The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00411717, 2021-10-10 08:06:53

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Selain surat rasmi, terdapat 1 lagi jenis surat yang ditulis untuk
kegunaan tidak rasmi iaitu Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah merupakan surat yang
dihantar secara peribadi dan lazimnya ditulis kepada ahli keluarga,
sahabat, guru, penjaga dan sebagainya.

Bagi murid yang mengambil peperiksaan pula, surat jenis ini
adalah merupakan karangan berformat.

Isi kandungan surat ini mengandungi beberapa tujuan iaitu:
• Bertanya khabar
• Mengucapkan tahniah
• Mengucapkan takziah
• Memberi jemputan undangan
• Menyampaikan ucapan atau nasihat

Tips Penulisan
Terdapat beberapa tips penulisan surat jenis ini yang boleh
dijadikan panduan iaitu:

• Penulis perlu memulakan surat dengan bertanyakan khabar
dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.

• Jika surat tersebut bertujuan membalas surat yang dihantar
sebelum ini, nyatakan anda sudah membaca surat tersebut
dan mengucapkan terima kasih atas surat yang diterima.

• Gunakan panggilan yang sesuai dan jangan gunakan
panggilan yang kasar.

• Akhiri surat dengan memberikan salam, penghargaan, terima
kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Penggunaan Kata Ganti Nama
Keunikan Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah penggunaan kata
ganti nama beradat.
Berikut adalah senarai kata ganti nama yang biasa diletakkan
dalam penulisan surat ini:

• Ayah- Ayahanda
• Ibu- Ibunda/ bonda
• Datuk/Nenek- Nenda
• Anak- Anakanda
• Abang/Kakak- Kakanda
• Adik- Adinda
• Cucu- Cucunda
• Rakan Lelaki- Saudara
• Rakan Perempuan- Saudari

Format Penulisan

Terdapat beberapa format surat ini yang perlu diambil perhatian
seperti:

1. Alamat Pengirim
Alamat pengirim perlulah ditulis di bahagian atas sebelah
kanan surat.

2. Tarikh
Tarikh perlulah ditulis di bawah alamamat pengirim dan
diletakkan tanda noktah di hujungnya.

3. Pembuka kata
Pembuka kata ditulis selang satu baris dari tarikh dan ditulis
pada perenggan pertama surat.

4. Kata Ganti Nama Penerima
Kata ganti nama penerima perlu ditulis di sebelah kiri
bahagian tepi surat.

5. Isi
Isi yang ditulis perlulah menerangkan tujuan penulisan surat
dan dibahagikan kepada beberapa perenggan.

6. Penutup
Penutup perlu ditulis pada perenggan paling akhir dengan
tujuan untuk mengakhiri surat tersebut.

7. Tanda Tangan
Tandatangan di tulis di sebelah kanan bahagian bawah surat
sebagai untuk menunjukkan pengesahan dan identiti penulis.

Contoh Surat

Antara contoh-contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi yang boleh
dijadikan panduan ialah:

i) Contoh surat 1



# SEBELUM MENJAWAB TUGASAN HARI INI,
PASTIKAN ANDA MENBACA NOTA YANG DIBERIKAN.
PASTIKAN SEMUA KUIZ DAN LATIHAN ANDA
MENDAPAT MARKAH YANG TINGGI.

KLIK DUA LINK DI BAWAH UNTUK MENJAWAB
TUGASAN PADA HARI INI
1. KUIZ: 12 SOALAN
https://quizizz.com/join?gc=41050462
2. LATIHAN: 22 TEMPAT KOSONG
https://www.liveworksheets.com/c?a=s&t=6tvl06oq277&sr=y&m
s=dd&l=gm&i=dzduxxz&r=tm&db=0&f=dzduuzzn&cd=p1zya21jt
533ibvngnxmmgzv2ngnxxgglnn


Click to View FlipBook Version