The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by buyunchan, 2021-03-20 11:02:45

minit bil 3 (2019 . 2020)

minit bil 3 (2019 . 2020)

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA
PERSATUAN IBU BAPA - GURU SK KOPOK

BIL. 3/(2019/2020)

Tarikh : 5 Februari 2020
Masa : 9.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Kopok
Pengerusi : En. Mohamed Abass bin Roban
Kehadiran : 11/17

1. UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG)

1.1 Pengerusi memulakan ucapan dengan bacaan Umul Kitab dan mengucapkan
terima kasih dan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang dapat hadir pada
mesyuarat kali kedua ini.

1.2 Beliau memaklumkan mesyuarat AJK PIBG perlu dijalankan sekurang-
kurangnya 3 kali bagi sepanjang tahun.

1.3 Beliau meminta agar semua Ahli Jawatankuasa menyemak minit mesyuarat
PIBG bil. 2/(2019/2020) yang diadakan pada 19 Ogos 2019 yang lalu untuk
memastikan agar aktiviti yang dibincangkan pada mesyuarat yang lalu telah
diambil tindakan serta dalam perancangan.

1.4 YDP mempersilakan Tuan Guru Besar untuk memberikan ucapan.

2. UCAPAN PENASIHAT (GURU BESAR)
2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang dapat
hadir ke mesyuarat PIBG kali ini.
2.2 Ucapan tahniah kepada Encik Mohamed Abass bin Roban, YDP PIBG serta
ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019/2020 untuk segala usaha yang
dilakukan dalam meningkatkan pembangunan sekolah.

2.3 Guru Besar juga memaklumkan tentang cadangan untuk mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2020 dan Hari Anugerah Cemerlang (HAC)
2019 pada 29 Februari 2020 namun dianjak ke 9 Mac 2020.

2.4 Anjakan tarikh adalah bertujuan untuk memberi masa lebih kepada persediaan
mesyuarat ini berikutan program Sukan Tahunan yang berjalan pada 9 Februari
2020.

2.5 Guru Besar menjemput semua AJK PIBG untuk hadir ke Sukan Tahunan
tersebut bagi memeriahkan majlis.

2.6 Jemputan yang bakal hadir pada majlis Sukan Tahunan tersebut adalah YB
Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam.

2.7 Guru Besar menyatakan bahawa perasmi MAT 2020 dan HAC 2019 adalah YB
Tuan Steven Chong.

2.8 Guru Besar juga turut memaklumkan bahawa sambutan Maulidur Rasul
peringkat sekolah akan diadakan pada hari Sabtu, 22 Februari 2020. Cadangan
asal tarikh Maulidur Rasul adalah pada hari Khamis, 20 Februari 2020 namun
PPD tidak membenarkan cuti peristiwa pada hari tersebut.

2.9 Pihak sekolah menjemput Yang Dipertua PIBG dan juga Naib Yang Dipertua
PIBG serta AJK untuk menghadiri Majlis Maulidur Rasul tersebut.

2.10 Lauk ayam ditempah sebagai lauk untuk murid dan daging untuk guru dan
warga sekolah yang lain. Masakan diuruskan oleh Cikgu Fadilah dari Unit PPKI.
Murid membayar RM 6.00 untuk jamuan pada hari tersebut.

2.11 Guru Besar mengharapkan sumbangan RM 5000 dari unit PIBG atau unit lain
untuk melaksanakan program ini.

2.12 Guru Besar mengkaji semula pemberian wang hadiah kepada pelajar
cemerlang UPSR. Sebanyak RM 150 boleh diberikan kepada pelajar yang
mendapat 6A dan RM 100 untuk pelajar 5A UPSR tahun 2019. Pelajar yang
mencapai 4A akan diberikan hadiah wang sebanyak Rm 80 seperti
dibincangkan pada mesyuarat yang lalu.

2.13 Pihak sekolah mengucapkan terima kasih lagi sekali kepada warga PIBG yang
sentiasa membantu menjayakan pelbagai program.

2.14 Lotte Chemical Titan memberi sumbangan 20 meja guru kepada pihak sekolah.

2.15 Permuafakatan PPKI merancang untuk membaiki mozek sebanyak RM 40,000
dan mereka mempunyai AJK Khas untuk mencari dana.

