MadamN
Speaker: Speaker:
Dato’ Dr. Haji Prof. Dr.
Mohd Fadzillah Kamsah Mohammad Ismail (DrMois)
Pakar Motivasi Pensyarah/Inspirator
NLP Practitioner
Madam N
MENGIMBAU KENANGAN,
MENGGENGGAM AZAM CINTA
HOST: MADAM N LECTURER, INSPIRATOR, HOTS MASTER TRAINER
MENGIMBAU KENANGAN,
MENGGENGAM AZAM CINTA
©Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang mana
mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa jua bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Intan Idiana Hassan, Dr.
TULIS EBOOK SEMUDAH 3
MENGIMBAU
KENANGAN,
MENGGENGGAM
AZAM CINTA
Prakata
Segala puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam kepada junjungan
mulia Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat baginda.
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan kehendaknya saya dapat
menyiapkan ‘Ebook Mengimbau Kenangan, Menggenggam Azam
Cinta’ mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
‘Mengimbau Kenangan, Menggenggam Azam Cinta’ ialah karya
santai daripada penulis buat mereka yang sedang mencari
keceriaan dan kebahagiaan dalam pengajian. Tiada pengkhususan
bagi mereka yang inginkan, hanya perlu tahu cara untuk
mendapatkan.
Tiada kata sempurna bagi mereka yang baru mencuba.
Diharapkan agar Ebook ini dapat memberi sedikit manfaat dan
pencerahan buat kita semua.
SELAMAT MEMBACA,
SEMOGA MEMBERI MANFAAT
Kata Pengantar
Tentang Penulis
Sepintas Lalu
5 bahagian yang sarat dengan pesanan dan inspirasi
merangkumi topik MENGIMBAU KENANGAN dan
TURNING POINT, kupasan tentang PERSEPSI dan
KESUCIAN NIAT, serta nilai dalam AZAM CINTA dan
ALLAH SUKA akan membuka minda pembaca
tentang kemanisan dalam setiap kebaikan yang
dilakukan.
Setiap episod emosi yang dilayari pasti membawa
satu kemanisan di hujung perjalanan. Setiap
pengalaman yang dijalani adalah berbeza namun di
hujungnya pasti ada kegembiraan.
ISI KANDUNGAN
PRAKATA 9
KATA PENGANTAR 13
TENTANG PENULIS 21
SEPINTAS LALU 27
29
01 MENGIMBAU KENANGAN 35
02 TURNING POINT
03 PERSEPSI
04 KESUCIAN NIAT
05 ALLAH SUKA
06 AZAM CINTA
DOA PEMBUKA 12 PINTU
Mengimbau
Kenangan
Madam N
Dato’ dan Dr. Mois tajuk kita hari ini, siri yang ke 33, ‘Mengimbau
Kenangan, Mengenggam Azam Cinta’ , kita hujung tahun dah dato’, ini
siri yang akhri lah Madam N dan Dr. Mois buat setiap hari sabtu jam
11:00 pagi untuk tahun 2021, so that’s why tajuk yang kami pilih dato’,
kita nak imbau lah segala kenangan-kenangan manis dan pahit yang kita
ada jugak di sepanjang tahun ini, of coursekan kita tahu semua, kita
sangat-sangat diuji dua tahun kebelakangan ini, dengan wabak Covid-
19 dan yang terkini kita diuji dengan ujian banjir, so nak ,mengenggam
jugak dengan azam cinta, macam mana kita nak melangkah dengan
penuh gagah, dengan penuh motivasi bersama dengan dato’, untuk dato’
tunjuk kami jalan-jalan supaya kita terus bangkit daripada segala apa
yang berlaku ini. Sebelum itu, dato’ dan juga Dr. mois, izinkan madam
untuk membaca sedikit ayat Al-quran, firman Allah dalam surah Al-Raj,
ayat 11 (Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri
mereka).
Jadi dato’, kita pergi pada dato’ dulu, Dr Mois ya, kita nak tengok tajuk
hari ini, dato’ tolong fahamkan kami macam mana dengan firman Allah,
Allah pesan pada kita, Allah tidak akan mengubah apa pun yang berlaku
pada kita, kalau kita tak bangun sendiri. Jadi dengan adanya, kita nak
refleksi segala apa yang berlaku tahun 2021, dengan tajuk kita hari ini
dato’, fahamkan kami macam mana kita nak mengimbau kenangan lalu,
untuk kita melangkah dengan penuh azam cinta dato’ , silakan dato’….
10
Dato’ Fadzilah Kamsah
Baik, Bismillah…. Assalammualaikum wbt, syukur, terima kasih Madam
N, terima kasih Dr. Mois, syukur ya, dan semua sahabat yang dapat
bersama dalam majlis ilmu, dalam raudhatul Jannah pada pagi ini,
mudah-mudahan Allah Rahmati kita semua, baik, soalan tu straight
forward ya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali
kaum itu mengubah nasib mereka sendiri dengan sumber-sumber yang
tersirat, dengan sumber-sumber yang sedia ada dalam diri kita, so
sebenarnya Allah berikan kita berbagai-bagai perfection, Allah berikan
kita dengan penuh kesempurnaan, walaupaun ada yang OKU, yang
orang kelainan upaya dan sebegainya, tapi kita sempurna, (ayat al-
quran – laqad qalaqnal insana fi ahsani taqwim) dan kita banyak
perfection, we are all equal but not the same, itu kadang-kadang yang
kita terlepas pandang, kita semua sama, Allah maha adil, tapi kita tak
serupa, kenapa tak serupa? Itulah, bagaimana kita menggembleng,
bagaiman kita mengeluarkan, menggunakan, menyerlahkan sumber-
sumber yang ada dalam diri kita, itu sebabnya, Allah berikan kita iman,
berikan kita akal, untuk kita gunakan dengan cara yang terbaik untuk
mengeluarkan bakat yang terpendam, so semua perfection kena
keluarkan satu-persatu, tapi kita kenal diri jugak, kenal di mana
kelemahan-kelemahan kita, sebab semua orang tahu, walaupun kita
diciptakan dengan sempurna, we are all work in progress, kita
tidak sempurna dalam tindak tanduk, dalam peribadi, dalam sahsiah,
cuma nabi SAW yang maksum, jadi kita tak sempurna, kita masih
kadang tu dalam pembangunan diri, we are all works in progress, jadi
kita kena terus perbaiki diri.
11
Dato’ Fadzilah Kamsah
Sampai nabi mengesahkan, orang yang berjaya, beruntung ialah orang
yang hari ini lebih baik daripada semalam. Jadi, we must keep on
changing, we must keep on improving, dan Allah takkan ubah, selagi kita
tak nak ubah sendiri, sebab Allah bagi kita peluang, sebab kita ada akal,
ada fikiran, ada emosi, ada intelek, ada iman, dan pelbagai-pelbagai
sumber yang Allah berikan as perfection. Jom kita keluarkan. Dan itu
satu perkara lah, dan ramai orang, inilah masalahnya ialah, kita kadang-
kadang tak kenal diri, sampai ulama’ pesan, (man arafa nafsahu, faqad
arafa rabbahu- barang siapa kenal akan dirinya, baru dia kenal akan
Allah). Jadi kita kenal diri kita, itu yang tok abah perhatikan, 40 tahun
buat kerja ni, lebih 40 tahun lah ya, buat kerja-kerja menginspirasi
manusia untuk mengenal diri dan keluarkan kehebatan, atasi
kelemahan, maju ke depan, dan berterusan berubah sampai mati. Itu
yang kita kena terus berubah, dan Allah bukan tak boleh, kun fayakun,
Allah tak hendak ubah. Terpulang pada kita ya, tepuk dada, tanya iman,
untuk kita maju ke depan, Insya-Allah.
Madam N
Alhamdulillah, terima kasih dato’, kenal diri, kenal
potensi untuk kita terus maju ke depan ya, Allah
takkan ubah, kita ubah diri kita sendiri, kita kenal
potensi, kita konfiden dengan potensi yang kita
ada, kita sebarkan manfaat, itu pesan dato’,
Insya-Allah.
12
Turning
Point
Madam N
Dr. Mois, kalau boleh dr, Mois, tolong, fahamkan kami juga macam yang
dato’ buat tadi, apa itu mengimbau kenangan, mengenggam azam cinta,
untuk kita terus melangkah ke tahun baharu, Insya-Allah. Silakan Dr.
Mois
Dr. Mois
Yang pertama adalah pada masa tu, dato’ mengajak semua yang hadir
pada hari tu, untuk tukar jam ni dari sebelah kiri ke sebelah kanan, dan
saya percaya sidang penonton, kawan2 kita ni dah banyak attend kursus
yang mintak tukar jam lah, sama jugak saya, saya dah banyak kali attend
kursus, tapi saya terdetik pada masa dato’ ajak tu, dia jadi macam satu
turning point, turning point dalam hidup ni, saya rasa macam why not,
why not kita buat pada masa tu, sebab dato’ kata, kalau kita tukar jam
sebelah kanan dan kita niat, kita tengok jam tu, untuk tengok waktu solat,
yang mana dapat pahala, Dan Alhamdulillah, setelah berpuluh tahun
saya pakai jam sebelah kiri dato’ dan sekarang ni dah masuk masuk
hampir 10 tahun, dan saya dah rasa selesa pakai jam tangan kanan. Itu
yang pertama, yang kedua ialah doa pembuka 12 pintu, yang tu dato’
ijazahkan kpd kami pada masa tu, dan dato’ cerita dato’ dapat doa tu
direct daripada allahyarham dato’ Baharuddin, dan dato’ pelapis kedua,
dan kami diijazahkan pada masa tu, dengan doa tu. Dan, Alhamdulillah
lah sampai sekarang saya istiqomah dengan doa tu, setiap kali solat,
saya amalkan doa tersebut.
14
Dr. Mois
Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak dato’ dan di setiap sesi saya,
dalam ceramah saya sama ada di mana-mana organisasi, saya kongsi
cerita yang sama, dan saya ijazahkan pula doa tu kepada orang lain. Dan
berbalik kepada soalan Madam N tadi, tentang, kita tengok tajuklah
mengimbau kenangan, mengenggam azam cinta, persoalan pertama,
kenapa kita perlu muhasabahlah, dan dato’ pernah cerita kita makhluk,
yang tidak sunyi daripada kesilapan, dan pesan Imam-ghazali, kita
adalah makhluk yang suka menyalahkan dari luar, dan kita tidak
menyedari bahawa, biasanya sesuatu itu datang daripada dalam, dan
insya-Allah kita cuba ubah diri, ubah peribadi, hidup akan lebih bererti,
jadi saya nak kongsi sedikitlah, firman Allah, SWT. dalam surah Al-Haj,
ayat 18 (Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah,
dengan mengerjakan seruannnya, dan meninggalkan larangannya, dan
hendaklah, tiap-tiap hari melihat dan memperhatikan apa yang telah
disediakan dari amaran-amarannya untuk hari esok, iaitu hari kahirat,
dan bertakwalah kepada Allah, sesunguhnya Allah amat meliputi
pengetahuannya akan semua yang kamu kerjakan, dan jadi, Allah
ingatkan kita disini, kalau boleh setiap harilah kita munasabah, agar
setiap apa yang kita buat tu, kita dapat dunia dan akhirat, dan kalau
setiap kali kita muhasabah diri, insya-Allah lah, bagi saya lah, dalam
bahasa mudahnya pannggil relfksi, refleksi diri, tengok apa yang kita
telah lakukan kesalahan, dan insya-Allah kita perbaiki, untuk kita
melangkah lebih jauh. Saya rasa itulah respon saya, untuk soalan
madam yang pertama.
15
Madam N
Terima kasih Dr. Mois, itu dato’ doa pembuka 12 pintu, amalan kami
sekeluarga insya-Allah, banyak miraclenya dato’ telah kami amalkan,
terima kasih sangat dato’. Dato’, kalau boleh kita nak dato’ bagi satu
turning point, sebab kita nak tengok dato’, harini macam mana kita nak
terus berada dalam jemaah fastabiqul qairat itu dato’, dengan kita nak
imbau kenangan lepas, dalam musim kita banyak diuji towards the end
of the year ini dato’, dan juga kita nak bangkit, bukan senang dato’ ya,
bila kita hidup seperti roda, sekarang ni ramai daripada kita yang berada
di bawah, Madam N dan Dr. Mois alhamdulillah, dua hari lepas, kami ke
sekitar lembah klang yang tempat-tempat yang diuji dan kami, we went
there to feel their feelings dato’, sebab kalau kita tengok kat tv ja, kita tak
rasa feeling tu, dan kami berdua mengambil inisiatif bersama dengan
puan yati zul, pegawai penama radio, untuk kita menyantuni sahabat-
sahabat, air mata yang mengalir dato’, jadi speechless, kami faham
daripada air mata itu, peluk macam kenal, tapi jaga SOP jugak, macam
itu dato’, boleh tak, dato’ bagi kami untuk bangkit balik, tak mau berada
lama-lama di bawah, untuk kita terus genggam azam cinta untuk hidup
yang lebih baik. Silakan dato’.
Dato’ Fadzilah Kamsah
Terima kasih madam N, ini satu yang sangat kritikal lah ya, sebab
sebenarnya dalam diri kita ni Allah dah berikan satu solusi yang sangat
mustajab, yang sangat luar biasa, contohnya, nabi sebut, (sebaik baik
manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang
lain), kadang-kadang kita tertanya, aku ni down, aku ni dalam keadaan
sengsara, macam mana aku nak bagi bantuan kepada orang lain.
Jangan, jangan fikir seperti itu, sebab kita semua ni, walaupun dalam
sesusah manapun, kita masih ada ruang dan peluang untuk membantu
orang lain, dan Allah akan bantu hambanya selama hambanya
membantu saudaranya, itu satu perkara, yang kita sebut (fastabiqul
qairat) qairat tu punya prinsip, we can still help others despite what we
are, where we are, ataupun dengan limited resources yang kita ada, kita
masih boleh berbakti, tu satu, paling kurang dengan doa , yang
keduanya, kita kena ingat, bahawa setiap kejadian Allah berikan kepada
kita ni, tanda sayang Allah kepada kita, itu aiii boleh la kamu tak kena,
boleh cakap macamtu, cuba kamu kena, rumah kamu tenggelam, kamu
kematian keluarga, yelah, mangsa banjir, mangsa covid, kena
kebakaran, so cakap senanglah, berapa berat mata memandang, berat
lagi bahu yang memikul, betul, tapi hakikat soheh bahawa nabi
bersabda, mafhumnya, Allah bila kasih akan hambanya, hambanya akan
diuji, so ujian Allah tanda Allah sayang, guarantee betul, u take it
otherwise or whatever, but still the fact remain, itulah hakikat, satu,
Dato’ Fadzilah Kamsah
keduanya, saya baru tengok balik kisah, Ebby Yus, yang ceritakan
rumahnya dah 90% siap, 4 tahun dengan modal sikit2, dalam sekelip
mata habis, 90%, saya sedih sangat tapi saya yakin, mafhum nabi, Allah
takkan ambil sesuatu melainkan menggantikannya dengan yang lebih
baik, so guarantee betul, tu tapi dengan syarat Ebby Yus atau siapa-siapa
pun, orang-orang yang kehilangan kenderaan, kehilangan keluarga,
kehilangan rumah, kehilangan apa pun, so ingat, Allah takkan ambil
sesuatu daripada hambanya, kecuali digantikan, dengan lebih baik,
dengan syarat, kita pun berubah. sebab, itu yang tok abah selalu ingat
pesan professor tok abah, tahun 84, Muhammad Fadhilah, your current
problem is because of the current you, ini orang yahudi, 84, semester
terakhir, buat PHD dalam bidang psikologi keorganisasian, so tok abah
pun bertanya, so what are we supposed to do prof, jadi dia kata, masalah
kamu sekarang sebab hati kamu yang sekarang, sikap kamu yang
sekarang, amalan kamu yang sekarang, tindak tanduk kamu yang
sekarang, hubungan kamu yang sekarang, mungkin kita maksudkan,
doa-doa kita yang sekarang, jadi untuk selesaikan semua masalah, jadi
orang baru, itu sebabnya bila kita nak mengimbau kenangan lama, untuk
apa, untuk jadi orang baru, untuk move on, benar sabda nabi tadi,
mafhumnya, orang yang berjaya, beruntung orang yang hari ini lebih baik
dari hari semalam. Hari ini lebih baik dari semalam, mencerminkan
orang baru,
18
Dato’ Fadzilah Kamsah
Jom kita barukan hati kita, jadi siapa-siapa yang menerima musibah,
musibah tanda sayang Allah, musibah adalah anugerah dengan syarat
kita berfikir dengan cara yang bukan sahaja rasional, tapi berdasarkan
kepada iman dan ingat, tadi Madam N sebut, hidup kita penuh miracle,
hidup kita penuh magik, penuh keajaiban, cuma kita tak perasan, maka
kita kena hidupkan, keluarkan magik yang ada pada diri kita ini, contoh
tadilah, Allah bertindak seperti sangkaan hambanya. cuba kita
bersangka positif, macam tadi, bila dr mois kata, bila dia mula tukar jam
dari kiri ke kanan, dengan niat, ikut sunnah, sepanjang saat pakai jam
dapat pahala, disampaikan lagi pada orang lain, dapat lagi, pencen kubur,
sampai ke akhirat dia punya pahala tu, dan doa pembuka 12 pintu akan
buka semua pintu kehebatan, dan kita tak nampak, tapi Allah buka sebab
( ud'uni astajib lakum), kau mintak aku perkenan. Itu sebabnya, walaupun
kitba diuji dengan berbagai-bagai, betulkan balik kita punya asas, kita
punya founcation kena betul, iaitu Allah uji kita sebab sayang, dan kena
ingat, walaubagaimanapun, ( "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha" ),
Allah uji kita setakat kemampuan, Allah is never cruel, Allah tak pernah
menzalimi hambanya.Jangan berdangka buruk pada Allah. Jangan,
sebab Allah yang beri, Allah ambil balik, jangan bersangka buruk. Apa
yang ada dekat kita semua pinjaman, pemberian Allah, so please ya, kena
ingat asas tu, jadi kalau kita nak berubah ke apa ka, nak moving forward,
kita ingat balik asas, aku kena betulkan diri aku, hati aku, hati bersih, tarik
akan jadi magnet. Tarik sayang, tarik cinta, tarik hidayah Allah, tarik
rezeki, tarik segala kebaikan. Hati kotor, tarik dakyah syaitan, tarik
bencana, tarik bala, tarik musibah. (Wama asabakum min museebatin
fabima kasabat aydeekum wayaAAfoo AAan katheerin ).
Dato’ Fadzilah Kamsah
Mintak ampun maaf ya, bukannya nak menghina siapa-siapa, tok abah
pun dari masa ke semasa diuji oleh Allah. Allah bila bagi musibah
kepada hambanya, disebabkan oleh kesilapan kita yang lepas. Itu ayat
quran. Jangan kita argue, kita tidak sempurna, kita tidak maksum, kita
semua work in progress sampai mati. Jadi, bila asasnya betul, maka kita
akan berada pada landasan yang betul. Allah akan berikan satu-satu
solusinya dengan sayarat hati kita kena betulkan. Itu sebabnya, ni
penutup kepada soalan ni, Hassan Al-Basri memberikan satu formula
yang sangat cantik untuk menggenggam harapan, menggengam cinta,
maju ke depan dengan apa pun masalah yang kau hadapi. Untuk anak
murid, kau jangan lupa untuk bertaubat, solat taubat tiap2 malam,
istighfar banyak2, tok abah tambah memaafkan semua orang. Sebab
memaafkan semua orang setiap malam seblum tidur adalah salah satu
sifat penghuni syurga. Jadi bila kita bertaubat, Allah akan bersihkan hati
kita, bila seketul daging bersih, dia akan attract all the good things, tarik
cinta, tarik sayang, tarik solusi, tarik inspirasi, kehebatan dari Allah akan
datang, Insya-Allah. Ini termaktub dalam surah An-nur, ayat 10,
menceritakan kalaulah Allah bukan maha pengasih,maha penyanyang,
maha melihat, maha mengetahui, maha penerima taubat, kalau Allah tak
terima taubat kita, maka Allah akan timpakan kita dengan kesulitan demi
kesulitan. Therefore, we go back kepada solusi kepada segala cabaran.
Solat taubat setiap malam, istighfar 100 kali, maafkan semua orang dan
mohon pasti ada jalan. Pasti ada harapan untuk yang berdoa, pasti ada
jalan untuk yang berusaha. Moving forward. Insya-Allah.
20
Persepsi
Madam N
Dato’, terima kasih, dok dengar dato’ cakap sampai speechless. Itulah
pesan dato’ kepada kita, kita perlu moving forward dengan balik semula
kepada agama kita. Solat taubat kita kena buat setiap malam, insya-
Allah, kita cuba untuk istiqamah sama-sama. Terima kasih dato’. Kita
balik kepada Dr. mois, kalau kita tengok dengan tajuk kita kali ini, kita
nak tengok macam mana kita nak sematkan dalam diri, sebab madam
N selalu lah kan dengan quotation, kita selalu, kita dah membesar
dengan quotation ni, iaitu, if you fail to plan, you plan to fail. Itu dr Mois,
Kita nak tengok macam mana kalau kita ni tak rancang awal-awal hidup
kita, memang kita merancang untuk gagal. Dan Allah juga berfirman,
(wamakaru wamakarullah, wallahukhairun makirin). We plan, and Allah
also plan, but Allah is the best planner. Rancangan Allah yang terbaik.
Jadi kita nak, tengok firman Allah dalam Al-Quran, Surah Ali-Imran tadi
ayat yang ke 54. Allah pesan kepada kita untuk merancang. Apa yang
kita nak buat sepanjang tahu, tapi apa-apa pun berlaku setalah kita
membuat perancangan yang rapi, datangnya rancangan Allah, dan itulah
yang terbaik, itulah hikmah yang kita nak ambil dari segala ujian itu Dr
Mois. Jadi kalau boleh, Dr Mois tolong share dengan kita macam mana
vision yang kita kena aturkan, kita nak ajar anak-anak kita, generasi kita
yang muda, macam mana vision untuk kita tulis ni sangat penting untuk
kita genggam azam cinta ini, bukan sahaja, cinta sesama manusia
(habluminannas). Tapi yang utamanya Habluminallah. Silakan Dr mois.
22
Dr. Mois
Ok terima kasih madam N, saya sebenarnya, banyak dah catit yang dato’
sebut tadilah, ok saya nak sambung sikit yang dato’ sebut tadi tentang
ujian lah, kita ni memang selalu diuji sebagai manusia, dan sikap kita lah,
sikap kebanyakan kita ni lebih kepada perception dan kita selalu
bersangka buruk kepada orang lain, sebab tu kita kena husnudzon.
Daripada kita duduk sibuk cari kesalahan orang lain, dan kita duk sibuk
cari macam mana nak betulkan orang lain, kita betulkan diri sendiri dulu,
dan sebab tu saya ambil langkah proaktif dato’, kita mulakan dengan 3
M , kita mulakan dengan diri sendiri, kita mulakan harini, kita mulakan
dengan yang simple, dato’ sebut tadi, nak tidur malam ni, kita maafkan
orang lain. Mulakan dengan benda yang simple dulu. Dan Insya-Allah,
bila kita ubah diri kita, aura tu akan terpercik untuk kita sebarkan
kebaikan kepada orang lain. Dan berbalik kepada soalan Madam N
tentang vision. Dan sekarang ni disebut vision board dan sebagainya.
Dia lebih kepada doa, dream dan sebagainya. Dan salah satu doa, yang
ketiga, saya nak share tadi, saya sebut fasal jam dan juga doa pembuka
12 pintu, dan ada lagi satu doa yang saya nak share pada masa 2012, 9
tahun lalu, masa saya duk observe dato’ cakap atas stage tu, saya kata,
satu hari nanti, insya-Allah, saya berdoa kepada Allah pada masa tu, agar
saya dapat berada sepentas bersama dengan dato. Pada masa tu,
memang agak tak logik lah. Impossible lah saya nak bersama dengan
Dato’ Fadzilah Kamsah. Tapi bila Allah datangkan pandemik, dan kita
berada secara online, walaupun secara visual, sekarang ni kita berada
dalam satu pentas sebenarnya. Itu satu kehormatan lah bagi kami. Dan
itu, hikmahnya, yang kita sebut vision tadi, dan kita sertakan dengan doa.
Yang di barat, mungkin disebut sekadar vision kot. Kalau kita, kita
sertakan dengan doa. Itu doa saya pada masa tu dato’.
23
Dr. Mois
Dan kenapa kita perlu ada vision, kenapa kita perlu berdoa. Satu yang
pertama, adalah supaya kita fokus, kita fokus kepada matlamat. Saya
nak bersama Dato’, mungkin Allah, makbulkan dalam masa cepat,
mungkin lambat. Tapi, Alhamdulillah, dalam keadaan kita masih sihat, 9
tahun yang lalu berjumpa, dan kalini kita dapat bersama dalam satu
pentas, platform yang kami create sendiri, Madam N. Yang kedua
adalah, kita nak melangkah lebih jauh, kita kena ada satu vision, supaya
kita tak down lama sangat lah. Untuk makluman dato’, bila bercakap
soal banjir ni, saya membesar dalam air lah dato’. Kampung saya, tepi
sungai, bulan 12, setiap tahun, mesti banjir. Di kawasan Kampung Bukit
Bidang, Selising, Pasir Putih, Kelantan. Yang keduanya, kami sekaluarga
diuji bila first time kami sampai di Perlis, pada tahun 2006. Lepas
seminggu kami masukkan barang dari lori ke dalam rumah, rumah kami
ditenggelami air, habis barang semua tenggelam. Jadi, kalau cerita
pasal banjir ni, memang kami cukup merasailah bagaimana kesusahan,
especially mereka yang ditimpa musibah sekarang ni lah. Sebab tu kita
perlu ada vision, kita perlu ada doa lah, supaya untuk kita tahu apa yang
kita nak capai dalam hidup. Bila kita nak buat vision ni, dia mesti ada
element smart lah, dia kena ada specific measurable achievable realistic
dan timebound lah. Sebagai contoh, katalah kita nak buat haji tahun
depan, so kita boleh tulis dekat mana-mana whiteboard ka, pada tahun
2022, saya menyaksikan saya berpimpin tangan dengan isteri
mengelilingi kaabah, dia ada elemen specific, measurable, menunaikan
haji di mekah, mengalir air mata tanda syukur. Jadi itu, salah satu kami
punya vision lah dato’.
Dr. Mois
Dah banyak kali tertangguh untuk menunaikan haji ni, ada pkp dan
macam-macam, so kami doakan tahun depan insya-Allah, mudah-
mudahan berkat doa dato’ dan juga semua kami dapat tunaikan haji
pada tahun hadapan. Dan yang tu antara beberapa untuk menjawab
soalan Madam N, mengapa kita perlu ada vision dalam hidup ni, perlu
ada apa yang kita nak capai dalam hidup kita, mesti tulis, mesti doa dan
mesti visualize kan. Kita dah imagine , dan pada masa tu (2012), saya
dah imagine, saya bersama dengan dato’ mengendalikan satu program,
pada masa tu lah. Jadi Alhamdulillah, Allah tunaikan hasrat saya dalam
keadaan macam ni pun, saya sudah sangat bersyukur. Itu saja Madam
N, untuk saya respon pada soalan yang kedua tadi.
Madam N
Alhamdulillah, terima kasih Dr. Mois, sahabat semua jom kita amalkan
cara menulis vision dengan jelas, dengan menggunakan elemen smart
yang Dr. Mois cadangkan tadi, supaya apa yang kita ingin capai dengan
penuh cinta dan kita sebarkan bahagia itu, dapat nampak dengan jelas
sebab kita boleh baca apa yang kita tulis melalui doa .
25
Satu hati lebih mahal dari
pada senyuman. Satu jiwa
lebih berharga dari pada
sebentuk cincin.
-Buya Hamka
Kesucian
Niat
Madam N
Soalan daripada yati zul, terima kasih, soalan saya untuk ahli panel,
untuk dato’ ya, disaat negara dilanda musibah banjir, saya nak sentuh,
masing-masing turun padang hulur bantuan, dipost di media sosial kata
menunjuk dan tak post kata buat diam tak buat kerja, apa pandangan
dato’? Silakan dato’, serba tak kena lah dato’, tunjuk tak boleh, tak tunjuk
tak buat.
Dato’ Fadzilah Kamsah
Tapi itu sebabnya, bila Ibrahim Adham memberi nasihat kepada anak
muridnya sebelum berpisah, anak muridku, buatlah apa yang Allah suka,
walaupun semua orang benci. Jangan buat apa yang semua orang suka
tapi Allah benci. Itu satu. Innamaaqmalubinniat, tengok niat, kalau niat
kita buat post tu untuk memberi galakan, untuk memberi kesedaran,
untuk sebagai motivasi dan inspirasi kepada orang lain. Why not?. Ok,
tapi niat balik, tapi of course kita dengar lagu lama “tangan kanan
memberi, sorokkan tangan kiri”. Itu lagu tahun 70-an. Tapi nasihat yang
cantik. Itu sebenarnya, based on hadith ya. Still okay, ni issue ni telah
dibicarakan oleh ramai ulama’. Ulama’ kata memang afdhalnya kita
sembunyikan kebaikan. Untuk takut riak, takut takabbur. Tetapi kalau
niat kita untuk memberikan motivasi, inspirasi, contoh teladan, galakan.
Why not ? Paling mudah, tengok niat. Apa orang lain kata doesnt matter.
Ingat, Ibrahim Adham kata buat apa yang Allah suka, walaupun semua
orang benci, so I’m not worry. Balik kepada niatlah. Itu satu perkara yang
kadang-kadang kita terlepas pandang. Wallahualam.
28
Allah
Suka
29
Madam N
Terima kasih dato’. Jadi shabat semua, kita teruskanlah berbuat baik.
Nak tunjuk kat social media, kita niatkan untuk memberi inspirasi
supaya lebih ramai yang terpanggil ya. Dan Madam N dan Dr. Mois juga
ada bersama dengan sahabat daripada tempat kerja, contohnya, tabung
family kami Yaakub Hasnah care, kami createkan dan juga persatuan
pandu puteri negeri terengganu. Kami kumpulkan dana tersebut dan beri
bantuan sekitar lembah klang. Makannanya kita pos dekat social media
supaya ramai tahu yang ada saluran yang Madam N dan Dr. Mois buat
supaya lebih ramai dapat membantu. Kita niat macam tu Dato’ ya. Buat
apa yang Allah suka, Insya-Allah.
Dato’ tajuk kita hari ini, kita dah nak ke penghujung tahun dato; ya. Kita
nak kalau boleh dato’ bagi kita lagi ole-ole atau key take away supaya
kita dapat genggam azam cinta yang madam N sebutkan tadi. Dan kita
dah imbau dah kenangan lepas, kita nak genggam azam cinta. Tapi
seblum itu, Madam N nampak ada satu soalan daripada sahabat kita
dekat sini, “Bagaimana nak berubah dari hidup yang sebelum ni mungkin
kurang baik kepada yang lebih baik”. Silakan dato’.
30
Dato’ Fadzilah Kamsah
Kita wajib berubah. Sebab tulah, orang yang hari ini sama macam
semalam. Sabda nabi mafhumnya, orang yang terpedaya, tertipu. Orang
yang regress. Orang lain berubah kita tak berubah. Tu sebabnya kata
sorang ulama, tok abah pegang sampai mati lah ya. Dia kata apa, elak
bandingkan diri awak dengan orang lain. Kalaukita bandingkan diri kita
dengan orang lain, kita akan jadi sombong ataupun rasa rendah diri.
Contohnya, kenapa aku tak sehensem Dr. Mois. Jadi kita menghina diri
kita. Menghina diri tu berdosa. Ataupun aku dah umur 70 tapi lebih
hensem dari Dr. Mois. Sombong, jangan bandingkan diri kita dengan
orang lain. Tetapi yang penting ialah, bandingkan diri kita hari ini dengan
hari kita yang semalam dan make sure, our today is better than
yesterday. Itu satu hakikat yang kita kena ingat. Itu sebabnya, bila orang
tanya, macam mana nak berubah dan bila kita nak berubah, balik kepada
basic tadi. Seketul daging kalau bersih, satu badan akan jadi hebat. Jadi
betulkan hati dulu, betulkan secara holistik. Betulkan hati, betulkan
kepala, betulkan tindak tanduk, betulkan hubungan, betulkan ibadah.
Dan insya-Allah, jadikan budaya. Itu sebabnya, Tok abah sebut tadi,
betulkan hati dengan ulang, ulang ya jangan marah, solat taubat tiap-tiap
malam. Ada magik dalam solat taubat, sebab tidur tu ibarat mati. Itu
sebabnya kita babgun tidur, segala puji bagi Allah yang menghidupkan
kami, setelah mematikan kami. Masa bila kita mati? tidur itu ibarat mati.
Kalau semua orang di Malaysia faham, tidur itu ibarat mati, semua orang
akan solat taubat tiap-tiap malam sebab aku nak mati pukul 10,11, 12.
Aku nak mati ni, takkan la sombongnya tak nak solat taubat. Come on
guys, So kita solat taubat dua rakaat. Nabi berpesan, aku bertaubat 100
kali sehari. Nabi yang maksum taubat 100 kali dengan istighfar. Kita?
Minimum 1100 kali kita istighfar. Insya-Allah ya. Lepastu, kita maafkan
orang, Allah ampunkan kita. Kita maafkan orang, kita rawat diri kita. Kita
maaflkan orang, Allah jadikan orang maafkan kita.
31
Dato’ Fadzilah Kamsah
Tok abah sebut tadi kan, salah satu sifat penghuni syurga ialah
memaafkan semua orang. Ada hujahnya, boleh google, so ada dia punya
cerita dan hujah. Kita kena sedar hakikat yang asas, so betulkan seketul
daging itu, dan kita selalu dapat maklumat viral, siapa memperbaiki
solatnya, sia memperbaiki keseluruhan hidupnya because (assholatu
'imaduddin). So, solat lima waktu segerakan, solat qobliah baqdiah
jangan tinggal. Solat tahajud banyakkan, solat dhuha kalau boleh jangan
tinggal, kita dah tahu apa fadhilat solat dhuha. So, solat saja kalau kita
fokus, hidup kita akan berubah. Sebab dia membetulkan hati, dia
membetulkan fikir. Kata Johny amerling, 50 ribu kali kita berfikir tiap-tiap
hari. Bagaimana beliau membuat kajian tok abah tak pasti. Tapi dia kata
50 thousand time. Itu tak apa, the problem is 80 percent of our thoughts
are in the negative mood. 80 peratus kita berfikir secara suudzon. Jadi,
Allah bertindak seperti sangkaan hambanya, jadi macam mana nak maju
ke hadapan, macam mana nak mengenggam cinta sejati hakiki di masa
hadapan jika kita masih bersangka buruk kepada diri kepada orang,
kepada persekitaran. Itu sebab tok abah buat satu kata-kata mutiara
sendiri, kalau kita rasa damai dalam diri, Allah akan jadikan semua
persekitaran atau dunia berdamai dengan diri kita. Ini based on hakikat
yang guru-guru kita ajar, bila kita solat taubat, kita istighfar, sedekah
subuh, kita baca quran, kita bersihkan diri kita. Sampaikan kata
Allahyarham Ustaz Harun Din, If your heart is so noble, u dah bersihkan
diri, even a cobra wont bite you. Allah temukan kitapun pasangan yang
kita tak lengkap, isteri kita tak sempurna, kita tak sempurna. Tapi bila
Allah temukan, untuk menyempurnkana rumah tangga, untuk
mengimbangi rumah tangga, untuk melengkapkan rumah tangga.
Cantiknya Allah. Itu sebabnya kenali diri, kita akan kenal kehebatan Allah.
Tok abah suka kata-kata Bruce Lee, tiap tiap hari aku bertarung dengan
diri aku untuk berubah, untuk maju ke hadapan. Dia bercakap dengan
sifunya, I fight with myself everyday to improve. Jadi, itu sebabnya tok
abah suka, kata-kata ulama’ tadi. Jangan bandingkan diri awak dengan
orang lain.
32
Dato’ Fadzilah Kamsah
Bandingkan diri awak harini dengan yang semalam. Dan tok abah suka
kata-kata Jalaluddin al rumi yang semua orang biasa dengar. Semalam
aku orang pandai, aku nak merubah dunia, harini aku orang bijaksana,
aku nak ubah diri aku dulu. Jadi soalan tadi, bagaimana kita nak
berubah, so betulkan hati, betulkan kepala, husnudzon, husnudzon, aku
boleh insya-Allah. () َفإِذَا َع َز ۡم َتَ فَتَ َو َّك ۡلَ َع َلى ٱَ َّل َِۚل. Pasang azam, betulkan
niat, bertindak sebaik mungkin, bertawakkal kepada Allah. Jadi You will
improve. Dan of course, jangan lupa, kita balik kepada Allah, ibadah
pertingkatkan dan fokus kepada solat, solat, solat. Dan of course kita
perbaiki hubungan kita dengan manusia juga, bantu orang, bantu orang,
bantu orang. Kita akan on the right track untuk mempamerkan kasih
sayang yang hakiki. Tidak beriman seseorang manusia kecuali dia
mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya atau lebih dari
dirinya. Jadi itu tanda Allah dan rasulnya, menyuruh kita menggenggam
cinta untuk manusia, tanda cinta pada Allah dan kita move forward. Baik,
kena cari geng, bak kata Dr. Mois betul, kita buat perancangan dengan
Smart, kita kena ada geng, kita kena ada vision. Sebab ikut kajian
psikologi, your clear vision is 10 time more powerful than writing your
intention or your plan on paper. Bila kita dapat membayangkan, sebab
otak berfungsi dalam bentuk gambar, dan gambar yang jelas itu akan
jadi pendorong yang terkuat dalam hidup kita. Bila kita dapat
membayangkan dalam kepala, 10 kali ganda lebih powerful daripada
kita tulis atas kertas. Jadi ini yang ramai orang terlepas pandang. Benar
kata nabi tadi menyokong, Allah bertindak seperti sangkaan hambanya.
Sangkaan means what we vision, what the visionary that we have in our
mind become a very powerful doa. Jadi, last untuk kita maju ke depan
dan menggenggam cinta dengan sebaiknya. Bukan saja tahun depan,
sampai meninggal dunia. Tolong ya, bersihkan kepala kita, bersihkan
hati. Sebab hati mengawal fikiran. Fikiran mengawal tindak
tanduk. Apabila kita betulkan seketul daging. Solat taubat, istighfar,
maafkan orang, baca quran, sedekah subuh, membantu, membantu,
membantu, kita clean our heart, everything fall into place, dan kena ingat,
satu habit terbentuk dalam 40 hari, Insya-Allah. So maju ke depan terus,
mudah-mudahan, kita akan Allah rahmati.
33
Satu hati lebih mahal dari
pada senyuman. Satu jiwa
lebih berharga dari pada
sebentuk cincin.
-Buya Hamka
AzCaimnta
Madam N
Terima kasih Dato’. Dr Mois bagilah kita key take
away sikit. Kita dah nak ke penghujung ni,
macam mana kita nak genggam azam cinta dan
kita reflect semua yang berlaku tahun 2021, kita
nak melangkah ke tahun 2022 dengan penuh
rasa cinta, penuh kesyukuran. Insya-Allah
Dr. Mois
Terima kasih Madam N. Saya seronok dengar dato’ punya cerita. Kata
Buya Hamka dato’, kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada
berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga
layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di
tengah samudera yang luas, tidak akan tercapai olehnya tanah tepi. So,
dalam hidup ni mudah ja, kita kena ada matlamat dan tujuan hidup. Dan
kita kena tahu apa tujuan hidup kita. Dia tak boleh jadi macam lagu la
dato’. Dato’ nyanyi tadi lagu orang jawa tadi, Aiman tino. Ada satu lagu
orang muda ni dato’, dia kata, terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi
hantu, ataupun jadi buaya. So yang pertama, kita kena back to basic
macam dato’ kata tadi. Apa tujuan kita hidup. Dan dalam kita bercakap
soal ujian dan kesedihan, janganlah kita diratapi setitis kesedihan, atau
ujian, hingga kita lupa jutaan nikmat yang Allah telah berikan kepada
kita. Kadang-kadang kita ni, dok ingta yang susah sekali tu ja, of course
lah kita kata, macam dato’ kata lah, cakap senanglah, sebab kita tak
rasai, tapi dalam hidup itulah, kita lupa yang walaupun kita demam satu
hari, yang Allah bagi sihat tu, sepanjang tahun.
36
Dr. Mois
Allah bagi sihat kepada kita, satu hari ja Allah bagi demam, kita dah mula
lupa semua nikmat yang Allah berikan. Saya nak kongsi sikit lagi pesan
Imam Ghazali, dia kata, untuk kesihatan yang baik, kendalikanlah
makananmu, untuk jiwa yang baik, kendalikanlah dosa-dosa mu, dan
untuk keimanan yang baik, kirimkanlah, selawat kepada Nabi
Muhammad S.A.W. Dan saya teringatlah kata-kata seorang motivator
dari Amerika ni dia kata, everyone thinks of changing the world, but no
one thinks of changing himself. KIta dok sibuk dok nak buat perbuahan
dunia, nak ubah orang lain, hingga kita lupa kita nak ubah diri kita dulu.
Dan saya nak bagi key take away ni dalam menggunakan nama sayalah
dato’, M.O.I.S. M stand for minset. Itu yang perlu kita ubah. Macam dato’
cakap tadi, tentang Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Jadi
kita perlu ubah mindset kita. Tadi pun ada soalan ya, bila orang bagi
derma, kata macam-macam pulak kan, tak bagi salah pulak. Kita kena
betulkan mindset kita dulu. Yang kedua, O, adalah objektif. Fokus apa
yang kita nak capai dalam hidup. Of course, tujuan kita adalah untuk
menuju alam akhirat. Kita kena tanam ladang pahala yang banyak
supaya kita dapat tuai di alam syurga nanti. Yang ketiga, Inspirasi. Baju
pun dah pakai inspire people dato’. Itu tagline saya. Bagi saya, inspirasi
tu, orang macam dato’ especially, kena teruskan sampai ke akhir hayat.
Kita tak tahu, dalam ramai-ramai yang mendengar ni akan ada orang
yang terdetik untuk berubah. Bukti yang terbaik berlaku pada saya, pada
tahun 2012, bila saya pergi ke sesi dato’, terdetik hati saya untuk
berubah, melakukan dua benda, jam tadi dengan doa pembuka 12 pintu.
Dan S, yang terkahir, MOIS adalah, Spiritual. Dato’ sebut tadi, jangan
tidur, sebelum kita buat solat taubat. Ataupun yang kami amalkan baca
surah Al-Mulk dan juga solat sunat witir. Jadi spiritual tu penting. Sebagi
seoarng muslim, kita kena banyak berdoa, pagi amalkan solat dhuha di
ofis. Tak dapat buat 4, buat 2 pun jadilah, supaya keseluruhan warga
organisasi kita pun buat benda yang sama. Mudah-mudahan, dengan
sedikit perkongsian ni, daripada anak murid dato’ ni, mudah-mudahan,
dapat memberi manfaat kepada semua. Wallahualam.
37
Madam N
Terima kasih Dr Mois, kerana share dengan kita tadi, M.O.I.S. Kita ada
lagi satu soalan daripada Rozailin Hj Abdul Rahman, terima kasih,
Assalamualaikum dato', salah ke kalau ada kalanya saya rasa penat,
saya rasa down, saya rasa sudah sudah lah, saya rasa benci. saya stuju
bahawa kita perlu fikir positif supaya kita terus maju ke depan. tapi salah
ke kalau ada rasa negative sekali sekala menyinggah? Macam mana
dato’? Sekali sekala ja, bukan all the time. Silakan dato’.
Dato’ Fadzilah Kamsah
So itu betulla, sebab kita ni manusia biasa, Orang putih kata, orang
kampung saya pun cakap lebih kurang sama, Sometimes you let your hair
down once a while. Itu satu kata orang putih, tapi kita orang beriman, kita
kena yakin, bahawa kita tak ada ruang peluang untuk down sebenarnya,
sebab kita tak tahu bilaa kita akan meninggal dunia. Itu sebabnya, Umar
Al-Khattab berpesan, buat baik macam nak mati esok, dan kerja buat
macam nak hidup selama-lamanya. So takde, ruang untuk kita negative
sebenarnya. Kata Johny Amerling betul, 80% pemikiran kita dalam
bentuk yang negative. Jadi kalau kita tak kawal, maka kita akan down
dan sebagainya. Tapi kita manusia, memanglah, kalau ada kematian
dalam keluarga kita sedih. Itu bukan down namanya, itu natural emotion.
Dato’ Fadzilah Kamsah
Nabi S.A.W. pun menangis bila putera baginda meninggal dunia. Itu
normal, itu satu perkara biasa. Tapi, terus bangkit semula. Bila kahdijah
meninggal nabi sedih. Pakciknya meninggal pun Nabi sedih, sampai
Allah pujuk dengan bawak israk mikraj ke langit untuk menggembirakan
Rasul S.A.W. Memang kita sedih, but, orang hebat ujiannya berat. Orang
macam kita ni, orang biasa-biasa, ujian kita tak berat mana. Bak kata
seorang ulama’, ini power, dia kata apa, ombak tak besar mana, perahu
kita yang kecil. Ujian Allah tak besar mana, iman kita tipis, ilmu kita
dangkal, usaha kita yang tidak istiqamah. Now, bukan mintak untuk
diringankan beban, tapi dikuatkan iman, dikuatkan usaha, dikuatkan
azam. Kita bukan mintak ombak kecil, tapi kita mintak Allah berikan kami
kapal yang lebih besar. Kalau kapal kita besar, ombak sepuluh kaki pun,
10 meter pun no problem. Bukan ombak yang besar, perahu kita yang
kecil Jadi kita fahamtu, so kita betulkan diri kita, tu sebabnya tok abah
bagi hint tadi (La yukallifullahu nafsan illa wus'aha). Allah tak uji kita
melampaui batas. Dan ingat, setan tak pernah amik mc, itu salah satu
tajuk buku tok abah. Ingat, setan tak pernah amik mc, jadi setan yang
kacau, pada buku yang tok abah sedang nak baca ni, ialah bisikan
syaitan. Orang hebat diuji, mufti diuji, imam diuji, pemimpin diuji. Masa
ambil wudhuk kita diuji. Setan uji kita, itu sebabnya, maaf ya bukan kita
salahkan setan, tapi kita down kerana setan berbisik, ‘you are only
human being, it’s okay to be down what’. Sapa kata. Allah bagi kita
motivasi, “La taqaf wala tahzan, innallah ha maana”. Jangan takut,
jangan bersedih, sesunguhnya Allah bersama kita . Allah bersama kita,
kita kena powerful, itu cara terbaik untuk naik balik supaya kita jangan
down.
Dato’ Fadzilah Kamsah
Ya of course, pertamanya, solat taubat, istighfar. Bila kita solat taubat,
istighfar, kita akan dapat ketenangan. Beri tahu orang tersayang, masuk
geng yang positif, dan sebagainya. Maka kita akan jadi orang yang
positif, sebab the environment is menular. Kita patah balik pada asas,
maka kita akan dapat balik ya. Itu sebabnya bila saya nampak tagline
Madam N “Inspirator, Inspire”, Dr Mois, “Inspirator, Inspire” , dia x pernah
sebut perkataan motivator, motivator diri sediri, you have to motivate
yourself but orang lain is inspire, inspirator. Mereka memberi inspirasi,
sebagai fasilitator kepada kita, membantu sebab yang punya diri yang
kena gerakkan, sebab tu kita kena pohon hidayah, petunjuk dan taufiq.
Taufiq itu yang akan menggerakkan kita untuk bertindak. Bila kita
bertindak dengan cara yang betul, maka insya-Allah kita akan berada
dalam keadaan yang positif bukan negatif ya. Tolong jangan langsung
beri ruang, itu sebabnya tok abah pesan kepada isteri dan anak-anak,
haramkan perkataan negatif dalam rumah kita, haramkan fikiran
negatif, haramkan persepsi atau paradigma negatif, haramkan,
because Allah bertindak seperti sangkaan hambanya. Sentiasa
bersangka baik, husnudzon, maka yang baik akan datang. Kita akan
dapat mengatasi soalan tadi, insya-Allah.
40
Madam N
Masya-Allah, terima kasih dato’, ingat tu sahabat semua, haramkan
suuzdon, tingkatkan husnudzon. Terima kasih sahabat semua, terus
kekal bersama kami. Kita dah nak ke penghujung siaran. Terima kasih
untuk soalan tadi. Dato’ dan Dr Mois, izinkan Madam N untuk membuat
sedikit recal daripada perkongsian hari ini dengan Madam N call kan
Call to Immediate Action. Kita buat akronim perkataan Azam, Insya-
Allah. A yang pertama ialah yang kita dapat harini, kita ambil sebagai
aspirasi cinta. Kenapa aspirasi, A tu ialah keinginan yang kuat. Dato’
pesan tadi, kena solat, kena jaga ibadahnya, kena sedekah subuhnya.
Apa yang Rasulullah tunjukkan, hidup bersunnah secara terpandu
melalui Rasulullah itu kita aspirasikan sebagai cinta yang kita nak buat
dalam kehidupan harian kita. Kita rancang dengna baik, dengan vision
yang Dr. Mois share dengan kita tadi. Tulis kan 24 jam apa yang kita nak
buat sebagai ibadah kita yang kita nak bawak balik, hati kita ini, yang
suci kepada Allah. Kerana zahir kita yang ada ini, kita akan tinggalkan
semuanya, hanya hati yang kita nak bawak balik tunjuk pada Allah nanti.
Jadi kita genggam kuat-kuat Aspirasi Cinta, A yang pertama. Z ialah
zoom in diri. Dato’ pesan tadi, apa itu zoom in diri itu, kita kena kenal diri
kita. Macam mana, ada tak sifat dalam diri kita, kita menghina diri kita.
Dato’ kata jangan tadi, haramkan. Sombong juga, kita bandingkan kita
lebih dari orang, pun tak boleh. Kita kenal diri kita, kenal sebaiknya apa
yang kita ada untuk kita menjadi orang yang suka memberi yang
(fastabiqul qairat). A yang ketiga ialah affirmation. Dato’ pesan tadi,
affirmation ialah kita sentiasa adanya positive vibe dalam diri kita untuk
kita husnudzon.
Madam N
Maknanya kita, ada vision kita yang kita nak kepada benda-benda baik
ja yang kita affirm dalam diri kita setiap pagi. Contohnya, kita ni, apa
kelebihan2 yang kita ada, yang Allah beri sebagai nikmat untuk kita guna
balik menjadi be a giver, insya-Allah. Dan M yang terakhir ialah, kita kena
sentiasa muhasabah diri untuk move on dan juga memaafkan. So, M
ialah muhasabah diri, move on dan juga memaafkan. Maafkan diri,
maafkan sesiapa sahaja kerana kita ini bukan maksum, sentiasa
membuat silap. Tetapi, daripada segala kesilapan yang kita buat itu, kita
maafkan diri kita untuk kita move on, kita muhasabah, taknak buat lagi,
dengan mencari hidup terpandu. Terpandu oleh Al-quran dan hadith
yang Rasulullah tunjukkan dengan jelas dan ulama2 kita, ustaz2 kita dah
sharekan dengan kita doa2 yang baik2. Pakar2 motivasi kita juga selalu
memberikan kita kata-kata yang baik, untuk kita terus motivatekan diri
kita, menjadi orang yang maju ke hadapan untuk sentiasa
menggenggam azam cinta. Kenapa kita kena azam cinta yang bagus ?
untuk kita menyantuni diri dan juga orang sekeliling kita dengan penuh
rasa bahagia. Dan itulah bekalan kita untuk kembali ke alam abadi,
insya-Allah. Sahabat semua ingat harini bekalan ole-ole yang dato’ dan
Dr. Mois berikan kepada kita dan Madam N recap kan sebagai A.Z.A.M.
A = Aspirasi Cinta, Z = Zoom in Diri, A yang ketiga = Affirmation, dan M
= untuk muhasabah, move on dan memaafkan.
42
DOA
PEMBUKA
12 PINTU
Sesi Dato’ ijazahkan
Doa Pembuka 12 Pintu
44
Dato’ Fadzilah Kamsah
Dua belas pintu terbukak, jadi bila dua belas pintu terbukak, there is no
stop it. ud'uni astajib lakum , Kau mintak aku perkenan, Apatah lagi orang
yang mintak tu orang yang solat taubat tiap-tiap malam, cuci hati. Bila
hati kita bersih, doa makbul, Allah sayang, manusia sayang. Cinta hakiki
ialah, orang sayang, manusia sayang, dan Allah akan gerakkan semua
kebaikan datang kepada kita, Insya-Allah, wallahualam.
Madam N
Terima kasih dato’ atas doa tadi, Sahabt semua jom kita share doa yang
dato’ ijazahkan kepada kita tadi. Doa pembuka 12 pintu. Terima kasih
dato’ sekali lagi, dari lubuk hati kami yang paling dalam, walaupun dato’
sangat sibuk tapi dato’ sudi bersama kami. Terima kasih kepada Adek
kami, Puan Norhayati dari Purnama Radio yang membawakan dato’
untuk bersama kami hari ini. Dr. Mois, terima kasih bersama dengan slot
Madam N. Siri pertama dato’ throughput the year. Ini kali pertama Dr.
Mois bersama dengan Madam N. Terima kasih sahabat semua kerana
bersama dengan kami hari ini.
45