The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FAREEZ ANAS BIN BAKRI_MATAGAJI STUDIO PROJEK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FAREEZ ANAS BAKRI, 2023-08-28 11:58:45

FAREEZ ANAS BIN BAKRI_MATAGAJI STUDIO PROJEK

FAREEZ ANAS BIN BAKRI_MATAGAJI STUDIO PROJEK

STUDIO MATAGAJI D E S I G N A N D B U I L D EN MUHAMMAD AMIN BIN HARUN Pengarah dan pengasas MATAGAJI STUDIO Sebarang pertanyaan hubungi : 012 - 2102248 (Amin) atau melalui alamat email : [email protected] Alamat surat menyurat : NO. 11, LOT 8292, JALAN ISTIMEWA KAMPUNG BATU BELAH,41050 KLANG, SELANGOR, Ingoude Company


Ingoude Company Studio Matagaji ditubuhkan pada tahun 2017 dan masih utuh sehingga hari ini. Syarikat ini menjalankan perniagaan dengan menawarkan khidmat pertukangan sama ada dalam pembuatan produk kayu mahupun besi. Mempunyai staff yang berpengalaman dalam pelbagai sektor pekerjaan menjadikan Studio Matagaji unik dan mempunyai sentuhannya yang tersendiri dalam setiap produk yang dihasilkan. Antara produk yang dihasilkan adalah seperti kabinet, props untuk kegunaan photoshoot, kerja besi dan juga reka bentuk perabot. P E N G E N A L A N


Projek Studio Matagaji : Ingoude Company


P R O J E C T # 1 Ingoude Company Projek: Frame pintu/prop (Photoshoot Backdrop) Client : TVC Projek frame pintu sebagai prop backdrop studio photoshoot menggunakan material pintu kayu kemudian disembur dengan syelek warna (teak color) setelah melalui proses menggosok dan sebagainya. Ukuran prop adalah mengikut permintaan pelanggan iaitu sedikit pendek dibandingkan dengan saiz standard pintu. Seperti dalam gambar rajah, terdapat bahagian ditutup dengan menggunakan surat khabar dan juga tape putih untuk melindungi permukaan kaca semasa proses menyembur cat dilakukan oleh staff Studio Matagaji.


P R O J E C T # 2 Ingoude Company Projek : Prop ( Photoshoot Backdrop) Client : KITSCHEN, Shamelin Perdana Projek prop backdrop studio photoshoot ini menggunakan material papan plywood 3mm dipaku pada kerangka kayu kocai. Ukuran produk adalah 8' x 4' berdasarkan kepada permintaan pelanggan. Kemasan dilakukan dengan menggunakan cat kapur berwarna putih kemudian disembur cat warna dengan kod warna objektif 1973 dan juga midnight blue. Selain itu, terdapat special order daripada pelanggan untuk membuat props dengan effect pada permukaan prop dengan menggunakan teknik impasto dan yang berkaitan.


P R O J E C T # 3 Ingoude Company Projek : Prop (Products Display Prop) Client : BELLA SCARF EMPIRE Projek prop product display studio photoshoot ini menggunakan beberapa material iaitu terdiri daripada papan plywood boleh lentur 3mm, belahan kayu separa bulat, dan juga kayu kocai sebagai tulang kerangka. Seperti gambar rajah, papan plywood akan dipasang mengelilingi kerangka kayu kocai yang telah dipaku. Proses pemasangan kayu separa bulat akan dilakukan setelah proses penandaan dilakukan bagi memudahkan proses seterusnya. Setiap batang kayu akan dipasang rapi dengan menggunakan gam kayu dan juga paku. Proses diulang sehingga semua bahagian dipasang dengan kayu separa bulat tersebut. Kemasan akan didahului dengan semburan cat sealant diikuti dengan semburan cat putih kapur sebagai kemasan akhir.


P R O J E C T # 4 Ingoude Company Projek : Set up set studio Client : D' LOVEN, Setia Alam Projek ini dilakukan secara berperingkat kerana memerlukan ketelitian pada setiap sudut set. Beberapa proses seperti pemasangan props dan mengecat diulang sehingga semua bahagian siap dipasang mengikut permintaan daripada client. Seperti gambar rajah, kayu skirting dipasang dan kemudiannya dicat dengan cat kapur berwarna putih setelah semua bahagian telah dipasang.


P R O J E C T # 5 Ingoude Company Projek : Kaunter Juruwang dan props Client : ZYZA ISMAIL , Bangi Projek kaunter juruwang menggunakan material cipboard dengan ketebalan 9mm. Ukuran produk adalah mengikut permintaan pelanggan (seperti gambar rajah). Setiap bahagian dipotong berdasarkan ukuran yang ditetapkan serta digam bersama dengan mycar sebagai kemasan luaran. Kemasan akhir adalah melalui semburan cat mengikut pilihan warna yang ditetapkan oleh pelanggan.


P R O J E C T # 6 Ingoude Company Projek : Set up set studio Client : ZACHT STUDIO, Semenyih Projek ini adalah untuk mereka bentuk susun atur studio photoshoot mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak pelanggan. Selain itu, kerja pemasangan tinted turut dilakukan atas permintaan pelanggan. Projek ini masih dalam fasa pembikinan sehingga kini dan dijangka akan siap sebelum 17 September 2023. Penelitian perlu diberikan pada bahagian partition yang ditampal dengan bunga silikon pelbagai design untuk memastikan ianya kukuh serta kekemasan dan kualiti kerja yang perlu diambil kira.


D E S I G N A N D B U I L D Terima Kasih! Ingoude Company


Click to View FlipBook Version