The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

COMPLY REGULATION - Fire Department Requirement

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hmy_82, 2022-08-15 03:29:58

COMPLY REGULATION - Fire Department Requirement

COMPLY REGULATION - Fire Department Requirement

BAB 4 : COMPLY REGULATION – MINGGU 6 & 7

HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES)

1. Describe safety, hazard, environmental and health awareness in compliance with the requirement of
OSHA (C2, PLO1)

2. Propose the layout for automotive workshop according to safety requirement (A3, PLO5)
3. Report safety auditing in workshop (A3, PLO4)

TAJUK
4.1 Comply to Fire Department Requirement
4.1.1 Interpret fire department regulations according to the department’s rules and regulations.
4.1.2 Procedure to obtain fire department certificate according to the Fire Department rules and

regulations.
4.1.3 Read building layout and locate strategic location of firefighting equipment and poster /

warning sign according to the building plan and layout.

COMPLY TO FIRE DEPARTMENT REQUIREMENT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat
pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek
keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan
berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO
9001-2008.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut
peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti
berikut :

1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang

sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya

apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain
yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh
menteri untuk dilaksanakan.

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341)

Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang perlu untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat
berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran dan
untuk tujuan yang berkaitan dengannya. Di dalam Akta tersebut terdapat 9
subseksyen.walaubagaimanapun hanya beberapa subseksyen sahaja yang perlu dibincangkan yang
berkaitan dengan tajuk Pengurusan Pusat Servis iaitu adalah seperti di bawah :

1. Bahagian iii - Penghapusan Bahaya Kebakaran
Seksyen 8: Notis penghapusan bahaya kebakaran

Dalam seksyen ini menceritakan bahawa ketua pengarah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan
sebarang notis penghapusan bahaya kebakaran sekiranya didapati premis berkenaan membunyai tanda-
tanda penyebab kepada bahaya kebakaran.

Seksyen 9: Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran di premis kosong atau
tak didiami.

Notis penghapusan bahaya kebakaran turut boleh dikeluarkan pada premis yang kosong atau yang
tidak didiami sekiranya premis berkenaan boleh mengundang kepada bahayanya kebakaran.

Seksyen 10:Kesalahan kerana tidak, mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran.

Seksyen ini pula menyatakan mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis
menghapuskan bahaya kebakaran yang disampaikan kepadanya menurut seksyen 8 dalam masa yang
dinyatakan dalam notis itu, sama ada suatu perintah di bawah seksyen 13 telah dibuat terhadapnya atau
tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga
dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan
selepas sabitan.

Seksyen 11:Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran apabila notis
menghapuskan bahaya kebakaran tak dipatuhi.

Jika suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran telah disampaikan kepada mana-mana orang
menurut seksyen 8, dan jika orang itu tidak mematuhi apa-apa kehendak notis itu dalam masa yang
dinyatakan di dalamnya, maka Ketua Pengarah boleh menyebabkan dijalankan dalam premis itu apa-apa
kerja yang didapatinya perlu untuk menghapuskan bahaya kebakaran itu dan untuk mencegah
berulangnya bahaya tersebut.

2. Bahagian iv - Air Dan Pili Bomba

Seksyen 22: Penstoran air dalam premis untuk tujuan menentang kebakaran

Seksyen ini menjelaskan bahawa bagi sesebuah premis perlu adanya penstoran air bagi membantu
menentang kebakaran sementara menunggu jabatan bomba tiba di premis berkenaan. Ini sangat penting
bagi mengawal kebakaran pada peringkat awal supaya kebakaran dapat diatasi pada peringkat permulaan.

Seksyen 23: Notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba.

Di bawah seksyen ini menyatakan bahawa (2) Semua pili bomba hendaklah ditentukan supaya berada
dalam keadaan baik setelah siapnya apa-apa kerja yang dijalankan oleh mana-mana orang di bawah

2

subseksyen (1). (3) Apa-apa kerja yang berhampiran dengan atau di sekitar pili bomba yang menjejaskan
laluan ke pili bomba itu, kedudukan pili bomba itu berhubungan dengan tepi jalan yang sedia ada, atau
penjajaran alur keluarnya dengan paras jalan, hendaklah disifatkan sebagai kerja yang menjejaskan pili
bomba. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 25: Kuasa memasang plat tempat pili bomba 25.