2.16 Guru Besar bersama-sama AJK PIBG bersetuju untuk menumpang akaun PIBG
untuk sebarang urusan kewangan dan sumbangan unit lain.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
3.1 Yang Dipertua PIBG, Encik Mohamed Abass bin Roban membentangkan minit
mesyuarat AJK PIBG Bil 3 (2019/2020).
3.2 YDP PIBG membincangkan tentang program yang tidak dapat dijayakan seperti
yang telah dicadangkan dalam mesyuarat AJK PIBG Bil 3 (2019/2020) yang lalu
seperti Karnival Keusahawanan berikutan kekangan masa.
3.3 Pelupusan barangan di makmal komputer yang tidak boleh digunakan lagi akan
dilakukan selepas program-program besar berakhir seperti Sukan Tahunan
sekolah, Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agung Tahun 2020.
3.4 YDP PIBG mencadang untuk menambah amaun hadiah wang kepada pelajar
cemerlang UPSR seramai 1 orang yang mendapat 6A, 1 orang yang mendapat
5A dan 7 orang yang mendapat 4A.
3.5 Pelajar cemerlang 6A akan diberi sebanyak RM 300 dan pelajar cemerlang 5A
akan diberi sebanyak RM 250. Pelajar cemerlang 4A akan mendapat RM100
dan pelajar yang berjaya mengatasi 6E seramai 5 orang akan mendapat RM50.
3.6 Cadangan penambahan ini disokong sebulat suara oleh keseluruhan 12 ahli
mesyuarat yang hadir.
3.7 Puan Roziah mengesahkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh Encik
Khalilullah.

4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN
4.1 Cik Nadirah Husna, Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan terkini.
4.2 Segala urusan kewangan telah dijalankan melalui akaun Bank Rakyat Sdn. Bhd.
berikutan penukaran akaun pengurusan kewangan akaun semasa PIBG dari
Hong Leong Sdn Bhd ke Bank Rakyat Sdn Bhd.

4.3 Cik Nadirah Husna menyatakan jumlah kutipan PIBG dari ibu bapa setakat Mei
2019 adalah sebanyak RM 7866 menjadikan baki akaun PIBG adalah RM
31,558.31.

4.4 PIBG ada menyumbangkan pemasangan gril blok A dan Blok B pada bulan April
dan Mei sebanyak RM 5400 secara berkala.

4.5 Pada bulan Ogos, PIBG SK Kopok menyumbang sebanyak RM500 kepada
Program Lawatan Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Aisyah Aris.

4.6 Pemasangan ‘awning’ di turut disumbangkan oleh pihak PIBG sebanyak RM
3000 dan bilik JQAF sebanyak RM 2900.

4.7 Pada bulan November 2019, PIBG menyumbangkan RM 1000 kepada unit PPKI
untuk mengecat dan menaiktaraf bilik darjah dan RM 960 kepada KGKT untuk
pembelian meja batu bagi keselesaan warga sekolah.

4.8 Pada bulan Disember 2019, pihak HEM memohon sumbangan dari PIBG
sekolah sebanyak RM 225 (RM 150 bagi setiap 15 guru kelas).

4.9 Pada bulan Januari 2020, PIBG memberi sumbangan kepada Unit Sukan
Sekolah diwakili Ustaz Shahrin selaku PK Kokurikulum sebanyak RM 1000.

4.10 Baki akhir akaun PIBG pada bulan Januari 2020 adalah sebanyak RM
26,711.28.

4.11 Encik Khalilullah mencadangkan agar penyata kewangan diterima dan cadangan
ini disokong oleh Encik Nazri.

5. PERANCANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN TINDAKAN
SELANJUTNYA AKTIVITI TAHUNAN PIBG
5.1 Guru Besar (Penasihat PIBG) menyatakan bahawa unit-unit di sekolah boleh
memohon sumbangan sebanyak RM 1000 untuk membaik pulih fasiliti.
5.2 YDP PIBG menyeru agar anggota PIBG khususnya Setiausaha PIBG agar
sentiasa peka akan penaiktarafan serta pelupusan barangan lama di
makmal, pewujudan Bilik Darjah Abad 21, penyediaan projektor LCD, palang
bar pada bilik-bilik khas untuk tujuan keselamatan dan lampu-lampu di Bilik
Darjah.
5.3 Guru Besar menekankan bahawa tindakan-tindakan ini perlu disegerakan
sebelum Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2020.

