TAJUK SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA NAMA AHLI : KUMPULAN 1 muhammad amin bin abdul malik 06DET23F1139 muhammad fahmi mikhail bin mohd farzele 06DET23F1139 muhammad helmi azhar bin syahrul hisyam 06DET23F1110
ENCIK SABRI BIN ALIAS PENYELARAS nama pensyarah:
BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 PRAKATA 4 2.0 PENGENALAN 5 3.0 PENGASAS DAN PENGASASAN MELAKA 6 4.0 PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA 8 5.0 CARA PEMERINTAHAN 9 6.0 FAKTOR -FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA 11 7.0 KESIMPULAN 14 8.0 RUJUKAN 15 ISI KANDUNGAN
1 .0 PRAKATA Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat llahi kerana kami dapat menyelesaikan E-book yang bertajuk SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. E-book ini mengandungi 10 muka surat yang mengandungi pelbagai maklumat berkenaan sistem pentadbiran zaman kesultanan Melayu Melaka. Pembaca didedahkan dengan konsep memperlihatkan kesinambungan dalam agihan kuasa serta keberkesanan dalam menjalankan fungsi administratif dan kehakiman. la menunjukkan kerjasama antara sultan, pegawai istana, dan pemegang jawatan penting dalam mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi. Sistem ini juga memperlihatkan peranan pedagang tempatan dan asing dalam memajukan ekonomi kesultanan. Dengan hubungan diplomatik yang kukuh, kesultanan ini diperkukuhkan sebagai pusat perdagangan yang penting di rantau tersebut. E-book ini diharapkan dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada pembaca . 4
Sebelum adanya jawatan Perdana Menteri, Malaysia yang pada asalnya dinamakan Kesultanan Melayu Melaka adalah diperintah olen Sultan. Masa tu jawatan Perdana Menteri belum diwujudkan lagi. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang laitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada masa itu para Sultan telah mewujudkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Perbesar Empat Lipatan Ini terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua. 2.0 PENGENALAN 5
3.0 PENGASAS DAN PENGASASAN MELAKA Pengasas Melaka merujuk kepada kisah Parameswara, seorang raja Hindu dari Kerajaan Srivijaya yang memainkan peranan penting dalam penubuhan Melaka pada abad ke - 15. Parameswara dikatakan melarikan diri dari serangan Majapahit dan menetap di sebuah kawasan pantai yang kemudiannya menjadi lokasi pembinaan Melaka. Menurut catatan sejarah, Parameswara mendirikan bandar baru yang kemudiannya menjadi Melaka pada tahun 1400 masihi. Pada mulanya, Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil, tetapi dengan kedudukan geografinya yang strategik di persimpangan jalur perdagangan laut antara Timur dan Barat, Melaka berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan yang penting di rantau tersebut. Parameswara dan keturunannya memperluas wilayah dan kuasa melaka, menjadikan sebuah kerajaan yang kuat dan berpengaruh di Asia Tenggara. Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan rempah - rempah seperti lada, cengkih dan menjadi tempat bertemunya pedagang dari China, India, Timur Tengah, dan Eropah. Pengasasan Melaka adalah titik permulaan penting dalam sejarah Malaysia moden dan memainkan peranan yang signifikan dalam pembentukan tamadun dan identiti negara tersebut. 6
PARAMESWARA (1400-1414 M) MEGAT ISKANDAR SHAH ( 1414-1424M) SULTAN MUHAMMAD SHAH (1424-1444 M) SULTAN ABU SYAHID (1444-1445 M) SULTAN MUZAFFAR SHAH (1445-1459 M) SULTAN MANSOR SHAH (1459-1477 M) SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH (1477-1488 M) SULTAN MAHMUD SHAH (1488-1511 M) SULTAN AHMAD SHAH (1511-1513 M) sultan-sultan yang memerintah melaka 7
Sistem pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah sistem yang berpusat di sekitar istana sultan. Ia dikendalikan oleh sultan dan para pegawai istana yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran, keadilan, dan keamanan di dalam wilayah kesultanan. Sistem ini turut melibatkan pemegang jawatan seperti bendahara, temenggung, penghulu, dan kaum bawahan yang mentadbir negeri dan komuniti tempatan. Selain itu, terdapat juga persatuan pedagang dan pedagang asing yang berperanan dalam menjana ekonomi kesultanan. Sistem ini turut melibatkan hubungan diplomatik dengan negara jiran dan empayar luar, menjadikan Kesultanan Melaka sebagai pusat perdagangan penting di rantau ini. Kesultanan Melayu Melaka berkembang dari sebuah perkampungan nelayan dan akhirnya menjadi kerajaan yang masyhur. Beberapa faktor telah melonjakkan kerajaan ini berkembang menjadi sebuah kerajaan yang gemilang di Alam Melayu . 4.0 PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA 8
Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya . Sistem ini dipanggil ‘ Sistem Pembesar Empat Lipatan ‘ .Sistem Pembesar Empat Lipatan diketuai oleh Pembesar 4 dan diikut oleh Pembesar 8 , Pembesar 16 dan Pembesar 32 . Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama , iaitu Bendahara , Penghulu Bendahari , Temenggung dan Laksamana . 1)Bendahara Penasihat sultan Ketua Hakim 2)Penghulu Bendahari Pungut hasil atau ufti Ketua urus setia istana 3) Temenggung Menjadi ketua polis dan penjara Hakim di darat 4) Laksamana Ketua angkatan laut Pengawal peribadi sultan 5.0 CARA PEMERINTAHAN 9
5. 1 PERANAN PEMBESAR BEREMPAT DALAM PERKEMBANGAN KMM. 10 bendahara Melicinkan sistem pentadbiran serta pemerintahan darpada akar umbi hingga pemerintah dan menjadikan kehidupan seharian sultan lebih sejahtera dan terjamin. penghulu bendahari Menjadikan sistem kewangan di KMM lebih sistematik serta melicinkan urusan yang berkaitan perbelanjaan KMM supaya tidak tiris laksamana Menjamin keharmonian KMM serta keselamatan daripada ancaman musuh atau lanun serta keselamatan pedagang dapat dijaga dengan baik. temenggung Memastikan keselamatan serta keadaan penduduk sentiasa aman dan terjamin daripada bahaya luar serta ancaman
Kepimpinan Raja Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.Hak kuasa ini berpunca daripada beberapa sumber iaitu Keturunan Raja Palembang:berdaasarkan teks sulalatus salatin , pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja palembang yang dikatakan berasal dari susur galur iskandar zulkarnain hal ini menyebabkan taraf kedudukan yang tinggi kepada sultan melaka dalam kalangan kerajaan lain di alam Melayu Peranan yang unggul: Raja mempunyai pelbagai peranan seperti simbol perpaduan dan dan kemakmuran, ketua angkatan tentera , mengetuai hubungan diplomatik, menyelaraskan kegiatan ekonomi, ketua agama islam dan menegakkan keadilan. Daulat dan alat kebesaran:Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin .Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada raja. Antara alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor, nobat,keris, lembing,dan makhota.Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan , perkahwinan dan kemangkatan raja. kewibawaan:Raja memiliki ciri kepimpinan seperti adil,berwibawa , dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat. Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut hukum kanun Melaka 6.0 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA 11 Kegemilangan Kesultanan Melayu melaka disebabkan oleh faktor kepimpinan raja yang berwibawa ,sistem pentadbiran yang cekap dan sistem perundangan yang tersusun.
7.0 UNDANG-UNDANG Melaka mempunyai undang-undang bertulis seperti Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka: 12 hukum kanun melaka Fasal 5.1, hukuman bunuh terhadap kepada seseorang yang didapati membunuh tanpa pengetahuan raja atau pembesar fasal 4, hukuman bunuh terhadap sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan Fasal 1, dijelaskan tugas Sultan,Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, dua orang sahaja jika tidak cukup Hamba abdi dan wanita tidak boleh memjadi saksi tersebut Fasal 30, amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan Orang niaga hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan akad niat jual beli jenayah peranan sultan dan pembesarKekeluargaan ekonomi
peranan nakhoda undang-undang laut melaka pelayaran jenayah percukaian Fasal 13.1, nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari Fasal 13.3, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai, perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan Fasal 9, malim harus arif tentang ilmu pelayaran Jika malim lalai sehingga menyebabkan kerosakan, dia akan dihukum bunuh Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal akan dikenakan hukuman mati Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang 13
8.0 KESIMPULAN Kesultanan Melayu Melaka memberikan impak yang besar dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara secara keseluruhannya. Sistem pentadbiran dan pencapaian kesultanan ini menjadi sumber inspirasi dan pembelajaran bagi banyak generasi seterusnya.Oleh itu, Kita haruslah mencontohi sikap pemimpin Pemerintah melaka yang berlaku adil terhadap rakyat jelatanya .Kita juga hendaklah menghormati para pemimpin kita yang berusaha menjaga kita agar keamanan di negara dapat diwujudkan dan berkekalan selama-lamanya. 14
8.0 RUJUKAN https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka https://anyflip.com/sdkqg/eibd/basic https://anyflip.com/hguoy/fxij (buku teks sejarah tingkatan2 kssm) https://ms.wikipedia.org/wiki/Parameswara https://kamipunyablog.mozello.com/politik-danpentadbiran/params/post/291220/sistem-ekonomi 15