Seksyen ini menyatakan (1) Setelah memberi tujuh hari notis secara bertulis kepada pemunya mana-
mana harta yang terletak berhampiran dengan pili bomba, Ketua Pengarah boleh menyebabkan suatu plat
yang menunjukkan tempat pili bomba itu dipasangkan pada mana-mana bahagian harta tersebut yang,
pada pendapat Ketua Pengarah, adalah paling sesuai untuk menunjukkan tempat tersebut. (2) Mana-
mana orang yang enggan membenarkan pemasangan apa-apa plat sedemikian sebagaimana yang
tersebut dalam subseksyen (1) atau menggalang mana-mana orang yang sedang memasangnya atau
mengalih atau mencacatkan apa-apa plat sedemikian setelah ia dipasang melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 26: Menyembunyikan dan menyalahgunakan pili bomba 26

Akhir sekali, seksyen ini menjelaskan mana-mana orang yang menutup, mengepung, atau
menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau
mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain tujuan menentang kebakaran
melakukan suatu kesalahan.

3. Bahagian v -Perakuan Bomba

Seksyen ini menjelaskan bagaimana prosedur sesebuah premis berusaha untuk mendapatkan
perakuan bomba dari jabatan jabatan bomba dan penyelamat.

PERAKUAN BOMBA

Perakuan bomba adalah suatu sijil yang dikeluarkan kepada premis yang dikategorikan sebagai
premis ditetapkan. Semua premis ditetapkan perlu mempunyai sijil perakuan bomba yang dikeluarkan
oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kategori premis ditetapkan adalah seperti jadual berikut:-

JADUAL PREMIS DITETAPKAN.

Bil Penggunaan Saiz Tempat
Premis
Seluruh
1 Perpustakaan Lebih daripada 1000 meter persegi (keluasan jumlah lantai) Malaysia

2 Hospital dan (i) 3 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 Seluruh
Rumah Rawatan meter persegi Malaysia
(ii) 5 tingkat dan lebih
Seluruh
3 Hotel (i) Reka bentuk laluan langkan terbuka Malaysia

3

(a) 4 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 50 bilik
(b) 6 tingkat dan lebih

(ii) Rekabentuk lain

21 bilik dan lebih

(i) 4 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250

4 Asrama dan meter persegi Seluruh
Dormitori
Malaysia

(ii) 6 tingkat dan lebih

5 Pejabat Ketinggian melebihi 30 meter atau 10,000 meter persegi (keluasan Seluruh
6 Kedai
jumlah lantai) Malaysia

2001 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) Seluruh
Malaysia

(i) Satu tingkat 2001 meter persegi dan lebih yang terpasang sistem

semburan automatik

(ii) 2 tingkat di mana setiap lantai dibina sebagai ruang berasingan,

pembinaan tunggal atau teres melebihi 1000 meter persegi

(keluasan jumlah lantai)

7 Kilang (iii) 3 tingkat dan lebih Seluruh

(iv) Kilang Bertingkat Pembangunan Blok Pendekatan Langkan Malaysia

Terbuka 2 tingkat dan lebih di mana setiap ruang melebihi 7000

meter padu

(v) Struktur Khas -

(a) Kompleks kilang seperti kompleks kisar minyak sawit, kilang

penapis minyak, kerja simen, dll (b) Proses berbahaya

(i) Bangunan tanpa sistem penyaman udara pusat 2000 meter

8 Tempat persegi dan lebih Seluruh
Perhimpunan
(ii) Bangunan dengan sistem penyaman udara pusat melebihi 1000 Malaysia

meter persegi atau dengan muatan 1000 orang dan lebih

(i) Struktur tempat letak kereta bawah tanah melebihi 1000 meter

9 Storan dan Am persegi Seluruh
(ii) Lebih daripada 7000 meter padu Malaysia
(iii) 2 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 1000 meter persegi

(keluasan jumlah lantai)

Bagi premis baru(bangunan baru) hendaklah membuat permohonan sebaik sahaja memperolehi
Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Certificate of Fitness – CF ) atau Sijil Kelayakan Menduduki
Sementara (Temporary Certificate of Fitness – TCF) atau Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat JBPM Negeri atau Pejabat Zon Bomba di mana tempat terletak
premis ditetapkan tersebut yang merupakan pejabat memproses apa-apa permohonan Perakuan
Bomba.

Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan Borang I dan menyediakan
maklumat-maklumat berikut:-

4

i.Salinan CCC atau CFO
ii.Pelan Bangunan (yang telah diperakukan oleh JBPM semasa pengeluaran CCC/CFO)
iii.Surat pemilikan premis terkini
iv.Hak milik tanah
v.Salinan cukai pintu
vi.Lesen perniagaan
Suatu tarikh akan ditentukan oleh JBPM kepada pemohon bagi melakukan pemeriksaan ke atas premis
ditetapkan. Sekiranya semua sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran berada di dalam keadaan yang
baik, dan memuaskan, sijil perakuan bomba akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh
pembayaran fi dibuat. Tempoh berkuat kuasa suatu perakuan bomba ke atas sesuatu premis ditetapkan
adalah selama dua belas (12) bulan.
Semua premis ditetapkan hendaklah disambungkan secara elektrik atau melalui telefon ke Balai Bomba
yang paling hampir dengan memirau papan suis untuk mengadakan penyampaian penggeraan dengan
serta merta dan secara automatik dalam hal kecemasan.

5

BORANG I

JADUAL A

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PERAKUAN BOMBA) 2001

BORANG I

(Peraturan 2)

PERMOHONAN BAGI PERAKUAN BOMBA

BAHAGIAN I

Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Negeri………………………………

Saya/
Kami…………………………………………………………………………………………………………............
Ingin memohon perakuan bomba bagi premis ditetapkan di bawah:

(Nyatakan alamat penuh premis ditetapkan)

………………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………..

BAHAGIAN II

1. Nama pemohon (pemunya/ penghuni/ orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya
mengenai premis):

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

2. Nombor kad pengenalan: ………………………………………………………………………………..

3. Nombor pemunyaan terbaru premis: …………………………………………………………………..
(sila sertakan salinan yang sah)

4. Nombor pendaftaran perniagaan:………………………………………………………………............
6

Daerah:………………………………… Negeri:…………………………………………….

5. Alamat premis:……………………………………………………………………………………............
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

Daerah:………………………………… Negeri:……………………………………………..

6. Alamat pos:………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………………..……...
……………………………………………………………………………………………………………...

7. Reka bentuk premis (bilangan tingkat, luas lantai, jenis penghuni dsb.)

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

8. Lokasi premis (nyatakan lokasi premis dan sertakan pelan lokasi)

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

9. Tarikh kelulusan dan nombor rujukan pelan yang diluluskan bagi premis:

(a) Nombor rujukan Pihak Berkuasa Tempatan:………………………………………………… Tarikh
kelulusan:………………………………………………………………………………...

(b) Nombor rujukan Jabatan Bomba dan Penyelamat:
…………………………………………………………………………………………………….

Tarikh kelulusan:………………………………………………………………………………...

10. Butir-butir tentang kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan
kebakaran dan menentang kebakaran bagi premis.

(Tandakan _/ jika berkenaan)

10.1 Kemudahan keselamatan diri

(a) Tanda tempat keluar kecemasan ADA / TIADA
…………… / ……….
(b) Lampu kecemasan …………… / ……….
…………… / ……….
(c) Tatacara semasa kebakaran

7

(d) Notis keselamatan kebakaran …………… / ……….

(e) Tangga terlindung …………… / ……….

(f) Koridor terlindung …………… / ……….

(g) Pintu keluar …………… / ……….

(h) Pintu keluar tingkat …………… / ……….

(i) Sistem lain (nyatakan): ………………………………………………………………
………………………………………………………………

10.2 Kemudahan Pencegahan kebakaran

ADA / TIADA

(a) Sistem pengesan api automatik …………… / ………

Nyatakan jenisnya:……………………..

(b) Sistem siar raya …………… / ………

(c) Sambungan talian terus elektrik atau talian terus telefon ke balai bomba:

(i) Sistem pengawasan berkomputer …………… / ………

(ii) Lain-lain (nyatakan):…………………….

(d) Pusat pemerintahan dan …………… / ………
kawalan

(e) Lain-lain (nyatakan):………………………………………………………………………

10.3 Kemudahan Perlindungan kebakaran

(a) Pintu api ADA / TIADA
(b) Pendawaian elektrik …………… / ………
(c) Petak …………… / ………
(d) Pengadang api ……………. / ………
(e) Sesekat api ……………. / ………
(f) Sistem pengudaraan asap ……………. / ………
……………. / ………

8

(g) Suis pengasing elektrik …………… / ………

(h) Lain-lain (nyatakan):………………………………………………………………………

10.4 Kemudahan menentang kebakaran

ADA / TIADA

(a) Alat pemadam api ……………. / ………
(b) Pili bomba ……………. / ………

Unit:………………………………………………..

