The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DESTINASI IMPIAN (LATAR, NILAI & PENGAJARAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00411717, 2021-10-10 04:12:46

DESTINASI IMPIAN (LATAR, NILAI & PENGAJARAN)

DESTINASI IMPIAN (LATAR, NILAI & PENGAJARAN)

TINGKATAN 1
NOVEL DESTINASI IMPIAN
(LATAR, NILAI & PENGAJARAN)

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NUR AMALINA BINTI MAT NAWI

Latar Masa

1. Waktu pagi
- Firdaus, Johari dan Azlina memulakan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib.

- Firdaus hampir lemas di laut kerana usahanya menyelamatkan Mazlinda yang berpura-pura
lemas gagal, sebaliknya dia pula yang diselamatkan oleh Mazlinda.

2. Waktu tengah hari
Firdaus berasa sangat letih mengayuh basikal dan mahu pulang sahaja ke Klang kerana

kepenatan.

3. Waktu petang
Firdaus, Johari dan Azlina selamat sampai ke
Pantai Morib selepas menempuh perjalanan

selama lebih lapan jam.

Latar tempat

(a) Tanah terbiar,
iaitu tempat Azlina merakamkan gambar bunga lalang.

(b) Pantai Morib Baru,
iaitu tempat yang dituju oleh Johari, Firdaus, dan Azlina dan tempat mereka berkhemah.

(c) Kampung Bukit Kapar,
iaitu tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina, Di situlah Johari, Firdaus, dan Azlina

memulakan ekspedisi berbasikal menuju ke Morib.

(d) Pekan Banting,
iaitu tempat Johari, Firdaus, dan Azlina berehat.

(e) Sekolah Menengah Kapar,
iaitu tempat Azlina dan Firdaus belajar.

Latar masyarakat

(a) Masyarakat yang penyabar. Contohnya, Johari amat sabar melayan kerenah Firdaus yang tidak
sudah-sudah merungut untuk membatalkan ekspedisi berbasikal yang disertainya.

(b) Masyarakat yang aktif bersukan. Contohnya, Azlina selalu berjoging dan Johari yang selalu
melakukan ekspedisi berbasikal.

(c) Masyarakat golongan lelaki yang berperwatakan seperti perempuan. Contohnya, Firdaus
lemah lembut dan pandai menggubah bunga.

(d) Masyarakat yang tidak mengenang budi. Contohnya, Firdaus tidak mengingati Azlina dan
Johari apabila berjumpa dengan kawan kawannya sedangkan Azlina dan Johari banyak
membantunya sepanjang ekspedisi berbasikal itu.

(e) Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
Contohnya, Azlina dan Johari cekal dalam menghadapi

segala cabaran sepanjang menyertai ekspedisi berbasikal itu.

Nilai

▪ Cinta akan bahasa kebangsaan
– Azlina cinta akan bahasakebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan

mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
▪ Keberanian

– Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.
▪ Keprihatinan –

Johari prihatin memberikan bantuan kepada
- Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya.

▪ Bertanggungjawab
– Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan

pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
▪ Semangat setia kawan

– Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di
Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang
telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

PENGAJARAN

Kita hendaklah berani menyahut cabaran.

Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran
untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang

yang tinggi dan penyabar.

Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.

Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas
baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan

insaf dari kesalahannya.

Kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain.

Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang
memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

Kita haruslah mengamalkan sikap cinta akan bahasa kebangsaan

Azlina cinta akan bahasa Kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil
gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.

Kita perlulah menyayangi ahli keluarga kita

Azlina sayang akan abangnya iaitu Firdaus. Walaupun sering bertengkar, Azlina tidak tergamak
membiarkan abangnya pulang sendirian ke Klang.


Click to View FlipBook Version