The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI ILMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Balqis Abd rahman, 2023-03-17 11:24:06

EBOOK PANDUAN AM SRI ILMI

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI ILMI

PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2023/2024 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA / PENJAGA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA / PENJAGA SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI ILMI


1.0 PENGENALAN Panduan ini adalah bertujuan memudahkan pergerakan ibu bapa/ penjaga semasa menghantar dan mengambil anak-anak. Berikut merupakan panduan serta tatacara yang digariskan bagi tujuan urusan berkenaan. 2.0 PANDUAN AM 2.1 Ibu bapa / penjaga hendaklah sentiasa mengingatkan anak-anak tentang: 2.1.1 Murid perlu sentiasa menjaga adab diri dan menjaga nama baik Sekolah Rendah Islam Integrasi Ilmi. 2.1.2 Murid tidak dibenarkan merayau di kawasan sekolah pada waktu datang, pada waktu balik dan sepanjang PdPc. 2.1.3 Murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah serta memastikan semua peralatan yang digunakan seperti kerusi dan meja sentiasa dalam keadaan baik. 2.1.4 Mengingatkan anak-anak mematuhi peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Ibu bapa / Penjaga tidak dibenarkan menghantar anak ke sekolah sekiranya anak tidak sihat / sakit. 2.3 Ibu bapa / penjaga bertanggungjawab memaklumkan kepada guru kelas berkenaan ketidakhadiran anak dengan kadar segera dan disusuli dengan sijil sakit atau surat makluman sebagai rekod sekolah. 2.4 Ibu bapa tidak dibenarkan naik ke kelas tanpa kebenaran Guru Besar. 2.5 Ibu bapa tidak dibenarkan berada di pekarangan sekolah untuk mengelakkan kesesakan sewaktu murid naik dan turun dari kelas. PANDUAN IBU BAPA/ PENJAGA SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI ILMI SESI 2023/2024


3.0 TATACARA IBU BAPA / PENJAGA MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK DI SEKOLAH. 3.1 Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, ibu bapa/ penjaga dinasihatkan untuk menghantar dan mengambil anak di kawasan ‘drop off zone & pick up zone’ yang telah ditetapkan. 3.2 Ibu bapa / penjaga dinasihatkan agar tidak menghalang laluan kenderaan keluar dan masuk dalam kawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil anak. 3.3 Ibu bapa / penjaga dinasihatkan untuk berhemah di jalan raya mengikut giliran yang sewajarnya serta tidak memotong kenderaan lain dan tidak meletakkan kenderaan sewenang- wenangnya. 3.4 Ibu bapa / penjaga dinasihatkan untuk menghantar dan mengambil anak dalam waktu yang ditetapkan iaitu hadir sebelum 7.45 pagi dan pulang pada pukul *3.00 petang (*Tertakluk pada Perubahan). 4.0 Laluan Pandu lalu kenderaan ibu bapa / penjaga menghantar anak ke sekolah adalah seperti berikut:


5.0 MASA PERSEKOLAHAN MURID SRII ILMI 5.1 Jadual masa mula dan masa tamat PdPc bagi sesi persekolahan adalah seperti jadual di bawah : 5.2 Jadual waktu pembelajaran akan diedarkan oleh guru kelas masing - masing ke kumpulan Whatsapp sebelum sesi persekolahan bermula. 6.0 MAKANAN WAKTU REHAT 6.1 Murid-murid digalakkan untuk membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah. 6.2 Kemudahan kantin disediakan bagi murid yang ingin membeli makanan. Ibu bapa / penjaga perlu membekalkan wang belanja / duit saku untuk anak - anak berbelanja dikantin. 6.3 Ibu Bapa / Penjaga tidak dibenarkan berada di kantin sekolah / kawasan sekolah sewaktu murid rehat. hari waktu hadir ke sekolah waktu pulang isnin selasa rabu khamis hadir sebelum 7.45 pagi *3.00 petang (tertakluk pada pindaan) jumaat 12.00 tengah hari


JANTINA UNIFORM SEKOLAH PAKAIAN SUKAN ALATAN SOLAT LELAKI BAJU UNGU MUDA SELUAR UNGU TUA KOPIAH PUTIH KASUT HITAM STOKING HITAM BAJU SUKAN SELUAR TRACK SUIT (WARNA GELAP, HITAM / BIRU TUA) KASUT SEKOLAH / KASUT SUKAN STOKING HITAM SELIPAR PEREMPUAN BAJU UNGU MUDA SELUAR/ KAIN UNGU TUA TUDUNG UNGU MUDA KASUT HITAM STOKING HITAM BAJU SUKAN LABUH SELUAR PANJANG TRACK SUIT (WARNA GELAP, HITAM / BIRU TUA) TUDUNG HITAM KASUT SEKOLAH /KASUT SUKAN STOKING HITAM SELIPAR TELEKUNG (BAGI TAHUN 3 HINGGA 6) 7.0 UNIFORM SEKOLAH DAN PERALATAN SOLAT * SILA TULIS / LABELKAN NAMA ANAK-ANAK PADA SETIAP ALATAN PERIBADI MURID.


7.0 CONTOH PAKAIAN MURID 8.0 HARAPAN Semoga dengan adanya panduan ini, dapat memberi gambaran kepada ibu bapa / penjaga tentang cara menghantar dan mengambil anak di sekolah. Pihak sekolah komited dan sentiasa berusaha mencari pendekatan yang terbaik dan bersedia membuat penambahbaikan dari masa ke masa dengan harapan ia dapat melancarkan proses persekolahan murid SRII ILMI. Sokongan padu, kerjasama, toleransi dan persefahaman semua pihak adalah sangat diharapkan dan dihargai. Sekian, Terima Kasih. Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Integrasi Ilmi, Ampang. PAKAIAN SERAGAM PAKAIAN SUKAN


MMEEMMBBEENNTTUUKK GGEENNEERRAASSII RRAABBBBAANNII


Click to View FlipBook Version