudara yang cacat penglihatan, pengalaman ini telah memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya berkaitan bagaimana individu buta menjalankan kehidupan seharian. Contohnya, bagaimana individu buta menggunakan telefon bimbit, laptop atau bagaimana individu buta membezakan wang kertas RM10, RM20, RM50. Semua persoalan itu saya telah dapat jawapannya. Saya baru tahu bahawa terdapat aplikasi atau ‘software’ yang sesiapa sahaja (khususnya individu buta) boleh muat turun di telefon bimbit atau laptop untuk memudahkan urusan atau kerja mereka. Sekarang zaman sudah berubah, banyak teknologi yang muncul yang boleh membantu dan memudahkan komuniti buta untuk hidup dalam kalangan masyarakat normal. Masyarakat hanya perlu sedar dan diberi pendedahan sahaja tentang dunia orang buta supaya peluang yang sama rata dapat diberikan kepada komuniti buta. Mereka juga boleh bekerja, belajar, melangsungkan kehidupan seperti masyarakat normal. Mereka tidak wajar disisihkan dan dilayan seolah-olah mereka jauh berbeza daripada masyarakat normal. Jika setiap warganegara Malaysia masuk dan fahami dunia orang buta, kita dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai sivik dan semangat kewarganegaraan yang tinggi. Tiada alasan yang menyebabkan komuniti buta rasa diasingkan lagi. Melalui lawatan ini, saya telah mendapat kesedaran dan pengetahuan yang baharu tentang komuniti orang buta dan sekiranya diberi peluang saya akan cuba untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesukarelawan yang ditawarkan oleh pertubuhan ini. Saya juga akan sentiasa bersemangat untuk mengikuti perkembangan komuniti orang buta tidak kiralah daripada pertubuhan ini sendiri ataupun mana-mana pertubuhan dan berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya dapat supaya saya dapat menyebarkan kesedaran tentang dunia komuniti ini. LAWATAN KE PUSAT PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM) REFLEKSI KHAIRYSA NUR IZYAN 43
Lawatan ke Pusat Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) barubaru ini telah membuka mata saya kepada satu dunia yang asing dan memberikan saya satu pengalaman hidup yang baru. Pengalaman ini tidak hanya memberi saya peluang untuk memahami lebih mendalam tentang cabaran yang dihadapi oleh orang buta, tetapi juga merungkai kepelbagaian tingkat kebutaan seperti B1, B2, dan B3. Kesedaran akan perbezaan ini membantu saya memahami bahawa setiap individu dalam komuniti buta menghadapi cabaran unik mereka sendiri. Salah satu aspek yang paling memberi impak bagi saya adalah ketidakupayaan untuk merasai dunia sekeliling dengan cara yang sama seperti orang yang dapat melihat. Semasa lawatan, saya menyedari bahawa memahami keadaan dan keperluan individu buta adalah kunci untuk memberikan bantuan yang berkesan. Saya terdorong untuk belajar lebih banyak tentang cara-cara untuk menyokong mereka dengan cara yang sesuai dan menghormati hak mereka. Melalui interaksi dengan individu dalam komuniti buta, saya menyedari bahawa kurangnya kesedaran dalam masyarakat tentang kehidupan mereka ini telah menyebabkan ketidakfahaman dan kadang-kadang, tindakan yang agak sensitif. Oleh itu, saya merasakan pentingnya menyebarkan kesedaran dan pengetahuan mengenai isu-isu yang dihadapi oleh komuniti buta agar kita dapat menjadi masyarakat yang lebih inklusif. Penting untuk diingat bahawa membantu orang buta bukan sekadar memberikan sokongan fizikal, tetapi juga melibatkan pemahaman emosi dan psikologi mereka. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pendekatan yang amat menitik beratkan empati. Hal ini kerana, komuniti buta akan lebih suka membincangkan cara-cara yang mereka rasa selesa dan membantu kita memahami keperluan mereka dengan lebih baik. Lawatan ke PPOBM telah memupuk semangat saya untuk memberi komitmen terhadap penyelidikan dan pembelajaran lebih lanjut mengenai cara terbaik untuk menyokong komuniti buta. Saya percaya bahawa dengan pemahaman dan kesedaran yang lebih baik, kita dapat membina masyarakat yang lebih inklusif dan memberi peluang yang saksama kepada semua individu, termasuk mereka yang mempunyai kekurangan penglihatan. Dalam usaha ini, saya juga menyedari bahawa setiap usaha individu untuk menyebarkan kesedaran adalah langkah ke arah yang positif. Dengan berkongsi pengalaman lawatan saya ke PPOBM, saya berharap dapat memberi dorongan kepada orang lain untuk terlibat dalam usaha-usaha yang serupa. Melalui ini kita dapat mencipta perubahan positif yang lebih besar dalam menyokong dan memahami komuniti buta. LAWATAN KE PUSAT PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM) REFLEKSI NURSYUHADA IZZATI BT ABD AZIZ 44