5.4 YDP menyeru Setiausaha PIBG untuk menjalankan bancian dalam sekolah
berkaitan fasiliti sekolah yang perlu dibaik pulih.

5.5 Encik Khalilullah memohon sumbangan untuk mengecat surau untuk
menampung peruntukan yang disediakan oleh Unit Pendidikan Agama Islam
SK Kopok.

5.6 Encik Khalilullah juga menyatakan bahawa Masjid Taman Cendana
bercadang untuk menukar karpet dan pihak sekolah boleh membuat surat
untuk memohon karpet sebelumnya yang masih baru untuk digunakan di SK
Kopok.

5.7 Guru besar memaklumkan bahawa pihak NGO Taman Cahaya Masai telah
menyumbangkan telekung dan sejadah kepada SK Kopok dan beberapa
sekolah yang lain.

5.8 Karnival Keusahawanan yang dijangka untuk diadakan sekitar bulan Oktober
selepas UPSR untuk meningkatkan dana persatuan dibincangkan dengan
kerjasama Panitia Sains dan Matematik SK Kopok.

5.9 PIBG meluluskan peruntukan hadiah galakan kepada murid yang cemerlang
dalam peperiksaan percubaan UPSR 2019. Hadiah galakan tersebut adalah
sebanyak RM 50 untuk murid yang mendapat 6A, RM 30 bagi yang
mendapat 5A, dan RM 20 bagi yang mendapat 4A.

5.10 Mesyuarat juga bersetuju untuk memberi saguhati galakan kepada murid 6E
yang menunjukkan peningkatan prestasi. Jika mereka tidak lagi mendapat
6E (contohnya lulus 1 subjek) murid berkenaan akan diberi RM 10.

5.11 Cadangan Pengerusi tentang penaiktarafan pondok dengan memasang
‘awning’ di bahagian hadapannya telah diproses. Pemasangan ‘awning’ ini
perlu kerana pondok jaga juga merupakan tempat strategik di mana pihak
sekolah menggunakan ruang tersebut untuk menunggu VIP untuk apa-apa
majlis sekolah selain ia boleh digunakan sebagai tempat berteduh. Guru
Besar telah melakukan persetujuan dengan pembuat ‘awning’ ke sekolah
untuk memulakan pembinaan.

5.12 Guru Besar mencadangkan tarikh Mesyuarat Agung tahunan PIBG 2020 dan
Hari Anugerah Cemerlang 2019 (MAT dan HAC) pada 8 Mac 2020 dan
menjemput YB Tuan Steven Chong.

5.13 YDP bersetuju untuk mengedar notis mesyuarat beserta borang usul secepat
mungkin.

5.14 YDP membenarkan peruntukan MAT dan HAC sebanyak RM 7000.
5.15 Guru Besar menyatakan bahawa tiada rombakan dan pelantikan baru AJK

pada Mesyuarat Agung Tahunan 2020.

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada YDP PIBG, Encik Mohamed Abass bin

Roban serta Setiausaha PIBG, Cik Nur Ayuni binti Mohd Khalid dan Bendahari

PIBG, Cik Nadirah Husna binti Nek Jid atas kejayaan pembukaan akaun PIBG di

Bank Rakyat.

6.2 Maklumat akaun Bank Rakyat adalah seperti berikut:

Nama Akaun : PIBG SEK KEB KOPOK

Nombor Akaun : 11-079-100209-6

6.3 NYDP En Norazman menyeru AJK Guru untuk sebut harga dengan beliau

berkaitan pembelian fasiliti sekolah.

UCAPAN PENANGGUHAN

a. Pengerusi berharap agar semua guru AJK PIBG dapat memberikan kerjasama
yang sepenuhnya dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh
berdedikasi.

b. Guru Besar berharap agar SK Kopok terus cemerlang dan dilindungi dari
pelbagai musibah.

c. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam.

Disediakan oleh:

URUS SETIA
Mesyuarat AJK PIBG SK Kopok Bil 3 (2019/2020)
Tarikh : 10 Februari 2020


Click to View FlipBook Version