FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN STRATEGI SEMESTER OKTOBER 2021 – FEBRUARI 2022 MPU 3132 ETIKA DAN PERADABAN KONSEP ETIKA DAN PERADABAN AHLI KUMPULAN NO. NAMA NO MATRIK 1 MUHAMAD AZNAN BIN KAMARUDDIN 2210582 2 MUHAMMAD SYAFIQ IFWAT BIN HARUN 2210598 3 MUHAMMAD SYAFIE BIN AHMAD ROPIE 2210587 4 MUHAMMAD RAZIF FIRDAUS BIN ROSMI 2210579 DISEDIAKAN UNTUK: DR ELMI BIN BAHARUDDIN TARIKH PENGHANTARAN: 30 APRIL 2022
1 1.0 PENGENALAN Etika adalah suatu norma atau aturan yang dipakai sebagai pedoman dalam berperilaku di masyarakat bagi seseorang terkait dengan sifat baik dan buruk. Ada juga yang menyebutkan pengertian etika adalah suatu ilmu tentang kesusilaan dan perilaku manusia di dalam pergaulannya dengan sesama yang menyangkut prinsip dan aturan tentang tingkah laku yang benar. Dengan kata lain, etika adalah kewaijban dan tanggungjawab moral setiap orang dalam berperilaku di masyarakat. Secara etimologis, kata etika berasal dari bahasa Yunani kuno, yaitu “Ethikos” yang artinya timbul dari suatu kebiasaan. Dalam hal ini etika memiliki sudut pandang normatif dimana objeknya adalah manusia dan perbuatannya (Prawiro, 2018).1 Etika dan moral bukanlah perkara yang sama. Bagaimana orang harus hidup dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ditentukan oleh ajaran moral. Etika, sebaliknya, membantu dalam pemahaman sesuatu perkara. Manusia mesti boleh berfikir secara kritis dan bermoral secara rasional jika mereka ingin melibatkan diri dalam etika sebagai sains. Adalah perlu untuk membuat perbezaan antara kajian etika dan kajian moral. Ajaran moral, pada pandangannya, adalah wacana lisan dan bertulis, khutbah, piawaian, dan peraturan yang menggambarkan bagaimana orang harus hidup dan bertindak untuk menjadi lebih baik. Etika pula ialah cara berfikir tentang prinsip moral yang kritikal dan asas (Bagir H, 2005).2 Terdapat pelbagai istilah bagi perkataan peradaban dan setiap negara mempunyai tafsiran tersendiri bagi menjelaskan maksud peradaban. Sebagai contoh, peradaban yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ialah tamadun. Perkataan beradab merujuk kepada membetulkan tingkah laku ganas, kasar atau tidak sopan, menjinakkan dan menyelaras selaras dengan kehendak masyarakat. Ringkasnya, beradab selalunya dimaksudkan sebagai permulaan kehidupan primitif kepada seumur hidup budi bahasa dan kesopanan. Oleh itu, perkataan beradab membawa tujuan kepada tingkah laku atau akhlak yang positif. Qosim (2013) beranggapan bahawa peradaban dalam pengertian umum ialah setiap usaha yang dilakukan oleh rakyat untuk meningkatkan keadaan hidup mereka sama ada usaha yang 1 Prawiro, M. (2018). PENGERTIAN ETIKA adalah: Definisi, Ciri-Ciri dan Jenis-Jenis Etika. Maxmanroe.com. https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertianetika.html#:%7E:text=Dengan%20kata%20lain%2C%20etika%20adalah%20kewaijban%20dan%20tanggungjawab,yaitu%20%E2%8 0%9CEthikos%E2%80%9D%20yang%20artinya%20timbul%20dari%20suatu%20kebiasaan. 2 Bagir, H. (2005). Buku saku filsafat Islam. Arasy Mizan. https://www.scribd.com/document/335335458/Buku-Saku-Filsafat-islam-pdf
2 dilakukan untuk mencapai matlamat dengan sebenar-benar matlamat ataupun tidak dan sama ada matlamat tersebut berbentuk material (mâddiyyah) atau abstrak (ma'nawiyyah).3 Peradaban ialah kumpulan budaya tertinggi manusia dan tahap pengenalan budaya yang paling luas. Manusia mempunyai kelemahan yang membezakannya daripada makhluk ciptaan Tuhan yang lain. Peradaban juga adalah warisan budaya yang paling luas yang dikenal pasti oleh manusia berdasarkan aspek objek yang sama, seperti bahasa, agama, sejarah, tabiat, dan institusi, serta kesedaran subjektif (Huntington, 1993). 4 3 Qosim N D. (2013). Islam sebagai Agama dan Peradaban. TSAQAFAH, 11(1), 151–168. https://ejournal.unida.gontor.ac.id/index.php/tsaqafah/article/view/258/386 4 Huntington, S. P. (1993). The Clash of Civilizations? Foreign Affairs, 72(3), 22. https://doi.org/10.2307/20045621
3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu: 2.1 Mengenal pasti faktor-faktor berlakunya kemerosotan etika dan peradaban di Malaysia. 2.2 Mengkaji langkah-langkah dalam memartabatkan konsep etika dan peradaban di Malaysia.