Saya dapat menyaksikan secara langsung bagaimana bantuan visual seperti aplikasi berasaskan suara telah memberi mereka kebebasan untuk meneroka dunia digital. Sebagai contoh, penggunaan pembaca skrin yang membolehkan akses kepada teks dalam dokumen atau laman web membuktikan bahawa teknologi bukan sahaja memudahkan tetapi juga memberikan kebebasan kepada orang buta untuk mendapatkan maklumat tanpa bergantung kepada bantuan orang lain. Teknologi telah memainkan peranan kritikal dalam memberikan akses yang lebih luas kepada maklumat kepada orang buta. Lawatan ke Pusat Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) bukan sahaja merupakan satu perjalanan fizikal, tetapi juga satu pengalaman mendalam yang membuka mata kepada realiti kehidupan luar biasa mereka. Ini adalah suatu pengembaraan ke dunia yang penuh dengan ketekunan, kekreatifan, dan keberanian, memperlihatkan keupayaan yang luar biasa walaupun dihadapkan dengan cabaran ketidakupayaan visual. LAWATAN KE PUSAT PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM) REFLEKSI YOGESVAARI ARUMUGAM Selain teknologi, lawatan ini juga membawa pengalaman yang tidak dapat dilupakan tentang kreativiti dan kebolehan orang buta. Saya dapat melihat bagaimana mereka bijak mengatasi halangan setiap hari. Sebagai contoh, dalam aktiviti harian seperti berjalan di tempat awam, mereka menggunakan teknik pemetaan ruang dengan bergantung pada pendengaran dan perasaan sentuhan. Kaedah ini mencerminkan bagaimana keupayaan manusia untuk menyesuaikan diri dan mencipta penyelesaian kreatif walaupun menghadapi kekurangan atau cabaran. Di samping itu, interaksi dengan En. Huzaifah di PPOBM membuka peluang untuk memahami betapa kuatnya daya tahan manusia dalam menghadapi cabaran. Saya menyaksikan semangat positif dan keazaman untuk terus berjalan walaupun terdapat halangan visual yang mungkin sukar untuk kita bayangkan. Ini memberi inspirasi dan menunjukkan bahawa semangat kemanusiaan dan keazaman untuk mencapai matlamat hidup tidak dapat dipadamkan oleh kekurangan fizikal. Secara keseluruhannya, lawatan ke PPOBM bukan sahaja menggariskan cabaran orang buta, tetapi juga menghormati daya tahan mereka dan mengiktiraf kekuatan kemanusiaan yang menggerakkan mereka ke hadapan. Ia mendorong kita untuk memikirkan peranan kita sebagai warga masyarakat dalam membentuk persekitaran yang lebih inklusif dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan. Melalui kesedaran dan pengalaman peribadi, kita dapat berkontribusi kepada masyarakat yang lebih adil dan penuh penghargaan untuk kepelbagaian yang ada di sekeliling kita. 45
R E F L E K S I I S K A N D A R Z I R K R Y LAWATAN KE PUSAT PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM) Keindahan tidak semestinya dilihat, keindahan juga mampu didengar, dirasai, dan dibicarakan. Sama seperti kehidupan orang buta juga, tidak semestinya kehidupan mereka akan menjadi susah hanya disebabkan mereka tidak mampu melihat dunia, tidak semestinya dunia mereka menjadi gelap gelita kerana hanya itu yang mereka lihat, dan tidak semestinya mereka itu cacat kehidupan walaupun mereka cacat penglihatan. mereka juga seperti kita, manusia yang hidup di sebuah negara bernama Malaysia, bekerja, bekeluarga dan berseronok, cuma mungkin cara mereka yang berbeza. Lawatan serta kajian yang kami jalankan ini sangat mengajar saya bahawa kehidupan ini memang tidak adil, ujian serta dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk, ada yang mampu menerima dan ada yang tidak mampu. Saya yang berimpian untuk menjadi seorang pendidik serta kaunselor mula untuk membuka mata bahawa di negara ini kita hidup secara majmuk. Akhir kata, saya akan mula menerapkan nasihat Encik huazaifah tidak hanya kepada orang buta namun kepada semua orang iaitu “Kenalilah Dunia Kami”. Supaya saya dapat hidup bersama mereka di Malaysia. 46
Untuk mendaftar jadi sukarelawan boleh hantar maklumat seperti berikut: Nama penuh No. IC No. telefon yang boleh dihubungi Alamat email aktif Nyatakan secara ringkas tujuan untuk menjadi sukarelawan di PPOBM. Hantarkan ke: Email: [email protected] SUKARELAWAN Untuk membuat sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank tertera: INFO TAMBAHAN SUMBANGAN NAMA BANK : CIMB ISLAMIC BERHAD NAMA AKAUN : PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA JENIS AKAUN : AKAUN SIMPANAN NOMBOR AKAUN : 8009 3282 32 47
KESIMPULAN Komuniti orang buta mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama dengan masyarakat normal yang lain, namun cara mereka berbeza kerana keunikan diri mereka. Masyarakat Malaysia perlu diberi pendedahan yang lebih banyak tentang komuniti ini supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab kewarganegaraan sama seperti masyarakat normal tanpa ada diskriminasi dan berat sebelah. NASIHAT ENCIK HUZAIFAH “Kenalilah dunia orang buta.” Kami turut bertanyakan kepada Encik Huzaifah tentang nasihat yang terbaik kepada orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu dan menyokong individu buta dalam kehidupan seharian mereka. Encik Huzaifah memesan untuk kenalilah dunia orang buta dan selamilah kehidupan mereka. Tak kenal maka tak cinta, sudah kenal barulah kita tahu tentang kesusahan dan kepayahan yang terpaksa dialalui oleh komuniti buta kerana kemudahan yang kurang dan tida mencapai piawan yang sepatutnya. Bila kita sudah kenal dunia orang buta, baru kita tahu bahagian mana yang perlu dibantu. Tidak semua orang buta memerlukan bantuan kewangan, ada yang memerlukan bantuan sokongan mental dan fizikal. Begitu jugalah sebaliknya. Encik Huzaifah juga berkata bahawa apa yang mereka ingin capai bukanlah kemewahan, cuma kesamarataan supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab kewarganegaraan tanpa ada diskriminasi dan sama seperi masyarakat normal. Cuba fahami dan dalami dunia mereka, dan berfikirlah seperti individu buta, pasti kita akan tahu apa yang mereka rasakan dan faham seperti apakah hidup sebagai individu yang cacat penglihatan. 48
K O M U N I T I PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM) LHE3306 | PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN