The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LATIHAN ILMIAH PERANAN HIFZ NASB DALAM MEMBENDUNG FENOMENA SUGAR BABY (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifizham77, 2023-07-28 10:33:21

LATIHAN ILMIAH PERANAN HIFZ NASB DALAM MEMBENDUNG FENOMENA SUGAR BABY (1)

LATIHAN ILMIAH PERANAN HIFZ NASB DALAM MEMBENDUNG FENOMENA SUGAR BABY (1)

40 ianya akan membawa kepada akibat yang buruk pada masa hadapan. Melihat kepada hukuman qazaf juga ada dinyatakan. Sungguhpun qazaf adalah sesuatu perkara yang dilihat remeh, hanya sebuah pertuduhan sahaja, akan tetapi demi menjaga kemuliaan rumahtangga itulah Allah meletakkan hukuman kepada penuduh zina ini. Peranan seterusnya adalah dalam bentuk jaminan sosial. Dengan adanya peranan Hifz Nasb ini, jaminan sosial seseorang individu melalui perkahwinan dapat menutup pandangan daripada melihat perkara perkara haram yang menggerakkan nafsu ke arah kemaksiatan sehingga keberangkalian akan merosakkan individu dan masyarakat. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW. melalui sabdanya yang bermaksud: "Daripada Abdullah katanya, telah bersabda Rasulullah SAW kepada kami, wahai pară pemuda, barangsiapa di antara kamu sekalian yang telah cukup persediaan untuk berkahwin. maka kahwinlah Sesungguhnya perkahwinan itu akan lebih menutup pandangan dan lebih menjaga kesucian faraj. Dan bagi sesiapa yang belum mampu hendaklah ia berpuasa, kerana padanya perisai Selain itu, peranan Hifz Nasb ini juga mampu untuk memelihara iman dan agama sebagai seorang muslim. Ini kerana, dengan menerusi jalur pernikahan, seseorang itu akan dapat meningkatkan keimanan dan seterusnya dapat mengelakkan diri dari perbuatanperbuatan yang keji seperti terjebak dengan kegiatan Sugar Baby.


41 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang beragama nescaya engkau akan selamat. ”Seorang lelaki pernah datang menemui Hasan bin Ali bin Abi Talib dengan bertanya kepadanya, “Saya ada mempunyai seorang anak perempuan. Bagaimanakah pendapatmu, dengan siapakah anak perempuan aku patut dikahwinkan?” Hasan menjawab:“Kahwinkanlah dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kalau ia mencintainya ia akan menghormatinya dan kalau ia tidak cinta, ia tidak akan menganiaya nya.”Pasangan yang beriman dapat membantu dalam memelihara iman seseorang. Dia sentiasa menasihati pasangannya dalam urusan agama dan mengingatkannya agar tidak terlalu taksub dengan hal duniawi. Sementara itu, peranan Hifz Nasb juga sebagai langkah menambah amal kebaikan. Dengan berlakunya pernikahan, perkahwinan seseorang itu dapat membina motivasi di antara pasangan untuk sama-sama berbuat amal kebaikan. Sebagai contoh, Jika dahulu solat bersendirian, kini seorang isteri menjadi makmum kepada suaminya. Maka dapatlah dia pahala solat berjemaah. Malah, setiap yang dilakukan bagi pasangan masing-masing mendapat pahala walaupun seremeh-remeh perbuatan seperti bersentuhan.


42 Pada waktu yang sama, ia juga mampu menjaga masyarakat dari berbagai penyakit khususnya penyakit alat kelamin. Penyakit kelamin boleh disebabkan oleh kuman seperti bakteria, kulat dan virus. Sebagai contoh penyakit melibatkan kelamin adalah human immunodeficiency virus (HIV) acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) candidiasis, chlamydia, trichomoniasis, herpes, gonorea, syphilis.dan lain-lain lagi. (my healthy september 2021) Di antara gejala atau simptom yang paling sering dihadapi oleh penghidap penyakit kelamin adalah seperti kebengkakan, kemerahan, kegatalan pada. faraj atau kemaluan wanita dan keluaran lendir atau nanah dari kemaluan Manakala simtom bagi lelaki pula akan mengalami keradangan dan kegatalan pada kepala penis serta cecair putih yang luar biasa. Hal ini disebabkan oleh, kerosakan moral yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Ini kerana zina boleh mendatangkan risiko pelbagai penyakit fizikal seperti AIDS, sifilis dan sebagainya. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra’ 17:32 maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." kerosakan di sini bukan hanya keturunan, malah anggota badan juga tersenarai. Ibn Kathir dalam Tafsir-nya menjelaskan Allah SWT melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepadanya contohnya kegiatan Sugar Baby.


43 SUGAR BABY 4.8 FAKTOR BERLAKUNYA KEGIATAN SUGAR BABY Pada April 1998, Raudhatus Sakinah adalah sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri yang telah ditubuhkan oleh beberapa orang wanita yang merasakan keperluan mewujudkan tempat perlindungan untuk remaja perempuan yang tersasar. Ianya merupakan pusat penjagaan sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan bersama. Kumpulan sasarnya adalah remaja puteri Islam yang berhadapan dengan masalah sosial dan memerlukan bimbingan dan perlindungan. Raudhatus Sakinah menyedari hakikat bahawa perangkaan kes-kes salah laku di kalangan remaja Malaysia semakin meningkat apatah lagi di kalangan remaja melayu Islam. Bersamanya ia membawa pelbagai penyakit sosial yang akhirnya merosakkan bukan sahaja golongan remaja tetapi juga institusi keluarga dan seterusnya masyarakat. Menerusi sebuah perkongsian ringkas daripada seorang pelatih Raudhatus Sakinah yang diambil daripada rancangan Tv Al-Hijrah pada 14 Oktober 2021. Kisah Su (bukan nama sebenar) yang inginkan kemewahan secara pantas dan mudah menyebabkan beliau memasuki industri pelacuran dengan menggunakan istilah 'Sugar Baby'. Tujuan rancangan Tv Al-Hijrah mengetengahkan isu ini adalah agar ibu bapa lebih peka, prihatin dan ambil tahu apa yang terjadi kepada anak-anak sendiri kerana kebanyakkan kes anak-


44 anak terlibat sebagai Sugar Baby tidak diketahui oleh keluarga. Berdasarkan apa yang diberitahu oleh Su (bukan nama sebenar), faktor pertama berlakunya kegiatan Sugar Baby ini adalah berpunca daripada faktor kewangan. Hal ini disebabkan Su terasa ingin hidup mewah sepertimana rakan-rakannya yang lain yang mendapat beg baharu , baju yang baharu dan apa yang diminta kesemuanya tercapai. Faktor kedua, pengaruh rakan-rakan sebaya. Tidak dinafikan bahawa rakan sebaya juga menjadi penyebab utama budaya hedonisme semakin menebal di kalangan pelajar. Hal ini disebabkan gaya hidup bebas yang ada pada rakan-rakannya itu menyebabkan Su ingin mengambil langkah untuk mengikut jejak seperti rakan-rakannya. Menurut Mohd Ali Iksan, hedonisme mempengaruhi pembentukan peribadi pelajar yang bebas bersosialisasi seperti terlibat dengan dadah dan alkohol.. Seterusnya, faktor ketiga adalah disebabkan pengaruh media sosial. Pada mulanya, Su berasa takut dan berfikir bahawa wujud ke seseorang yang sanggup untuk berbuat demikian seperti menggadai maruah demi wang ringgit semata-mata, namun apabila Su melihat beberapa drama di television dan platform-platform lain, maka mula timbul rasa setuju dan ingin mencuba untuk berbuat demikian. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Su , pengkaji dapat melihat bahawa golongan yang lebih cenderung untuk mendapat kesan negatif daripada perbuatan tidak bermoral ini adalah daripada kalangan remaja kerana sikap remaja itu sendiri yang mudah terpengaruh dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan juga kerana remaja mempunyai sikap yang sering ingin mencuba perkara yang baru.


45 Faktor keempat pula adalah kurang perhatian daripada keluarga. Pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak semakin menjadi-jadi walaupun ia merupakan satu perkara kecil dari sudut luaran tetapi ia menjadi serius apabila ibu bapa tidak mengendahkan perkaraperkara yang berlaku kepada remaja tersebut sehinggakan anak mereka terjebak dengan sesuatu kesalahan yangmelanggar undang-undang. Hal ini disebabkan, majoriti ibu bapa menganggap anak-anak mereka sentiasa dalam keadaan selamat malah juga sering yakin serta percaya dengan tingkah laku dan perbuatan yang anak mereka lakukan.Antara kesan pergaulan bebas atau lebih spesifik lagi, seks rambang ini sememangnya akan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan seperti penularan penyakit jangkitan seksual (STD). Hal ini kerana, penyakit ini boleh berjangkit melalui perhubungan seksual dengan perhubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah-langkah pencegahan seperti melalui vagina, dubur atau seks oral. 4.9 Cadangan Informan Dalam Mengekang Sugar Baby Antara instinbat yang boleh dikeluarkan didalam Maqasid Syariah mengenai Hifz Nasb adalah memperkasakan undang-undang Islam yang boleh menyekat dari berlakunya zina. Sepatutnya umat Islam perlu bersatu di dalam memperkasakan undang-undang di Malaysia ini agar pelaksanaan hukuman terhadap mana-mana aplikasi yang membawa ke arah perzinahan dapat dihapuskan. Hal ini kerana, musuh-musuh Islam pada era ini bukan menyerang Islam dari sudut fizikal, akan tetapi mereka menyerang dari sudut pemikiran dan ideologi yang dibawa. Sekiranya umat Islam masih leka dengan nikmat dunia yang sedang diurus oleh musuh-musuh Islam, maka masyarakat Islam itu sendiri akan berpecah-belah. Oleh itu, umat Islam perlu berwaspada dan mengambil perhatian dalam


46 setiap anasir-anasir yang cuba merosakkan Islam dari dalam yang mampu menjejaskan bukan sekadar nasab malah agam Islam itu sendiri. Selain itu, informan juga mencadangkan agar membuat sesuatu program didalam komuniti mengikut peringkat yang boleh menggerakan seseorang itu akan terbit rasa malu di dalam diri. “Malu” yang dimaksudkan adalah yang boleh mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: "Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya." (Riwayat al-Hakim) Jelaslah bahawa, implikasi sifat malu adalah untuk mengukuhkan iman seseorang Muslim. Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya. Sehinggakan dengan sifat malu itu juga seseorang muslim dapat menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT. Berkata informan, sekiranya hanya membuat kempen biah solehah atau zero ikhtilat tanpa ada pengisian seperti malu, maka perkara itu akan menjadi kurang mencapai objektif. Dengan adanya sifat malu yang terdidik dari kalangan mahasiswa maka perbuatan dalam perbuatan Sugar Baby itu tidak akan terlintas dalam pemikiran mereka. Walaupun dalam segi faktor kewangan sekalipun, apabila mereka faham tentang malu, maka mereka tidak mudah terlibat dengan perkara haram seperti Sugar Baby. Tuntasnya, perasaan malu bukan sekadar pada manusia, akan tetapi juga pada sang Pencipta.


47 4.10 KESIMPULAN Bab ini telah menerangkan secara terperinci berkenaan pendapat informan berkaitan dengan peranan Hifz Nasb dalam memelihara dan menjaga keturunan. Syariat Islam telah menggariskan perkara yang perlu dijauhi dan tidak boleh dilakukan oleh setiap individu demi menjaga nasab keturunan. Kita sebagai umat Islam yang prihatin dan progresif perlu menyedari bahawa institusi kekeluargaan adalah perlu dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan bagi sesebuah masyarakat adalah berpunca daripada kehancuran institusi keluarga. Di samping itu juga, kita mendapati bahawa undangundang yang berkaitan pemeliharaan nasab ini amat penting kerana ianya merupakan komponen asas dalam agama Islam itu sendiri. Matlamat yang ingin dicapai dalam prinsip Maqasid al-Syariah itu sendiri bukanlah terletak di atas bahu Penguatkuasa Agama sahaja tetapi setiap bahagian di dalam masyarakat memainkan peranannya yang tersendiri. Hifz Nasb ini mampu membendung gejala Sugar Baby yang kian berleluasa di setiap lapisan masyarakat berikutan dengan apa yang telah pengkaji rujuk di dalam platform rasmi Raudhatus Sakinah yang telah ditayangkan di Tv Al Hijrah berkenaan tentang salah satu bentukfaktor seseorang itu boleh terjerumus ke dalam dunia sugar baby tersebut. Jika dari segi agama, perkara ini diselesaikan dengan mudah iaitu hanya berkahwin sahaja, akan tetapi kita perlu faham bukan seks menjadi matlamat utama golongan Sugar Baby. Kebanyakannya antara mereka terjebak hanya disebabkan mahukan kemewahan semata-mata. Sugar Daddy tetap mencari Sugar Baby kerana tujuan sosial dan sebaliknya Sugar Baby mahukan wang, keseronokan tanpa pedulikan soal maruah mahupun akhlak.


48 BAB 5 KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam bab-bab sebelumnya. Seterusnya yang terakhir, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini. 5.2 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN Perbincangan tentang dapatan kajian adalah berdasarkan soalan-soalan kajian. Sehubungan dengan itu dapatan kajian yang dibincangkan ini akan menjawab soalan kajian iaitu perananNifz Nasb dalam membendung fenomena Sugar Baby ini.


49 ● Peranan Hifz Nasb I. Memudahkan acara perkahwinan II. Jaminan sosial III. Menambah amal kebaikan IV. Terhindar dari penyakit kelamin ● Faktor Sugar Baby I. Faktor Kewangan. II. Pengaruh rakan sebaya III. Pengaruh media sosial IV. Kurang perhatian daripada keluarga Dapatan yang diperolehi semestinya membantu kearah memperkasakan intelektual masyarakat demi melindungi keturunan sehingga mampu memelihara diri dari terjebak dalam perbuatan yang cenderung merosakkan komuniti dan insitusi keluarga. Oleh demikian, secara tidak langsung masyarakat mampu memenuhi tuntutan agama dengan memelihara maqasid syariah khususnya dalam konsep Ad-dharuriyat melalui aspek penjagaan keturunan (hifz nasb).


50 5.3 CADANGAN Secara umumnya, pengkaji mencadangkan bahawa fenomena Sugar Baby ini mampu dibendung melalui beberapa cara antaranya ialah: 1. Mengadakan kempen kesedaran untuk memaklumkan masyarakat tentang kesan negatif sekiranya melibatkan diri dengan gejala Sugar Baby. Melalui kajian ini responden menyatakan bahawa langkah lain yang boleh dilakukan ialah melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian. Dengan ini, individu lebih mengetahui tentang perbezaan antara tindakan yang baik dan tindakan yang mendorang kerosakan. 2. Menguatkuasakan undang-undang bagi mengekang aplikasi seperti The Sugarbook. Perkara ini bertujuan bagi keselamatan siber untuk kanak-kanak di bawah umur, di mana golongan ini mungkin mendaftar menggunakan akaun palsu dan mengundang bahaya yang lebih besar. Sebagai contoh, undang-undang sedia ada perlu diperkasa dan dikemaskini dengan melihat semula Seksyen 372B Kanun Keseksaan dengan meletakkan sebuah hukuman terhadap lelaki yang menawarkan ganjaran terhadap khidmat pelacuran. 3. Ibu bapa perlu peka dan sentiasa memantau anak. Hal ini disebabkan oleh apabila ibu bapa kurang memberi perhatian kepada anak mereka, maka anak akan kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Oleh kerana itula anak mudah terjebak dalam aktiviti sugar baby kerana ingin mencari belaian kasih sayang daripada orang luar.


51 4. Memberi peluang kepada anak-anak untuk menjana pendapatan sendiri sejak usia muda. 5. Berdikari akan mengurangkan sikap kebergantungan kepada orang lain, apalagi daripada Sugar Daddy untuk memenuhi keperluan kewangan dengan barangan material mereka sendiri. 5.4 CADANGAN KAJIAN LANJUT Sebagai cadangan bagi pengkaji akan datang ialah, melihat permasalahan sugar baby ini dari sudut konsep yang berbeza. Misalnya, dari konsep Hifz Mal iaitu penjagaan harta dibawah kategori ad-Dharuriat. Selain daripada itu, pengkaji akan datang juga boleh mendalami tentang perkara-perkara yang berkait rapat dengan kegiatan tidak bermoral ini seperti sugar dady dan juga sugar mommy. Hal ini akan membuka lebih banyak ruang pembicangan ilmiah yang mungkin menjadi salah satu asbab penutupan berbagai versi aplikasi-aplikasi yang membawa kearah kemaksiatan di Malaysia ini. Disamping itu, pengkaji akan datang juga boleh memfokuskan tentang akta-akta yang berkait rapat dengan kegiatan pelacuran dan membuat satu perbahasan ilmiah mengenai perbuatan yang seakan sugar baby ini contohnya perbuatan call dating. Tuntasnya, perkara seperti ini perlu sentiasa diabuat kajian agar motif dan matlamatsetiap maslahah dapat diketahui dengan jelas dan mampu menilai sejauh mana kesanya terhadap masyarakat dan negara malah mampu menjadi penunjuk aras kearah keharmonian masyarakat dan kestabilan negara.


52 5.5 RUMUSAN Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji melihat peranan Hifz Nasb sememangnya mampu membendung kegiatan Sugar Baby ini. Walakin masih ramai masyarakat yang masih kurang mengerti tentang Hifz Nasb, sehingga menormalisasikan sekecil-kecil perkara yang mampu membuka pintu kemaksiatan. Islam telah meletakkan hukum hakam yang teliti dan rapi demi menjaga maslahah keturunan manusia, antaranya menurut Ahmad Raisuni (1995); 1. Islam menegakkan hukum hakam tentang perkahwinan bermula dengan pemilihan pasangan, akad, hubungan suami istri dan anak-anak serta pendidikan mereka, hubungan kekeluargaan dan perceraian. 2. Islam juga mengharamkan perlakuan zina, bersekedudukan, liwat, rogol dan fawahish (perkara keji) seperti perbuatan lucah, celaan, mencabul kehormatan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan Islam turut menyekat jalan-jalan ke arahnya seperti pengharaman mendedahkan aurat, khalwat, pergaulan bebas dan keperluan memintaizin apabila masuk ke rumah atau ruang peribadi seseorang. Nasab merupakan sesuatu yang amat penting dalam Islam. Hal ini terbukti dalam sejarah Islam ketika Rasulullah SAW telah mengambil seorang anak angkat yang bernama Zaid bin Haritsah. Anak tersebut dinasabkan oleh orang ramai ketika itu kepada Nabi dan kemudian Allah SWT menurunkan firmannya iaitu di dalam surah al-Ahzab ayat 4 hingga 5 yang menegur perbuatan menasabkan anak angkat tersebut kepada Nabi yang berbunyi: Maksudnya: “Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sesekali


53 menjadikan seseorang dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteriisteri kamu yang kamu ‘ziharkan’ itu sebagai ibu kamu; ia tidak juga menjadikan anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. (Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul. Oleh itu, setiap perkara yang menjerumuskan ke arah perzinaan perlu dibendung dan dicegah demi menjaga martabat seorang muslim yang faham dan beramal dengan agama, agar keluarga islam terjaga dan memperolehi sakinah, mawaddah, warahmah disamping penjagaan keturunan Hifz Nasb. 5.6 KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian ini merupakan satu kajian yang memfokuskan tentang “Peranan Hifz Nasb Dalam Membendung Fenomena Sugar Baby”. Harapan pengkaji adalah, semoga kajian ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat bahawa Islam amat menitikberatkan tentang penjagaan keturunan.


54 BIBLIOGRAFI Ahmad Syukran Baharuddin, Ruskam, A., Wan Harun, M. A., & Yacob, A. R. (2015). FORENSIK BIOLOGI DALAM PENJAGAAN NASAB (HIFZ AL-NASAB / NASL) (Vol. volume 2). International Journal of Islamic and Civilizational Studies. http://dx.doi.org/10.11113/umran2015.2n2.20 Apa itu sugar baby dan bagaimana rasanya menjadi sugar baby? (n.d.). Quora. Retrieved January 31, 2023, from https://id.quora.com/Apa-itu-sugar-babydan-bagaimana-rasanya-menjadi-sugar-baby Aspalilah Alias, P. D. F. M. N. (2021, Februari 24). Awas sugarbaby, penyakit kelaminakibat seks bebas. Malaysia Gazette Sprout Your Mind. Busyroel Basyar, A. B. (2020, MEI). Perlindungan Nasab dalam Teori Maqashid Syariah. Al-Ahwal Al-Syakhsiyah, IAI Al-Qolam Maqashid, Vol.3, 1-16. Perlindungan Nasabdalam Teori Maqashid Syariah Hassim, M. H. (2017, December 26). HIFZ AL-NASB: ANALISIS TERHADAP PERUNTUKAN KESALAHAN TATASUSILA DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA. Johnson, A. (2022, December 8). Digital Sugar Baby And Sugar Daddy: Get Virtual Companion [month] 2023. Sugar Daddies. Retrieved January 31, 2023, fromhttps://sugar-daddies.us/news/cyber-sugar-daddy-andbaby KPT, IPT tangani isu 'sugar baby'. (2021, February 14). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786118/kpt-ipttangani-isu- sugar-baby Penyakit Kelamin Lelaki: Jangkitan Kulat Yis Bukan Untuk Wanita Sahaja. (n.d.). Hello Doktor. Retrieved January 31, 2023, from https://hellodoktor.com/kesihatan- lelaki/lelaki-lain/penyakit-kelaminlelaki/?amp=1


55 Siapa di sebalik Sugarbook? - ismaweb. (2021, February 16). ISMAWeb. Retrieved January31, 2023, from https://ismaweb.net/2021/02/16/siapa-di-sebaliksugarbook/ Smith, A. (2023, January 17). What Is A Sugar Baby—A Simple Sugar Baby Definition. BestSugar Daddy Sites. Retrieved January 31, 2023, from https://sugardatingreview.com/faq/what-is-sugar-baby/ Sugar Baby di universiti: Kita sudah hilang deria rasa? (2021, February 12). HarakahDaily.https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/12/sugar-babydi-universiti-kita- sudah-hilang-deria-rasa/ Sugar Baby Meaning, Activities, And Tips To Achieve Success January 2023. (2023, January19). Sugardaddyworld. Retrieved January 31, 2023, from https://sugardaddyworld.net/about-sugar-baby Sumbar, B. (2021, August 16). The meaning of Sugar Baby – BIRO SDM POLDA SUMBAR.BIRO SDM POLDA SUMBAR. Retrieved January 31, 2023, from https://rosdm.sumbar.polri.go.id/index.php/2021/08/16/the-meaningof-sugar- baby/ Wan Halim, W. M. A. (2022, Jun 30). Analisis Pencapaian Ḥifz al-Nasab Terhadap EnakmenKesalahan Jenayah Syariah Berdasarkan Kaedah Fuzzy Delphi. Vol. 19(Analysis of Ḥifẓ al-Nasab’ Achievements on the Shariah Criminal Offenses Enactment Based on the Fuzzy Delphi), 109–132. https://ejournal.um.edu.my/index.php/fiqh/article/view/35703 What is A Sugar Baby - The Best Definition of Sugar Baby You Can Find. Retrieved January31, 2023, from https://www.whatisasugarbaby.com/ What is a Sugar Daddy - Get to Know The Main Attributes. (n.d.). MeuPatrocínio. RetrievedJanuary 31, 2023, from https://www.meupatrocinio.com/en/what-is-a-sugar- daddy/ What is the Meaning of a Sugar Baby? (n.d.). Portal Rasmi Kit Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Retrieved January 31, 2023, from https://ikit.kedah.gov.my/what-is-the- meaning-of-a-sugar-baby/


56 What is the Meaning of an Sugar Baby? (2021, September 14). DAIRI CEGAH STUNTING. Retrieved January 31, 2023, from https://stunting.dairikab.go.id/2021/09/14/what-is-the-meaning-of-an-sugar-baby/ Yalcin, M. (n.d.). What Is A Sugar Baby? Sugar Baby Definition & Meaning. Victoria Milan. Retrieved January 31, 2023, from https://www.victoriamilan.com/articles/en/what-is-a-sugar-baby-sugarbaby- definition-meaning/ Zaidi, H. A. (2022, Disember. 1). 95 Peratus Jangkitan HIV Berpunca Dari Aktiviti Seks. Berita Harian


57


Click to View FlipBook Version