4 3.0 KAJIAN LEPAS Kajian yang dijalankan oleh Aznan, Syafiq, Syafie, dan Razif (2022) adalah untuk menentukan mengenal pasti faktor-faktor berlakunya kemerosotan etika dan peradaban di Malaysia serta mengkaji langkah-langkah dalam memartabatkan konsep etika dan peradaban di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara keduadua gaya pembelajaran. George (2016) berkata bahawa masyarakat di Malaysia, khususnya anakanak muda tidak didedahkan dan mengambil berat mengenai perihal seperti adab terhadap orang tua, orang yang sebaya dan orang yang lebih muda dan kemajuan teknologi telah mengubah keadaan semasa. Kemerosotan kasih sayang dalam kalangan keluarga dan cara ibu bapa melayan anak-anak mereka juga menjadi faktor kemerosotan etika dan peradaban (Saiful, 2014). Kerajaan perlu memastikan rakyat semua peringkat umur iaitu di peringkat pertama, menengah dan universiti agar konsep etika dan peradaban terus meresap ke dalam minda masyarakat (Fadilah, 2020). Kerajaan Malaysia juga mestilah campur tangan dalam membendung kemerosotan etika dan tamadun di Malaysia dimana inisiatif untuk mengadakan kempen di seluruh negara perlu dimulakan dengan pantas (Tiing, 2022). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemerosotan etika dan peradaban boleh diperbaiki dengan wujudnya langkah-langkah untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
5 4.0 METODOLOGI KAJIAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin, dan sebagainya. Manakala, kajian bermaksud hasil daripada mengkaji sesuatu.5 Kes kajian tentang sesuatu isu, intitusi, orang dan sebagainya berdasarkan data atau maklumat terperinci yang dikumpulkan dalam masa tertentu. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Oleh itu, untuk menjayakan kajian mengenai faktor-faktor berlakunya kemerosotan etika dan peradaban di Malaysia dan langkah-langkah dalam memartabatkan konsep etika dan peradaban di Malaysia, kajian ini telah dijalankan melalui beberapa kaedah antaranya, pengumpulan data dan penganalisisan data. 4.1 PENGUMPULAN DATA Menurut Sabitha Marican (2006), data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira. Satu set data (data yang telah dikumpulkan) boleh merangkumi ribuan pemerhatian. Secara umumnya, data boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data primer dan data sekunder.6 Menurut Rohana Yusof (2004), maksud primer adalah data yang berasal dari sumber asli atau pertama. Data asal yang dikumpul secara khusunya untuk menjawab persoalan kajian. Sumber-sumber maklumat selalunya dikumpul melalui eksperimen atau kajian lapangan. Contohnya seperti borang soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Manakala, sumber sekunder pula bermaksud data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain.7 Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan data sekunder untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang kajian yang dijalankan. 4.1.1 DATA SEKUNDER Data sekunder adalah data pelengkap yang diperoleh bukan melalui tangan pertama, tetapi melalui tangan kedua, ketiga atau seterusnya. Data sekunder boleh diperolehi melalui pelbagai sumber seperti rujukan perpustakaan, rujukan laporan dan rujukan internet untuk mendapatkan 5 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Metodologi (Edisi Keempat ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka. 6 Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Prentice Hall. http://studentsrepo.um.edu.my/5205/4/Bab_3_Metodologi_kajian.pdf 7 Rohana Yusof, 2004. “Penyelidikan Sains Sosial”. Kuala Lumpur: Malaysia.
6 data. Data sekunder juga merupakan data sedia ada atau idea yang diperolehi melalui mana-mana sumber sama ada media bertulis atau media cetak. Antara contoh media tersebut ialah akhbar, majalah, jurnal, artikel, buku, internet dan sebagainya. Data-data ini amat penting untuk dijadikan bahan sokongan kepada sesuatu kenyataan bagi mengukuhkan lagi sesuatu keputusan. 4.1.2 RUJUKAN KEPUSTAKAAN Pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin dapatan atau maklumat yang berkaitan dengan kajian ini. Melalui kaedah ini, maklumat tertumpu kepada bacaan dan rujukan daripada buku, jurnal, kertas kerja dan artikel mengenai konsep etika dan peradaban di Malaysia, beberapa definisi yang diketahui dan keadaan politik yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang berkait rapat dengan keadaan etika dan peradaban masyarakat negara. Oleh itu, penyelidik telah pergi ke Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim untuk mendapatkan maklumat bagi kajian ini. 4.1.3 RUJUKAN INTERNET Selain menggunakan rujukan perpustakaan, penyelidik juga menggunakan sumber daripada internet untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada e-book, e-library, dan kajian lepas sebagai sumber rujukan penyelidik. Maklumat yang diperoleh melalui kaedah ini akan digunakan untuk pelengkap seterusnya dan perlu menambah beberapa maklumat yang berkaitan agar laporan kajian lebih lengkap dari segi penyampaian maklumat. 4.2 PENGANALISAAN DAN PERSEMBAHAN DATA Menganalisis data ialah kaedah yang digunakan untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik. Analisis data bertujuan untuk mempersembahkan data dalam bentuk yang lebih bermakna, mudah difahami dan berguna untuk penyelesaian masalah. Analisis data boleh dijalankan melalui dua kaedah. Antaranya ialah melalui kaedah analisis deskriptif dan kaedah analisis statistik. Analisis deskriptif ialah kaedah menyusun dan meringkaskan maklumat secara berangka dengan pembolehubah kajian satu persatu melalui jadual, graf atau rajah. Manakala, analisis statistik ialah penghasilan kesimpulan atau kaedah untuk mengetahui sesuatu situasi yang berlaku dalam sesuatu populasi dengan menggunakan maklumat dan sampel yang diperolehi. Hasil kajian
7 akan dikumpul supaya mudah ditafsir. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk membentangkan hasil kajian melalui jadual yang digunakan.
8 5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dalam bahagian ini, pengkaji membincangkan tentang keputusan analisis data dengan lebih terperinci terhadap kajian yang telah dijalankan berkaitan faktor-faktor berlakunya kemerosotan etika dan peradaban di Malaysia dan langkah-langkah dalam memartabatkan etika dan peradaban di Malaysia. Hasil penganalisaan data melalui kaedah rujukan yang telah dilakukan di perpustakaan juga terdapat dalam bahagian ini. 5.1 Faktor-Faktor Berlakunya Kemerosotan Etika Dan Peradaban di Malaysia. Rajah 1: Faktor-Faktor Berlakunya Kemerosotan Politik Dalam Sukan di Malaysia. George (2016) berkata bahawa masyarakat di Malaysia, khususnya anak-anak muda tidak didedahkan dan mengambil berat mengenai perihal seperti adab terhadap orang tua, orang yang sebaya dan orang yang lebih muda. hal agama tidak diterapkan ke dalam diri hingga menyebabkan berlakunya perangai yang kurang baik dalam masyarakat. Dalam agama islam, membahaskan bahawa lelaki dan perempuan boleh bergaul tetapi terdapat batasnya. Sebagai contoh, lelaki tidak boleh menyentuh lawan sejenisnya begitu juga dengan perempuan sebaliknya. Hal ini kurang mendapat perhatian oleh masyarakat muda zaman sekarang kerana kurangnya ilmu agama dalam diri hingga menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam diri masyarakat pada masa ini.8 Kemajuan teknologi telah mengubah keadaan dan memudahkan segala urusan harian individu. Pelbagai media sosial telah wujud seperti whatsapp, Instagram, facebook, twitter untuk 8 George, L. L. (2016). Kurang penghayatan dalam agama - Nilai Masyarakat Malaysia. ACADEMIA. https://www.academia.edu/28723388/Kurang_penghayatan_dalam_agama_Nilai_Masyarakat_Malaysia Kurangnya kefahaman dalam ilmu agama Penggunaan media sosial yang tidak terkawal Pengaruh rakan sebaya yang tidak sihat Kurang mendapat kasih sayang dan tunjuk ajar dari ibubapa
9 memenuhi kehendak dan keperluan manusia pada era globalisasi. Keadaan ini telah mengubah sikap dan cara hidup masyarakat. Masyarakat tidak lagi bertemu atau bermesra secara berhadapan dan kunjung mengunjung tetepi menjadi platform media sosial sebagai pengganti. Selain itu, akses kepada bahan yang tidak sihat juga mudah didapati di dalam media sosial seperti bahan pornografi lebih-lebih lagi boleh menyebabkan kemurungan. Keadaan ini boleh mempengaruhi pemikiran seseorang terutamanya mereka yang di bawah umur serta perwatakan mereka juga akan berubah (Shuib, 2016). 9 Sikap kurang menghormati golongan yang lebih tua mahupun yang muda menjadi faktor untuk memartabatkan semula konsep etika dan peradaban agar Malaysia menjadi sebuah negara yang sentiasa hidup harmoni.10 Kemerosotan kasih sayang dalam kalangan keluarga dan sikap acuh tak acuh ibu bapa terhadap anak-anak muda telah membawa kepada kemerosotan masalah etika dan peradaban masyarakat muda. Ada juga sepasang ibu bapa yang terlalu ketat dan tegas terhadap anak-anak manakala ada juga yang membiarkan anak-anak mereka bergaul dengan terlalu bebas. Sebenarnya, anak-anak memerlukan kasih sayang yang tiada batas dan mereka perlu sentiasa diingatkan bahawa orang tua harus bimbang tentang keberadaan mereka. Tambahan pula, tingkah laku dan laluan hidup anak anak menyerap daripada ibu bapa mereka sendiri kedalam kehidupan seharian anak-anak khususnya dari sudut cara ibu bapa melayan anak-anak mereka sebagai seorang anak yang baik (Saiful, 2014). 11 9 Shuib, S. (2016). Penggunaan media sosial berlebihan boleh menyebabkan kemurungan? Astro Awani. https://www-astroawanicom.cdn.ampproject.org/v/s/www.astroawani.com/gaya-hidup/penggunaan-media-sosial-berlebihan-boleh-menyebabkankemurungan99869?amp=1&_gsa=1&_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=1650381 4387399&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&share=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fgayahidup%2Fpenggunaan-media-sosial-berlebihan-boleh-menyebabkan-kemurungan-99869 10 Basir, E. K. & Bernama. (2019). Didik Anak Adab, Hormat Yang Lebih Tua. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1758251 11 Saiful, B. K. (2014). Kemerosotan Kasih Sayang Ibu Bapa Meningkatkan Masalah Remaja | UKM News Portal. UKM News Portal. https://www.ukm.my/news/arkib-berita/year-2014/februari-2014/kemerosotan-kasih-sayang-ibu-bapa-meningkatkan-masalah-remaja/
10 5.2 Langkah-Langkah Dalam Memartabatkan Konsep Etika Dan Peradaban Di Malaysia. Item Perkara 1 Peranan keluarga khususnya ibu bapa 2 Meningkatkan pemahaman dan penghayatan dalam agama 3 Memperluaskan kelas berkaitan dengan etika dan peradaban di setiap peringkat umur 4 Mengadakan kempen etika dan peradaban di seluruh negara Jadual 1: Langkah-Langkah Dalam Menstabilkan Kemelut Politik Dalam Sukan Di Malaysia. Saleh (2020) berpendapat bahawa ibu bapa merupakan modal insan yang akan mencorak gaya kehidupan anak-anak. Ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka cenderung melahirkan generasi yang liar kerana masyarakat muda memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa. Kurangnya perhatian dari ibu bapa akan menyebabkan masyarakat muda menjadi menyendiri dan tiada tempat untuk belajar erti kehidupan. Anak-anak ini ahirnya akan menjadi masyarakat yang bergaul bebas yang tidak mengenal perkara yang dan yang batil yang perlu dilakukan di atas muka bumi ini. Masyarakat seperti ini cenderung mempunyai masalah sosial dan mempunyai pengaruh yang buruk pada masa akan datang. 12 Menurut George (2016), setiap agama menuntut penganutnya supaya mengamalkan kebaikan dan melatih diri untuk berbakti kepada agama. Di samping menghindarkan diri daripada segala bentuk pemikiran, perasaan dan perbuatan negatif yang boleh merosakkan diri. Penghayatan agama yang seimbang dalam diri mampu mendidik individu supaya terus berada di landasan agama dan tidak terpesong dari ajaran agama yang sebenar. Contohnya, setiap agama mengajar umatnya supaya menjaga hubungan dengan sesama masyarakat tanpa mengira latar belakang, adat dan budaya. 13 12 Saleh, M. (2020). Kemerosotan Moral dan Akhlak Kaum Muda di Indonesia. PUNDI. http://pundi.or.id/pundi/artikel/kemerosotan-moral-danakhlak-kaum-muda-di-indonesia 13 George, L. L. (2016). Kurang penghayatan dalam agama - Nilai Masyarakat Malaysia. ACADEMIA. https://www.academia.edu/28723388/Kurang_penghayatan_dalam_agama_Nilai_Masyarakat_Malaysia
11 Kerajaan perlu memastikan rakyat semua peringkat umur iaitu di peringkat pertama, menengah dan universiti agar konsep etika dan peradaban terus meresap ke dalam minda masyarakat dan semoga konsep tersebut sering diamalkan dalam gaya hidup dan menjadi pengganti. budaya. Generasi belia akan menjadi agen perubahan sosial yang bersedia mengubah penghayatan nilai-nilai cemerlang dan positif ke dalam kehidupan seharian mereka (Fadilah, 2020).14 Kerajaan Malaysia juga mestilah campur tangan dalam membendung kemerosotan etika dan tamadun di Malaysia. Sebagai contoh, kerajaan harus mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen di seluruh negara sama ada di kawasan luar bandar atau di bandar-bandar besar yang mengalami pembangunan ekonomi secara pesat dan kempen itu perlulah ditadbir secara berterusan agar kehidupan masyarakat akan tetap dihiasi dengan kebaikan etika dan peradaban yang akan mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat di Malaysia (Tiing, 2022).15 14 Fadilah, Z. (2020). Kursus Umum Penghayatan Etika Dan Peradaban Bentuk Graduan Beretika dan Bersifat Positif | UTM NewsHub. News.utm.my. https://news.utm.my/ms/2020/02/kursus-umum-penghayatan-etika-dan-peradaban-bentuk-graduan-beretika-dan-bersifatpositif/ 15Tiing, T. T. T. (2022). Cara-cara Memupuk Nilai-nilai Murni Dalam Kalangan Generasi Muda. Scribd. https://www.scribd.com/doc/313675735/Cara-cara-Memupuk-Nilai-nilai-Murni-Dalam-Kalangan-Generasi-Muda
12 6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, kaitan antara etika dan peradaban tidak boleh dipisahkan kerana kemajuan sesuatu masyarakat adalah bergantung kepada etika dan peradaban tersebut. Masalah seperti kurangnya kefahaman dalam ilmu agama, penggunaan media sosial yang tidak terkawal, pengaruh rakan sebaya yang tidak sihat dan kurang mendapat kasih sayang serta tunjuk ajar dari ibubapa dapat diselesaikan dengan mudah jika langkah untuk memartabatkan etika dan peradaban dijalankan dengan mantap di Malaysia seiring dengan peredaran zaman. Penglibatan unsur negatif yang berlebihan akan memusnahkan konsep etika dan peradaban. Konklusinya, etika dan peradaban adalah penting dalam komuniti masyarakat di Malaysia yang berpaksikan kepada konsep “Keluarga Malaysia”.
13 RUJUKAN Bagir, H. (2005). Buku saku filsafat Islam. Arasy Mizan. https://www.scribd.com/document/335335458/Buku-Saku-Filsafat-islam-pdf Basir, E. K. & Bernama. (2019). Didik Anak Adab, Hormat Yang Lebih Tua. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1758251 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Metodologi (Edisi Keempat ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka. Fadilah, Z. (2020). Kursus Umum Penghayatan Etika Dan Peradaban Bentuk Graduan Beretika dan Bersifat Positif | UTM NewsHub. News.utm.my. https://news.utm.my/ms/2020/02/kursus-umum-penghayatan-etika-dan-peradaban-bentukgraduan-beretika-dan-bersifat-positif/ George, L. L. (2016). Kurang penghayatan dalam agama - Nilai Masyarakat Malaysia. ACADEMIA. https://www.academia.edu/28723388/Kurang_penghayatan_dalam_agama_Nilai_Masyar akat_Malaysia Huntington, S. P. (1993). The Clash of Civilizations? Foreign Affairs, 72(3), 22. https://doi.org/10.2307/20045621 Prawiro, M. (2018). PENGERTIAN ETIKA adalah: Definisi, Ciri-Ciri dan Jenis-Jenis Etika. Maxmanroe.com. https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertianetika.html#:%7E:text=Dengan%20kata%20lain%2C%20etika%20adalah%20kewaijban %20dan%20tanggungjawab,yaitu%20%E2%80%9CEthikos%E2%80%9D%20yang%20 artinya%20timbul%20dari%20suatu%20kebiasaan. Qosim N D. (2013). Islam sebagai Agama dan Peradaban. TSAQAFAH, 11(1), 151–168. https://ejournal.unida.gontor.ac.id/index.php/tsaqafah/article/view/258/386 Rohana Yusof, 2004. “Penyelidikan Sains Sosial”. Kuala Lumpur: Malaysia. Saiful, B. K. (2014). Kemerosotan Kasih Sayang Ibu Bapa Meningkatkan Masalah Remaja | UKM News Portal. UKM News Portal. https://www.ukm.my/news/arkib-berita/year2014/februari-2014/kemerosotan-kasih-sayang-ibu-bapa-meningkatkan-masalah-remaja/
14 Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Prentice Hall. http://studentsrepo.um.edu.my/5205/4/Bab_3_Metodologi_kajian.pdf Saleh, M. (2020). Kemerosotan Moral dan Akhlak Kaum Muda di Indonesia. PUNDI. http://pundi.or.id/pundi/artikel/kemerosotan-moral-dan-akhlak-kaum-muda-di-indonesia Shuib, S. (2016). Penggunaan media sosial berlebihan boleh menyebabkan kemurungan? Astro Awani. https://www-astroawani-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.astroawani.com/gayahidup/penggunaan-media-sosial-berlebihan-boleh-menyebabkan-kemurungan99869?amp=1&_gsa=1&_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#a mp_tf=From%20%251%24s&aoh=16503814387399&referrer=https%3A%2F%2Fwww. google.com&share=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fgayahidup%2Fpenggunaan-media-sosial-berlebihan-boleh-menyebabkan-kemurungan-99869 Tiing, T. T. T. (2022). Cara-cara Memupuk Nilai-nilai Murni Dalam Kalangan Generasi Muda. Scribd. https://www.scribd.com/doc/313675735/Cara-cara-Memupuk-Nilai-nilai-MurniDalam-Kalangan-Generasi-Muda