(c) Pili bomba bertekanan ……………. / ………

Unit:………………………………………………..

(d) Sistem hos gelung ……………. / ………

(e) Sistem pancur basah ……………. / ………

(f) Sistem pancur kering ……………. / ………

(g) Sistem semburan automatik ……………. / ………

(h) Sistem penyimbah ……………. / ………

(i) Sistem karbon dioksida …………….. / ……

(j) Lif bomba …………….. / ……

(k) Tangga menentang …………….. / ……
kebakaran

9

(l) Ruang laluan masuk …………….. / ……
menentang kebakaran …………….. / ……
…………….. / ……
(m) Sistem penyampaian suara …………….. / ……

(n) Laluan masuk perkakas
bomba

(o) Bekalan air

………………… liter ……………... / ……
(p) Simpanan buih

………………… liter
Jenis:……………………………
(q) Lain-lain (nyatakan):………………………………………………………………………

10.5 Peruntukan khas

ADA / TIADA

(a) Landasan helikopter …………… / ………

(b) Tingkap kecemasan …………… / ………

(c) Lain-lain (nyatakan):…………………………………………………………………………

10.6 Organisasi keselamatan kebakaran di premis ADA / TIADA
…………… / ………
(a) Pengurus keselamatan kebakaran …………… / ………
(b) Pegawai keselamatan kebakaran …………… / ………
(c) Bilangan kakitangan …………… / ………
(d) Bilangan kenderaan …………… / ………
(e) Peralatan …………… / ………
(f) Latihan berkala

10

11. Butir-butir tentang penyelenggaraan kemudahan keselamatan kebakaran
(a) Nama kontraktor:………………………………………………………………………………...
(b) Kelas kontraktor:…………………………………………………………………………………
(c) Alamat:……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………...
(d) Nombor pendaftaran:……………………………………………………………………………
(e) Penyelanggaraan berkala:……………………………………………………………………...
(f) Tempoh kontrak:………………………………… tahun…………………………………….
(g) Tarikh penyelenggaraan terakhir:……………………………………………………………...

MUSTAHAK
Butir-butir mengenai tarikh pemasangan, kelulusan sistem oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat
bersama maklumat tentang kontraktor perlulah dikemukakan.
Saya/ Kami mengaku bahawa sepanjang pengetahuan saya / kami, segala keterangan yang diberikan
dalam borang permohonan ini adalah benar dan betul.

Tarikh:…………………………………….
Tandatangan pemohon:………………………………..

(Cop rasmi)

11

PEMBAHARUAN

Suatu Perakuan Bomba berkuatkuasa untuk satu tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan hendaklah
diperbaharui setiap tahun.

Permohonan bagi pembaharuan Perakuan Bomba hendaklah menggunakan Borang III dan dibuat tidak
kurang daripada 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh perakuan bomba itu. Fi bagi perakuan bomba
pembaharuan adalah separuh daripada fi perakuan bomba yang pertama.

Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba yang dikemukakan kurang daripada 30 hari daripada
tarikh tamat tempoh boleh dikenakan penalti lewat sebanyak RM 100. Permohonan bagi pembaharuan
perakuan bomba yang dikemukakan selepas tarikh tamat tempoh perlu mengemukakan permohonan
perakuan bomba iaitu dengan menggunakan Borang I dan pembayaran penuh sebagai permohonan
yang pertama akan dikenakan.

PENGUBAHSUAIAN (PERUBAHAN KEADAAN) PREMIS DITETAPKAN

Sekiranya mana-mana premis ditetapkan yang telah mempunyai Perakuan Bomba yang masih
berkuatkuasa tidak boleh membuat apa-apa pengubahsuaian (perubahan keadaan) yang menyebabkan
kelengkapan keselamatan kebakaran menjadi tidak mencukupi. Pemohon hendaklah mengemukakan
pelan cadangan kepada jabatan ini sebelum melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan. Pihak
jabatan akan menyemak pelan yang dikemukakan dan menurunkan perakuan ke atas pelan cadangan.
Seterusnya suatu pemeriksaan akan di aturkan sebelum pengeluaran sijil perakuan bomba. Sijil perakuan
bomba baru akan dikeluarkan jika membuat pembayaran fi manakala perakuan bomba pindaa
dikeluarkan jika tidak membuat pembayaran fi.

RAYUAN

Mana-mana pemohon boleh membuat rayuan kepada Menteri setelah pemberitahuan keengganan atau
keputusan tersebut:-

i.Ketua Pengarah enggan mengeluarkan perakuan bomba;
ii.Syarat-syarat yang dikenakan atas perakuan dikeluarkan tidak boleh dipatuhi; atau
iii.Dengan apa-apa keputusan oleh Ketua Pengarah dengan meminda perakuan bomba atau perakuan
bomba yang baru.

KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH PERAKUAN BOMBA

i.Membuat perubahan keadaan pada premis ditetapkan yang perakuan bomba sedang berkuatkuasa
tanpa notis.

ii.Tidak mematuhi arahan supaya mengambil langkah-langkah menjadikan pepasanagn keselamatan
kebakaran mencukupi.

12

iii.Tidak mempunyai perakuan bomba.
iv.Membuat atau memalsukan atau memiliki suatu perakuan bomba.
v.Membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat palsu semasa membuat permohonan
bagi perakuan bomba.
vi.Memindahkan atau menyerahhakkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan
perakuan bombanya.
vii.Tidak memberitahu secara bertulis kepada Ketua Pengarah mengenai perakuan bomba hilang atau
musnah,
viii.Tidak mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki.
ix.Tidak mempamerkan perakuan bomba pada setiap masa

13

JADUAL FI PERAKUAN BOMBA
JADUAL B

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PERAKUAN BOMBA) 2001

(Subperaturan 3(3) dan 4(3))

FI BAGI PERAKUAN BOMBA DAN PERAKUAN BOMBA YANG DIPERBAHARUI

Premis ditetapkan Perakuan Bomba Perakuan Bomba
yang Diperbaharui
(RM)
(RM)
1. Perpustakaan 310.00 155.00
200.00
2. Hospital dan rumah jagaan kejururawatan 400.00 200.00
155.00
3. Hotel 400.00 200.00
200.00
4. Asrama dan dormitory 310.00
310.00
5. Pejabat 400.00
200.00
6. Kedai 400.00
155.00
7. Premis yang di tempatnya proses 620.00 200.00
berbahaya berlaku

8. Kilang selain kilang yang di tempatnya 400.00
proses berbahaya berlaku

9. Tempat perhimpunan 310.00

10 Premis penstoran dan premis lain 400.00

NOTA: Jika mana-mana premis digunakan bagi lebih daripada satu tujuan, fi yang dikenakan
dibayar hendaklah fi yang paling tinggi yang ditetapkan bagi tujuan itu.

Dibuat 18 Julai 2001.

(KPKT (S) 704/95:PN(PU ) 471/III)

Dato’ Seri Ong Ka Ting
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

14

BORANG III
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PERAKUAN BOMBA) 2001

BORANG III
(Perenggan 4(2)(a))
PERMOHONAN BAGI PEMBAHARUAN PERAKUAN BOMBA

Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Negeri………………………………

Saya/
Kami………………………………………………………………………………………………………………….

ingin memohon pembaharuan perakuan bomba bagi premis ditetapkan yang berikut: (Nyatakan alamat
penuh premis ditetapkan)

………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………

1. No. rujukan tuan ialah:..…………………………………………………………………………………

*3. Saya/ Kami dengan ini mengakui bahawa tiada terdapat perubahan keadaan pada premis itu dan
dengan itu maklumat yang diberikan dalam Bahagian II permohonan saya/ kami berkenaan dengan premis
ditetapkan itu yang bertarikh …………………….. masih terpakai.

*4. Saya/ Kami dengan ini mengakui bahawa terdapat perubahan yang ketara pada premis itu, dengan itu
saya/ kami mengemukakan semula Bahagian II permohonan saya/ kami berkenaan dengan premis
ditetapkan itu.

(Sila ini Bahagian II Borang I Jadual A)

Tarikh:……………………………………..

Tandatangan pemohon:……………………………..

(Cop rasmi)

* potong mana yang tidak berkenaan

15

SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CFO)

Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk
didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh
menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil
Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta
133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.

CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS
1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :

(1) Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu
Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan
dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima
tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.

(2) Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan

(3) Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti
jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan
pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal
berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan
Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat
lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga
perlu dipatuhi.

Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang
mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah
mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan.

PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan
dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli.

Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;

(1) Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar
perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance).

(2) Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum
mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang
lengkap diterima.

Walau bagaimanapun, pindaan kepada UKBS ini hanya akan berkuatkuasa setelah semua negeri
mewartakan pindaan ini.

Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman
hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon
kebenaran daripada PBT terlebih dahulu

16

Gambarajah 1: Contoh sijil layak duduki banggunan
17

STRATEGI PENCEGAHAN KEBAKARAN

Untuk mematuhi kehendak-kehendak Fire Service Act 1988 ( Akta 341 ) adalah menjadi tanggungjawab
Syarikat Dynamic Auto Cooler untuk menentukan keadaan premis perniagaan selamat kepada pekerja dan
pelanggan yang berurusan dengan syarikat. Oleh itu syarikat telah mengambil strategi pencegahan
kebakaran seperti berikut:-

1. Persekitaran
a) Memastikan semua jalan masuk ke bangunan selamat daripada pencerobohan.
b) Memastikan laluan menghala jalan masuk ke bangunan bebas daripada sebarang halangan.
c) Barang-barang yang disimpan di luar bangunan dalam keadaan teratur dan bebas daripada sebarang

halangan.
d) Memastikan pokok-pokok tidak menghalang pendawaian letrik.
e) Mengadakan kemudahan-kemudahan yang selamat untuk pembuangan sampah-sampah.
f) Memastikan jentera dan perkakas bomba boleh menghampiri bangunan untuk tujuan menyelamat

mangsa dan melawan kebakaran.

2. Penstoran
Penstoran barang-barang yang tidak teratur boleh membawa kepada kemerebakan kebakaran dan
menghalang pasukan Bomba mencari punca kebakaran atau menghalang keberkesanan tindakan system
seperti penyembur air automatic. Oleh kerana itu pihak syarikat mengambil langkah-langkah berikut:-

a) Barang-barang disusun dengan teratur dan mempunyai ruang laluan yang secukupnya.
b) Kawasan penstoran dipisahkan daripada kawasan atau bahagian lain dalam premis perniagaan.
c) Kawasan penstoran mudah dilalui pasukan Bomba.
d) Tanda larangan merokok dipamirkan dengan jelas.

PANDUAN KESELAMATAN KEBAKARAN BENGKEL.

Untuk mencegah berlakunya kebakaran di premis perniagaan, Syarikat Dynamic Auto Cooler telah
mengadakan panduan keselamatan kebakaran bengkel seperti berikut:-

1. Panduan AM
a) Mengadakan alat pemadam api yang sesuai jenisnya dan diletakkan dilokasi yang strategic.
b) Bengkel dilengkapi dengan alat pengesan kebakaran jenis asap atau haba.
c) Mengadakan papan tanda amaran ‘DILARANG MEROKOK’.
d) Mengadakan bakul atau tong sampah yang mencukupi.
e) Menentukan bengkel dan bilik-bilik sentiasa bersih dan punca-punca kebakaran dihapuskan.
f) Menyediakan senarai semakan keselamatan ( Firesafety Checklist ).

2. Panduan Keselamatan Bengkel.
a) Penggunaan semua jenis mesin mestilah dibawah pengawasan sepenuhnya oleh individu yang
bertanggungjawab.
b) Aspek keselamatan perlu dititikberatkan bagi kerja-kerja kimpalan yang menggunakan alat
pemotong ( Gas Oxitylene ).

18

c) Bahan-bahan mudah terbakar dan cecair merbahaya diasingkan dan disimpan di tempat
selamat.

d) Sampan dan sisa-sisa ( contohnya cebisan kertas, kayu, besi, habuk papan ) dibersihkan dan
di tempatkan di lokasi yang dikhaskan.

ALAT-ALAT PEMADAM API DAN LOKASI.

Berikut adalah alat pemadam api yang digunakan di premis perniagaan Dynamic Auto Cooler dan lokasi
alat pemadam api tersebut ditempatkan.

1. Jenis-jenis alat pemadam api yang digunakan.

2. Tanda Larangan Dan Tanda Amaran

Dilarang Merokok Dilarang Menyalakan AWAS
Mancis Mudah Terbakar

19

3. Lokasi Alat Pemadam Api (Sumber rujukan:www.bomba.gov.my)

6 43 13
21 12
87
5 11

9

10

H

Kaunter/Kerani Kewangan Stor Barang Berbahaya
Bilik Menunggu Pelanggan Ruang Pembaikan
Pej. Pengurus Ruang Pembaikan
Pej. Pen. Pengurus Bilik Compressor
Bilik Mesyuarat Tandas Lelaki
Bilik Rehat Tandas Perempuan
Stor Alatganti

Pemadam Api Mudah Alih H - Fire Hose Reel
20


Click to View FlipBook Version